Tetiba rasa tak best .. tekak perit , badan rasa panas dalam, stomach very gassy. Hai la badan, sila la bertahan sebab harini kita nak terbang. Tak mau la sakit di tempat orang.
Cuaca sekarang panas semacam, kannn ...
Pages - Menu
▼
Mari Bersenam dan Menari
Our class getting bigger - 25 orang dalam satu masa .. nasib baik dewan besar dan selesa.
Tapi kat Puncak Alam .. siap la kau bersempit-sempit. Pandai-pandai la kita 'minimise the space but maintain the maximum impact'. Sebab apa ramai tau? Sebab Sifu kitorang best .. crowdnya pun sporting and happening. Tak caya kitorang 'happening'? Come on and dance with me. U wont regret ..confirm punya lah.
Tapi kat Puncak Alam .. siap la kau bersempit-sempit. Pandai-pandai la kita 'minimise the space but maintain the maximum impact'. Sebab apa ramai tau? Sebab Sifu kitorang best .. crowdnya pun sporting and happening. Tak caya kitorang 'happening'? Come on and dance with me. U wont regret ..confirm punya lah.
Malam Rabu kita biru .. moh kita boria dengan baju murah RM17.50. Cantikkan kitoranggg .. eh baju. Hihi.
Jangan terkejut .. ada antara mereka yang dah bercucu. Yang single pun ada .. yang mak-mak macam ai lagi la ramai.
Bokwa class Isnin malam .. merah muko den dek poloh-poloh .. 1 hour Non-stop of Bokwa Fitness Class. Bokwa method of exercise ni banyak guna kaki .. lompat, kick, sapa sendi tak kuat jangan lompat .. just pump your body. Kalau orang tanya i best ke Bokwa? Hmmmm .. i lebih suka Hi-Lo. Ehhh .. joget lagi best lah beb. Jom .. *hahaha*
Class Ahad keluar dewan di satu pagi Ahad yang cerah. WaWaWa .. merah sangat la Kak Ngah .. nice and fun .. di pertengahan senaman, ramai betul yang join kami .. Melayu, India,
Cina sume ada. Next colour theme will be 'Going Green' .. sila datang dengan baju hijau or else ko ambik daun-daun pokok dan tampal la kat baju. Hahaha. Warga Shah Alam, Meru, Setia Alam .. sila join us .. pagi Ahad, 8:00 pagi, Central Park, Setia Alam. Sila cari Si Baju Hijau sedang bersenam. Yeahhhhh .. Errrr ... buh Sun-Block tebal tau ..
Cerita Terkini
Lama Misz-ella menyepi, kan. Entah la kenapa .. Misz-ella tengok blog macam tak da rasa .. entah mana hilangnya emosi kasih sayang pada Blog ni. Tapi kannnn .. awak semua best la .. awak tetap datang walau tak da cerita baru dari saya. Terima kasih awak. Saya appreciate sangat-sangat. Hmmmm .. Lagi 2 hari Misz-ella nak bertamu di awan biru. Yeayyyy .. bawaku terbang wahai pesawat. Aku rindu pada awan biru itu.
Alhamdulillah atas semua kelancaran perjalanan hidup ini. Perancangan Allah SWT itu sangat indah. Dulu Misz-ella selalu tertanya-tanya .. bagaimana nanti? Macamana? Sekarang segalanya terjawab dengan sendirinya. Segala-galanya dipermudahkan oleh Dia. Alhamdulillah.
Alhamdulillah atas semua kelancaran perjalanan hidup ini. Perancangan Allah SWT itu sangat indah. Dulu Misz-ella selalu tertanya-tanya .. bagaimana nanti? Macamana? Sekarang segalanya terjawab dengan sendirinya. Segala-galanya dipermudahkan oleh Dia. Alhamdulillah.
Penyeri bahu terbaru - Tq sayang .. i love it so much.
Celebrating March's birthday di Hotel Royal Bintang Damansara. 24 orang ahli keluarga termasuk dua orang adik angkat saya (Jai dan Farees) dinner bersama untuk meraikan mereka-mereka yang lahir pada bulan Mac ... 4 orang semuanya. Bulan Julai pun ada 4 orang *termasuk la i .. hehe* ada rezeki kita raikan lagi ye. In Sha Allah.
A lot more things happened in my life recently .. ada ketawa mesti la ada airmata, kan. Barulah lengkap kehidupan ini dengan berbagai rasa. Tapi kannnn .. later-later i cerita ye. Simpan sikit untuk esok-esok. My hotel room kat sana lengkap dengan PC .. nanti i update, ye, tu pun kalau tak melepek kepenatan. Hehehe.
Sibuk
Hmmmm .. sibuk sangat 2, 3 hari ni sampai rasa tak cukup kaki tangan untuk buat itu ini. Tapi masalah sebenarnya bukanlah kaki dan tangan tapi masa. Masa yang semakin mencemburui saya. Terlalu banyak yang perlu saya selesaikan tapi terlalu sedikit masa yang bersisa untuk saya. Tambahan lagi Line Maxis saya dah kena "block". Sunyi gila weih tanya WatssApp dan Viber dari kawan-kawan. Seriyus rindu gila kat Geng WatssApp saya. Tunggu ye adik-adik Kc. Till Kc settle everything here, then kita akan bergurau senda semula seperti dulu. Sekarang saya busy sangat .. nak kemas barang, nak angkat kotak, nak buat paperwork .. Oh Myyy .. banyak yang unsettle rupanya. Hurmmm .. ada sapa-sapa nak tolong saya?
Lawak Abg Bo
Lawak Abg Bo harini memang betul-betul lawak .. sampai keluar airmata Misz-ella ketawa.Hai la Abg Bo .. lawak kau setaraf Maharaja Lawak Mega. Malu i tau bila kenangkan balik how i laugh just now.
Sapa Abg Bo? Abg Borhan? Abg Bola? Abg Boboi? Abg Boroi? Abg Botak? Abg Bobby? Abg Bond? Syhhhhh ... biarlah rahsia kami sahaja.
Sambil gelak, sambil layan Pulut Mangga. Hmmmn .. yummylicious!!
Rock Oo ~ Rimba Bara Kembali
Ini semua A.R. Amin punya pasal .. kan Misz-ella dah terjebak sama. Biasanya Misz-ella lebih suka lepak ramai-ramai sambil tengok CD untuk Malay Movie tapi disebabkan Amin .. phewwww ,, melayang duit ringgitku.
Tapi tak pe .. berbaloi sebab sumpah lawak. Misz-ella sebenarnya susah nak gelak .... Maharaja Lawak yang jadi fenomena satu Malaysia tu pun tak berjaya buat Misz-ella ketawa tapi bila tengok Rock Oo Misz-ella gelak besar. Memang kelakar!!!
Watak Amy Mat Piah lakonan Que Haidar memang buat Misz-ella geram gila kat dia. Dengan kain pelikat, rambut panjang kembang hitam berkilat, baju ketat dan basikal tua .. hahaha .. Kelakar .. Kelakar .. Kelakar *geleng kepala senyum sorang-sorang*
Watak Jijo lakonan Khir Rahman dengan dia punya kan .. kan .. kan .. dan skrip "Binawe punya Cik Man .. dah dua hari tak balik" Misz-ella ketawa berdekah-dekah. Ada rasa-rasa macam nak 'repeat' lah .. kali ni dengan Geng Gelak Besar pulak. Jom kita gi ramai-ramai .. kasi gamat itu dewan. Jom. Jom.
Cakap-Cakap Orang. Class Blink Blink.
Cakap-cakap orang ni kan, kalau kita layan boleh menjatuhkan, men 'down' kan dan memecahbelahkan serta memporakperandakan hidup kita.
Bila orang cakap apa-apa, kita jangan la telan semua. Orang yang bercakap tu mengikut kepala dia sendiri, andaian dia, pendapat dia yang belum tentu betulnya. Yang bercakap tu ... apa tujuannya? Fikir la sebelum bercakap. Fikir kesan dan akibat setiap perbuatan. Tengok apa jadi sekarang? Kan dah berpecah belah .. kan dah tak boleh jadi kawan. Sedih,sesal dah tak berguna lagi masa ni. Misz-ella hanya mampu tumpang sedih melihat perpecahan dua orang kawan baik.
Moga Allah Swt beri ketenangan fikiran kepada kakak itu. Moga kawan baik kakak itu menyesal perbuatannya.
Bila orang cakap apa-apa, kita jangan la telan semua. Orang yang bercakap tu mengikut kepala dia sendiri, andaian dia, pendapat dia yang belum tentu betulnya. Yang bercakap tu ... apa tujuannya? Fikir la sebelum bercakap. Fikir kesan dan akibat setiap perbuatan. Tengok apa jadi sekarang? Kan dah berpecah belah .. kan dah tak boleh jadi kawan. Sedih,sesal dah tak berguna lagi masa ni. Misz-ella hanya mampu tumpang sedih melihat perpecahan dua orang kawan baik.
Moga Allah Swt beri ketenangan fikiran kepada kakak itu. Moga kawan baik kakak itu menyesal perbuatannya.
By the way, class Blink Blink semalam sangat best!!
Revision class sebab kita ulang balik step-step tarian yang kita belajar dulu sampai sekarang - Rock n Roll, Korean Twist, Cha Cha, Pretty Belinda, Chumbia Semana .. ramai yang dah lupa step ... banyak minum air semut kot??? Hahaha
Tq Cikgu sponsor baju. Misz-ella tak da baju blink blink se glamer itu. We all tetiba ter feeling retis malam tadi. Hihihi.
PUSH. PUSH. PUSH.
Pernah rasa tak dalam hidup kita kebosanan yang melampau .. atau rasa ingin keluar dari kepompong yang membosankan dan pernah tak kita rasa seolah-olah kita perlukan sesuatu? Masa ni .. terasa tak seolah-olah kita perlukan sesuatu to push our spirit? Sesuatu yang boleh membuatkan kita lebih bersemangat, barangkali? Sesuatu yang boleh buatkan kita push diri kita ke higher space .. or to a higher level, perhaps. Push. Push. Push. Push yourself further and further.
Perasaan ini kita hanya akan rasa bila kita kekal di satu tempat untuk satu jangkasama yang lama dan sudah tidak boleh ke mana-mana lagi. Masa ni .. you only have two alternative ~ Kekal berada di takuk itu atau challenge/push yourself to other place. Bukan senang nak berhijrah bila kita dah terlalu lama dan selesa but if you push yourself, In Sha Allah boleh. Asalkan kita ada inisiatif, ada usaha .. mesti boleh, kan. Yakin dan percaya pada Dia .. sebab Dia sentiasa ada untuk kita.
Sekian. Entry motivasi dari saya, Misz-ella. Ehhhh .. *tetiba* Hehehe.
Air Tangan Mama
Ingat tak dulu masa kecik-kecik? Masa zaman sekolah dulu? Kalau bersembang dengan kawan-kawan pasal masakan, mesti kita akan cakap Mak kita masak sedap, kan. Masing-masing tak nak kalah. Ye la kan .. zaman dulu-dulu jarang sungguh kita dengar orang makan luar. Sokmo makan kat rumah je masing-masing so dah tentulah our Mom is the best Chef in the World, kannn.
OK .. Ini lauk semalam ~ Ikan Keli Sexy Mexy Goreng Cili Padi - Misz-ella panggil Ikan Keli Sexy Mexy sebab body ikan keli sexy sangat ~ besar di atas mengecik di bawah .. pastu kan masa goreng dengan minyak panas terendam terus badan ikan tu mengerekot macam udang. Auwwww .. sexy!!
Masa Misz-ella kol Aiman tanya dia tengah buat apa dia jawab ... tengah makan Lauk mama .. pedas mama tapi sedap. Ermmm .. dah tau dah dia akan jawab camtu sebab air tangan Mama memang selalu di hati dia. Tips nak bagi sambal cili tu lebih sedap - Kisar bawang besar, sedikit bawang putih, cili api dengan air asam jawa, buh garam dan gula siap-siap. Confirm rasa sambal kita akan lebih mesraaaa giteww. Tips ni Misz-ella dapat dari Mak Mertua Misz-ella. Misz-ella suka sangat tengok Mak masak sebab dia orangnya sangat teliti ... kalau balik rumah Mak, jangan harap Misz-ella nak masak sebab Misz-ella suka masakan dia - Kurma Ayam, Gulai Kari, Masak Kicap ... perghhh best!!! Tapi sayang la, mak sekarang dah malas dah nak masak ... dah jemu gamaknya dia duduk dapur kot? Eh ... sapa suka Ikan Keli? Yeayyy... kita geng!! Meh gimme five meh. Pap *tampo skrin je* hehehe.
