Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Fesyen & Muzik di Anugerah Juara Lagu 32


Hello pembaca budiman,



Kurang dari 30 hari dari tarikh jari-jari halus Misz-ella menaip entry ini,  hampir semua kaca TV rumah rakyat Malaysia akan menonton saluran 103 untuk menonton ANUGERAH JUARA LAGU KE 32!

Bila tu? Pada 11 Februari 2018 dibawakan khas ke kaca TV rumah anda dari  Axiata Arena, Bukit Jalil. Dengan tema Fesyen dan Muzik, AJL tahun ini akan disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini.


Rizman Ruzaini pereka trofi AJL 32

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak
, "Memasuki edisi ke 32, AJL masih pentas terbaik mengangkat usaha karya para pemuzik tanahair. Tidak hanya mengiktiraf kualiti serta kekuatan sebuah lagu, AJL sentiasa menjadi idaman para penyanyi mempamerkan kualiti vokal dan persembahan mereka. 

Selain mahu menghayati komposisi lagu, nyanyian merdu serta bertenaga para finalis dan persembahan yang dipertaruhkan, penonton juga sentiasa ternanti-nantikan fesyen apakah yang bakal digayakan mereka.  Muzik dan fesyen sememangnya saling melengkapi. Kami merasakan tema yang dipilih pada tahun ini amat bertepatan”. Ujarnya lagi.

Mengambil kira transisi fesyen yang sentiasa berubah-ubah dari tahun 1986 hingga kini, mesti ramai yang masih ingat fesyen pilihan Ramlah Ram yang berani untuk berevolusi ketika itu dengan memakai baju berbentuk kunci dan hati. Misz-ella ingat lagi masa kak Melah nyanyikan lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, semua penonton terpegun dan terpaku. Lawa gila love kat baju dia, kan ..

Kalau dilihat pada pada pemilihan fesyen terkini, Dayang Nurfaizah antara finalis yang dilihat peka dengan penampilannya di atas pentas. Beliau sering tampil dengan persalinan mewah dan bergaya, bersesuaian dengan lagu yang disampaikan sehingga menjadi identitinya.  

Ingat lagi dengan penampilan Ning Baizura di pentas AJL memakai baju kurung lusuh (Awan Yang Terpilu) dan Hafiz Suip yang tampil ringkas berbaju T, seluar track menerusi lagu Awan Nano? Biarpun ringkas, pemilihan pakaian mereka memberi impak yang besar dan melengkapkan lagi jalan cerita lagu yang disampaikan mereka.

Setiap artis bebas bereksprementasi dan memilih bagaimana mereka mahu menyerlahkan ekspresi diri melalui muzik dan fesyen, samada bergerak seiring dengan peredaran zaman atau terus kekal dengan identiti walaupun dunia telah berevolusi.

Jumpa kami di pentas AJL 32!


12 lagu hebat yang bakal berentap di AJL 32 nanti adalah :-
Akhirnya, Cinta nyanyian Salma, hasil ciptaan komposer Ajai dan penulis lirik Slen
Aku Cinta nyanyian Syamel & Ernie Zakri, ciptaan dan lirik oleh Syamel sendiri
Aku Yang Sebenar nyanyian Hazama The Penglipur Lara ciptaan M. Nasir lirik oleh Ad Samad
Amboi nyanyian Altimet  ciptaan Navigator lirik oleh Altimet
Bayang nyanyian Khai Bahar ciptaan Alam (Harry Khalifah) lirik oleh Patrick Anohada
Jampi nyanyian Hael Husaini ciptaan dan lirik oleh Haeil Husaini dan Ezra Kong
Lebih Sempurna nyanyian Syamel, ciptaan Syamel, Edry Abd Halim & Boy Anaz lirik oleh Syamel
Menahan Rindu nyanyian Wany Hasrita ciptaan dan lirik oleh Ibru & Gouffran
Sejati nyanyian Azmi Caliph Buskers ciptaan dan lirik oleh Faizal Tahir & Mike Chan
Separuh Mati Ku Bercinta nyanyian Dayang Nurfaizah ciptaan dan lirik oleh Ajai
Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli ciptaan dan lirik oleh Gouffran/Ibnu
Warkah Untuk Mu nyanyian Ara Johari ciptaan Hang Nadim lirik oleh Haq

Alif Satar

 Sherry Al Hadad

Selain dari itu, AJL 32 akan diserikan oleh pengacara Alif Satar dan Sherry Al Hadad  dan dibawa khas oleh  Nivea Face Care, Nivea Pearl White Whip Foam dan Samsung Galaxy A8 | A8+Samsung akan turut menyumbangkan hadiah bagi kategori Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung dan juga Persembahan Terbaik.

Wow! Cantik trofi, hebat semua lagu dan bestnya hadiah dari Samsung, kan! Bukan itu sahaja,  Pentas AJL 32 akan diserikan lagi dengan persembahan dari Stacy, AG Coco, Edrie Hashim, Waris, Awie, Siti Sarah, A. Rahman Hassan dan Jeffrey Din. WahWahwah .. mama Misz-ella mesti suka ni .. ada A. Rahman Hassan dan Jeffrey Din .. ber ago-go lah dia depan TV nanti *hehe*




 UNDI PERSEMBAHAN TERBAIK FINALIS
Tambah menarik, AJL32 tahun ini turut memberi peluang kepada penonton untuk mengundi Persembahan Terbaik finalis pada malam kemuncak iaitu pada 11 Februari 2018 menerusi laman web www.xtra.com.my/ajl32

Undian yang akan dibuka bermula jam 9.00 malam – 11.30 malam itu akan menyumbang kepada 50% markah keseluruhan manakala baki 50% markah adalah daripada juri profesional.

Ketahui info finalis, berita terkini AJL 32, video dan galeri sebalik tabir serta siaran penstriman langsung menerusi LIVE TV di xtra yang dikuasakan oleh Tonton bermula 9 malam.

Bagi memeriahkan lagi arena atas talian, Tonton akan membawakan temubual eksklusif dan terkini bersama finalis dari belakang pentas AJL 32 menerusi laman web www.tonton.com.my


170 PAS VIP KE "AJL32 POST PARTY" RATED XTRA
Buat pertama kalinya, Tonton turut menawarkan 170 pas masuk VIP ke malam kemuncak termasuk akses penuh ke AJL32 Post Party Rated Xtra buat pelanggan bertuah. Nak menang pas VIP untuk akses penuh ke selebriti terkenal di malam AJL 32? Layari laman web www.tonton.com.my dan www.xtra.com.my

PENTAS AJL BERGERAK
OK yang ni best sebab .. TV3 dengan kerjasama Transit Aliran Massa (MRT) akan menampilkan dua penyanyi yang akan menyanyikan lagu-lagu 12 bintang AJL 32 secara akustik dari MRT aliran Sungai Buloh ke aliran Bukit Bintang. Lepas tu merekaakan singgah di pop up store Samsung di Bukit Bintang.

Nak tahu siapakah penyanyi yang bakal membuat persembahan? Saksikan LIVE stream secara langsung di Facebook TV3 Malaysia pada 20 Januari, nanti bermula jam 11 pagi. 


UNBOXING AJL 32 X WAK DOYOK
Video kolaborasi bersama Wak Doyok ini akan memperlihatkan Wak Doyok meneka dan memberi komen-komen beliau mengenai pemilihan pakaian finalis AJL 32. Jangan ketinggalan untuk menonton kandungan-kandungan menarik yang disediakan bagi menyemarakkan lagi AJL 32, di laman Youtube TV3 Malaysia.

  
PENGAMBILAN TIKET PERCUMA KE AJL 32
Orang ramai yang ingin menonton siaran langsung dan merasai sendiri bahang kemeriahan AJL 32 dijemput hadir ke Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Februari 2018 (Jumaat) untuk pengambilan tiket. Kaunter akan dibuka bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Cepat-cepat jangan lambat kerana tiket adalah terhad!

AJL 32 juga boleh ditonton secara langsung di portal video tonton (www.tonton.com.my) dan disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM, Geng Media Berita Harian dan Harian Metro serta Geng Media Digital Ohbulan & Durian Stroberi!.

Layari dan dapatkan perkembangan semasa menerusi Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Gunakan hashtag #AJL32 untuk menghangatkan lagi perbualan tentang anugerah ini di laman sosial.

0 comments: