Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Vivo V5Plus ~ Perfect Selfie Smartphone!


Hello pembaca-pembaca budiman ..


Lagi entry berkenaan dengan telefon pintar terbaru di pasaran. Makin lama, makin banyak model telephone pintar yang boleh kita miliki .. makin seronok Misz-ella kerana semakin banyak pilihan dan dengan gembiranya, Misz-ella nak kongsikan dengan pembaca semua.


Masih ingat akan iklan Vivo V5 di kaca TV dengan Duta pertamanya Dato' Siti Nurhaliza? Misz-ella ingat .. terbayang kegembiraan dan keterujaan Dato' Siti ber selfie dengan Vivo V5 dalam iklan tu, kan .. kita yang menonton pun teruja sama.



Baru-baru ini, Vivo melancarkan Vivo V5Plus ~ the dual camera perfect-selfie smartphone. V5Plus yang memfokuskan kepada 'perfect selfie' bukan sahaja membolehkan gambar-gambar selfie diambil dengan lebih jelas tetapi juga lebih hebat. 




V5Plus dilengkapi dengan bokeh mode yang membolehkan imej diambil dengan latarbelakang boleh dikaburkan bagi memberi kesan khas pada gambar tersebut. 

Bokeh mode selfie


V5Plus juga mempunyai soft light function yang membolehkan pengguna ber selfie walaupun di dalam gelap atau di dalam keadaan kurang cahaya (low light conditions) woopsss .. camera V5Plus ada flash kat depan tau *suka i* nak tau kekuatan dan berapa bagusnya camera selfie V5Plus? Baca bawah ni ye ..



Dikenali dengan the strongest perfect selfie phone, V5Plus dilengkapi dengan dual front camera. 



Kamera utama (hadapan) adalah Sony 20 Megapixel IMX376 yang mampu memberikan kejelasan imej secara luarbiasa. Kamera kedua adalah 8 Megapixel yang juga mempunyai kekuatannya tersendiri. Kamera belakang V5Plus juga menampilkan beberapa penambahbaikan yang indah. Ia dilengkapi dengan 1 / 2.8-inci 16 kanta megapiksel untuk menghasilkan imej yang lebih jelas.





Dicipta menggunakan special mirror grinding technique, V5Plus sangat selesa digunakan. Dengan kelebaran telefon sebanyak 5.2-inchi, V5Plus sangat mudah digunakan walau dengan hanya menggunakan sebelah tangan dan dilengkapi dengan Corning Gorilla glass generasi ke 5 yang memberi lebih perlindungan kepada skrin telefon kita.



V5Plus didatangkan dengan 4GB RAM dan 64GB ROM, menggunakan Qualcomm Snapdragon 625 processor untuk kuasa dan kecekapan tenaga tertinggi. 



V5Plus dilengkapi dengan updated fingerprint recognition technology yang membuatkan penggunaannya lebih selesa ~ simply press the fingerprint sensor twice to access your favorite apps.


V5Plus juga didatangkan dengan powerful dual-engine fast charging feature yang membolehkan kita mencas telefon dengan lebih pantas dan cepat *sesuai untuk mereka yang sibuk mengejar masa dan waktu macam i .. hehe



So readers, kalau u all sedang mencari telefon yang mampu memberikan gambar cantik walau di dalam gelap *ratu selfie especially .. hehe* dan disokong oleh Android 6.0, V5Plus mungkin adalah telefon yang anda cari. Vivo V5Plus telah berada di pasaran bermula dari 21 Januari 2017 dan boleh didapati di semua wakil jualan seluruh negara pada harga RM1,799. Pembeli-pembeli terawal Vivo V5Plus juga akan mendapat hadiah misteri *sementara stok masih ada*


Untuk maklumat lanjut, sila layari FB Vivo Malaysia di di https://www.facebook.com/vivoMobileMalaysia/

1 comments:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Thank for info .. .tgh2 servey nk beli vivo or oppo ...