Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Ahaiiii ..

Ahaiiii .. hari Sabtu malam Minggu .. hari libur yang ditunggu. Ingatkan nak tengok Mirror Mirror lakonan Kak Julia anak Pak Robert tapi kita sibuk melayan anak sana sini situ sini balik rumah pun saat matahari dah tak ada lagi. Daripada kita sambung penat meredah trafik untuk menonton midnight, lebih baik kita golek-golek depan 'lappy'.  Abah Aiman ada 'function' sampai ke malam so berduet sahaja kami malam ini.

Esok? Rutin Ahad pagi biasanya "aerodance" tapi ..... ahaiiii .. mungkin tidak buat esok sebab ujung minggu ni kita ada jemputan makan-makan. So tomorrow will be a bit different .. instead of membakar lemak, kita bakal menternak lemak dari pagi sampai petang. Ehehehehehe .. "sekali sekala" pe salahnya dok?

Ahaiiii .. kita sebenarnya sedang ke "bluran" mengenangkan laluan serta jalan sebab lokasi tempat jemputan ibarat langit dan bumi .. satu di sana .. satu di sini. Tapi tak pe .. sesat pun masih kat bumi Malaysia ,, bukan kat England, kannn. Redah je wahai Misz-Ella. Kita pesan kat Aiman satu je tiap-tiap malam ~ baca Surah-surah yang patut sebelum tidur dan berdoalah agar bangun nanti dalam keadaan yang lebih sihat dan walafiat. Moga lebih ceria kita dan boleh menjalankan apa yang dirancang dengan lancar nanti. InsyaAllah. Amin. Eh OK lah. Got to go. Mahu membawa diri ke alam khayalan melayan TV. Selamat Malam. Selamat Berhujung Minggu, kawan.




2 Kali Tersipu Malu

Hari Khamis malam Jumaat.
Ditegur seseorang ku tak kenal.
Siapa ye? Ohhh .. Maaf saya tak kenal.
Bukan sombong. Bukan jual mahal.
Tapi saya memang low profile.
Tak pernah sedar diperhati.
Tak pandai juga menonjolkan diri.

2 jam kemudian.
Saat bercanda dengan teman.
Insiden yang sama kembali berulang
Kak Ella .. Kak Ella .. 
disebut berulang-ulang
Tersipu malu.
Baru sedar selama ini diperhati dan dikenali.


"2 kali tersipu malu"
Mekaseh Ayu.
Awak buat saya serta merta mahu tambah memori.




Sorang-sorang

Keluar rumah sorang-sorang.
Drive sorang-sorang.
Buat keputusan "where to" sorang-sorang

Beli barang sorang-sorang

Makan sorang-sorang

'Tapau" makanan untuk seorang

Perut Kenyang


Hati senang.

Walau pun beramai lebih baik, bersendirian beri kita lebih ruang. Kalau tak percaya, cubalah jalan sorang-sorang. Fikiran lapang, jiwa tenang. One of the best therapy.

*teringat patung "CacheCache"* iskk .. nape tadi tak beli? Sekarang angau + sasau. Harap tak mimpi baju malam ni. OK. Sekian Entry mengenang my Friday morning. Mekaseh baca.

I Love You

Ayat paling dinanti dari yang disayangi semestinya lah "I Love You" di akhir setiap perbualan. In my case, tiga ayat keramat itu menjadi penutup tiap perbualan baik di talian mahupun di saat perpisahan.

I Love You Ma. Bye.
Bye Ma. I Love You.
Aiman tidur dulu ye ma. Bye Ma. Gd night. I Love You*sambil salam dan cium pipi*

Macam tu la Aiman. Once my friend listen to our phone conversation and commented .. Anak aku tak reti nak cakap macam tu. Kalau dah besar ni tetiba dia cakap camtu, mesti aku terkejut, pengsan bangun, pengsan dan bangun lagi. Kahkahkah.

Well, those things started at the beginning. Dari kecik dah diajar dan dibiasakan macam tu. And i believe nak 'adapt' rasa kasih sayang ni dalam diri seorang anak, first of all kita sendiri haruslah seorang yang penuh dengan kasih sayang jugak. Kalau tidak, memang takkan jadi. After all, sume ni datang dari hati ... bukan lakonan dan tak boleh dibuat-buat. Bukan nak kata atau memuji tapi sememangnya i am filled with lots of love. I love all my friends, I love my family and most importantly i love myself very much. Every contributions to them all based on rasa sayang dan ikhlas. 

Tapi lain manusia lain ragamnya. Ada yang hanya mahu berkasih sayang saat mereka memerlukan bantuan. Saat tidak diperlukan, dicaci, dihina, dikata sesuka mereka. Saat bantuan diperlukan, yang keluar hanya kata-kata indah. Talam dua muka. Memang Munafiklah. Tapi tak pe .. God is fair. Every single things count. Kita hanya membantu seikhlas nya cos my heart is fill with love. Lagipun, kita sapa nak hukum mereka, kan. OK lah friend. Got to go. Mekaseh baca Entry I Love You ini ye. 

Bukankah indah kalau hidup ini penuh dengan kasih sayang?



2 Juta???

Pink Form 2 Juta.
Tuan Besar kata .. 200,000 Ella yang punya.
Wah. Wah. Wah.
Misz-Ella tersenyum lebar

Tuan Besar memang kelakar
*Macam la Misz-Ella ada duit nak beli* Hehehe

Kata Tuan Besar lagi ..
If i get it i owe you something
so please do the paperwork for me

TQ Boss cos remember me
I will prepare the paperwork .. dont worry
Bukan kerana 200K
tapi kerana memang kerja saya

Moga jari-jari halus saya bertuah kali ini
membawa Pink Form ke meja Tuan nanti
Moga Allah SWT membuka pintu-pintu rezeki
Dan hidup Tuan Besar serta keluarga dirahmati.
Saya doakan. InsyaAllah. Amin.

* Lagi  kejadian manis di hari Khamis yang manis*

Khamis yang manis

Hai. Hai. Hai. Good morning. Eh ... tengahari sudah. 

Khamis yang manis ~ Walau semalam badan penat dan minda stress sebab mengejar masa mengisi BQ tender .. tidur malamku tetap lena. One thing kan, lagi penat lagi bersemangat ber aerodance. Itu satu cara untuk melegakan tekanan*in case if u dont know* So, lepas dinner dengan famili malam semalam, kita bergegas ke Lantai Tari. Best kelas malam semalam. Happening habis!!

Bermula dengan bangun pagi dan 'iron' baju  Aiman, bergegas ke bawah menyediakan Roti Tuna Goreng bekalan Aiman ke sekolah ... tengah-tengah sibuk tu tetiba Aiman cakap .. "Mum u have to send me to school, Razman tak gi sekolah dia tak sehat". Haaaaaa ??? Jap-jap. Mama goreng Roti ni dulu". Nasi belum masak, Sambal Ayam belum buat*dalam hati*

Aiman is still with me. He rejected the offer from Sek. Men. Teknik Kuala Kangsar atas alasan tak suka course offered but deep deep inside my heart, i think he doesnt want to be far far from me. Tak pe lah .. asalkan ada niat untuk belajar, mana-mana pun tak apa. Lagi 5 minit pukul 7 .. Maaa .. mana kunci kereta? Mama dah kena start enjin sekarang. Aiman ni disiplin dia kuat .. macam kita jugak. Dulu masa sekolah, kita cukup takut kalau lambat .. sanggup tak pegi sekolah sebab tak nak kena marah kerana datang lewat. So 5 minutes to 7, he's ready. Suddenly he changed his mind.  Aliff, ko gi sekolah naik moto eh arini? Ye. Ambik aku boleh. Boleh. Pukul berapa? Dalam 7:05 camtu. OK. Bye.

Ohh .. Aliff ambek eh? OK .. tak payah Mama main kejar-kejar lagi. Macam tu lah kejadian manis pertama di Khamis yang manis hari ini. So, kita sambung tugasan sebagai Chef di dapur dan hasilnya ...

Roti Tuna Goreng. Semalam Aiman bawak bekal Roti Cheese Goreng harini kita tukar Tuna pulak. Aiman cakap Roti Cheese Goreng semalam sedap Ma .. ramai kawan tumpang. Alahaii .. dari kecik kita memang dah ajar Aiman supaya jangan kedekut dan sayang kawan-kawan. Tiap kali siapkan bekalan mesti kita pesan .. Nanti makan dengan kawan-kawan eh dan pesanan tu dia ingat dari Sekolah rendah sampai lah sekarang.

Ini Sambal Ayam. Kita masak lebih sebab bawak bekal ke ofis untuk makan dengan Geng Makan. Minggu ni dua kali kita bawak bekal ~ Sambal Sardin dan Sambal Ayam. Memang muka sambal lah Misz-Ella ni, kan.  One thing about my Geng Makan ni kan, kitorang memang tak berkira bab-bab makan ni. Harini orang ni bawak, esok orang tu  bawak. Sedap tak sedap belakang kira .. yang penting makan sama-sama. Time lunch je lah kita nak borak-borak .. gelak-gelak. Lepas tu dah kena buat hal masing-masing sampai lah satu lagi masa paling hepi .. "Waktu untuk balik" Yeayyy!!

Dan Khamis yang manis diteruskan dengan beberapa lagi kejadian hepi harini. Alhamdulillah .. Saya sangat tenang walau dugaan, cabaran tak putus-putus melanda jiwa kecil ini. 


Festival Kasut Antarabangsa 1Malaysia

Ramai yang tak tau tentang adanya Festival Kasut, kan .. termasuklah saya. Baru-baru ni, masa lepak dengan Jiran-jiran berstatus "Ibu Rumahtangga" barulah saya ketahui tentang kewujudan Festival tersebut yang telah mula di adakan di negara kita sejak dua tahun lepas. Alahaiii .. sungguh aku ketinggalan .. Ibu-ibu duduk rumah pun boleh tau oke*malu sekejap .. hihi*

Penganjuran Festival besar-besaran kali ke tiga ini bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra dari 29 Mac-1April ini dan kini tersenarai dalam Kalender Pelancongan Malaysia. So, kaki-kaki cantiksss ... bersedialah untuk dirapi dan dompet-dompet berisi .. bersedialah untuk dikempiskan pada 29hb Mac ini.

Cerita lanjut sila baca sini 



Cerita Kosong Dari Hati

Hmmm .. Sebenarnya ada benda nak cakap tapi camna eh nak cakap? Tak tau dimana nak mula tapikannnn .. first mahu maaf pada Silent readers, Pengomen tegar dan yang menjenguk ke sini dari Sabtu sampai lah ke semalam. Blog Misz-Ella dijangkiti virus mengejut .. so Misz-Ella ambil keputusan segera dan mengejut juga. Len kali, if i have decided to tutup terus blog ini, i bagi cukup Notis kat korang ye. So that i boleh jemput you as my Invited Reader.

Malam tadi kita marah. Kita marah Aiman sebab dia buat benda yang kita tak suka. Tapi buat mereka yang kenal Misz-Ella .. banyak manalah marahnya? Tak berdentum punnn. Kita tak pandai lah nak poom pamm poom pamm marah-marah.  Kalau kita buat camtu, terus akan datang rasa bersalah pada orang yang kita marah nak pulak Si Aiman. Membebel pun kita tak pandai tau cuma tak nak tipu korang la kan, kadang-kadang terbebel la jugak. Tapi pastu kita cepat sedar. Eh .. membebel lak kau .. mcm makcik la kau Ella!! So, dan dan tu kita stop. Dah terbiasa derrr .. dari mula kawin asben akan tarik muka kalau kita terbebel. Even Ipar-ipar kita pun bagitau yang abang diaorang cukup tak suka kalau Mak (my MIL) membebel. Kalau mak membebel, dia keluar rumah .. duduk bawah pokok cempedak lagi best!! Hmmm .. camtu la kejadian dan asal usul  serta punca kenapa saya tak membebel atas tiket ibu dan isteri. Atas tiket kawan .. lain!!! Marah tak berdentum .. meletops jer. Hehehe. Eh .. tak lah .. kita ni jenis tak simpan dalam hati. Tak pandai berdendam dan tak reti bergaduh. Kalau tak suka, kita cakap sekali jer pastu dah ok balik. Kita tak suka gossip pasal orang dan suka buat hal sendiri. Tak kuasalah nak bawak kaki sana sini sambil mulut tak henti gossiping. Sorry .. dat's not me. I duduk diam jaga diri sendiri but still .. people are very much interested with me. Kita pakai baju apa .. kita buat apa .. kita pegi mana .. kita beli apa .. tapi diaorang tak tanya .. diaorang 'spying' on me. Eh .. Diaorang buat kita perasan retislah*sambil feeling ala Tokti*  Hehehe .. Mekaceh  ye buat saya rasa begitu berharga. Hehehe.

OK.OK. Berhenti kelaut ye Cik Ella .. please go back to the right track. Back to cerita marah Aiman tadi kan .. akhirnya malam tu kita tidur bertemankan SMS mintak maaf dari anak tersayang. Aiman is such a nice boy, kalau dia buat salah, dia akan cepat-cepat mintak maaf. Kalau kita merajuk jauhkan diri, tak nak tengok dia sebab kita tengah 'emo' dengan dia, dia akan hantar SMS kat kita. Cairlahhh korang dipujuk oleh anak sendiri. Thank you Aiman. You light up my day today. Mama doakan kesihatan dan kesejahteraan Aiman dunia akhirat. Mama doakan Aiman bahagia. 

Saje je nak tayang Spagetthi Meatball dari Kedai Resepi Rahsia. Kita suka makan Spagethhi tapi tak la pandai sangat membuatnya. Kalau kita buat, rasa dia biasa-biasa jer .. gerenti korang takkan teringat-ingat punya lah. Hehehe.

Fried Kueytiaw dari Food Court 1Utama - RM7.95 sepinggan. Apa yang murah sekarang? Kalau masak sendiri, RM7.95 tu boleh makan 5 orang kot? Tapi kannn ... kita tak rajin .. kita pemalassss. So, mari kayakan Tokey Food Court 1Utama. Kahkahkah.





Tau? Tak Tau?

Sesetengah perkara or certain things dalam hidup ni kan, lebih baik kita tak tau. Sebab kesan dan akibat bila kita tau adalah "Luka dan Sengsara".

Satu cerita yang lain pulak .. baru-baru ni saya didatangi teman seperjuangan untuk suatu perkara. Nak tau sesuatu @ bergossip sesuatu dengan saya tentang kata-kata orang tentang seseorang. My answer is simple .. Maaf .. Kak Ella tak tau dan tak mau ambil tau. Pergi tanya orang lain. Dont ask me. I'm not interested to gossiping about people especially yang melibatkan "Orang Kata atau Kata-kata Orang". Salah tafsir .. dosa. Daripada sibuk tentang dia lebih baik fikirkan tentang kita yang belum tentu sempurna, kan.





Bukan tak faham bahasa

Bukan tak faham bahasa,  tapi setelah 2 kali round takdapat tempat nak letak kereta, undang-undang terpaksa ku langgar sahaja.

Sib baik tak kena clamp. Yeayy!!

Hello Readers ~ 60 minutes Entry

Hello ... 
Saya sudah keluar dari pertapaan. 
Seronok jugak sesekali main sorok-sorok dan menyepi.
Hehehe

Setelah bertapa memikirkan apa yang terbaik untuk Blog Misz-Ella, keputusannya adalah I am no longer Public. I have decided to private kan my blog. Wahh .. bunyi cam hebat, kan. Exclusive gitewww. Hehehe.

Cukuplah dua tahun berkongsi rasa berkasih sayang dengan readers di blog 'humble' ini. Cukup lah dua tahun entry-entry kelakar, sedih, selamba, berkongsi pengalaman dan cerita, tips, resepi dan macam-macam lagi menjadi hiburan dan teman bagi mengisi ruang-ruang sepi dan bosan. Dua tahun yang buat saya benar-benar gembira. Dua tahun bertemankan 2000 pageview setiap hari yang entah dari mana datangnya. I'm happy with what i'm doing tapi mulai saat ini saya sudah tidak mahu lagi berkongsi. Ecece ... bunyi macam merajuk, kan. Tak lah. Tak merajuk tapi saya orang biasa-biasa. Bukan artis. Bukan selebriti. Tiada istimewa. So guys mekaseh ye. Either i know you or not, Terima Kasih banyak-banyak dari saya. Terima Kasih datang dan hargai tulisan entah apa-apa saya. Saya terharu dan gembira. 60 minutes from now .. Misz-Ella's blog will go private and i have decided to pick and choose my readers. Either you email me here or comment this Entry and i will definitely consider you as my reader. Sekian. Bye.


Sopink sikit-sikit

Hari Sabtu hujung minggu. Saya kerja. Masa ni ter jeles sekejap dengan pekerja-pekerja yang sedang bersantai di rumah dan yang sedang libur dengan famili. Eh jap-jap. Tak baik jeles-jeles .. Bisikan Syaiton yg direjam tu. Syooohhh .. syoooh .. pergi kau dari sisi. Hehehe.

Lepas kerja, bawak Bodyguard kesayangan ke Shopping Mall feveret dah semestinya1Utama. Nak redeem rebate voucher .. nak sopink apa yang perlu. Setelah dapat voucher berjumlah RM290 .. barang pertama jadi pilihan ialah "Cabin Luggage." Bakal menggantikan 'cabin luggage' lama yang buat Aiman merungut tak sudah di Kota Singa baru-baru ini. Ai kan mak yang perihatin .. kalau anak berbunyi .. dgn ai-ai sekali tak senang hati. Hehehe.

Kasut aero baru menggantikan kasut lama yang dah mula menggigit kaki. Ai beli yang murah-murah jer .. sesuai dengan kemampuan poket yang tak hebat. Tapi yang ni tak guna Voucher sebab tempat pembelian adalah di RSH .. bukan di Jusco 1Utama. Murah tak pe .. yang penting selesa. Mesti lebih cantik langkah tariku selepas ini. Hehehe.

Tips for u ols yang sedang mencari kasut aerobik ~ Pilih kasut under label "Training", "Running" atau "Studio". Cukup sudah. Make sure tapak tebal sebab dalam aerobik banyak step yang berasaskan hentakan.

Kasut lama yang bermakna dan sangat berharga. Masa ai beli dulu, cuma RM29 di RSH .. last piece katanya. Selepas hampir 3 tahun, kasut ni mula keras dan menggigit jari. Walau hati berat mahu berpisah mengenangkan budi yang kau tabur padaku selama 3 tahun ini .. hati terpaksa walau tak rela. But ai tell u .. ai tak buang. Benda kita sayang .. bukan senang nak buang, kan.

Hadiah buat kaki yang melecet di Kota Singa baru-baru ini. Cik Primavera RM49 sahaja. Cik HP .. since u hurt me .. ai punish u duduk diam-diam tepi pintu. Eh eh .. jap-jap .. Salah Cik HP ke? Yang ko bergaya dengan wedges 3 inchi berjalan kaki berkilo-kilometer di Kota Singa tu kenapa? Hehehe .. Not my fault .. mana la nak jangka Nizam nak bawak berjalan sejauh itu hingga melecet tapak kakiku. Haaaaa .. salah Nizam la ni. Hehhe.

Beg sekolah untuk Aiman. Original Nike RM99 ada discount 10%. Setuju beli yang mahal dengan syarat ~ Make sure Aiman guna dua tahun tau .. baru berbaloi Mama membeli. OKOK. I agree. With the mutual understanding between us, ai setuju beli dengan harapan beg mahal ni takkan koyak seperti beg lama yang dibeli di Uptown tempohari. Elelele .. sapa suruh beli kat Uptown. Mama hang pun kedekuts gak sekali sekala ye. Hihihi.

Dah dapat Cabin Luggage and Nike Bag, voucher masih berlebih RM50. I told Aiman, mari kita habiskan duit ni .. Anything u want? Dok fikir-fikir pastu dia sebut ... Haaaaa .. Boxer. Dah pilih boxer bersama lalu depan rak baju ternampak singlet V-Neck tu. Aiman biasa jer tapi mama dia terjatuh cinta so ai goda Aiman suruh ambik Tshirt tu. Aiman, y not u take the V-Neck Tee .. mesti hensem Aiman pakai nanti. Akhirnya .. V-neck Tee bersaiz M berjaya dibawa pulang sehelai oleh Aiman dannnnnnn ... besar la pulak dahhh. Tak pe .. nanti i help u to gain more weight.

Selesai sudah membeli belah barangan berasaskan keperluan bukan kehendak, we went home feeling happy even total lost today mencecah RM500. Haihh ... dah la semalam bateri kereta kong cheq kena RM170. Duit macam air deras mengalir but what to do .. yang dibeli adalah keperluan bukan kehendak semata-mata lagipun RM290 is voucher so ai guna cash RM210 sahaja. But stillll .. gaji lambat lagi lerrrr. 


