Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Pelakon Sharnaaz Ahmad Duta Baru Men's Biore Double Facial Foam

Hello lovely readers ..



Entry ini untuk kaum Adam yakni jejaka-jejaka Malaysia yang inginkan kulit kelihatan lebih sihat, cerah dan bersih tanpa berminyak. Well .. not only the ladies, men need grooming too anak Misz-ella yang baru 20 tahun pun dah pandai nak melawakan tubuh badan. Pandai dia guna pencuci muka, deodorant dan sebagainya. Sikit lagi kalah lah mama nya, kan.

So, jejaka-jejaka Malaysia .. this entry is for you. Jemput baca dari mula sampai habis ye.

*pic credit to Men's Biore Malaysia FB*

Kao Malaysia baru-baru ini telah melancarkan rangkaian produk pembersih muka Men's Biore Double Scrub khas buat lelaki masa kini yang semakin prihatin terhadap penjagaan peribadi, kebersihan dan penampilan diri. Bersempena dengan pelancaran tersebut, Kao Malaysia juga telah melantik pelakon Shaarnaz Ahmad sebagai Duta Baru barunya.

Encik Masaki Fujiwara, Presiden Kao Malaysia dalam ucapan perasmiannya mengatakan bahawa dengan teknologi canggih sedia ada, Kao kini tampil memperkenalkan pembersih muka lelaki yang memberikan Kuasa Pembersihan Detox. Pengguna akan dapat melihat perubahan pada keadaan kulit mereka selepas setiap penggunaan.

*pic credit to Men's Biore Malaysia FB*

Menggunakan Teknologi Terkini Berjuta Skrub Mikro dari Jepun, rangkaian produk ini didatangkan dalam 5 variasi iaitu Deep Clean, Deep Clean Extra Cool, Oil Clear, Acne Solution dan Bright Clean yang mampu mengatasi pelbagai masalah kulit lelaki masa kini. Setiap produk dirumus dari formulasi terbaik oleh pakar dari makmal penyelidikan. Kuasa Pembersihan Detox dan Agen Penyerap Minyak yang ada di dalam setiap produk berkesan untuk mengatasi masalah kulit dari akar umbi seterusnya menghasilkan kulit yang sihat, cerah, bersih dan tanpa berminyak serta menyegarkan dari dalam ke luar.


5 variasi Men's Biore Double Facial Foam yang bisa menjadikan jejaka-jejaka di Malaysia tampil segak bergaya adalah :-

Double Scrub Deep Clean ~ mengandungi Skrub 'Oil absorbing' dan Skrub 'Deep Detox' yang membersihkan kotoran, menanggalkan bintik-bintik hitam dan memberi kawalan minyak seara berterusan menjadikan kulit lebih bersih sepenuhnya dengan hanya satu langkah. Well, boleh lah kita ucapkan Selamat Tinggal kepada kulit kusam dengan Double Scrub Deep Clean ini, kan.

Double Scrub Deep Clean Extra Cool ~ mempunyai fungsi yang hampir sama dengan variasi deep clean dengan tambahan sensasi amat dingin yang menyegarkan. Sesuai untuk digunakan oleh jejaka-jejaka yang mengamalkan gaya hidup sihat seperti selepas bersukan atau selepas aktiviti riadah yang lain.

Double Scrub Oil Clear ~ diformulasikan dengan 'Black Tea', Skrub 'Oil Absorbing' dan Skrub 'Deep Detox' yang mengandungi bahan kawalan minyak dan antioksidan yang berupaya menanggalkan minyak berlebihan dan juga rasa melekit pada kulit muka secara efektif. Kulit lebih bersih, bebas minyak dan tak lagi berkilat. Ia juga akan memberikan sensasi dingin yang menyegarkan kulit muka ketika kita menggunakannya.

Double Scrub Acne Solution ~ Ini paling baik untuk jejaka yang mempunyai masalah kulit berjerawat. Mengandungi Ekstrak Tea Tree, Skrub 'Oil absorbing' dan Skrub 'Deep detox' yang berkesan mengawal jerawat yang disebabkan oleh bakteria dan liang-liang pori tersumbat akibat minyak berlebihan. Kulit akan lebih sihat kerana jerawat berkurangan serta kesan jerawat dan jeragat kurang kelihatan.

Double Scrub Bright Clean mengandungi 'charcoal' sebagai bahan ejen aktif, Skrub 'oil absorbing' dan skrub 'Deep Detox' yang amat efektif untuk membersih dan menanggalkan kulit kusam. Well .. impian untuk memiliki kulit lebih cerah dan tona kulit lebih sekata amatlah cerah buat pengguna Double Scrub Bright Clean ini.

Encik Masaki Fujiwara semasa Majlis Pelancaran

Pelakon Sharnaaz Ahmad dilantik sebagai Duta produk Men's Biore Double Facial Foam kerana imej beliau yang berani dan berkeyakinan. Well siapa lah tak kenal Abang Jebat dalam teledrama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ni, kan. Ramai wanita-wanita Malaysia jatuh cinta akan karisma beliau dalam watak tersebut. Oh Abang Jebat ..

Sharnaaz Ahmad berkongsi dengan kami akan rahsia beliau mengekalkan kulit yang sihat disebalik jadual harian beliau yang padat iaitu dengan 'Membersih secara mendalam'.  Men's Biore dengan Kuasa Pembersihan Detox sangat efektif untuk membersihkan kulit berminyak serta kotoran jauh di dalam liang-liang pori menjadikan kulit beliau lebih segar dan bersih.

So, untuk jejaka-jejaka Malaysia di luar sana .. abang-abang, adik-adik, pakcik-pakcik, Mr. Gentleman, Mr. Macho man, Mr. Sportsman dan sebagainya .. dengan 5 variasi yang ditawarkan oleh Men's Biore Double Facial Foam, mesti ada satu yang sesuai untuk kulit you all, kan. Bermula dari RM8.60 untuk pek bersaiz 50gm dan RM15.70 untuk pek bersaiz 100gm (harga termasuk GST), Men's Biore Double Facial Foam boleh didapati di semua peruncit utama, farmasi, pasar raya besar dan kedai-kedai runcit. 

Well .. dah excited untuk tampil lebih segak dan bergaya ? Apa lagi sila la dapatkan hari ini. Lelaki bersih, segak bergaya perempuan suka tau .. bahagia biji mata memandangnya .. tak caya tengok Sharnaaz Ahmad, kan *hehe*

So sebelum Misz-ella akhiri Entry ini, jom cuci mata dengan gambar-gambar sekitar Majlis Pelancaran. 



Persembahan pentas yang menghiburkan

Majlis pelancaran lebih meriah dengan ada nya Photobooth

So, kita posing lah, apa lagi

Akhir kata, jangan lupa layari www.kao.com/my/mensbiore dan sila LIKE Facebook Men's Biore Malaysia di sini untuk lebih informasi tentang produk dan gambar-gambar menarik. Thank You baca Entry ini. Bye.

0 comments: