When All Is Gone .. Bila semuanya dah berakhir .. pergi tinggal kan kita .. sesal pun tak ada gunanya. TAMAT. TITIK.
Pages - Menu
▼
Shopping dalam kebasahan
Gara-gara meredah hujan, kami shopping dalam kebasahan. SEJUKKK ... GIGILLL .. tapi tetap GIGIH.
Habis leper rambut gara-gara main hujan. Kelakar gila bila Blogger Yana cakap Cepat Kak .. Lintas kak .. Tak da kereta ni *sambil lari anak* .. Walau basah sebab hujan, dalam hati ada bunga .. teringat main hujan masa kecik dulu. Nostalgia sungguh!!
Masa untuk Yana 'chekidaut' mereka yang di rumah. Hello .. Hello .. buat apa? Dah makan belum? Kat rumah hujan tak? Misz-ella settle dah. Macam tu la mak-mak kan .. walau 'outing' dengan kekawan .. orang kat rumah tak dilupa. Bangga siot jadi mak-mak spesis cenggini.
Bonia, Sembonia, Renoma & the family shoes is ON sale sampai 5/1/2014 ni. Comfort sandal RM39.90 only. Murah la tu .. jom kita serbu.
Eating Noodle Soup at our favorite Noodle Station.
Hari ni memang best. Dari Masjid Shah Alam ke Kedai Kopi .. dari matahari tersenyum riang sampai langit menangis membasahi bumi .. dari Telekung lycra ke Kasut cantik .. dari jalan kering sampai Shah Alam banjir .. dari SACC Mall ke Alam Sentral & PKNS .. dari Maxis ke Celcom ke YES akhirnya Maxis balik .. dari quotation, rempah kambing dan lain-laun. Memang macam-macam hal la harini. Even sampai rumah dah malam, hati tetap hepi dan gembira. Thanks Yana. TQVM Wai yang jadi 'Boss' kitorang harini. BOSS yang paling kuat kerja, kitorang follow je dia. Hihihi.
Sambal Telur, Ikan Kicap dan Sup Suhun
Entry masak lagi. Esok-esok bila anak cucu baca balik entry ni mesti dorang kata oh My Granny .. rajinnya Granny dok dapur ye. Tak penat ke Granny. Idak la penat sebab memasak itu terapi, memasak itu 'stress release' and make me happy even masakan yang Granny masak ni biasa-biasa je grandchild ooiii *feeling umo dah 60 masa ni. hehehe*
Ikan Tongkol Masak Kicap. Bukan Tongkol keras yang orang buat lauk Nasik Dagang tu ye tapi ni tongkol yang lembut. Sedappp sangat dimakan. Buat apa pun oke je.
Sambal Telur Mata - Feveret Aiman. Aiman paling senang nak handle dalam dunia nih. Tak yah Ayam Golek, tak yah Nasi Beriani .. sambal telur pun dah cukup 'heaven' untuk dia. So bakal-bakal menantu Misz-ella esok make sure korang pandai masak sambal ye cos sambal is his forever ever favorite. Erkkkk .. macam dah nak bermenantu sangat la kau, Ella, Tehehe.
Sup Suhun tu Misz-ella punya. Best la makan Suhun, tak yah kunyah, senang dihadam. Ececece .. macam la dah tak bersusun gigi kau!! Hahaha.
Cuti-Cuti Kuala Kangsar ..
Ehemmmm .. ehemmmm *betulkan suara* .. OK lah. Jangan tutup. Biarkan sahaja Blog berbunyi seorang diri walau Misz-ella tak da kat sini.
Afterall, i love my Readers who always come and supported me. Terima Kasih. Terima Kasih. Terima Kasih. Thank You Very Much *sambil tunduk hormat* Ehhh .. cukup la Terima Kasih tu .. dah macam YB nak turun pentas lepas bagi ucapan lak kau Ella.
Bulan 12 tahun ni Misz-ella paling bizi. Ada bermacam kejadian dan perkara tinggal lagi 'mood' nya pulak entah ke mana nak cerita. Ni pun paksa diri Cerita jugak!! Tak kira !! kena cerita jugak kat sini kalau tidak tak da kenangan Hari Tua nanti. Rugi!!
One of the weekend, i dapat jemputan dari Blogger Yana untuk pergi ke Kampung dia nun jauh di Kuala Kangsar. Maka tayar CRV ku golekkan ke Kola Kangsar. Vrommmm lelaju .. 3 jam settle. Ooopssss .. saya ditemani oleh Rakan saya Mek Ti yang cantek. Anak dan suami tinggal sebab dorang berdua ada hal. "Father-son bonding time together", kata orang zaman sekarang.
*macam la Makcik baca blog kau* hahaha
Kuala Kangsar Bandar Diraja yang tenang dan aman. I will review more and more about Kuala Kangsar. Kenapa saya suka dan jatuh cinta. Kenapa saya rasa .. Yeszz .. i do not mind to come here again.
Hellooooo .. itu kawan saya Wai dan Mek Ti. Wai dan Yana sampai semalam lebih awal, dorang berduet dalam kereta campur dengan anak Yana 2. Meriah la keta korang 4 orang, keta saya 2 orang je .. awal-awal dah 'warning' Mek Ti ko jangan tido .. kang aku tinggal tepi highway. Tehehehe.
Kuala Kangsar terkenal dengan Cendol dan laksa. Kalau ke sini, jangan lupa mencendol secara berjemaah ye. Terus terang, Misz-ella bukan lah peminat cendol, biasanya memang akan kongsi je dengan Encik Suami tapi hok yang ni Misz-ella makan sampai licin. Tak da pulut, tak da aiskrim, tak da durian. Walau 'plain', cukup terasa lemak manis dek santan dan gula melakanya. Perghhhhh .. nak lagi!!! Waiiii .. ko ada ambik gambor gerai tu kan .. Please keep the photo for our repeat visit ye. Nak cendol yang sama gak!!
