Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Temubual eksklusif bersama Paco De Jaimes, Presiden World Fashion Week (WFW)


Hello pembaca budiman





Pada 8 hingga 10 September 2017 nanti, Kuala Lumpur akan dimeriahkan dengan pertunjukan World Fashion Week 2017 di mana Kuala Lumpur telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi World Fashion Week Asia 2017. 

Bertempat di Hotel Palace of Golden Horses, acara 3 hari ini akan disertai oleh peserta dari lebih dari 100 buah negara dengan pelbagai aktiviti menarik bertemakan fesyen seperti Majlis makan malam WFW, pertunjukan fesyen, preview fesyen, fashion talk dan sebagainya.


Paco bersama Misz-ella

Baru-baru ini, Presiden World Fashion Week, Encik Paco De Jaimes telah berkunjung ke Kuala Lumpur dan Misz-ella.blogspot.com telah berpeluang untuk bertemu dan menemuramah beliau.

Dalam temubual eksklusif tersebut, Paco berkongsi pengalaman serta penglibatan beliau pada awal penubuhan World Fashion Week. Paco mula menceburi dunia fesyen ketika berusia 24 tahun apabila beliau memulakan Miami Fashion Week dengan hasrat untuk membantu golongan Latin Amerika menembusi pasaran Amerika. Hasrat beliau ialah untuk membantu golongan wanita, para ibu khasnya menjana pendapatan keluarga. Pada tahun tersebut (2003) jumlah pertunjukan fesyen bertaraf dunia sangat sedikit malahan boleh dibilang dengan jari.

Bermula secara bertatih, kecil-kecilan dan bersusah payah, Paco mula mengorak langkah besar pada tahun 2010 apabila beliau bekerjasama dengan Shanghai Fashion Week memulakan World Fashion Week pertama beliau yang disertai oleh hanya 5 buah negara.

Selepas itu, Paco tidak berpaling lagi dan pada tahun 2014, Paco berjaya memulakan World Fashion Week di kota Paris dengan penyertaan yang lebih besar iaitu 53 buah negara. Paco seorang yang sangat mementingkan isu-isu kemanusiaan dan telah memulakan langkah murni dengan menyumbang perolehan dari acara tersebut ke Afrika World Fashion Foundation bagi membantu memperkasakan wanita baik dari segi ekonomi mahupun kemahiran.



Pada tahun ini, kemuncak World Fashion Week 2017 akan diadakan di kota Paris pada bulan November nanti dengan disertai oleh peserta lebih dari 100 buah negara.


Paco, Maziah Mohamad, Sabrina Syed dan Badal

Bercakap tentang penyertaan sulung Malaysia di World Fashion Week 2017, Paco berkata pemilihan Puan Maziah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif GID (M) Sdn Bhd sebagai rakan kongsi dari Malaysia dibuat berdasarkan kepada penglibatan dan sumbangan beliau dalam bidang industri bio-textile manakala pemilihan Puan Sri Sabrina Syed dipilih sebagai Duta World Fashion Week 2017 adalah kerana sumbangan tanpa lelah beliau dalam perjuangan melindungi khazanah alam semulajadi.

Presiden World Fashion Week 2017 ini juga berkata, Malaysia, sebagai sebuah negara Islam yang moden semestinya mempunyai ramai pereka-pereka muda berbakat yang boleh diketengahkan ke persada antarabangsa baik dalam bidang fesyen muslimah mahupun kontemporari.

Paco turut melahirkan hasrat agar World Fashion Week dapat berkembang dengan lebih maju di masa yang akan datang dan berharap agar impian beliau untuk melihat lebih ramai invididu mahupun syarikat melihat perniagaan/industri fesyen ini dari pelbagai sudut, bukanlah perniagaan semata-mata. 

Kita boleh memberi dan menyumbang kepada lebih ramai manusia yang memerlukan diluar sana melalui fesyen. Fikirkan kemanusiaan dan masukkan elemen-elemen tersebut didalam bidang kerja kita melalui program-program yang boleh kita laksanakan dibawah tanggungjawab social korporat. Seterusnya, Paco melahirkan hasrat besar beliau. Pembaca semua nak tau tak apa? Eksklusif ni .. Misz-ella seorang sahaja yang tau ..

UNTUK MEMBUKA WORLD FASHION UNIVERSITY satu hari nanti bagi membantu golongan berpendapatan rendah, wanita khususnya mendapat pengajian dalam bidang fesyen secara formal dan lebih berpatutan.

Menarik, kan misi serta visi Presiden World Fashion Week ini? So pembaca-pembaca budiman, World Fashion Week Asia Series akan menemui kita semua tidak lama lagi.

Mari kita sama-sama countdown ke hari tersebut. Kunjungi Hotel Palace of Golden Horses dari 8 hingga 10 September 2017 untuk tunjukkan sokongan kepada Malaysia dan mari kita alu-alukan kedatangan warga fesyen dari serata dunia bersama-sama. Ok Misz-ella dah habis berkongsi dengan pembaca semua. Terima kasih baca. Jumpa lagi di entry seterusnya, ye.



0 comments: