Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Ko Skin Specialist bawakan PicoWay® teknologi rawatan laser terkini ke Malaysia

Hello lovely readers ..

Pernah dengar tentang Ko Skin Specialist? Misz-ella pernah malah Misz-ella percaya hampir kebanyakan dari rakyat Malaysia tau akan kewujudan Ko Skin Specialist.

Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Dato’ Dr Ko Chung Beng, Ko Skin Specialist ialah pusat dermatologi dan laser yang terbesar dan terkemuka di Asia. Ko Skin Specialist menyediakan pelbagai perkhidmatan estetik dari dermatologi kosmetik dan pemindahan rambut, hingga pembedahan plastik dan rawatan pelangsingan tubuh. Dengan lebih daripada 30 cawangan di seluruh Malaysia dan pengembangan serantau ke China dan Indonesia, pusat ini telah memperoleh kepercayaan daripada profesional perubatan dan pelanggan di seluruh dunia. Dilengkapi dengan peralatan tercanggih, pasukan doktor di pusat ini adalah pakar dalam teknologi laser, inovasi estetik dan pembedahan plastik lanjutan. 

Ko Skin Specialist bukanlah asing pada Misz-ella kerana kakak Misz-ella yang mempunyai masalah kulit mendapat rawatan dan menggunakan produk dari Ko Skin Specialist malah ramai sahabat Misz-ella yang mempunyai masalah kulit mendapatkan rawatan dari Klinik Pakar ini.

Selain dari itu, Misz-ella juga mempunyai beberapa rakan yang merupakan Doktor Estetik maka nama Dato' Dr Ko sentiasa menjadi bualan kami malah Misz-ella sentiasa berimpian untuk menemui beliau kerana kagum dengan ketekunan, minat serta pencapaian beliau dalam bidang estetik.


Dato’ Dr Ko, CEO Ko Skin Specialist dan En En Robert Ruck, CEO PicoWay®

Baru-baru ini, Ko Skin Specialist, memperkenalkan PicoWay®, teknologi penemuan terkini dalam rawatan laser dermatologi untuk dilancarkan di Malaysia dan bila Misz-ella.blogspot.com dijemput untuk menghadiri upacara pelancaran tersebut, bagaikan Bulan Jatuh Ke Riba, maka keterujaan Misz-ella semakin berganda.


CEO Dato’ Dr Ko Chung Beng melancarkan mesin laser bernilai berjuta dolar itu di majlis pelancaran bertempat di Hotel Aloft Kuala Lumpur, yang diacarakan oleh penyanyi terkenal, Atilia Haron. 


Majlis tersebut telah dihadiri oleh sebilangan selebriti termasuk pelakon Idris Khan, pengarah filem Erma Fatima, pengacara Astro SuperSport Amanda Chaang, pengacara TV Yasmin Hani, pelakon Tengku Putri Najuwa dan ramai lagi.

PicoWay® adalah penyelesaian laser termaju untuk menghilangkan tatu dan pigmentasi benigna seperti jagat dan bintik-bintik penuaan. Teknologi ini menggunakan denyutan laser terpendek dalam pasaran. Diukur dalam unit pikosaat (satu persetrilion saat), laser tersebut memecahkan pigmen dengan berkesan menjadi partikel paling kecil untuk disingkirkan oleh kulit.



Ko Skin Specialist ialah pusat laser yang pertama dan satu-satunya di Malaysia untuk menawarkan teknologi laser PicoWay®. Teknologi ini merupakan alternatif terulung kepada pembuangan tatu menggunakan laser tradisional. Tidak seperti laser tradisional, PicoWay® menghantar tenaga ke dakwat yang disasarkan menggunakan denyutan ultrapendek yang pantas, selamat dan selesa. 

Dato’ Dr Ko, CEO Ko Skin Specialist.
   
Dato' Dr Ko dalam ucapan beliau mengatakan bahawa "Kami merasa keperluan untuk membawa PicoWay® ke Malaysia kerana rakyat Malaysia mempunyai warna kulit yang agak gelap. Adalah sukar untuk merawat pesakit dengan warna kulit yang lebih gelap kerana kebanyakan rawatan laser biasanya menyebabkan tenaga diserap ke dalam kulit dan bukannya partikel pigmen yang disasarkan,” 

“PicoWay® ialah pengubah pasaran kerana tenaga laser dihantar ke partikel pigmen yang disasarkan sambil mengurangkan jumlah haba yang diserap oleh kulit. Rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan rawatan laser yang sesuai untuk warna kulit mereka,” 

PicoWay® ialah teknologi laser proprietari milik syarikat alatan estetik yang bertapak di Amerika Syarikat, Syneron-Candela; diedar di Malaysia oleh Beaumedic di bawah jagaan Pengurus Besarnya, En. Lau Chang Yaw.


En Robert Ruck, CEO PicoWay® dalam ucapan beliau turut merakamkan kegembiraan beliau dengan kerjasama yang terjalin bersama Ko Skin Specialist ini dalam usaha untuk memperkenalkan PicoWay® di Malaysia. Dengan rekod yang cemerlang serta barisan perubatan professional yang dimiliki oleh Ko Skin Specialist, kami yakin pesakit akan mendapat rawatan serta hasil terbaik dengan menggunakan PicoWay®

Pada majlis pelancaran tersebut, turut diadakan tiga (3) Cabutan Bertuah untuk rakan media yang hadir dan tak sangka Misz-ella memang langkah kanan dan merupakan salah seorang yang memenangi tiga (3) Rawatan Laser PicoWay® bernilai RM7,200.00. Tambah manis bila cabutan bertuah tersebut dilakukan sendiri oleh Dato' Dr Ko, personaliti hebat yang ingin Misz-ella temui *happy gila*. Terima Kasih Ko Skin Specialist. Misz-ella sangat teruja!! Nanti Misz-ella kongsikan dengan you all semua ye.

So readers, buat mereka yang memerlukan rawatan Estetik, jangan lupa ke mana-mana cawangan Ko Skin Specialist ye. Untuk maklumat lanjut tentang PicoWay®, you all boleh lah layari www.koskinspecialist.com.  


0 comments: