Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Meeting CT Noraliza


Bertemankan kasut Clarks, jeans lusuh Levi's, Baby-T cop anak anjing comel dan Cardigan hadiah anak kesayangan, berdiri sorang-sorang balik tiang.  Handphone S3 dan beg tangan Tod's pelengkap hari Khamis yang ceria ini.  Sambil berdiri, sambil WhatsApp kesayangan. Kesayangan yang jauh datang dari Sandakan dan mahu bertemu Kc *i le teww*.  Kc, i will be on my short trip to KL.  Kita jumpa ye Kc.  Teringin sangat nak jumpa u, Kc. Pleasee .. alahaiii tanpa rayu pun Kc mahu bertemu dengan mu dik.  Sekian lama ber WatssApp, ber FB, kami memang dah mesra walau tak pernah jumpa.

My date of the day, CT Noraliza and 6 years old Princess Suha, all the way dari Sandakan.  KC .. cantiknya u .. sukanya i dapat jumpa u. Fitnya badan u Kc .. malu i. Hahaha .. excited bebenor si Liza bila dapat jumpa Misz-ella.  Setahun bersembang di WhatsApp .. rasa macam dah kenal lama.  Bila jumpa i tau yang Liza rupanya my Blog reader.  I suka Kc baca blog you.  Thank you liza, blog Kc blog biasa-biasa je .. tak da yang istimewa pun.  Hanya bingkisan perjalanan suka duka sebuah kehidupan buat kenangan hari tua nanti *sobs* Sebelum ber WhatsApp, kami berkawan di FB GHMB but seriously, i am very low profile di sana.  Segan nak borak dan berkongsi cerita dengan orang yang kita tak berapa kenal, nak komen status orang pun takut-takut .. tapi di WhatssApp, 18 of us used to share stories together.  Sepi sangat hidup Misz-ella tanpa cerita suka duka diaorang semua.  Nanti i will make a very long and detail entry about my WhatsApp group gang.  Why are they special to me .. How they light up my life .. and how they are so meaningful to me.

Liza datang hari Selasa dan pulang ke Sandakan hari Khamis.  Originally my dear Liza dari Utara tapi disebabkan husband dia posting ke Sandakan, maka dia sekarang sudah bermastautin di Sabah.  Walau jauh beribu batu, kalau dah Allah SWT kata ada jodoh kita, maka berjumpa lah kita. Alhamdulillah .. i am very blessed with my life .. dikelilingi oleh orang yang baik-baik .. yang sentiasa melengkapkan hidup saya yang serba kekurangan dan tidak sempurna ini.  Dua jam bertemu Liza di KL Sentral, i was so sad when i have to let her go tapi dah sampai masa untuk dia naik ERL untuk ke KLIA. Sebaknya dada saat terpaksa berpisah. Rasa nak nangis pun ada .. tapi tak pe .. ada jodoh kita jumpa lagi ye.  


Tq for your time Liza.  Terima kasih adik-adik WhatsApp Kc yang lain yang menerima Kc seadanya.  I love you all ketat-ketat lah. Moga ukhwah yang terjalin ini berpanjangan selamanya.  In Sya Allah. Amin.











Makan besar

Set Ikan Siakap 3 Rasa, Telo Dadar, Kailan Ikan Masin, Tomyam Campur, Teh O Ais 2, Nasi Putih 2 - Rm35.  Alkisahnya, set ni kami makan berlima.


Kita 'Add-On' Sate Ayam 20, Sate Daging 20

Our Big Dinner that night.  Pas makan kenyang.  Masing-masing tepuk perut yang ketat dan sendat.  Masa menyuap ke mulut ke main laju, bila dah kekenyangan baru sedar ... Uiiii makaihhhh .. banyaknya kita makan.  Kalau timbang sure naik sekilo dua ni.   Ini baru betul-betul kerana mulut badan binasa, kan. Hahaha




Melenjan Diri

Misz-ella kan, suka melenjan diri berpenat-penat lepas tu bila malam, boommmm pengsan. Masa siang bukan main hebat, gi sini, gi sana, mata bukan main bulat, tenaga 'power' gila, mata jangan harap la nak pejam kalau siang .. bila malam datang, masa untuk merehatkan minda dan merebahkan badan, masa tu baru terasa fuhhhh .. penatnya.  Masa ni paling best, letak je kepala, pejam. Tapi ada gak masa letak kepala, takmo pejam,  nak pulak bila balik dari aerodance.  Orang lain lepas exercise penat, den terbalik .. badan segar, minda pun fresh gila, so susahnya mau pujuk mata supaya tidur ye.  Kadang-kadang pukul 2, 3 pagi baru bisa pejam.  Hmmm .. nasib badan.







Mana Tudung?

Habis Sessi Dance-dance Rabu malam, kami pun nak gi minum.  So masing-masing mula la berpakaian tertib sopan.  Tetiba si Jijah terperasan, mana tudung? Laaaa ..  tadi aku datang pakai tuala je ke? Aku ingatkan tudung tadi. KahKahKah ..  kak Jijah, lawak la kau kak.