Sessi luah rasa dan bergembira

Aku penat tahap melampau sebenarnya. Bangun pagi sapu sampah, mop lantai, mesin dan jemur kain rehat 10 minit mandi dan vroommm sorang-sorang ke Meru. Lepas minum dan 'tapau' makanan kita pulang ke SU. Sampai rumah, aku terus basuh kereta sendiri. Malas nak buang masa sejam dua kat Car Wash. Mata pun dah tak tahan derrrr.

Kepenatan tahap melampau sampai terlelap disiang hari  .. something which i never done before.  But i'm smart, 10 minit sahaja ku layan permintaan mata yang mahukan bantal. Pastu Eh .. tak boleh ... tak boleh ... nanti pipi tembam .. nanti sembab .. nanti mcm makcik-makcik .. hehehe.  Terus bangun dan layan CD aerobik terbaru dan fikirkan 'careography'.




Walau penat, masih sempat menghadiri Sessi Adinda-Kekanda sebelah petang untuk Sessi luah rasa dan bergembira. Kekanda nak jumpa Adinda dari minggu lepas lagi .. hanya harini Adinda free. Kebizian melanda la Kanda, Dinda every night got things to do. Sori eh. Hihihi.



Peaceful Saturday

Bangun  6:30 pagi  'feeling fresh' walau tidur menjelang pagi. Mana tak lewat, balik dari Aerodance  pukul 10:45 malam ternampak jiran di luar pagar maka aku singgah menyapa. Jiran-jiran aku walaupun Surirumahtangga tapi kepala diaorang best dan gila-gila. Borak, gelak dan sempat berkongsi rasa*Bahagia* Masuk rumah jeling jam di dinding .. fuihh .. dekat 12 malam. Nak mandi. Nak mesin kain. Nak makan vitamin dan lain-lain.  

Dan Terima Kasih Tuhan atas tidur yang lena malam semalam meski jiwa kacau. Short but quality sleep. Aku penat barangkali. Penat minda .. penat fizikal. Selagi bernyawa dugaan dan cabaran pasti ada. Memang itu perjanjian kita dengan Tuhan .. menjadi hambaNya untuk diduga. Redha lah dengan setiap Ujian. Redha itu ikhlas. Means terima lah setiap ujian itu dengan ikhlas. Jangan menyesal dengan kejadian, jangan merungut dan rasa rendah diri. Ikhlaskan sahaja. Buka hati dan minda seluasnya sebab dalam tiap ujian pasti ada pengajaran yang tersembunyi. Bak kata seorang teman baik, Ujian tidak datang dengan percuma tapi lengkap dengan pengajarannya. Mungkin ada salah silap kita yang kita tak nampak selama ini. Kdg-kdg kita rasa kita betul tapi sebenarnya kita salah. Bukak minda .. jangan kunci pintu hati. Baru kau nampak kenapa perkara itu terjadi.

Lama aku tak buat Entry camni, kan. Bukan apa .. lately banyak sangat dengar cerita duka teman-teman. Ada yang putus sudah. Ada yang masih tegar mempertahankan cinta, ada yang kecewa. Watever your condition is, aku doakan kau kuat. Kalau kau sedang mempertahankan cinta yang kau katakan senipis kulit bawang, aku harap kau berjaya. Tapi aku nak remind kau lagi .. Daripada kau bergaduh dan stress hari-hari, lebih baik kau belai dia dengan ayat-ayat cinta. Bergaduh takkan mendekatkan kau dan dia. Menjauhkan lagi ada. Pastu kau kena berhenti point sana sini.  Kita takkan boleh merubah manusia tapi kita boleh ajar diri kita untuk terima mereka seadanya. Last .. jangan lupa doa. OK lah. Takmo cakap dah hal ni. Nanti kita cerita ear to ear ye. Hehehe.

Dan pagi ni, aku menunggu seseorang di Kedai Pernama untuk 10 botol Minyak Serai Wangi. Kak Pah tanya .. beli banyak buat apa? Jual ke? Tak kak. Saya guna sendiri dan hadiahkan pada kawan-kawan. Haa .. hadiahkan lah Jamu Kak Pah jugak. Kahkahkah .. Kelakar la kak .. Ai sendiri tak makan jamu .. how to tolong u? Len kali ye kak. 

Dan minggu ini juga, kotak ini bertemu Penerimanya, Cik Bibi. Aku beli dah lama dok membilang hari demi hari untuk memberi.  As usual, i love all my friend. Birthday close friend InsyaAllah aku tak lupa. Bukan close friend jer, birthday Abg Ipar, Adik Ipar, Kakak Ipar .. semua kekal melekat di kotak minda. Dalam hidup ni kita tak boleh 'selfish' .. hidup macam rantai .. saling memerlukan. Kita tak tau bila masanya kita perlu kan orang tu .. orang ni .. dia tu atau dia ni. So, daripada kau simpan benci, lebih baik kita positif. 

Have a Good Weekend, friends.