Ikan Sardin Berkicap ~ Ikan Sardin sangat 'versatile'. Macam-macam gaya kita boleh masak dia. Boleh buat kari, boleh buat Sambal Sardin, boleh buat Sweet Sour .. Sambal sardin pun ada banyak cara ~ Kalau rajin, Misz-ella goreng dulu ikan sardin tu. Haaa .. siap la kau meletop-letop dia dalam kuali .. dah garing, angkat .. tumis bawang besar dan cili kisar, masak sampai cili garing, masukkan air asam jawa, cili api hiris dan buh la garam secukup rasa. Perghhhh .. best!! Yang kat atas ni sempoi .. tumis bawang besar, tuangkan se tin Sardin masak sampai garing, buh air asam jawa, garam sikit je, pastu percikkan kicap. Last sekali masukkan cili api. Kalau resepi yang ni confirm la laju Aiman makan .. sebab dia suka Kicap. Misz-ella kureng sikit.
Telur Dadar Crabmeat ~ Haiiiihh .. yang ni confrm Aiman sorang je makan sebab Misz-ella tak suka Crabmeat.
OMGGGGG .. my favorite Sambal Tumis Ikan Bilis. Bukan favorite Misz-ella je tapi favorite adik beradik Misz-ella dan ofismet Misz-ella jugak. Ada kan haritu sorang Blog reader Misz-ella yang dah try resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Misz-ella ni? Best kan adik. Tq adik.
Sup Suhun, Fucuk dan Kentang ~ Yang ni confirm la Misz-ella kena makan sorang sebab diaorang berdua usik pun idak. Tak pe .. i rela sebab yang ni memang feveret i punn.
Telur Dadar Kentang + Bawang. Tips nak Telur Dadar kita berbau wangi ~ Tumis bawang yang dipotong tu .. dah wangi dan garing masukkan telur yang dah dipukul. Misz-ella belajar ni dari Ofismet Misz-ella si Fiza. Wangiii dapur kita dek bau bawang yang ditumis. Best!!
OK dah-dah. Cukup-cukup la tunjuk gambar makanan. Buat korang laparrrr je, kan. Iskkkk .. tabaik tau Ella. tabaik. Hehehe. Bye korang. Thanks baca eh.
Cerita Satu Hari
Al-kisahnya pagi Isnin - wake up and feeling fresh. Poom pamm poom pamm pagi-pagi berkung fu taichi di dapur itu memang rutin saya. Hantar anak ke sekolah balik bersiap gi kerja. Ada orang kata life orang KL tak da kualiti sebab perlu menempuh jem segala untuk sampai ke tempat kerja. Hmmmm .. betul la tu. Kita buang banyak masa kat jalan, kan. Macam Misz-ella, keluar 8 pagi sampainya 9:05 ,,, 25km je .. tak la jauh mana .. tapi sejam perjalanannya.. demi sesuap nasi famili kecik kami. Alahaiiii .. masa ni terfikir tak .. kan best kalau Achik Kayo .. maybe hidup kita tak la se stress itu sebab 'masa' kita lah tukang controlnya.
Menghitung Hari .. Lagi beberapa hari ,, langkah kaki tak lagi ke sini. Alhamdulilah ... saya bahagia dengan pilihan saya ni. Good Bye here .. Hello orang sana. Lepas kerja i went to meet somebody. I dah lama admire you. I like your skin .. macam buah apple yang fresh. What? You dah 40? Anak u dah 17 tahun? U doesn't look your age .. macam tak percaya je. Hmmmmm .. apa-apa lah. I never lie about age, status or whatsoever. Sebelum sampai rumah sempat jumpa sorang lagi Darling. Tq Alin .. susah payah je gi sini sana untuk Kc. Thanks eh. Kc sayang Alin ketat-ketat tauuu ..
Sampai rumah kita makan. Nasi putih, Ayam Kurma, Sambal Bilis dan Ulam Timun Jepun yang kita masak pagi tadi. Lepas makan kita rehat, solat. Tetiba telefon berbunyi. Ohhhhh .. akak nak datang sekarang? Datang la .. kejap lagi ella nak keluar. Kau memang ... macam biskut la. Jap-jap ada. Tengok lagi sekali dah tak ada. Adodoii .. ada ke dia samakan aku dengan biskut? Oh jiranku ...
Dia datang bayar duit Seaweed Collagen .. 8 bungkus dia ambik.haritu. Sambil tu dia sembang. Adudui sebak dada dengar cerita sedih dia. Bila jiran dah dianggap macam adik beradik, Sedih dia kita rasa sama. Akak tu nangis .. misz-ella tahan je.
Lepas tu tiba masa untuk bersiap - Yeahhhh .. pose dulu sementara tunggu Darling Rozzana datang ambik kat rumah. Malam ni tema kita hijau .. going green. Best gila class malam ni - Baraa baraa beree beree .. Chumbia Semana .. Boom Boom Mama .. Cinta Satu Malam dan last .. Jong Jong Inai. Dua botol 100 plus jadi mangsa Misz-ella harini. Panas dan dahaga!!!!
Habis class kita balik. Sempat singgah kedai beli sayur ikan untuk main masak-masak esok pagi. Sampai rumah dah pukul 11 malam. Dah mandi, sembang, borak, gelak dengan kesayangan pukul 12 kita tido. Sempat lagi chatting dengan Geng KKA sebelum dibuai mimpi ...
Hidup adalah sebuah perjalanan. Dalam sehari ada berbagai peristiwa, berbagai emosi dan rasa, ada bermacam perkara yang harus diselesaikan dan ada ramai orang yang perlu kita beri perhatian. Saya, awak ada 24 jam yang sama .. pandai-pandai la bahagi masa. As long as you are happy dan ikhlas membuatnya,, In sha Allah .. segalanya mudah untuk kita. Hmmmm .. ok .. got to go. Tq baca. Bye.
Terapi Hari Minggu
Lepas dancerobic pagi Minggu, i was alone at home. Aiman gi UM ada Seminar. Asben lepas breakfast terus gi buat kerja dia. Yeayyyy ... masa untuk berseorangan. Bila kita sentiasa sibuk melayan kesayangan, there are times where kita akan rasa sangat 'appreciate' masa untuk diri sendiri. Yeszzzz!!! Hari ni akak nak gi membelai. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Jap-jap ... tanpa muka ye. Muka you jangan usik, i buat minggu depan. Yang u boleh touch rambut, mata, badan dan kaki sahaja. Baik, kak ~ jawab Shahida Beauty Consultant saya.
Mula-mula kita cuci .. pastu kita buh cream .. then we steam.
Pastu kita masuk bilik ni. U massage macam Mak Bidan ke? U guna minyak apa? Wuhuuuuu .. soalan macam Polis pencen sebab Misz-ella orangnya cerewet. Kalau u massage macam Mak Bidan then i dont want. Kalau u guna minyak yang bau tak best .. i tak nak. Misz-ella paling tak suka treatment tekan-tekan urat yang menyakitkan. Misz-ella cuma nak treatment yang buat kita rasa 'best' dan rilek .. sakit-sakit takmo eh. Nasib baik Shahida ni ok. Keluar salun hati senang.
Opsss tak habis lagi. Kita sambung blow rambut yang tergendala gara-gara badan dan kaki tadi. Lepas hampir 2 jam di salun baru semuanya siap.
Sampai rumah i stim Dim Sum untuk Minum petang
Dim Sum, Red Velvet, Puding Jagung dan Kopi O ~ Hidangan minum petang saya sorang-sorang. Elehhh .. tak lama pun sorangnya sebab lepas tu dah kena gi sekolah ambik Aiman pastu gi Dinner ramai-ramai. Malamnya Misz-ella tidur pukul 9 malam. Pukul 9 dah cari bantal? Waaaaa .. pecah rekod tuuuuu .. Betul-betul berterapi dan merehatkan diri lah!!
By the way, malam ni Kelas Dancerobic adalah bertemakan Si Baju Hijau. Pakai baju hijau eh. Apa kata orang ... Going Green? Perghhhh .. tak sabar nak joget-joget. Bara .. bara .. bara .. beree .. bereee .. bereee .. Jangan tergeliat kaki sudah. Hehehe.
Pagi Ahad Lepas Dan Minggu Ni
Central Park, Setia Alam, 3 Mac 2013
Dancerobic @ Meru 3, 10 Mac 2013
Seriously, aerobic memang sebati dengan Misz-ella. Walau kerana anak aku berlari, tetap menari pilihan hati. Ye, saya memang malu nak berlari di tempat 'public' tapi saya lepaskan segalanya tanpa segan silu di Lantai Tari.
Pertama kali makan Lempeng Tepung Cicah Taucu di Warung Makcik Jawa di Meru. Not bad la rasa dia .. tapi cicah sambal lagi best.
Dah exercise, dah mop lantai, dah kemas rumah, dah mesin kain, dah masak ... opssss ... hujung minggu dapur Misz-ella tak berasap sebab Misz-ella sibuk ke situ sini dengan famili. Got to go ... mahu pergi membelai diri. Bye.
Hai la Duit. Lets Do-it Duit
Hai. Hai. Hai. Tetiba keliru. Konpius. Menganga. Geleng kepala. Tanda tanya. Helo-lo-lo'. .... al-siapakah yang telah masukkan sejumlah wang 4 angka dalam akaun Misz-ella ye? Siapa kah gerangan .. apakah tujuan? Baik mengaku. Kenapa bagi i duit? Ish .. ish .. ish .. macam tau-tau je bulan ni dompet i kempis kerana 3 Agensi Kerajaan. 4 angka melayang .. dan 4 angka muncul tiba-tiba. Iskkkk .. magic ke ni *sambil tenyeh mata tak percaya*
Eeeeeee .. tak baik tau. Nak bagi tapi nak main surprise-surprise la pulak. I dont like surprise ok .. i hate question mark. I hate butterfly dancing in my head. Pikir. Pikir. Dan pikir lagi. Ada customer bayar duit Seaweed Collagen ke? Ada customer bayar duit Vitamin C ke? Takkan sampai 4 angka kottttt ...
Tak kira. Monday ni nak investigate.
Alala Duit. Duit. Duit. Lets do-it do-it duit. Perghhhh ... tetiba nyanyi. Hihihi.
Pagi Jumaat, Yong dan Eira
Salam Pagi Jumaat yang barakah. Pagi-pagi Blog Misz-ella dah menerima banyak kunjungan. Terima Kasih kawan-kawan. Saya suka awak datang. Kedatangan awak buat saya rasa ceria. Macehhh ehhh ..
This week Misz-ella jumpa rakan Blogger kesayangan Misz-ella, Yong dan kawannya Eira. Seriously Misz-ella sayang sangat kat Yong yang Misz-ella kenal masa mula-mula Misz-ella bukak Blog dulu. Yong selalu ingat Misz-ella mana-mana dia pergi dan Misz-ella pun selalu ingat kat dia. Yong manis, Yong ceria. Yong yang kuat melekat loghat Kedahnya. Yong yang Misz-ella kenali sangat kuat semangatnya dan rela main redah aje. Harini Yong nak terbang tinggi-tinggi. Misz-ella doakan perjalanan Yong diberkati. Misz-ella doakan Yong hepi. Kami dah janji nak jumpa bila Yong balik nanti. Take care Yong. Kc sayang Yong tauu.
Buat Eira kawan baru Misz-ella, Nice to Meet You, adik. Serius terasa diri sungguh "KakakTua" bila dikepit dua orang adik manis dan muda ni. Diaorang 25, I 40. Auwwww .. tua sudah. Alhamdulillah .. umur yang panjang itu kurniaan Allah SWT.
Dan setiap pertemuan haruslah diiringi dengan Makan-makan ~ Celebrate Life With Food katanya, kan. Yeayy!!
Dan harus jugalah setiap pertemuan diiringi Bodyguard Manis kesayangan Misz-ella ini. Tq Aiman meneman Mama ke mana sahaja Mama pergi. By the way, phone biru putih baru tu i yang punya you .. tapi Aiman yang manis sanggup jadi Tukang Studynya. Tq darling .. dah al-khatam nanti please update Mama ye. OK. Dah habis dah Misz-ella merapu. Ada puluhan entry best-best dalam Draft Box Misz-ella tau .. entry yang buat korang al-pening-kepala-membaca pun ada juga. Hihihi. By the way, mekaseh baca ye. Appreciate you click on Dari Jari-Jari Halusku lah. Bye.
Perubahan dan Cerita Sedih Akak
Kadang-kadang, bila kita imbas ke belakang .. banyak perubahan dalam diri kita kan dibandingkan dulu dengan sekarang. Dulu kita camtu .. sekarang kita camni. Kalau orang kata dulu lain sekarang lain, Misz-ella mengaku je. Malas i nak deny-deny. Contohnya, dulu i panas baran, sekarang i lebih banyak guna akal. Dulu i terlalu lembut hati, sekarang i cuba keringkan hati supaya tak sokmo mengalah lagi. Kalau dulu i sokmo bagi orang chance demi chance, now I pangkah terus je orang camtu. Buat apa .. dah banyak chance dah bagi tapi dia buat 'derk' jugak. So .. jeng .. jeng .. jeng .. Sila terkejut ye cos i no more like before. Sebagai manusia, we learned from the past. We gained lesson from things happened. Malang la kita andai segala kejadian tidak memberi apa-apa pengajaran kepada kita. Loser! We are the loser if we did not learn or gain anything from history. Bukankah setiap kejadian datang dengan hikmah dan pengajaran?
Apa pun, Hadapi dengan Senyum ..
Senyumlah jugak walau kau penat sebab tadi kau menari bukan main ligat
Buat akak, senyumlah Akak .. walau Ella tau hati akak gundah gulana
Senyum lah akak sebab Ella selalu ada untuk akak tak kira di mana jua
Dari minggu lepas saya sebenarnya marah dan sedih. Saya marah pada seseorang yang melakukan sesuatu tanpa guna akal dan fikiran dan akhirnya ... Akak itu lah mangsanya. Kenapa dia buat sesuatu tak fikir dulu ye? Dia ingat dia "Wira" walhal dia sebenarnya "destroyer". Buat akak itu, Ella doakan akak kuat. Ella tau tak mudah tapi percayalah .. Andai kita sabar, ada ganjaran besar menanti kita nanti. Buat orang itu pula, moga kejadian ini memberi pengajaran buat awak. Lain kali, awak fikirlah dulu sebelum buat apa-apa. Fikir .. tiap kesan dan akibat tiap perbuatan sebelum kita buat .. Jangan nak jadi Hero sangat sebab kesan dan akibat dari perbuatan yang awak buat mungkin tak seperti yang awak harapkan. Masa tu, baru awak nak menyesal tapi sayangnya, sesal awak sudah tidak berguna lagi. Fikirlah.
Pegang Kuat-Kuat.
Semalam, dia pegang tangan saya kuat-kuat .. seakan tidak mahu saya ucap Selamat Tinggal. Saya terkedu, dalam hati ada tanda tanya "Kenapa"? Berat sangatkah hati nak lepaskan saya pergi? Tapi saya berjaya lepaskan diri. Hmmm .. sampai sekarang saya masih keliru akan tindak tanduk dia itu.
Terfikir tak? Terfikirkah kita akan perkara ini ~ Kenapa benda yang sudah dalam genggaman tiba-tiba terlepas pergi? Kenapa? Kerana kita tak cukup jaga? Atau kenapa?
Saya rimaslah bila orang keluarkan kata-kata "Aku hanya mahu dia" pada saya. Kesimpulannya, Pegang Kuat-Kuat apa yang kita ada.
Saya rimaslah bila orang keluarkan kata-kata "Aku hanya mahu dia" pada saya. Kesimpulannya, Pegang Kuat-Kuat apa yang kita ada.
Happy Ending
Semalam saya susah hati. Semalam saya khuatir akan sesuatu. Hari ini saya didatangi beberapa berita gembira. Alhamdulillah ... pengakhiran yang indah itu anugerah Allah Swt pada hambaNya, kan. Alhamdulillah.
Lauk kita minggu lepas
Sebenarnya Misz-ella ada banyak benda nak cerita. Tapi disebabkan dilanda symptom "biar aku peram dulu ye" .. maka jom la kita cuci mata dengan Entry lauk pauk sahaja.
Ayam Masak Sos Tiram kesukaan Aiman
Ikan Bawal Sweet Sour ni pun Aiman punya
Seekor dia makan seorang
Yang ni Misz-ella punya feveret.
Kak Senah beli, Misz-ella tukang goreng
Desert Kek Lapis Indonesia perisa Coklat
Hahaha .. Tempe!! Feveret Misz-ella ni ..
ubat awet muda la, kononya. Hehehe.
Misz-ella masak 8 ketul Asam Pedas Ikan Merah ~ sebahagiannya bawak ke ofis dan makan ramai-ramai. Dorang suka la pulak masakan i. Ecece .. i mula la perasan. Hehehe.
Happy Birthday Darling Rozzana
It was a last minute plan even i am aware that birthday my Girlfriend Dr. Rozzana is on 23rd February. Bukan senang nak dapat 'slot' dengan dia cos she always busy.
Until the day, i masih fikir-fikir. Nak karaoke? Ishhh .. last year dah celebrate kat Karaoke. Finally that Saturday morning .. TINNGGGGG .. *petik jari sebab dapat idea* SMS sana sini, tanya orang tu orang ni. Sume ok? Allright, kita ON.
Acara :- Sambut birthday Dr. Rozzana
Tempat :- Studio Aerobik Teacher Tini
Waktu :- Sabtu, 23/2/2013 lepas solat Isya
Jemputan :- Alin, Ella, Hartini, Yanti, Mardiana, Yat dan Umi (tak dapat datang), Aiman, Fatnin Hanim dan para dayang serta hulubalang kepada mak-mak yang terlibat.
Nak order itu ini memang tak sempat. I volunteer buat Bihun Goreng, Mardiana bawak cawan, sudu dan pinggan. Teacher Tini sponsor air dan Yanti Bedak Sejuk dan suami *adik Kak zana* sponsor birthday kek. Agreeee!!! Wahhh .. best la korang. Dengar kata semuanya. I likeee.
I sms kat Zana ~ Kak, we are going out tonight. Please wait. I will fetch you at 8. Amboi kauuu .. Misz-ella langsung tak bagi dia chance, bagi instruction je. Luckily she agree and no objection with my surprise plan. Dia masuk je kereta, Hai Kak, happy birthday. I saje tak wish you awal-awal. Nak bagi u gundah gulana sikit. Konon-konon i lupa la .. padahal i ingat. We are going to Puncak Alam ye kak. Ye ke? OK.
Once i parked, she said .. i dah agak dah u nak bawak i datang sini. Owh ya .. she is smart. She can read me. Hihihi.
White Chocolate Macadamia Cake for her
We sang Happy Birthday song 4 times. Almaklumler .. Cikgu Tini tu bukan sahaja Aero master, she is also Music Teacher. Sekali dia jerit "Lagi sekali .... ". Dari Happy Birthday, Allah Selamatkan Kamu, Selamat Hari Jadi sampai la Lagu Harijadi Versi Indo .. semua kita nyanyi. Pernah dengar lagu Harijadi versi Indo? Misz-ella dengar masa kat Jakarta dulu.
Panjang umurnya, panjang umurnya, panjang umurnya sekarang juga. Sekarang juga .. Sekarang juga. Tiup lilinnya .. tiup lilinnya. Tiup lilinnya sekarang juga .. sekarang juga .. sekarang juga. Potong kuenya .. potong kuenya .. potong kuenya sekarang juga. Sekarang juga .. sekarang juga ~ Gitu lirik lagu Happy Birthday versi Indo ye kawan-kawan .. very the Melayu.
Ayu sungguh Kak Zana @ Dr. Rozzana potong kek. Dia bukan Medical Doctor ye kawan-kawan. Dia Pensyarah Sains Kesihatan @ Timbalan Dekan di UiTM. The only thing we want to do during her birthday is spend time together and be happy. And Yessszzz .. we were happy that night.
Mereka-mereka yang terlibat. Tq Teacher sudi pinjamkan ruang buat kami. Tq kawan-kawan atas kerjasama korang menjayakan last minute plan Misz-ella ni. Tq. Sayang korang semua. Muahhhh.