Dah habis Cendol kami pun 'sight seeing'. Angin petang adalah sangat best .. sepoi-sepoi bahasa maka kami pun sangat gembira. Ecehwahh .. ayat bukan main bersastera!! Hahaha.
Pemandangan-pemandangan cantik.
Cuaca best, udara segar. I feel so fresh, fresh and fresh .. melayang-layang perasaan ditiup angin petang. Kata Yana, Sungai Perak lagi best dari Sungai Mekong di Vietnam. Kata Misz-ella, this is much better than Sungai Melaka yang telah dikomersialkan dan menjadi tarikan pelancong ke Melaka.
Dorang kata Misz-ella macam buat iklan Shampoo. Lepas pusing keliling dalam 15-20 minit kami pun pulang ke Jeti. RM6 yang sangat berbaloi, kann.
One of the weekend, i dapat jemputan dari Blogger Yana untuk pergi ke Kampung dia nun jauh di Kuala Kangsar. Maka tayar CRV ku golekkan ke Kola Kangsar. Vrommmm lelaju .. 3 jam settle. Ooopssss .. saya ditemani oleh Rakan saya Mek Ti yang cantek. Anak dan suami tinggal sebab dorang berdua ada hal. "Father-son bonding time together", kata orang zaman sekarang.
Yeahhh .. gambar pembukaan Entry Misz-ella tujukan khas kepada Puan Rumah @ Tuan punya Dusun @ Mak Blogger Yana Halim @ Cho. Mekaseh Makcik. Makcik sangat peramah dan 'happy go lucky'. Mekaseh makcik .. sebab sudah bekalkan saya dengan se 'tipuware' tempoyak yang sangat fresh. Mekaseh makcik .. sebab makcik suruh saya buat Dusun durian makcik macam dusun saya sendiri. Mekasih makcik sebab tolong kopek durian dan kait rambutan untuk kami. Teman orang bandor, idak pernah masuk dusun pun .. tersuka la pulak bila dapat bertamu di dusun makcik dan buat macam dusun sendiri.
Yana @ Cho terkejut la pulak bila teman cakap loghat Perak. Hurmmm .. even Arwah Abah orang Kelantan, mama Misz-ella orang Teluk Intan. Ramai jugak yang heran Kenapa Misz-ella selalu raya balik Segamat tapi bukan Perak atau Kelantan? Sebab Arwah Tok Ayah dan Chek dah tak ada, kat Kelantan tinggal sedara mara je. Arwah Abah meninggal setahun lepas dan Arwah disemadikan di rumah Mama ke 2 Misz-ella iaitu di Segamat. So cakap loghat Perak tu biasa bila Misz-ella jumpa orang-orang yang se 'spesis' dengannya. Mana boleh lupa beb .. tu la bahasa kami dengan Arwah Opah dulu.
Kiranya Misz-ella ni 'mix' la .. kacukan Kelantan + Perak. Lepas tu Arwah Tok Ayah punya Grandfather ada campur Cina. Wahhhh .. berapa banyak campur daaaaa ...
Kuala Kangsar Bandar Diraja yang tenang dan aman. I will review more and more about Kuala Kangsar. Kenapa saya suka dan jatuh cinta. Kenapa saya rasa .. Yeszz .. i do not mind to come here again.
Hellooooo .. itu kawan saya Wai dan Mek Ti. Wai dan Yana sampai semalam lebih awal, dorang berduet dalam kereta campur dengan anak Yana 2. Meriah la keta korang 4 orang, keta saya 2 orang je .. awal-awal dah 'warning' Mek Ti ko jangan tido .. kang aku tinggal tepi highway. Tehehehe.
Kuala Kangsar terkenal dengan Cendol dan laksa. Kalau ke sini, jangan lupa mencendol secara berjemaah ye. Terus terang, Misz-ella bukan lah peminat cendol, biasanya memang akan kongsi je dengan Encik Suami tapi hok yang ni Misz-ella makan sampai licin. Tak da pulut, tak da aiskrim, tak da durian. Walau 'plain', cukup terasa lemak manis dek santan dan gula melakanya. Perghhhhh .. nak lagi!!! Waiiii .. ko ada ambik gambor gerai tu kan .. Please keep the photo for our repeat visit ye. Nak cendol yang sama gak!!
Dah habis Cendol kami pun 'sight seeing'. Angin petang adalah sangat best .. sepoi-sepoi bahasa maka kami pun sangat gembira. Ecehwahh .. ayat bukan main bersastera!! Hahaha.
Mek Ti ajak naik bot, kitorang cakap OK. Rasanya dalam banyak-banyak bot, bot kami paling meriah dan ceria. Pokcik bot tu sampai tak terkata .. mana taknya .. Yana dah take over kerja dia. Haaaa .. tu rumah Mak Yong .. tu pokok rambutan mak .. dulu-dulu kat sini banyak rumah tapi sekarang dah tak da dah .. kat sini air dalam. Tehehehe .. bersungguh-sungguh dia bercerita. Sambil tu dia kata .. Kelakar la .. Orang Kuala naik bot pusing keliling kampung sendiri .. tak pernah-pernah Yana buat weih. Hehehe.
Cuaca best, udara segar. I feel so fresh, fresh and fresh .. melayang-layang perasaan ditiup angin petang. Kata Yana, Sungai Perak lagi best dari Sungai Mekong di Vietnam. Kata Misz-ella, this is much better than Sungai Melaka yang telah dikomersialkan dan menjadi tarikan pelancong ke Melaka.
Dorang kata Misz-ella macam buat iklan Shampoo. Lepas pusing keliling dalam 15-20 minit kami pun pulang ke Jeti. RM6 yang sangat berbaloi, kann.
Masa yang ditunggu-tunggu ~ makan rambutan 'Fresh from the tree'. Petik kopek makan .. kutip masuk bakul kopek telan. Misz-ella memang selalu teruja kalau nampak rambutan. Sume adik beradik i suka rambutan sebab rambutan adalah sangat sedap dan best!! Yang tak best time mengemas kulit dia je, kan.
Malam nya, lepas dinner Nasi Lauk Asam Tempoyak Ikan Keli yang sangat best, kami meronda Arena kat pekan Kuala Kangsar. Jangan ingat Kolumpo je ada Uptown, Downtown segala .. sini pun ado .. baju ke .. seluar ke .. jajan-jajan ke .. Karaoke ke .. boleh aje segalanya disini. Memang tempat paling best untuk kita bersukaria. Pastu badan dah letih .. muka dah lesu .. kaki dah mintak rehat sebab udahlah tadi jumpa 'trafik jem' masa drive kat Highway ni dideranya kaki meronda Uptown Arena pulak, makanya kami pun balik. Dan malam tu, hanya mampu beradu pada jam 2 pagi .. tak habis borak dalam keta, kita sambung dekat bilik tidur pulak ye. Ecece .. ada 'Bedtime Stories' pulak ye. Hehehe.
OK Bye .. Nanti saya sambung Bahagian Ke 2. Cerita kena ikut stages ye, baru best!!
My Girlfriend Jacqueline
A day with my girlfriend Jacq. Dari pagi sampai petang .. starting with brunch finished with Coffee .. tak sedar waktu berlalu. Too many things to share .. to many stories to update. I am happy to have you as my Friend. Kadang-kadang dia macam kawan .. adakala dia menasihat bagai seorang kakak .. ada masanya dia 'guide.'
Bila keluar dengan dia, maka terkeluar semua Cerita. Maka saya jumpa kesimpulan dan jawapan atas semua tanda tanya.
Its true .. kita tak 'judge' atau nilai seseorang melalui pangkat mahupun darjat tapi melalui 'IQ' dan kebijaksanaan dia. Adakah dia senang melatah? Adakah dia senang dicucuk orang bawah? Adakah dia emosional? Atau rasional?
Pelajarannya .. ketepikan lah emosi. Gunakanlah akal bila dilanda krisis. Sit, Think and Relax. Bila orang cerita, Siasat. Jangan telan bulat-bulat. Kerana akhirnya kita yang rugi. Salah langkah, people lost respect and trust.
Remember ye kawan-kawan .. hati-hati 'handle' krisis. Kalau rasa nak marah, sit back and relax. Think. Think banyak-banyak kali. Kalau orang datang kat kita bercerita, jangan terus percaya dan telan bulat-bulat ye. Fikir dan siasat. Fikir banyak kali. Salah ambik langkah, maka orang hilang hormat kat kita. Hidup itu indah kalau kita tau uruskan nya but it turn haru biru kalau kita tak guna akal yang Allah bagi kat kita tu. Ok lah. Got to go. Bye kawan-kawan. Tq baca.
Tutup? Bukak?
Hurmmm .. Sebenarnya kebelakangan ni selalu terfikir untuk tutup blog ni.
Dalam waktu yang sama ada rasa untuk Biarkan sahaja pintu blog ini terbuka buat pembaca budiman ni semua.
Timbang kanan. Timbang kiri. Fikir itu. Fikir ini. Otak kanan cakap Tutuplah. Otak kiri cakap Jangan. Haishhh !!
Dalam waktu yang sama ada rasa untuk Biarkan sahaja pintu blog ini terbuka buat pembaca budiman ni semua.
Timbang kanan. Timbang kiri. Fikir itu. Fikir ini. Otak kanan cakap Tutuplah. Otak kiri cakap Jangan. Haishhh !!
Ujian Kehidupan
Kadang-kadang, dalam hidup kita terpaksa ambil keputusan yang tidak memihak kepada kita tapi sebaliknya. Kita ambil langkah yang menyakitkan diri kita sendiri. Kita tak 'selfish'. Kita tak pentingkan diri sendiri tapi letakkan orang lain sebagai 'priority'.
Sakit ke? Off Course tapi kau belajarlah untuk Terima dengan Redha. Susah nak redha? Memanglah sebab mungkin kau tak pernah diuji dengan ujian-ujian besar. Tak ada Terima Kasih tapi terus dicerca? Persetankan mereka. Walk away with pride. God knows. You know.
OK. Mukadimah Entry buat penyuntik semangat readers Misz-ella yang kecewa kerana terpaksa pergi dari orang yang dia kasihi walau pemergian itu menyakiti dia sendiri. Dia nangis .. Misz-ella pun nangis sama. Hurmmm ... that is life, kan. Biarlah orang tak hargai tiap titik pengorbanan yang kau buat walhal sebenarnya itulah keputusan yang paling mulia. Things happened for reason. God has his own plan for us. Kau sabarlah, wahai sahabat .. esok-esok Allah SWT bagi ganjaran yang kau tak duga. In Sha Allah.
Ujian sebenar dalam kehidupan ini ialah cara kita menghadapi perjalanan hidup kita sendiri. Cara kita tangani konflik, krisis, masalah, emosi dan macam-macam lagi. Sebagai contoh .. bila tengah marah .. adakah kita pilih untuk beristighfar, berzikir atau baling kaca ke lantai dan dinding? Ketika berkrisis adakah kita memilih untuk menyalahkan yang lain atau kita memilih untuk memuhasabah diri?
Hidup biar berpendirian. Jadi diri sendiri .. jangan sesekali kita 'copy' orang lain kerana akhirnya kita yang rugi. Lain orang, lain gaya, lain cara hidup, lain ujiannya.
Kalaulah kita tau apa yang "Dia" tulis untuk kita ... senang, kan. Tapi kalau camtu, tak adalah Ujian .. tak thrill la hidup, betul tak.
OK dah. Saya mau say Goodbye. ByeBye.
Bihun + Kuetiaw Kung Fu
Lunch dengan kesayangan - Bihun Kung Fu campo Kuetiaw
Pe hal la nama kau Kung Fu, kan. Pesal tak bagi nama Bihun Silat ke .. Bihun Taekwando ke .. Gamaknya orang yang cipta resepi ni dapat idea masa tengah ber kungfu kot. Actually, this is not my favorite, tapi tetiba rasa so teringin.
Dont forget to mark your parking place.
Idak le berpusing cari kereta kat mana if tetiba lost memory, kan.
Mesin Jahit lama - masih berguna .. boleh la duduk makan sambil goyang-goyang. Senaman kaki tu beb. Sambil makan, sambil goyang tummy. Cepat la hadam gamaknya, kan. Hehehe.
Restoran Kopi O, Kenanga Wholesale City.
Motif? Teman Mek Ti sopink. Mek Ella Driver + Konsultant terhormat harini. Lawa tak? Lawa ... Ok tak? Okkk .. Sekali dia punya berjam-jam pilih jeans, keluar masuk 2, 3 kedai yang sama 2, 3 kali naik adrenalin aku. Last, dapat jugak apa yang Mek Ti carik. If not, sia-sia jer perjalanan jauh kita. Mek Ti memang bernasib baik la, sebab Mek Ella sangat penyabar, setia melayan karenah kesayangan. Berapo rabok pitih arini weih? Tehehehe.
Gila Korea
Hmmmm .. Al-kisahnya Misz-ella dah lama jadi Korean Mania. Zaman Winter Sonata, Hotelier, Autumn in My Heart pastu Full House dan sekarang Lee Min Ho hero pujaan hati anak gadis masa kini. Hero Korea pujaan hati saya sudah semestinya Bae Yong-Joon hero Winter Sonata yang tinggi lampai, hidung mancung, mata sepet berkaca mata yang buat hati Misz-ella cair you. Perghhhh .... gatal sekejap bila tengok orang handsome. Tehehehe. Sapa tak kenal Bae Yong-Joon sila gugel sendiri ye.
The Great Doctor, The Inheritors, Your Lady, That Winter The Wind Blows, The Strange Housekeeper, dan banyak lagi antara Drama-drama Korea yang tengah 'running' kat Channel 133 dan Misz-ella pun layan jugaklah kalau free.
Terfikir tak? Terfikir tak? Kenapa orang suka sangat tengok Drama Korea compare to Drama Thai, Filipina, Indonesia dan yang lain-lain?
For me Korean drama is a successful product of marketing.
Kalau kita tengok cerita dia, pelakonnya sume cantik-cantik dan hensem-hensem - they promote klinik kecantikan dorang thru this.
Baju yang dorang pakai lawa-lawa, ada gaya - they promote Korean fashion. Kualiti gambar cantik dan paling penting, pemandangan dalam every scene adalah sangat cantik!! Penonton boleh jatuh cinta dengan Korea hanya dengan menonton dramanya sahaja. Tengok rumah-rumah dia, jalanraya dia, sekolah dia, pokok-pokok cantik dalam cerita, tengok je terus rasa nak terbang ke sana, kan. I seriusly think they promote their products and Country through Drama. Ce tengok, only Samsung handphone digunakan dalam setiap cerita, only Korean car drive by the people in the drama, tak da Mercs or BMW yang melambangkan kemewahan dan ke elitan orang kaya raya seperti dalam filem dan drama di Malaysia ni ha. Asal kaya je Mercs, asal kaya je BMW, kat Korea kaya raya pun keretanya tetap Made in Korea.
Kesimpulannya, Korea sangat bangga dengan produk keluaran mereka and they
blast it out thru their drama. Their music .. perghhhh mak-mak pun hanyut dan download lagu Korea ok .. their fashion menjadi ikutan ramai, their beautiful places and Klinik pembedahan kosmetik dorang yang canggih dan berteknogi tinggi itu, their Samsung handphone yang dikatakan Samseng oleh Cik Epal sampai berlaku insiden 'See You In Court'
Dengan promosi 'All-Out' mereka thru their drama yang telah menyebabkan Korean Mania, tak heran lah produk-produk mereka diterima dunia. Malaysia, macamana, tak nak letupkan barangan buatan Malaysia melalui filem dan drama je?
Buat-buat tak tau
Kadang orang ni dia dah buat salah, pastu dia tanya kita balik Why you are not ok with me?
Eeeeee .. pura-pura tak tau. Geram lah!
Eeeeee .. pura-pura tak tau. Geram lah!
Ikan Dory Sos Plum, Ikan Duri Masin, Sayur Campur dan Coklat Beryl's
OK .. tak da cerita. Tak ada apa nak cerita .. nak buat Entry masakan untuk bacaan hari tua je. Esok-esok grandson and grand daughter boleh la tengok Granny dorang suka masak apa bila dok ber kung fu taichi kat dapur tu ha ..