Kaki Sopink

Kaki sopink memang camni, kan. Asyik la beli itu ini mengempiskan dompet sambil kumpul point sana sini pastu diberi ganjaran Rebate Voucher atas kesetiaan berbelanja di tempat yang sama (for registered Loyal Customer only). Tapi as times goes by, seiring dengan peningkatan usia dan kematangan tahap pemikiran*chewahhh* urusan berbelanja benda-benda tak berfaedah telah berjaya saya kurangkan. Kecuali makan-makan dan makanan, the rest i have learn to say No. Saya mahu berbelanja dengan bijak dan berhemah. Lagipun, apa sangat la baju-baju kat Dept Store tu sedangkan baju-baju dlm Wardrobe ku masih elok dan molek lagi. Yang dicarry forward dari zaman anak dara pun buleh pakai lagi tauuu. 

Wiken ni nak gi redeem Rebate voucher berjumlah RM110. Bakal gunakan budget itu untuk beli barang-barang yg i sayang nak keluarkan sendiri punya wang. Hahaha. Apakah? 

Buat Tummy

Kerana diserang simptom "Hati Terbakar Kepala Meletop" baru-baru ini, saya mula mahu menghargai "Tummy".


Hadiah buat "tummy" malam semalam ~ Mee Rebus dan Rojak Buah.
Tapi kan .. Mee Rebus buatan Tok Nizam di Balik Pulau maintain the best!!

Cuti Khas Untuk Rakyat Malaysia

Just nak bagitau .. buat sesiapa yang belum tau .. 11hb April ni adalah Cuti Khas untuk rakyat Malaysia walaupun tidak bertanda merah di dalam Kalender Kuda kita.

Cuti Khas sempena Pertabalan Yang Dipertuan Agong adalah pada 11hb April 2012 bersamaan dengan hari Rabu. Kalaulah jatuh pada hari Isnin .. boleh kita 'plan' bercuti lagi. Hihihi. Alaaa .. I kan susah dapat cuti .. walaupun sehari sangat berharga for me. OK dah .. nak plan 'something for that day' lah. Meeting somebody maybe? Tengoklah nanti. Yang pastinya bakal memanfaatkan cuti sehari yang bermakna itu dengan sebaiknya nanti.

Roti Jepun. Kueh Melayu.


Roti Jepun. 

Kueh Melayu.

Dua-dua sedap. Dua-dua manis. Dua-dua i like. Hmmm .. kalau dah suka makan, tolak batu dan kayu jer, kannn. But one thing, i'm so lucky. Makan dan minum sentiasa ada yang jaga. TQ Kak Senah for Nasi Goreng pagi ni. Melayang diet ku. Hihihi. 



Kembali mengajar bulan hadapan

If everything goes well, bakal kembali ke Lantai Tari sebagai Pengajar. Class .. .. dont worry. We will do it soft and steady so that you tak terkejut tapi "pain" itu mesti. No pain no gain. Kata nak cantek macam ai, kan. Ecece .. cantek la sangat. "Teacher perasan!!!!" Kahkahkah.

Once upon a time. 
Grup ni dah berpecah membawa haluan sendiri. 
Yang masih setia kekal bersama hanya saya, Zana, Yanti dan Nana.
Hopefully, dgn izin Allah SWT .. Persahabatan kami dirahmati. Shower with laughter and love. Sahabat untuk selamanya lah hendaknya. InsyaAllah. Amin.

When it becomes a memory

SOMETIMES
You will never know the true value
of A MOMENT until it becomes
A MEMORY

Kenapa Singapura? Tempat tinggal di Singapura.

Memula plan nak shopping sambil makan sedap-sedap dan dikelilingi orang baik-baik di Jakarta Bandung dengan famili bawak mama dan abah sekali tapi last minit diaorang tak nak pegi sebab renovation rumah tak siap lagi .. Abah Aiman pulak tak dapat cuti. Sebagai mak yang prihatin .... Kita kesian kat Aiman yang 'Home Alone' dari pagi sampai malam. Akhirnya buat keputusan untuk bercuti secara berduet sahaja diringi pesanan "Jaga diri dan tengok-tengokkan Aiman". Orite. Hari Khamis renew paspot Aiman, collect Ticket Coach kat Bdr Utama dan ke Money Changer. Everything done. Jumaat 10 pagi FirstCoach bawa kami ke Singapura melalui Link2. Yeayyy !!! Imigresen tak ramai orang and the road is so clear.



Ada 2 Coach ke Singapura ~ Aeroline dan Firstcoach. Aeroline naik di 1U new wing. Aeroline a bit expensive ~ RM80 single journey and stop kat The Harbour. Sapa nak gi Sentosa Island senanglah. Turun kat The Harbour beli tiket Monorail kat Vivo City (3SD sahaja) 2, 3 minit dah sampai.

We took Firstcoach. RM50 dari OneWorld Hotel, Bdr Utama stop kat The Plaza, Beach Road, Singapore.  Harga tiket termasuk minuman panas, sandwich dan mineral water. Tiket balik RM78 dari Nowena Square, Singapura. Turun coach di The Plaza kita jalan kaki 250m ke Nicol Highway MRT Stesyen (siap tanya orang mana jalan ke MRT. Sah Tourist!!) hahaha. Turun di Stesyen Dhoby Gaut dan tukar MRT lain (laluan merah) ke Novena Stesyen sebab hotel kita kat sana. Wahhh .. adventure ai sekejap gi sana sini naik MRT walhal kat tempat sendiri tak penah kenal pun LRT tu. FYI, both coach equipped with Audio Entertainment tapi sila bawak Earphone sendiri or you will end up tengok cerita bisu macam Aiman .. last-last cerita tengok dia. Kahkahkah.