Tuala pun bolehlah. Hahaha.  Lepas minum kita nak balik.  Ehhh ... korang balik nanti jalan kaki tau, jangan naik keta. Hahh? Jalan kaki.  Ala kak, dekat je, kira extra cooling down la tu kak. Cooling down ke guling down? Tehehehe, lawakk!!

Its a normal practise when we start the Class with Hi-Lo Aerobics Step for the first 30 minutes, pastu rehat jap 2 minit then kita sambung with 2nd Session activity. Usually the Teacher akan pilih nak buat Floor exercise ke, Pilates ke, exercise dengan bola ke or whatever.  Crowd Meru usually suka Joget-joget.  Al-kisahnya, itu malam Kak Nor dan Kak Jijah dilanda symptom malas.  Dibiornya daku dan Yanti Bedak Sejuk menlead yang lain. Hamboii akak, mula la duk diam gossip sembang ala-ala Perempuan Kabaret tak do pelanggan!! Hahaha.  Baraa Baraa Baraa Beree Beree Beree .. ha dah cukup .. kelas diakhiri dengan Joget Jong-Jong Inai dan Joget Wau Bulan.  Perghhhh .. best!

Life is Sweet Like Candy

Helloooo readers.  Assalammualaikum.  Lama gila siot menyepikan diri. Teringat-ingat kat Blog, teringat-ingat kat readers semua tapi apakan daya, 'nature of work' yang dah berubah buatkan Misz-ella terkial-kial mencari masa untuk 'update'  blog kecikku ini.

Hari ni kita nak cerita tentang yang manis-manis.  Seronok kan dapat keputusan atau pengakhiran yang manis? Tambah seronok bila kesudahan yang tersangatlah manis itu kita kecapi setelah terpaksa menelan yang pahit.  Sebab tu orang kata saat diduga jangan merungut, jangan bising, jangan salahkan Takdir. Jangan tanya 'why me?'.  Redah dan redha je dengan setiap dugaan.  In sha Allah, yang manis-manis lah habuan dan ganjaran.

Ada orang, bila dia tengok orang lain cantik, dia akan cakap macamni    ...  untungnya dia; cantiknya dia, apasal la aku tak cantik macam dia? Jangan macam tu kawan, sebaiknya kita bersyukur kerana kita juga ciptaan Allah yang sempurna.  Bila kita bersyukur rasa manis itu akan sentiasa ada dalam hidup kita.

Dulu ada seorang kawan komen begini ..  Ella ... Ella, apasal semua orang suka kau ye Ella?Bagus sangat ke kau ni? Baik sangat ke kau? OK, I senyum je menerima tiap kata-kata dia, takmo jawab apa-apa sambil otak cuba mentafsir maksud serta perasaan si penyampai saat berkata-kata. Tapi, tafsiran otak kita pun tak selalunya betul.  So take it this way la, dari kita mencebik bibir sambil cakap .. Elehhh ... jeles kat aku la tu, lagi bagus kalau kita lupakan saja dia.  Lantak la dia.  Kita tak boleh control perasaan dia tapi kita boleh control hati kita dari sakit dek kata-kata dia. So, senyum je la ye, manis kan bila senyum? 

Recently, A cerita pada Misz-ella tentang B.  Katanya, B ni dulu terlalu sosial orangnya hingga pernah terlanjur, sebab tu dia sekarang dikawal suami.  Ko percaya ke Ella B tu dulu camtu.  Misz-ella jawab .. Whatever it is, itu Kisah silam dia.  Kalau dulu dia liar, sekarang dia elok bertudung litup berjubah labuh.  Kalau dulu dia terumbang ambing tanpa arah, sekarang dia dapat suami Ustaz. Kita manusia biasa yang tak sempurna, apa perlu kita kenang keburukan silam orang sedangkan perubahan positif itu terang-terang depan mata? Afterall, itu cerita lama. Allah Swt sayang dia, dah berikan dia Hidayah.  Sudah cantik dan molek hidup dia sekarang.  Alhamdulillah. Manis, kan.

Dulu Misz-ella marah orang.  Marah keterlaluan yang terlalu menjeruk rasa till i suka cari pasal dengan dia.  Sikit hal marah, kecik punya hal jadi besar.  Emo sangat lah kau.  Tapi logik la kan, if you dont fix the broken hole, dont expect la things will get better.  Makin besar damage ada la, kan.  Till one day, we talked over the phone. Betul-betul luahan perasaan, jujur ikhlas dari hati.  Mula-mula panas, tapi akhirnya dia mula celik hati.  Dalam banyak-banyak ayat yang dia lafazkan, terselit sebaris ayat penyejuk hati. Hilang terus amarah yang dah wujud bertahun lamanya.  Lega. Teramat lega Misz-ella rasa.  Dan sekarang, yang pahit tu Misz-ella dah lupakan. Yang manis-manis sahaja yang ada sekarang.  Alhamdulillah.

23/5 haritu Aiman gi Chek-up di Hospital.  Oh makaihhhh .. gila masam muka Akak kat Kaunter pendaftaran.  From the moment no. dipanggil till we bangun beredar, kami dilayan tanpa sepatah kata.  Senyum? No. No. No. Langsung tak ada tapi kitorang buat rilek je. Sepatutnya dia senyum, tapi since mahal sangat senyuman, kita lantak kan la dia. Tapi kan kak, kalau akak senyum kan, akak bukan saja dapat ganjaran gaji tapi juga dapat ganjaran pahala sebab senyum itu sedekah.  Tak pe lah, kita lupakan dia. Kita doakan aje lain kali kita datang if kita terjumpa dia lagi, dia dah boleh senyum pada pengunjung di Kaunter, i told Aiman. Pastu gi Klinik Pakar. Dapat no. 1006. Cantik arr no. 6, tak yah tunggu lama.  Tup-tup haritu entah kenapa kami terpaksa tunggu satu setengah jam sebelum dipanggil.  Cool ok. Jangan hilang mood kerana letih dan stress.  Senyum je la even kesejukan, keboringan dan kemengantukan gara-gara tunggu terlalu lama.  Tak cun arr tarik muka masam, nanti Anak pun tak syok tengok kita hilang mood kerana urusan dia.  So kita cool je haritu.  Keputusan Doktor pada hari itu, My son Aiman is fully recovered.  Pembuluh darah yang disambung telah pulih dan aliran darah di dalam pembuluh darah itu sudah normal dan sempurna. So we will close his case, there will be no more check up after this. Ya Allah, rasa nak menitis airmata syukur dan terharu dengan berita tu. Manis sungguh dugaan Allah.  Terkenang saat dapat berita kemalangan Aiman, teringat pertolongan Cikgu Aiman yang bawak dia ke hospital, yang menjaga Aiman seperti anaknya sendiri sementara menanti kedatangan kami, teringat  sokongan dan doa famili, rakan-rakan yang mendorong Misz-ella untuk jadi lebih kuat saat diuji.  Syukur Alhamdulillah atas segala ganjaran kemanisan selepas pahit getir kami lalui.

Life is Sweet like Candy if you know how to manage and appreciate it.  Tak kira betapa masam, betapa pahit tiap dugaan, bertabahlah.  Jangan merungut kerana Allah Swt sedang menguji kita.   Jangan terlalu marah, jangan terlalu benci, jangan terlalu sedih tapi kawal lah diri.  Kerana disebalik yang masam dan pahit itu, pasti ada manisnya.

Life is Sweet like Candy, remember?



Amarah Berbisa

Akak cool lah. Saya suka akak.
Cool?
Cool apa tu dik?
Cool Blog ke? Mat Kool ke? Hehehe.

Aku cool? 
No. No. No. 
*sambil goyang jari telunjuk ala-ala Tom Cat*.

Al-kisahnya Misz-ella tak lah se cool mana. I have my own temper which only segelintir orang i.e. yang rapat dengan aku sahaja yang tau.  Bila baik, terlalu baik sangat tapi bila taufan al-marah mendatang,  kata-kata berbisa nahhh .. ambik kau.  Ekcelli, buat Misz-ella, nak sampai ke 'level' marah tu bukanlah senang sebenarnya, perlu satu big issue yang menyuntik hormon adrenalin melonjak naik dan mampu mencetuskan amarahku. Masa tu, bersiap sedialah kau dengan letupan berapi-api ala-ala volcano meletus tak sempat kau nak lari. Hehehe.

Bak kata Aiman, Mama jarang marah, jarang membebel tapi sekali dia marah, lengkap sekali dengan Pakej Perang Dingin. Alolololo .. susahnya hati Aiman bila mama merajuk dan tak makan dipujuk. Dulu masa dia kecik-kecik kalau Misz-ella marah, dia akan kejar Misz-ella satu rumah. Pandang-pandang buat muka kesian sambil cakap .. Maaa .. Aiman mintak maaf. Cakap la dengan Aiman ma. Kawan la dengan Aiman. Aiman sayang mama. Nanti Aiman nak kawan dengan sapa? Alahaiiii .. cair hati bila dengar Sang Kekasih merayu mendayu-dayu. Bila dah besar, strategi dah berubah .. tak da lagi suara sayu mendayu-dayu. Yang ada hanyalah muka bersalah menghulur tangan memohon maaf.  Kalau tak dapat bertentang mata, SMS dihantar.  Sekarang dah download We Chat, maka dihantarlah dia suara mohon maaf serak-serak basah. Cair ok hati kental i .. ingatkan tadi kebal!! Hehehe.

As times goes by, seiring dengan peningkatan usia, sikap amarah berbisa banyak dah ku buang.  Dah tak larat nak marah banyak-banyak.  Its either kerana daku memang dah tua atau daku dah semakin bijak mengawal emosi.  Mana-manalah, i'm happy kerana sesungguhnya marah itu menyakitkan, bukan sahaja dia tapi jugak diri sendiri.  U hurt people with your anger tapi endingnya kita juga menyakiti hati sendiri.  Why hurt yourself?

My driving dah banyak improve sekarang.  Dulu selalu nak laju, zasss kanan zupppp kiri now i tak buat dah lagi. I am more cool dan rilek.  Tak kira la berapa kereta nak masuk depan, asalkan kau bagi signal lantak la kau.  Apa guna drive laju-laju potong kanan potong kiri pentingkan diri sendiri? Jalanraya milik bersama, tak do maknanya nak selfish ok.  Lagi satu bila kat jalanraya i paling tak suka orang buat hal.  Ko buat la hal yang kononnya boleh naikkan amarahku, i still dont care ok. Ko nak gila, ko gila la sorang. Mak nak hidup hepi-hepi je, no stress stress. Baru la awet muda, kan.

Lepak sorang kat Kedai Mamak tunggu anakanda habis Tution.  Tutionnya sejam je, tak berbaloi daku ulang alik. Al-kisahnya, i order Teh Tarik tapi yang datang Teh O.  Elehhh ... takat Teh O, den buleh buat sendiri kat rumah tak yah bazir duit kat Kedai Mamak, kan.  Ikutkan hati memang nak marah sebab tekak teringin Teh Tarik tapi dari daku marah dan menyakitkan hati u and me, lebih baik ku layankan aje Teh O itu.  Mungkin dah ditakdirkan rezeki ku Teh O harini bukan Teh Tarik .. *pujuk hati*

Kita manusia biasa yang punya berbagai rasa dan emosi.  Marah, suka, sayang, cinta, sesal, kecewa, semua ada.  Sebaiknya kita belajar kawal emosi tersebut.  Jangan terlalu marah, jangan terlalu sedih, jangan terlalu suka, jangan terlalu sayang dan jangan terlalu benci.  Segala keterlaluan hanya menyakitkan dan menekan perasaan. Nak buat apa hidup dalam tekanan bila sebenarnya dalam hidup ini kita ada pilihan? Sedih? Konfirm la setiap setiap orang ada episod duka tapi pandai-pandai la pujuk hati.  Think positive, percaya lah pada ketetapan Allah SWT kerana 'Kun Fa Ya Kun' itu milik Dia. Terjadinya sesuatu perkara hanya dengan izin Dia. Bila kita percaya, In Sha Allah kita akan redha diuji.  Bila redha, kita tenang.  Kita tak melatah, melompat, melenting tapi kita 'cool down'.  

Apa pun, Misz-ella bersyukur sebab dah berjaya membuang sikap baran.  When i was 20's bila marah memang menyinga.  Pastu dia turun dan graft tu terus turun lagi.  Alhamdulilah.Saya pengamal Gaya Hidup Sihat. Takmo tension-tension, stress-stress ye kekawan.

Dari melepak depan TV menternak lemak, lebih baik kita bersenam menyihatkan badan dan menyingkirkan stress. Tapi sebelum tu harus la makan dengan famili dan hantar jemput anak ke Tution dulu.  Akak bizi ok tapi tak pe, yang penting i hepi. Jom ikut i Joget-joget malam ni. Opssss ... ladies only ye. Hok jate gi angkat besi. Hihihi.









Kapsul Pure Marine Collagen AAA dan Promosi!!

Helloooo readers.  Nak bagitau yang Misz-ella ada jual Pure Marine Seaweed Collagen  dalam bentul Kapsul, buat korang-korang yang nak cepat, mudah dan tak mau susah-susah.  Ambik sebijik telan .. dah sudah. Tak yah rendam, rebus dan buat apa pun. Just standby air secawan dan terus telan.  Senang, kan.  So far dah ramai beli dan dorang puashati.  Senang nak bawak jalan-jalan dan tak renyah, kata mereka.  Wahhhh .. apa-apa aje la ye yang penting khasiatnya sama dan korang gembira.  Korang gembira, Misz-ella lagi la suka.

Rasanya semua pembaca blog Misz-ella yang budiman dan bijak bistari dah tau khasiat Seaweed Pure Marine Collagen, kan.  Selain dari untuk mencerah, 
menghalus, menegang dan menanjalkan kulit, Seaweed (Rumpai laut) yang tinggi protein dan hi-fibre ini sangat bermanfaat untuk menguatkan sendi-sendi kita.  Lutut yang kuat, tak sakit, pinggang yang selesa, bertenaga dan sendi yang sihat adalah salah satu tahap kesihatan yang kita inginkan. Sapa la yang suka kalau dah lenguh sini sana, kelentang kelentung sana sini bunyi sendi berlaga, kan.  So kawan-kawan, mari kita jaga kesihatan diri dengan cara memakan rumpai laut tinggi protein yang sangat berkhasiat kepada tubuh badan kita. Afterall murah je pun, masih mampu milik .. idak le ratusan ringgit tapi puluhan ringgit sahaja.

Sebijik kapsul PMC bersamaan dengan 4 sudu jelly PMC.  So makan sebijik di waktu pagi dah cukup.  Tak payah makan banyak-banyak ye.  Sebotol PMC kapsul ni hanya berharga RM55 (termasuk wang pos) dan boleh dimakan sebulan sebab ada 30 bijik.  Meh korang kita keluarkan RM55 sebulan, tulang penting OK untuk kesihatan.  Jom kita sayangi tulang sambil-sambil cantikkan diri gitu. Meh email Misz-ella di kakchik_ella@yahoo.com.  Misz-ella akan zassss lelaju menjawab *kalau Yahoo tak meragam dan line internet tak sakit*

Sempena cuti sekolah, semua pembeli produk-produk Misz-ella akan mendapat HADIAH MISTERI yang cantik molek gliter-gliter gitu.  Nak tau apa ke bendanya? Kena la beli dulu, nama pun misteri, kan. Hihihi.  By the way, Misz-ella nak kongsi kegembiraan customer-customer akan kebagusan sabun PMC. Zira cakap, bagus la Kak Ella, Husband Zira pun guna dan makin cerah kulit dia.  Nanti zira nak satu lagi ye. OK adik, no problem.  Cikgu Saiza cakap .. baguih la sabun tu.  Jerawat akak ni dah macam-macam akak bubuh tak kecut-kecut, basuh muka dengan sabun hang sat je dia kecut. Ada lagi tak? Bak mai 2 ketoi, nak bagi kat anak-anak akak. Alhamdulillah .. walau hanya RM18, khasiat sabun PMC tersangat la 'superb' dan memuaskan hati.  Suka sangat-sangat la saya ni. Rasa nak lompat bintang 200 kali sebab tersangat la hepi. Hihihi.

Lagi satu berita gembira ialah .. My 1000mg/100tabs Vit C is on sale.  Hanya RM60 berbanding harga asal iaitu RM70.  Jimat RM10 ok .. banyak tu.  Dah la dapat diskaun, ada HADIAH MISTERI lagi.  Tambah RM6 untuk wang pos sahaja. So, hanya RM66 untuk bekalan Vit C selama 3 bulan.  Jimat sangat-sangat-sangat, kannn ... 

 Lagi satu, our Gorgeous Seaweed Pure Marine Collagen yang mendapat sambutan hangat also on SALE.  We have decided to reduce the price to RM15/100gram compare to RM20 sebelum ini.  Jangan lupa tambah wang pos RM6 seperti biasa ye and dont worry, beli Seaweed PMC ni pun akan juga dapat HADIAH MISTERI from me.

Kesimpulannya, setiap pembelian dari Misz-ella akan dapat HADIAH MISTERI.  Tapi kannnn .. nak bagitau yang HADIAH MISTERI itu adalah terhad kepada 25 pelanggan pertama sahaja. So cepat-cepat email saya sebelum terlambat ye.  OK .. dah-dah-dah. Panjang dah membebel, kan.  Tapi sebelum noktah tu, Misz-ella nak Ucapkan Terima Kasih banyak-banyak kat korang yang setia dan tak jemu-jemu ke sini.  Tqqqq so much.  Sayang sorang-sorang dan semua-emua lah.  Hihihi.

Eh jap-jap belum last lagi. Nak bagitau jugak yang soon .. Misz-ella akan tambah produk.  I am working on it.  Korang tunggu eh. Ok dah.  Kali ni nak betul-betul noktah. Babai all of u.



Hari Double

Hari ini hari double. Exercise double, makan nasi double, dating berdouble tapi keluar masuknya ber double-double. Penat? For me, mind control everything.  Kalau minda dah penat, maka hilang la semangat.  Tapi selagi minda cakap 'Aku OK, everything will be fine'.  Trust me cos i'm practising it in life.

Seawal jam 6:30 pagi Misz-ella dah keluar rumah.  Bertemankan Portable music machine, a box of CD, sepatu sukan kesayangan .. i dah keluar mengajar 'aerodance'.  Harus slow-slow, turunkan my intensity sebab i have to follow the crowd capacity.   Misz-ella orang lincah dan laju tapi sebagai Guru, kita tak boleh syok sendiri, kita kena tengok keupayaan followers dalam mengikut rentak tari kita. Tak pe la kan, yang penting dia orang enjoy. Me? I ok je sebab i ni pandai bawak diri.  Perghhhh ... puji diri sendiri! Over!! Hihihi.

Music machine kesayangan kehabisan bateri masa Segmen ke 2 pagi tadi. Adodoi .. Aimannnnn ... bukan mama dah suruh charge ke? Tengah syok-syok dancing round 2, machine tetiba 'hang'. Nervous akak ok. I am so worry kalau-kalau mesin kesayangan i ni rosak.  Rupa-rupanya bateri low. Fuhhhh .. lega tapi masih kecewa sebab terpaksa stop kala hati terkinja-kinja mau menari. Tak pe lah, we continue next week ya. Lepas tu, ber discuss double dengan my sister KY. Serious talk both of us Ok. Tapi takmo bagitau korang apa ke bendanya .... *rahsia kami berdua*  Hikhikhik.

Sampai rumah pukul 9 pagi.  Menonong je masuk rumah sampai sarapan lupa nak beli.  Ber chocolate dan air mineral saja la sarapan i di pagi Ahad ni. Boleh la. Janji kenyang. Pukul 2 lebih, gi ambik anakanda pulang dari 'bowling tournament' yang Tution centre buat. Menang ke kalah Aiman? Menang ma, hadiah kitorang paling tinggi dan besar.  Kumpulan paling riuh dan sporting. Ek elehhhh .. ingatkan kumpulan yang menang tadi. Isk.isk.isk .. sangat tak best tapi tak pe la, yang penting diaorang enjoy spending quality time together.

Next was Minum petang with Mek Ti.  Gamat ok bila Mek Ti dan Mek Ella together-gether.  Make, minum, borak, gelak. Unplan sebenarnya, its just that i Viber her cos ada benda nak tanya. Mu dok di mana ni Mek Ella? Rumah arr .. panah ni mek kawe tok se nok gi  mana2. Huk aloh .. aku baru nak ajok mu tubik jalan.  Panah ni mek mu nak ajok aku tubik jale mana? Mau jadi BBQ aku nanti. Hihihi.  Finally kami jumpa di Alam Jaya. Sekejap je, 2 jam je kami jumpa pastu Goodbye. I have one more task menunggu.

Tadaaaaa  .. i was here last night for my second round of exercise.  Pagi mengajar malam diajar.  Menuntut ilmu tiada akhirnya dan berkongsi ilmu yang ada besar ganjarannya.  Best hari ni.  Peluh double ok!!

Hello ... saya Ika. Saya suka dengan Auntie Ella.  Saya suka joget-joget sebelah dia.  Huhuhu .. best kan Ika kita aerobik? Cantik ok step dia.  Banyak dah yang Ika pelajari sebab Tokey Studio ni ialah Mak Long dia. Kecik-kecik dah pandai exercise. Bagus la kau ika. Ok. Ok. Dah habis satu hari yang makan minum dan exercisenya double harini
Best la sesekali melenjan badan menyeksa diri macamni. Hihihi.



Doktor Cinta

Diaorang ni kan, betul lah. Kalau bergaduh suka betul cari aku. Telefon ku berbunyi dering-dering .. ku angkat .. Dia rupa-rupanya. Can i see you? What for? I have something to tell you. Hmmm .. OK. Tapi sekejap je sebab pukul 12:30 i nak fetch my son. I dont have much time for you so be punctual and fast. OK. I will be there by 10:40, he said.

Si Doktor Cinta sedang menunggu dia di restoran mamak dekat-dekat dengan rumah. Makan berdua, banyak mata memandang kita. Tak kesahhh .. open place pun, takkan kena gossip kot, kan.  

Alkisah, people like to come to me when they are in trouble. Mungkin diaorang rasa selesa dan cool gila bila bersembang dengan i. Mungkin diaorang rasa lega bila habis bersembang dengan i. Nak kata i memahami sangat tak la jugak, Mana yang betul i sokong, mana yang salah kena la kau. One thing, Misz-ella orangnya sangat telus dan berterus terang.  Kalau tak betul, i give you straight off doesn't matter how close you are with me.  Tak reti den nak jadi Hipokrit.  Berpura-pura senyum mengiya dalam hati mengutuk gila. Sorriii .. i'm not like that. After two hours talking, i left the place with a note .. Tengok la camna nanti. I see what i can do. Lain orang lain cara.  Buat Misz-ella sendiri, sungguh la berat mulut nak bercerita, nak pulak hal-hal peribadi .. susah senang sume i galas sendiri.  Paling kuat, menangis. Itu je la the best i can do when i'm sad.  Nak bercerita dengan kawan-kawan .. alahaiii .. berat mulut den.  I heranlah bila jumpa orang yang boleh bercerita hal peribadi dengan orang yang dia tak berapa kenal dan rapat. Camna boleh cerita ye? Semurah itukah cerita kita hingga senang kita nak jaja-jaja? Buatnya si dia jaja balik cerita kita ke sini sana macam mana? My advise is, only share your story with someone you really trust. Someone who you really know for quite some time.  Cerita kita tak semurah itu untuk dijaja ke sini sana, kann.  Tapi tu la, back to what i said just now, lain orang, lain cara. My way and your way tak semestinya sama. Ikut la mana yang you all selesa, kan. Kita sekadar bagi pendapat, nak ikut boleh, tak nak ikut pun tak apa. Tak da paksaan.

Hu la la .... tetiba i jadi Doktor Cinta buat mereka berdua. Tak pe lah .. kawan yang baik sentiasa ada di saat memerlukan and i am one of them, bersedia menjadi pendengar yang setia buat mereka berdua.  Dengar sini, dengar sana .. memang itu kerja saya. Sekian je Entry Doktor Cinta dari saya, Misz-ella buat kenangan di hari tua. Mekaseh baca, Bye.




Nak Tau? Tak Nak Tau. Nak Tau? Tak Nak Tau.

Kadang-kadang ada perkara yang kita nak sangat tau.  Tergedik-gedik hati menguit ingin mengetahui kebenarannya hingga kita lupa nak menilai keupayaan diri.  Kuatkah kita? Mampu kah kita? Kerana ada masanya kebenaran itu menyakitkan dan tidak berpihak pada diri kita tapi sebaliknya.

For me, certain things better for me not to know.  Kita didik hati supaya bertenang, bersabar, berfikiran positif.  Bala jangan kita cari dan kalau nak datang, biar dia datang sendiri.  Nak tau sangat sibuk dig here and there lepas tu diri merana. Ohhhhh tidakkkk ..  mak nak live happy happy.  I want to lead my life to be happy, happier and happiest. So, jangan tanya. Ketepikan gelodak nafsu ingin tau itu dari hatimu.  Esok-esok bila kita dapat tau, bukan sebab kita gedik mencari tapi sebab ia datang dengan sendiri.  Till the time come, berdoalah agar kita dah semakin kuat menghadapi kenyataan.  Tiada muka muram yang ada hanya senyuman walau hati pilu dan sendu.  Hati menangis sapa la tau, kannnn ...

Sekian. Entry motivasi dari saya, Misz-ella untuk pembaca-pembaca Blog Dari Jari-Jari Halusku ini.  Esok ada cerita best-best. Nanti datang lagi eh.Bye. Tqq.






Mandi Peluh

Perasan tak sekarang cuaca teramat lah panas.  Korang jangan lupa minum banyak air eh. Lagi molek kalau air tu jernih tak da warna.  Walau rasanya kurang best, khasiatnya lebih.

Memandangkan cuaca sangat panas, mari kita buat toncet setinggi yang boleh.  Bio le orang kata i macam orang dalam pantang pun .. ada daku kesah ?? I rilek je, yang penting selesa.  Bila selesa boleh bersenam 'all-out' dan beri jiwa.  Bila bersenam sepenuh jiwa, maka cemerlang lah hasilnya dan perpeluhannya maksimum.  Peluh menitik-nitik sampai basah lantai.  Basah lencun seluar baju. Besttttt!!

Rehat 5 minit sebelum kita sambung Bahagian Ke 2.

Dalam banyak-banyak perkara dalam dunia, 'friendship' adalah salah satu perkara yang paling i appreciate.  Yanti Si Bedak Sejuk, Dr. Rozzana dan Nana adalah antara rakan aerobik terawal Misz-ella dan masih kekal berkawan hingga kini. Mudah-mudahan selamanya.  Dalam persahabatan, treat everyone equally, tak da lebih tak da kurang.  Sentap, merajuk, kecil hati itu perkara biasa.  Paling penting, lebihkan kasih sayang, barulah semua perkara boleh diatasi bersama.  Itulah 'Power of Love' namanya.

Sampai merah muka panas berpeluh.  Basah baju tak yah cerita lah, siap boleh perah.  Kelas Isnin dimulakan dengan aerobic Hi-Lo diakhiri dengan Gelek Arab.  I was not feeling well actually tapi demi kesihatan badan i kuatkan semangat and enjoy the fun with my geng.  Minum air masak banyak-banyak, push yourself to give the best that you can.  Jangan malas bersenam, nak pulak kalau dah 40an macam Misz-ella ni. Dah la kaki makan, segala benda i telan, maka haruslah bersenam untuk kesihatan.  Bersenam juga menyingkirkan stress dan tekanan.  Bila tak stress, baru la awet muda macam i, kan. Ahahahaha ... *mati la kena kutuk sebab perasan* 




Lelaki kena tahu. Perempuan kena tahu.



Hmmmm .. cuba tengok pasangan masing-masing? Benar-benar tak dia mencintai kita?

5 Mei Saya Mengundi

Dah terjawab semua teka teki.  Walaupun muka Dato' Najib terkulat-kulat tak nampak hepi masa Sidang Akhbar announcing his party victory, yang menang tetap menang.  Selamat Bekerja Keras para YB.  We choose you because we trust you.  Rakyats are watching and monitoring.  If your performance good, we will definitely give you another chance in 5 years time.  If not, Goodbye.  Tak sabar nak tengok perlaksanaan Janji Ditepati. Harga kereta turun eh??? Yeayyy .. excited nih *sambil senyum kelip mata bayangkan kereta idaman* The only thing i want to say .. Please provide us a fishing rod, instead of feeding us with fish.   Fish rod last forever, fish one time eat finish oredi maaa .. Tehehehe.

Antara papantanda kreatif yang sempat dicapture


Mari semak di Kaunter sebab ada percanggahan dalam rekod Misz-ella pada permulaannya. First chek bulan Februari, nama ada kawasan mengundi empty. Then i submitted my current address, hoping i can pen down my vote at the place i stay.  Lagi 4 hari sebelum PRU i chek online. My change of address tidak diterima oleh SPR. Walaweihhh ... dah 56 tahun merdeka, awatnya sistem kita masih lembap tahap melampauuu? I updated online, direct to the system few months before PRU but its not updated till the last day. Sistem online apa SPR pakai? Kecewa .. tapi saya tetap mahu pangkah calon feveret saya. So San Peng Flat, ini hari 5hb otai pulang untuk memangkah. Cehhhh ..  otai la sangat daku disitu. Hahaha.

Pada tanggal 5hb Mei, sapa yg tak berjari biru adalah sangat tak cool and trendy ok. Gi mana-mana skodeng jari orang. Hahaha.

Pastu gi lunch ramai-ramai kat Balifeel, Bangsar Southcity. Satu hari den merayap meninjau suasana pilihanraya. Sehari sebelum tu, kami ke Klang, Setia Alam, Shah Alam dan Meru meninjau saat-saat akhir kempen parti-parti bertanding. Bunyikan Hon sebagai tanda sokongan. 20 tahun bawak kereta, rasanya ini kali pertama Misz-ella paling banyak main hon. Kawe pun nak take part gak weih. Hahaha!!

Masih biru even sudah bersabun. Ada yang senang tanggal but not mine. I terfikir ..RM5 million spend for this special mixture ink, yang halal dibawa Solat. RM5 juta? Hmmmm .. banyak tu. Kita baru je mula, Indonesia jiran kita dah mula lama dah. Di Indonesia, this is called "mencontreng".


Lepas Bangsar, we went to Tmn Impian Indah. I took photo of this Amoi with PAS's flag. Adoi la feeling ... nak nangis ke nak gelak? Bila ditanya, Amoi ni cakap PAS For All.  Yang lahir Islam pun belum tentu sanggup kibar bendera tu. Malu tak kita bila yang bukan Islam pun boleh terima tapi yang sedia Islam menolaknya.  Haihhh .. susah nak cakap, kan. Even produk Bank Islam pun yang ramai support orang dia, bukan Melayu kita. Orang kita lebih suka support bank yang mengenakan riba. Againnnn ... susah nak cakap benda-benda camni, kan.

Pilihanraya dah settle, rakyat pulak dok kata mengata.  Isu perkauman dibangkitkan. Haiyoyo .. sila la buka minda.  Saya sayang Malaysia yang berbilang bangsa. Walau abah orang Kelantan mama pulak dari Perak, saya lahir di Hospital Leela Ratos, Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Sekolah menengah di Pudu English Secondary School, Jalan Foss yang majoritinya adalah Chinese.  Alhamdulillah, tak pernah saya rasa dipinggir oleh mereka.  Kakak jual nasi lemak kat Segambut cakap kaum Cina paling ramai support bisnes dia.  I dont see any problems with multi racial people staying together. So apa masalah diaorang sampai nak bangkitkan isu perkauman? I love all my friends doesnt matter what their race.  Kekalkanlah Malaysia yang aman harmoni.  Jangan la takut-takutkan rakyat dengan isu perkauman ni. Dah tak sayang Malaysia ye? Misz-ella tak sukalah tengok orang bertelagah ... lebih baik kita hidup berkasih sayang, aman damai dan harmoni, kann.

All in .. all in this is my best pilihanraya so far, macam-macam kami buat termasuk la cabut bendera tepi jalan *ahahaha .. noti giler*, meronda Selangor dan Kuala Lumpur.  Sesekali bikin gila-gila apa la salahnya, kan.  Afterall kepala Misz-ella memang best punn .. happening ok i ni, sokmo meriah dengan macam-macam hal. Sebelum kawin dulu pun best, satu famili jalan ramai-ramai pegi mengundi, bertembung pulak dengan Geng Makcik gelang besar perayu undi BN. Adoi la .. jenuh kena tarbiyah dengan makcik-makcik tu .. baiklah makcik, ok makcik jawab saya. Dalam hati 'undi saya rahsia' hihihi.

Lagi lima tahun, anak saya pun dah boleh mengundi. Yeayyy .. lagi meriah la hari mengundi kami nampaknya ~ 'korumn' dah bertambah babe. 



Pudar



Al-Kisahnya Seminggu ini

Salam Jumaat kawan-kawan.   Hari Jumaat yang barakah, penghulu segala hari.

Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya ialah hari Jumaat.  Pada hari itu diciptanya Adam, pada hari itu dimasukkannya ke dalam Syurga. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari Syurga.  Tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat.

Pada yang balik kampung mengundi, Hati-hati.  Misz-ella mengundi di sini sahaja, tak balik ke mana-mana.  Buat yang tetap datang even i dont have updates, Tqvm.  I appreciate your clicks on me. Bila terjadi perkara yang membabitkan emosi, separuh jiwa terasa dibawa pergi.  Tapi Alhamdulillah, masih bergelak ketawa bergurau senda dengan mereka-mereka yang sentiasa ada.

Jumpa Cik Riben Merah - bertukar cerita dan idea.  Tq adik manis, ada masa kita jumpa lagi ye.

Meredah kesesakan Jalan Loke Yew untuk jumpa adik-adik kesayangan saya.  Wan Haryani, Hartini Rofi dan Aziatie.  Terima kasih Tuan rumah, Wan Haryani dan Doktor Hairol.  Sedap sungguh kami makan.  Hidangan Korea tapi kami makan dengan tangan. 

Jumpa Novelis Kak Melur Jelita di Pesta Buku.  Seriyus bangga melihat sambutan yang diberikan pada Novel My Precious Iris.  Berebut peminat beratur berjam-jam untuk mendapatkan Novel sambungan I Love You Stupid, itu.  Good job Kak Melur.  Moga akak diberi kesihatan yang baik dan terus menghiburkan kami dengan Karya-karya akak.  I promise kak Melur i will review the Book.  Tunggu eh.  Sedang struggle membaca nih.

Ladies Outing - Jumpa Tina Othman dan Aieda di sana.  Harus lah ambik gambar depan pintu Kumpulan Karangkraf tanda support kepada company Ayah saudara sendiri. Hihihi.  Lepas sopink buku kami ke Riverside Cafe untuk melepak. Borak, makan, gelak.  Tq adik-adik, i enjoy your accompany.  Muahhhh sorang sorang.



Riadah dengan kawan-kawan pada sebelah malam bertemankan Mister Bola-Bola.  Best.  Memang best bermain dengan bola.

Dalam seminggu, ada berbagai acara, ada bermacam cerita, ada ramai orang dan bermacam ragamnya.  Hidup saya best, penuh warna warni.  Saya bahagia.  Syukur Alhamdulillah.  Ok la ye.  Got to go out to meet somebody.  Tq baca Al-kisah ini. Bye.