Dear Grandson and Grand daughter *berangan umo dah 60 masa ni .. hihihi* your granny dulu-dulu suka sangat masak masakan yang Daddy mu suka makan. Nak jadi Chef kena la ikut citarasa dan tekak orang yang makan, kalau ikut tekak sendiri tu namanya syok sendiri .. kau makan la sendiri. Tehehe.
Ini ialah Ikan Dory Sos Plum. Resepi dari Chef Mat Gebu yang famous seantero dunia tu. Ikan dory basuh, lap bagi kering, tabur lada hitam salut dengan tepung. Cik Mat guna tepung beras, Misz-ella guna tepung jagung sebab tepung tu je yang ada. Boleh la korang, sedap jugak malah lagi rangup. Ada sapa-sapa tak kenal Cik Mat Gebu? Cannot be la kan, sebab Mat Gebu ada Jutaan pembaca yang sudah Blogwalking di blog dia. Masakan dia, resepi-resepi dia dan bebelan dia adalah sangat best. Misz-ella pun minat, tau. By the way, This Dory Fish is dedicated for Aiman. Sebab dia suka sangat Ikan Dory dimasak macamni. Bertambah-tambah nasik dia .. sekeping ikan dory tu *lebih kurang 500gm* sekali makan habis dek kami bertiga. Yeayy !! Kang malam tak yah repeat dah .. boleh masak benda lain.
Sayur Campur goreng dengan Butter. Panaskan butter, masukkan bawang putih cincang, stok ayam dan sedikit air, buh sayur dan kacau-kacau. Hurmmmmm .. confirm this is mine. Misz-ella la tukang habiskan. Kalau ikut dorang berdua, sorang sesudu je .. pastu tak nak dah.
Ikan Duri Masin Mak Mertua bagi masa balik dari Taiping haritu. Dah selamat di proses jadi Sambal oleh Chef Misz-ella. Alololo .. sedapnya ekau. Bertambah nasik.
Dan desert tengahari ini adalah Coklat Beryl's kesukaan jenis Tiramisu yang diberi oleh girlfrenku Ismayanti Si Bedak Sejuk. I love Beryl's tapi Beryl's sangat mahal nak pulak kalau dijual di AEON tapi yang ni Yanti beli kat Langkawi. Murah. Sedap. Walaupun mula-mula rasa macam tak suka sebab letak kat lidah je terasa pahitnya tapi lama-lama ok. Tq Ismayanti .. Lainkali suruh Hero awak belikan Kak Ella lagi. Chocolate is my best friend .. hilang gundah gulana bila mengunyah chocolate. Tak percaya? Tengah stress-stress tu cuba. Confirm lega. Tapi kalau tak lega jugak, something wrong with you la kan, not me. Tehehehe. OK ye .. i wanna go and do something now. Lain kali kita sembang lagi. Bye awak-awak semua, Tq baca.
Bertapa
Kadangkan, bila kita rasa 'down' kan, kita pun mula la memulakan pertapaan. Tak nak keluar, tak nak jumpa orang, tak nak jalani hidup seperti biasa, nak duk diam-diam je. Betul tak? Pernah tak korang alami situasi macam ni?
Saya yang rindu, pada seseorang yang tersangat istimewa. Seseorang yang sentiasa buat saya gelak ketawa saat saya 'down', seorang yang gurau sendanya selalu buat saya keluar airmata. I never imagine it will be this pain berpisah dengan u *sigh*
Jumpa Kawan Baru dekat Restoran Mee Ketam
Satu hari Rabu, saya jumpa kawan baru. Bukan sorang tapi ramai. Yeayyy .. SUKA. SUKA. SUKA. Lokasi pertemuan :- Mee Ketam Seksyen 7, Shah Alam. Motif pertemuan :- Personal and business talk. Echewahhh .. ayat ke main korporat. Korporat la sangat. Hahaha.
The famous Mee Kari Ketam kat Seksyen 7, Shah Alam. Lokasinya belakang Unisel, masuk ikut jalan belakang Shell. Unisel tu tepi main road je but if u come from Pusat Bandar Shah Alam, eh .. eh .. tak yah cite lah. Sekarang telefon masing-masing udah canggih, ada Waze, ada Google Map, sila tanya Encik Gugel ye korang.
Rasa Mee Ketam? Ermmmm .. boleh la tahan sedap sayangnya we ask for Ketam Nipah tapi dah habis katanya even Restoran baru je bukak. Ohhhh sedih, kecewa tapi sib baik la Ketam yang datang ada isinya .. if not .. hampa, kecewa tak tau nak cakap apa. Rasa Kari lebih kepada Ala-Nyonya, bukan rasa Kari Melayu or Kari Mamak tapi sayang tak da Sambal kosong if not Misz-ella bagi 8/10 je. Alamakkkk .. pasaiapa tetiba kau dah macam Juri MasterChef je wahai Ella oiii .. Tehehehe.
Yeahhhhh ... licin sudah dikerjakan oleh Misz-ella.Percaya tak i never cook Ketam even i like it very much? Sebenarnya kan, kita tak tau camna nak siang ketam tu *tutup muka malu* hehehe. Sebab tu kita tak penah masak ketam. Masa mula-mula kawin dulu lagi teruk, siang ayam pun tak tau, so kita beli ayam yang dah siap potong dalam tray jual kat Pasaraya tu je. Ada sekali tu asben beli ayam sekor buh dalam peti ais. Seminggu kita buat tak tau. Then asben tanya .. apsal tak masak ayam tu ... masa tu baru la mengaku .. i tak reti siang ayam sebenarnya. Tehehehe . Tapi sekarang dah senang, ambik sekor suruh dia timbang dan siang. Balik basuh dan masak je, easy, right.
Yana, Ellina, Salina dan Mawar. Diaorang ni sume Misz-ella panggil The Green People cos background diaorang 'landscape'. Pensyarah landscape, Arkitek landscape, Misz-ella sorang je Tukang Kebun u alls, tu pun kat tanah sekangkang kucen Cik Yam jiran sebelah tu ha *tanah depan rumah lerrrr*
Motif perjumpaan ialah bertentang mata setelah berminggu Whatsapp together-gether, sambil bincang bisnes kecik 4 digits kitorang nih.
By the way, saya sangat gembira dapat kenal awak-awak semua. Awak-awak semua sekarang telah masuk dalam senarai orang yang selalu buat S4 saya ting tong ting tong all the time. Whatsapp Ladiesbeez namanya. Seronok oke dapat teman 'chatting' macam dorang nih.
Misz-ella kenal adik-adik manis ni melalui Yana *yang pakai spekmata tu*. Yana ialah blogger dari blog Saya Nak Cerita. Gi arr baca blog dia. Boleh tahan best and for those nak tengok what she write about Vietnam, Sila la terjah ye sebab group ni baru balik dari sana. Yana ni pulak, pembaca blog Misz-ella dan kebetulannya kawan seasrama dengan Yanti si Bedak Sejuk my bestfren tu ha. Alolo keciknya dunia.
Newspaper cutting tentang Restoran Mee Ketam. Sapa lum cuba sila lah cuba, try test ye. RM9.50 semangkuk i'm sure you wont regret punya lah.
Hoho Gambar curik. Ni konfem Yana punya kerja. U takbaik tau .. ambik gambar curik camni tetiba buat i perasan glamer ala-ala retis you. Al-kononnya femes sangat la, kan and Paparazzi tengah ambik gambar curi i la tu. Tehehehe .. sori Yana, Kak Ella gurau.
Sambil makan sambil bincang projek 4 digit sambil dorang ambik Rempah Kambing Panggang Istimewa. Tak sampai seminggu lepas tu Mawar cakap OhMy Rempah Kambing, SEDAPNYAAAAA .. i nak lagi 10 pack boleh? WahWahWah .. lawan tokey si Mawar nih. Hehehe. By the way, its so true that the Rempah is so sedap. Lain rasanya dari Kedai-kedai yang charge GST tu tau. Tak sama .. yang ni lebih kepada citarasa Asia, sangat sesuai untuk tekak Melayu Asli Sejati macam Misz-ella dan Mawar lagi best, bukan sahaja dia try kat Kambing dia dah try kat Chicken wing jugak and so meletops rasanya dia kata, sampai tak sempat nak ambik gambar tengok-tengok Chicken wing tinggal bekas je. So buat yang berminat nak try, test dan cuba Rempah ni, sila e-mail Misz-ella di kakchik_ella@yahoo.com. Harga masih tetap RM14/250gm boleh perap 1kg Lamb Shoulder dan berpuluh-puluh Chicken wings katanya. Meh. Meh beli. Sambil makan sedap, sambil jimat berbelanja. Sapa cakap good quality food perlukan belanja besar? Perlu makan di Restoran 5 star mahal-mahal dan kena bayar GST? Hmmm .. ok-ok .. panjang lak promosinya. Nak 'chiao' dulu, sok-sok kita sembang lagi ye kawan-kawan. Bye.
Tiba-Tiba
Tiba-tiba aku rasa nak menyepi dan diamkan diri
I suddenly feel so down and want to disappear for a while
I suddenly feel worried and nervous of something
I suddenly feel i have to be extra careful of certain things
I suddenly berada di satu tempat di mana
komunikasi sesama kita hampir tak ada
And i suddenly tersedar that i have to go back and face the reality and back to the normal routine and here i am .. Writing again.
Selamat Hari Ahad. More stories will be update soon sebab Tuan Rumah sudah kembali 'on gear'. Bye.
I suddenly feel so down and want to disappear for a while
I suddenly feel worried and nervous of something
I suddenly feel i have to be extra careful of certain things
I suddenly berada di satu tempat di mana
komunikasi sesama kita hampir tak ada
And i suddenly tersedar that i have to go back and face the reality and back to the normal routine and here i am .. Writing again.
Selamat Hari Ahad. More stories will be update soon sebab Tuan Rumah sudah kembali 'on gear'. Bye.
Krisis
Bila seorang kawan lama cerita tentang Krisis@Konflik yang tercetus antara mereka berdua, it makes me think hard.
Kenapa jadi macam tu? Apa puncanya?
Then i jumpa kesimpulan - Sebab kita tidak cuba elakkan benda tu terjadi but we let it happened. Kebanyakan kita memang macamtu. Kita tak cukup bijak untuk mengelakkan dari tercetusnya sebuah konflik@krisis mahupun kejadian. Kita cuma akan melatah dan marah-marah. Kita lupa nak tengok balik - Kenapa? Kita lupa nak 'cool down' dan akui 'Ye la .. Salah aku jugak' tapi kita sibuk cari salah orang.
For me, dua-dua, A dan B salah. Miscoordination, Misunderstanding and Over Sensitive, itu puncanya.
Kesimpulannya, tanggungjawab kedua-duanya untuk tangani masalah dengan sempurna. Bila tak ditangani dengan sempurna, there will be a loop hole here and there and things go hairwire. Sudahnya hancur berkecai. Salah sapa? A? B? Misz-ella pilih A dan B. Dua-dua salah.
Selamat Hari Jumaat.
Harini nak jumpa Orang Selatan.
Byeeee ..
Frozen
Hati yang beku hanya boleh dirawat dengan kasih sayang sejati. Cair kebekuan hati dek kasih sayang sejati itu.
Memang betul, kan. I wrote many times in my entry about love, kasih sayang. About how we can live happily, harmoniously with love. Daripada bersengketa, berpecah belah, lebih baiklah kita berkasih sayang sesama kita, kan. Tapiii .. dalam kehidupan sekarang lebih ramai yang suka membuli, menindas, berpecah belah, melaga-lagakan sesama kita dari hidup dengan harmoni. Hmmmm ...
Swimming pool Kelab Golf Rahman Putra
10 orang budak mandi Kolam. I sincerely think Aiman dan sepupu-sepupunya sangat bertuah sebab dapat membesar bersama. I didn't get the same chance. Masa kecik dulu, sepupu Misz-ella duduk jauh-jauh tapi sekarang ni, adik beradik Misz-ella kecuali Alop yang tinggal di Taiping, yang lain semuanya duduk dekat-dekat. Like what i said before, everything is like being arranged for us .. padahal masa kecik dulu tak pernah pun kita rancang nanti dah tua kita duduk sama-sama dan dekat-dekat ye. Never we planned that. Tapi itulah .. semuanya bagai diatur buat kami .. sapa sangka, kan. We are happy watching them growing up together, close to each other. Moga benih kasih sayang yang kami semai dari awal kekal segar di jiwa mereka sampai bila-bila. Amin.
Petang mandi kolam, malamnya kita tengok wayang. Frozen is about Love. Sebuah filem yang sarat dengan pengajaran. Jangan pinggir atau pulaukan orang yang kita sayang tapi tunjukkanlah kasih sayang itu, biarkan rasa kasih sayang itu tumbuh mekar di taman hati. Show that you concern, love and care. In Sha Allah Bahagia ganjarannya. This is a nice, beautiful movie. Cuti sekolah ni kan, bawaklah si kecik menonton. Mesti diaorang suka, kan.
This is my family. 19 of us watching Frozen together. 5 beradik, 5 keluarga, 19 orang semuanya. Hepi dapat spending quality times together. Thanks to Adik who bought the ticket and thanks to Alop and family who came all the way from Taiping to join us with the movie. Adik beradik Misz-ella macam ni la, rapat, meriah and happening. Walau sibuk, kami sentiasa curi masa untuk bersama. Alhamdulillah untuk setiap detik berharga untuk keluarga. Moga sampai Syurga kasih sayang kami hendaknya. Amin.
Bukit Fraser Kali Ke 2 dan 3
Hai. Assalamualaikum. Good Morning kawan-kawan. Misz-ella dan rombongan seramai 22 orang baru balik dari Jalan-jalan.
Jalan-jalan di tempat sejuk pilihan Famili. We love to come here. Here no traffic jam. Here is the best place for relax and get together. Here is very peaceful, aman dan harmoni. Cuaca yang dingin sejuk, tak da trafik jem, tak perlu redah toll, tak perlu beratur panjang berbaris nak masuk tandas kat RnR dan tak susah payah cari parking dan yang penting tak perlu banyak keluar duit adalah suasana yang sangat best untuk beristirehat ramai-ramai. 20 orang 3 generasi. Infact kami baru ke sini 13/10 yang lalu dan kami 'repeat' lagi pada 30/11 ni kerana hari tu Mama dan Abah dan Keluarga Angah tak join kami. So this time, 5 families 22 persons join our 3rd Trip to Bukit Fraser menginap di The Cottage Banglo milik Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser. We love this 4 rooms bungalow. Lokasi banglo yang terlalu dekat nak ke mana-mana buatkan kami senang berjalan kaki ke mana-mana sahaja. Ke Food Court, ke Bukit Fraser Town Centre, ke Taman Permainan .. semuanya kami jalan kaki sahaja. Cuaca sejuk, tak panas dan tidak memenatkan.
Tapi kali ni, 30/11, cuaca adalah tersangat sejuk *sekitar 18-20 darjah celcius sahaja*. Hujan malam, hujan pagi .. kabus tebal sana sini .. rasa nak peluk-peluk guling-guling malas nak bangun tinggalkan katil je trip kali ni. Tiga kali pergi, tiga kali jatuh cinta .. till now i keep on saying Bukit Fraser tempat kita. Tak da Indo, tak da Nepal, tak da Bangla, tak ada orang lua. Tak da kipas, tak da aircond, tak da stress, tapi sangat-sangat perlu Water heater. Terlalu suka sampai terfikir nak beli property disini. Tapi sayang, Akak tak cukup kaya .. memadailah setahun 3 kali ke sini dengan kesayangan sahaja.
Review kali ni adalah untuk Trip ke dua iaitu pada 13/10/2013 yang lalu. Trip ke 3 ni Akak tak dan nak ambik gambar sebab terlalu seronok dan bizi dengan family. Afterall .. dah kali ke 3, ambil gambar dah tak excited lagi, kan.
The Cottage & Banglo Bentong, Bukit Fraser
Rumah kami untuk 2H/1M.
Buat yang ingin menempah Banglo ni, boleh la kol 09-3622007. Weekdays RM700, Weekend rate RM800 .. 4 bilik tidur/4 bilik mandi.
Master bedroom
Bedroom 2
Ruang tamu tempat melepak tengok TV, main Kad, minum Kopi dan makan Kuaci. Best siot famili i. Happening gila kitorang nih. Kepala sume gila-gila dan meriah.
Ada dua lagi bilik di Bangunan belakang yang bersambung dengan Banglo ni. I believe this is a Workers room. Orang Putih yang duduk rumah ni zaman dulu-dulu duduk rumah depan, pekerja dorang duduk rumah belakang. Belakang bilik hutan. Best kau tidur malam bertemankan bunyi alam.
Suasana dalam bilik pekerja yang bersambung dengan 'main building' - Sangat selesa, kan dan setiap bilik ada attach bathroom. The Cottage ada 4 bilik so ada 4 bilik air. Molek sangat la untuk yang ingin beramai-ramai, Tak yah rebut-rebut bilik air pagi-pagi nanti, kan.
Pemandangan dari depan bilik pekerja .. cantik, kan.
Yang depan tu 'main building of the bungalow'. Ada hall, 2 bilik tidur, dining hall dan dapur. Tapi tak boleh masak-masak ye. Dapur untuk buat air aje tu.
Petang sikit kita gi The Paddock untuk jalan-jalan. Budak-budak nak naik kuda .. nak main 'archery'. Mak-apak layankan aje .. asalkan anak kita hepi, kita pun bahagia, kan.
Maghrib sudah ..
Malam-malam kita jalan kaki ke Pekan Bukit Fraser, jalan kaki je dari Banglo kita. Ecewahhh .. tetiba je kau ada Banglo kat Bukit Fraser ni ye? Hehehe. Yeayyy .. kita berada di Sempadan dua negeri.
Having fun together
Ehhhh .. tertinggal gambar petang. Petang tu kami lepak makan kat Gerai Makcik ni, depan Banglo The Glen milik KTM. Makan Pisang Goreng, Jejemput pisang, Laksa dan Rojak Buah. So sedap i tell you. Alaaa .. sejuk-sejuk camni makan apa pun sedap, kan.
Food court dekat dengan Padang Permainan ni jalan kaki je dari The Cottage @ Banglo Bentong tu tau. Pegi dekat 'main road' lintas jalan nanti nampak tangga .. naik je tangga tu dah jumpa Food Court dan padang permainan. Jom kita melepak.
Yang bujang sewa basikal dan 'cycling' lah .. yang kecik-kecik main buaian dan jongkang jongket lah. Mak apak borak-borak je la, bukan selalu jumpa camni, kan.
Bunga-bunga cantik berkembang di waktu malam. Perghhhh ... best-best. Malam tu kitorang melepak je kat Taman ni, jalan kaki je dari Banglo The Cottage tu.
Aktiviti esok harinya ialah Jungle Tracking. Kita mulakan dengan Hemmant Trail, 1.0km sahaja, agak senang, jalan rata, kurang mencabar .. in 20 minutes settled. Tengok atas .. The Cottage banglo atas tu je tau .. so turun bukit terus masuk hutan.
Keluar dari Hemmant Trail hati masih tak puas hati, nak tracking lagi. So the next is kita masuk ke Bi shop Trail, 1.5km tapi tersangatlah mencabar. Ada pokok tumbang, kena membongkok, kena melangkah kaki besar-besar, turun naik bukit lintas pokok-pokok, longkang kecik. Mencabar tapi best!!
Walking home together. 13 orang semuanya ikut Expedisi masuk keluar Hutan pada tanggal 14/10/2013 ni. Best la korang ... tapi kena betul-betul 'fit' la. Al-together we walked almost 5km dari Hemmant Trail, masuk Bishop Trail keluar Bishop Trail ikut main road back to The Cottage Bungalow. Best la Bukit Fraser. Kitorang suka. Everytime balik sure rasa nak datang lagi ke sini.
Sara tak ikut jungle tracking sebab dia tidur pagi tu. Maka tinggalla kau kat rumah dengan Papa. Abang, Kakak dan Mamanya follow us to the jungle. Balik makan Nasi lemak kukus yang KY masak. Burning and eating, baru la seimbang, kan. Hehehe.
Trip ke 3 ke Bukit Fraser pada 30/11/2013, kita tak banyak jalan-jalan sebab hari hujan. Sampai hujan, malam hujan, esok paginya masih lagi hujan. Sejuk kauuuu .. dalam 18-20 darjah Celcius je suhu sekitar Bukit Fraser. Best. Best. Sangat best bila bercakap mulut keluar asap. Dah sampai Sg. Buloh ni kau jangan la harap, kan. Tapi kan, dalam tak banyak keluar jalan-jalan pun we still managed to walk about 4km dari The Cottage, turun ke pekan Bukit Fraser, jalan-jalan dan jalan lagi pusing-pusing turun naik bukit tu at last sampai rumah. Saja mengada nak try tengok stamina kitorang kuat ke tidak. Eecece .. 3 generasi jalan bersama ok .. Mama, Anak-menantu dan cucu-cucu. Seronok ok. Sampai rumah Solat Maghrib dan malam tu we had BBQ. Lamb Chop, Chicken Wing and Drumstick, Salmon, Grilled Prawn, Baked Potato, Coleslaw ... nyummm .. nyummm .. nyummm ... so sedap. Lebih sedap bila makan ramai-ramai dengan kesayangan. Lebih best lagi bila anak-anak we all dah besar panjang so kerja-kerja membakar diaorang take over. Mak-apak nengok dan makan aje. Trip kali ni we are so busy till we got not time to nyanyi-nyanyi. Kitorang ni kepala gila-gila .. kalau dah jumpa kang joget la, menyanyi la .. macam-macam kerja kitorang.
We are happy together. Bahagia datang dengan berbagai cara dan ini lah salah satu darinya. Bahagia dikelilingi orang-orang yang disayangi. Bersyukur pada Allah SWT ada adik beradik, ipar-ipar yang sekepala dan rapat macamni. Kakak-kakak ipar, Adik-adik ipar dan Abang ipar yang 'happening'. Minggu ni luang masa dengan Mama no. 1 .. minggu depan nak balik rumah Mama no. 2. Segalanya ibarat diatur Allah SWT untuk kami semua. Alhamdulillah.