Tido lena dalam 'Coach' yang selesa

Turun MRT Novena Stesyen dan tanya di Info Counter ~ "Excuse me. How do i get to the OAsia Hotel from here? U go 1 level up exit after The Sports Station. Thanks."
Exit dari The Sports Station jumpa lobby.  Keluar dari lobby dah nampak OAsia Hotel sebelah kanan. Yeayy!! sangat senang dan selesa*dah tak sabar nak lepak atas katil gebu masa ni*


Berdepan dengan Novena MRT Stesyen, Novena Medical Centre, Novena Square Shopping Centre dan Novena VeloCity. On the right is Tan Tock Seng Hospital. Superb location!! Makan, Shopping dan Jalan-jalan all within walking distance. And the hotel is new. 

Hanya ada 4 bilik with balcony di Hotel setinggi 23 tingkat ini and 1 of the room belong to me. Thanks Nizam, The Duty Manager of this Hotel. Very happy with the special room rate*Weeeee* 

Facing the hotel swimming pool & Novena Suites Condominium. Boleh cuci mata*wink ..wink*

Halal food @ Fork n Spoon Food Court Novena Square just 2 minutes away. Restoran Bumbu Desa juga ada. Kat Food Court Tan Tock Seng Hospital (Level 2) pun ada few Gerai halal. MRT depan mata .. makanan halal ada and the room smells new. I love this area. (Sinaran Drive/Balestier Road)

Pastu petang jalan-jalan di Orchard, Bugis Street, Kg Glam di Arab Street, Marina dan ... haihh .. penat akak tau.  Turun naik MRT sampai melecet tapak kaki. Feeling local people la kononnnn. Hihihi. Buat yang tak tau ..teksi kat Singapura tersangatlah mahal. Duduk je dah 6SD =  RM14. Naik MRT murah .. about 2.60SD ke sana sini (RM6.30). Singapore is paperless country .. diaorg guna kad .. tak guna paper tiket. Pulangkan kad MRT tu kat machine, 1SD is refunded to you. Parking dan toll pun camtu. Sume guna special kad .. takda tiket-tiket parking ni kat sana.


Ada 1 Stall @ Food Court dekat Hotel Concorde jual Halal Food. We choose "seafood"  sebab tak konfiden ayam dia sembelih camana. Along Orchard Road ada a few Restoran Halal. Kat Lucky Plaza ada 1 Ayam Penyet Ria. Nasi Padang pun ada kat Orchard Road ni. Kalau tak jumpa, masuk je lah McDonald dan pilihlah Fillet O Fish atau makan je di Manhattan Fish Market. We are lucky cos Nizam dah 3 tahun menginap di Singapura dan Kak Maria is Singaporean.  

Lelaki Melayu Terakhir who loves Nasi so much and refuse to share portion of my Seafood Fried Kuey Tiaw. Ku paksa-paksa dan habis juga akhirnya. KueyTiaw Seafood dan Sweet Sour Fish + Rice tu 15SD = RM36. Tiga Fruit Juice 9SD = RM22. *Kak Ella .. Jgn convert-kata Nizam*. Ini area Concorde. Faham sahaja la ratenya camna. But one thing .. Their Earnings is high. Gaji Front Office Staff 2000SD = RM4840. Gaji Duty Manager bernama Nizam berapa ye? Phewwww .. *rahsia* 



Yang murah di Bugis Street ni baju perempuan je. Cheapest is 10 Dollar = RM24.20.

Kalau nak beli Cendarahati memang banyak dan murah kat Bugis Street ni. 



Pastu kita jalan kaki ke Arab Street ~ Heaven for Halal Food. Arab Street ala-ala Jln TAR kat tempat kita. Kedai jual carpet .. pashmina .. minyak atar. Untuk orang macam kita .. jalan-jalan cuci mata sambil makan-makan ok la, kan. Takkan nak bawak balik carpet kot? KL berlambak la derrr.

Teh tarik ~ 1.50 Dollar = RM3.60. Sib baik sedap.

Murtabak Rusa saiz Kecik ~ 10 Dollar = RM24.20 duit kita. Makan 3 orang pun tak habis. One thing kat sini, 1 portion of food worth 10SD boleh makan 2, 3 orang termasuk la Nasi Briyani. So, jangan tamak .. jangan order banyak-banyak. Sila kongsi dengan partner anda untuk mengelakkan pembuangan dan pembaziran. Mahal tueee. Lagi satu .. jangan 'convert' or u will end up tak berbelanja. Hihihi.

If you travel last minute dan berdua macam kita, OK la u ambek Firstcoach tu (RM128/per person). Perjalanan 5 jam yang selesa dan tak perlu go through all the hassle such as tunggu luggage or Imigration clearance at the airport. If you travel with family lebih baik drive ke JB and enter Singapore via taxi or kereta sewa. Banyak beb kat 'border' tu. But my first experience travel to Singapore by Firstcoach adalah sangat mudah, murah dan menyenangkan. All in .. all in .. we had a fun time during our holiday in Singapore. Thanks Kak Maria .. thanks Nizam. Terubat duka tak dapat jumpa kawan lama di Kota Singa sebab ada mereka berdua.






Target

Target!!

Dalam hidup, mesti kita awal-awal lagi dah set "target", kan. Lets say .. When u are 20's .. mesti masa ni kita dah pasang impian by the time i'm 30 .. i dah macam ni. Ada tak? Ada tak korang set target? Ke tak da? Korang 'follow the flow' sahaja?

As for me, certain things in my life i set target awal-awal. Ada satu benda tu kan, i'm approaching my target soon .. beberapa bulan lagi dari sekarang. And i'm so nervous. Ada masanya rasa mental tak ready .. ada masanya rasa OK .. dah ready. Oh Myyy .... kuatkan lah hati dan tekadku agar impian dan target tu tercapai. InsyaAllah. Amin.

Hari Ke dua di Singapura

Buffet Breakfast kat Hotel. 
Yang boleh dimakan hanyalah Pancake, Waffle, French Toast, Roti, Cereal dan Salad.

Lepak kat bilik lepas sarapan sebab tapak kaki masih sakit sampailah Kak Maria dan Nizam intercom ajak  lunch ramai-ramai. Kat Sinaran Drive ni pilihan makanan Halal banyak. Kat Novena Square ada Fork & Spoon, ada Bumbu Desa. Kat Food Court Tan Tock Seng Hospital ada 3 Gerai Halal ... all reachable by walking sahaja. Kita tak sempat nak merasa semua sebab cuma 3Hari/2Malam sahaja disini.


After lunch, kita dan Aiman ke Bugis Street untuk 'round ke 2' dengan tiket MRT disponsor oleh Nizam sekali lagi. Asyik-asyik orang belanja*malu tapi suka*. Hihihi. Bugis Junction Tower ni sebijik macam Paris Van Java di Bandung ... punya lah ramai manusia di sini.


Jangan lupa beli Fruit Juice di Gerai ni when you are in Bugis Junction. Murah, fresh dan sedap.



Pastu kita balik dan rehat sebab hujan nak turun .. risau basah lenjun sebab kita berdua naik MRT. Malamnya Nizam jemput kat Hotel dan kami dinner di Kg. Glam, satu-satunya tempat yang kita jumpa ramai orang Melayu. Arab Street memang happening lah .. Ramai betul orang kat sini. Melayu, Cina, Omputeh dan Arab semua ada. Kena sabar tunggu meja dan kerusi free. Kalau korang tak ada transport or tak kenal sapa-sapa di Singapura, Arab Street is the best place to stay sebab pilihan makanan Halal tersangatlah banyak disini and one of the Hotel yang kita rekomen ialah Landmark Village Hotel. Mahal sikit tapi jimat banyak sebab kalau nak makan, jalan kaki sahaja .. tak perlu naik teksi.

Pastu Nizam drive ke Vivo City dan dari sini kita naik Monorail ke Pulau Sentosa. Tiket monorail 3SD seorang 2 minit sampai. Sight seeing sahaja. Sebenarnya kita tak nak pegi sini sebab tapak kaki masih sakit tapi Nizam kata 'Harusssss pegi'. Baiklah Adik .. tapi kalau Mak Ngah datang bulan 6 ni nanti jangan buat camni ye. Harussss bising dia nanti. Hihihi.


Universal Studio Singapore ~ Hanya Sight seeing di sini.
Open 10:00am-6:00pm daily. Beli tiket dari Malaysia la kalau korang nak senang


Ye. Itu dia the 26 year old Nizam yang keretanya accident 2 hari sebelum kita sampai tempat ni. Disebabkan dia belum 'ngam-ngam' 26 tahun, dia kena bayar 3100SD untuk denda itu ini dan macam-macam lagi. Tapi tak pe. 3 tahun kerja di Singapura, Nizam dah makin kaya. 3100SD = hampir RM7000 small amout utk dia. Kerja di Singapura .. kumpul harta di Malaysia. Sejuk perut Kak Ina mengandungkan dia, kannn *mcm la Mak Nizam baca blog kita* Hihihi.

And then we merayap ke Clarke Quay ~ Area orang joget-joget clubbing-clubbing. 4 block of building untuk bersukaria. Disko Bollywood pun ada. The best part is even tempat ni tumpuan ramai untuk bersukaria di malam minggu, jalan tak jem because they are not allow to drive here sebab if they are found drink, drunk and drive .. the penalty is very high. Licence pun boleh kena revoke. Driver taxi really makes money here.

Lepas tu kita 'Supper' Sup Tulang Merah dan minum Teh Tarik disini. Selang 5 pintu dari Al-Afrose Restaurant ada Spize Restaurant. Sayang tak da tempat kosong sebab Nizam kata makan dan minum kat situ lagi best.

OK dah lewat. Siang nanti Nizam The Duty Manager kena kerja. So, vromm the Jetz lelaju sampai bilik kita transfer gambar dalam Blog ngam-ngam 2:30 pagi .. TIDO. Esok dah nak balik. Thanks Kak Maria for the Invitation for Nasi Lemak Boon Lay breakfast the next day tapi kita tak cukup masa. Len kali eh kak.

Selesai sudah jalan-jalan 3H/2M di Kota Singa. Akan ada 1 atau 2 lagi entry berkaitan Trip ini terutamanya tentang Tempat tinggal kami di Singapura. Stay with me, Misz-Ella the Story Teller ye. Chewahh ... perasan!! Macam la diaorang suka sangat baca Entry kau!!! Hahaha.