Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Anugerah Juara Lagu (AJL 31) Malam ini


Hello readers ..

Malam ini akan berlangsung Anugerah Juara Lagu ke 31 (AJL 31) secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.


Anugerah Juara Lagu adalah anugerah berprestij yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat seni tanahair termasuklah Misz-ella sendiri. Misz-ella telah berpeluang menyaksikan Showcase AJL 31 - Sessi bertemu peminat Finalis AJL 31 pada 7 Januari 2017 yang lalu di Boulevard, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Ramai peminat menghadirkan diri pada petang tersebut. Seronok tengok sambutan peminat.



Showcase AJL 31 dibahagikan kepada beberapa fasa. Fasa pertama dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan permainan bersama pengacara Haziq Hot FM dan Haiza Kool FM. Promosi peraduan #AJLLaguku turut diadakan dimana pemenang mendapat tiket-tiket Tayangan Perdana AJL 31 di Golden Screen Cinemas (GCS) Dataran Pahlawan, Melaka.






Fasa ke 2 Showcase AJL 31 dimulakan pada jam 4 petang. Ini saat paling dinanti-nantikan peminat kerana penyanyi kesayangan mereka menyanyikan lagu yang bakal dipertandingkan di AJL 31 secara LIVE. Bersorak penonton dengan kemunculan Sufian Suhaimi dengan lagu hit beliau Terakhir dan Harus Aku, Elizabeth Tan dengan Knock-Knock dan Setia (duet bersama Awi Rafael), Awi Rafael dengan lagu Kalau Aku Kaya dan Manusia Sempurna.

Manakala Aiman Tino, finalis AJL 31 paling muda pun mendapat sambutan hangat dari para peminat bila beliau tampil di pentas dengan lagu Ku Rela Dibenci dan Permata Cinta.

Dan oopppsss .. Khalifah dengan Hang Pi Mana dan Assalamualaikum Ustazah rock the stage too. Meriah gila Showcase AJL 31  petang itu.

Misz-ella sempat berbual dengan Aiman Tino. Apa perasaan Aiman menjadi finalis AJL 31 paling muda, paling junior dan bakal bersaing dengan penyanyi-penyanyi hebat lagi berpengalaman di pentas AJL 31 nanti? Perasaan saya suka, gembira, terharu dan ada sedikit 'goyang' lah. Amboiii .. seronok Misz-ella berbual dengan anak seperti Aiman Tino ni. Muda, berbakat dan kalau betul caranya, Aiman boleh jadi seperti penyanyi tersohor Anuar Zain yang juga memulakan karier nyanyiannya di usia remaja. All The Best Aiman Tino. Semoga berjaya melawan 'goyang' dan memberi yang terbaik buat peminat semua.

Then Misz-ella sempat berbual dengan Elizabeth Tan. Elizabeth is so sweet .. jumpa 10, 20 kali pun tetap mesra dan ramah. Bagaimana dengan persiapan Elizabeth? Dah bersedia? Dah but nervous sikit lah. AJL adalah pentas paling berprestij membariskan lagu-lagu terbaik sepanjang tahun .. Tahniah Elizabeth kerana ke final. Buat yang terbaik malam ini, OK.

Dan akhirnya, Terima kasih tidak terhingga Misz-ella ucapkan kepada Kidd dan rakan-rakan lain dari Unit Perhubungan Awam, TV3. Walau penat kerana berkejaran dari satu event ke event yang lain *can see from my face, right*, Showcase AJL 31 pada petang itu sangat best! dan tak sabar nak ke Dewan Merdeka malam ini.

So readers, jangan lupa AJL 31 di TV3 pukul 9 malam ni ye. Samada di kaca TV bertemankan sofa empuk you all, mahupun ke Dewan Merdeka, PWTC *like me* yang penting kita enjoy! AJL sentiasa dekat dihati. Lets check it out tonight.








0 comments: