Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

MixCardio Zumba with Eqynn

Hello Weekend ..

Time flies very fast .. Sekejap sahaja kita sudah sampai ke hujung minggu. Makin meningkat usia hari demi hari .. semua dari kita tak terkecuali. So how do you spend your weekend?


Misz-ella seperti biasa .. gunakan masa terluang sebaiknya maka pagi Sabtu, Misz-ella ke Lantai Tari Rockafella Dance Studio, Saujana Utama, Sg. Buloh .. 22km dari rumah Misz-ella .. demi cinta Misz-ella redah.

Keterujaan hari ini sangat luar biasa sebab hari ini kami akan bersenam bersama Coach Eqynn .. coach Aerodance + Zumba yang dah lama kami tak jumpa. Misz-ella memang enjoy kelas Eqynn .. memang sesuai dengan jiwa Misz-ella *hehe*. Met Mieza, one of the aerodance student during my batch. We were among the earliest student at our neighbourhood .. that was seven (7) years ago. Lama, kan .. and I am proud because just like me, she is still consistent with exercise. Alhamdulillah. Moga istiqomah.

Apart of that, I met many new fitness members too .. Rasanya Misz-ella dah lihat 3 generasi di komuniti Saujana Utama ni .. I am so happy whenever I saw new members walked in and be part of our fitness family. Paling indah adalah melihat kaum wanita menitikberatkan soal menjaga kesihatan dan penampilan. Dalam hidup ini, yang penting cari sihat dulu. Dengan kesihatan yang baik, macam-macam kita boleh buat .. bukan sahaja kita boleh jaga diri kita tapi kita boleh jaga kesayangan kita. Suami senyum, anak-anak pun suka bila emaknya sentiasa segar dan sihat, kan. 


Farhana, Eqynn and Misz-ella. Wet Shirt + Tired face = Satisfaction overloaded! Puashati dapat melompat dan menari bersama-sama Coach Eqynn dan teman-teman. Memang Misz-ella bagi sepenuh jiwa dan raga. Misz-ella dan Farhana memang dalam kategori high-intensity student .. kalau slow fikiran melayang entah ke mana .. kalau laju memang 100% fokus kami beri *haha* dan class Coach Eqynn di pagi Sabtu tu, memang sangat puashati. 


Mieza, Misz-ella dan Ita ~ Misz-ella nak ucap Tahniah jugak pada ibu-ibu rumahtangga *housewife lah .. haha* yang juga ada kesedaran untuk bersenam.

Bersenam juga salah satu jambatan hubungan dan mengeratkan ukuwah sesama insan ~ Norsiah, Ekin dan Siti .. pun Misz-ella kenal di lantai tari. Seronok, kan dapat kawan yang sehati sejiwa dan punya hobi yang sama .

Kajian membuktikan yang mereka-mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat lebih positif, ceria dan lebih muda. Looking backwards .. I started my exercise when my son was only 5 years old and he is now 21 years old. Means .. I have been consistently exercise for 16 years. Starting from jogging at the public park, then I bought aerobics CD and did it alone at home and since 7 years ago, I started to exercise in a group and I found it is more Fun!! The advantage of studio and group exercise is ~ less injured risk, you do not have to worry about the weather and most importantly I do have many fit sisters who always support each other. Apa lah yang lebih indah dalam kehidupan ini selain dari mempunyai kawan-kawan yang baik yang menyayangi diri ini dan menerima diri ini seadanya, kan ..

Orang kata, Misz-ella bakal tua di Lantai tari. Well .. tua itu pasti. I was here since I was 37 and now at the age of 44, I am still here. Misz-ella doa satu je .. Moga Allah beri kesihatan yang baik dan minda yang sentiasa positif agar Misz-ella boleh terus bersenam bersama kawan-kawan. In Sha Allah. Amin.

Paling bahagia bila lihat ramai yang hadir ke kelas di pagi Sabtu yang mana sesetengah dari kita mungkin akan memilih untuk bangun lewat .. Sayang kot nak tinggal tilam empuk dan bantal peluk but We did it, ladies and attending Eqynn's class is so worth it. Sangat puas! Sangat enjoy and fun! Berbaloi kita keluar rumah di awal pagi kerana mahu bersenam, kan.

So untuk wanita-wanita di Saujana Utama, Desa Coalfields, Seri Pristana dan kawasan sekitar .. sila lah ke Rockafella Dance Studio untuk sertai kami bersenam. Kelas tiap-tiap malam ada dari Isnin hingga Jumaat dari jam 9-10 malam. Jangan malas. Jangan bagi alasan untuk kesihatan yang lebih baik, OK. Ikuti Rockafella Saujana Utama Facebook di SINI untuk lebih info. Bye.












0 comments: