Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Jom menang wang tunai RM20,000 setiap hari di TEKA TEKAN

Hello pembaca budiman ..

Nak menang wang tunai RM20,000 setiap hari dengan cara mudah? Maksud Misz-ella, tanpa perlu keluar rumah .. hanya perlu tunggu depan TV tapi dengan syarat kena ada HyppTv atau sekarang dikenali sebagai unifiTV.

Siapa pelanggan unifi? Me! OK buat pelanggan-pelanggan unifi, ini berita baik untuk anda semua ..



unifi, jalur lebar kelajuan tinggi di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM) baru-baru ini telah memperkenalkan "TEKA TEKAN", sebuah rancangan permainan interaktif secara langsung ke kaca TV anda melalui saluran HyppSensasi HD (Saluran 116) bermula pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 8:30 malam.

Selain dari itu, TEKA TEKAN juga boleh ditonton di applikasi unifi PlayTV (dahulu dikenali sebagai HyppTV Everywhere)

Encik Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media unifi berkata "Pihak kami sangat teruja membawakan permainan interaktif secara LIVE di Malaysia .. eksklusif hanya di unifiTV! 

Dengan penjenamaan semula HyppTV ke unifi TV, kami terus berusaha untuk memberikan innovasi dalam segala aspek yang boleh kami berikan kepada pelanggan kami. Oleh itu, kami mulakan awal tahun ini dengan program permainan berinteraktif TEKA TEKAN ini untuk semua pelanggan kami di seluruh negara"

Nak tau tak macamana nak main Teka Tekan ni tak?



Yang pertama .. Terbuka kepada pelanggan-pelanggan unifi sahaja. Kalau belum menjadi pelanggan unifi, you all haruslah menyertai 1,000,000 pelanggan unifi sedia ada menikmati perkhidmatan jalur lebar paling laju di Malaysia ini yang pakej nya didatangkan berserta dengan unifitv




Kedua .. setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 8:30 malam, TONTON HYppSensasi di saluran 116.



Ketiga .. TEKA soalan yang dikemukakan oleh Hos anda (Anda ada 45 saat untuk fikirkan jawapan yang betul .. kalau tak pasti akan jawapannya, apa kata kita tanya Encik Google .. *hehe*




Keempat TEKAN butang # diikuti dengan butang berwarna merah, hijau, kuning dan biru di 'remote control' anda



Kelima .. TUNGGU jawapan yang betul yang akan diumumkan oleh Hos anda dan jom kita tengok samada jawapan kita betul dan ada peluang untuk menang atau tidak ..



TEKA TEKAN dibawakan oleh Huawei dan dihoskan oleh Acong, Farouq, Shuib berserta dengan seorang tetamu undangan setiap hari. 

So macamana pembaca sekalian? Teruja tak nak uji pengetahuan? Misz-ella sarankan you all cuba .. sambil tengok TEKA TEKAN sambil cuba nasib. Mana lah tau kot-kot menang, kan. Dan kalau tiada pemenang pada hari berkenaan, hadiah wang tunai akan dibawa ke hari berikutnya .. ini bermaksud .. esoknya ganjaran menjadi .. DOUBLE!! Dan paling best ialah game ni kita boleh main hari-hari walaupun kita dah pernah menang. Kalau ada lebih dari seorang pemenang pada hari tersebut, wang tunai itu harus dikongsi. Sharing is caring, kan .. so its okay ..

Untuk maklumat lanjut tentang TEKA TEKAN sila layari  www.unifi.com.my/tv dan lawati juga www.facebook.com/unifiTV  (Facebook), www.twitter.com/unifiTV (Twitter), www.instagram.com/unifiTV (Instagram) and www.youtube.com/tmyoutube (Youtube).

1 comments:

KiD said...

oowhhh... teruja pulak rasanya