Pages - Menu

Terapi Kedai Emas. Harum Malam.

Hari tu berterapi di Kedai Emas, antara tempat yang paling Misz-ella suka pergi. Tengok-tengok. Try-try. Tanya-tanya. Lepas tu senyum sorang diri.

Terus berseri lengan kusam ku ini. Posted this photo to kesayangan dengan pertanyaan ~ Yang mana satu? Choose for me pleaseee ..

Match it together. Suka sangat la weih.

Finally, we agreed with this.
5 'Channel' in a row is definitely better than 3. Tapi .. harga dah tentu lebih mahal. Lepas tu menyampah sebab dorang kata Misz-ella kecik je, tak sesuai pakai gelang tangan beso camni.  Dorang kata i sesuai pakai rantai tangan halus kiut miut je tu. Iskk.

Harum Malam pujaan hati Hawa masa kini.  Baik untuk memulihkan tenaga dan memelihara kewanitaan kita. Ehemm .. ehemm .. korang nak ke? Meh email me at kakchik_ella@yahoo.com.  Ramai serasi dan puashati dengannya.  Misz-ella macamana? Walaweihh .. satu pun ku tak merasa. Borong berpuluh-puluh sume dapat kat korang ye. Tak pe lah .. belum my rezeki untuk rasa produk yang hebat ni. As long as my customer happy i puashati.

Terapi hari ini bertemankan Ekin .. Si manis yang sweet. Thanks Ekin.






Kupu-Kupu Tari

Malam ini Kupu-kupu tari menari. Menari sepenuh jiwa dan hati.

Meringue, Salsa, Raggae, Samba, Cha Cha .. semuanya bersatu dalam lagu. Lepas tu kita berdangdut, bergoyang mengikut irama tanpa henti.  Walau habis tenaga, lega jiwa, hilang semua lara.

Antara Geng Kupu-kupu Tari

Lepas tu kita ngopi.  Borak, minum, gelak.   Bersama Mama, mendengar Tips demi tips - Orang perempuan ni semua nak kena jaga - Rambut, kuku, kulit, gigi .. semua. Gigi tu nak jaga camna Ma - tanya Umi.  Jangan sampai pakai gigi pelsu lah - jawab Mama.  Ha la ma, nanti susah nak romen .. kata Mek Ti. KahKahKah .. Misz-ella gelak besar!! Apa punya lawak daaaa ..

By the way, Terima kasih Tuan rumah .. menerima tetamu mengejut seperti kami.  Kopi awak sangat sedaplah!




Letting Go. End It. Move On. Gunting Rambut.

Dalam hidup ni kan, akur lah yang Takdir itu milik Allah.  Percayalah yang Kun Fa Ya Kun itu milik Dia.

Kadang-kadang, kau takkan percaya bagaimana sesuatu yang dulunya kita sangat-sangat hendak, suddenly we Let Go. We End it.

Tapi nak capai tahap 'give up and letting go something that you really want is not easy'. Nak 'End it' bukan senang.  Perlu ada sesuatu yang kuat untuk mendorong kita ke arah itu. Bad experience, maybe.  Bad treatment, perhaps or maybe rejection. Yang pastinya, its all about frustration.  Kekecewaan mendorong kita agar melupakan kehendak hati dan melepaskannya pergi.

Bertabahlah.  Mungkin ada hikmah yang kau tak nampak bakal muncul kemudian hari. Believe me that God has his plan for us. Mungkin yang lebih baik ganjaran untuk kau nanti. Sapa tau, kan. My advise is, just move on with life no matter how big is the hurt. Pelan-pelan langkah dan jangan pandang belakang.

By the way, gunting rambut pun dah naik harga sekarang.  Lepas ni akak nak simpan rambut bio panjang tak nak potong-potong dah. Hihihi.  Sayang jugak nak let go rambut yang panjang tapi bila orang cakap waaaa .. u looks like sweet 17th, not like 40.  Mesti u ni selalu hepi.  Hurmmm .. Saya tak da rahsia awet muda selain dari sentiasa berfikiran positif dan bersihkan hati. Rahsia awet muda yang lain saya tak da. Just lead your life to be happy all the times. Life is easy. Jangan kita sulitkan. Kannn ..

Al-Kisah Sebuah Cerita

Semalam dapat berita gembira dari seorang teman .. antara teman paling rapat yang memberi berbagai warna dalam hidup Misz-ella ni.

Berita gembira yang dia sampaikan betul-betul terkesan di hati Misz-ella.  Dalam hidup, kita dilanda berbagai masalah dan gelora dan sebagai teman tak pernah berhenti berdoa agar kesayangan Misz-ella ni bahagia dengan orang yang dia cinta. Dan semalam, masa dia khabarkan berita gembira tu, berbaur segala rasa. Tumpang gembira, bangga dan sedikit lagi rasa yang susah Misz-ella nak jelaskan pada semua.

Lepas melalui sebuah perjalanan yang panjang, berbagai onak dan duri yang dia hadapi, akhirnya dia Bahagia. Misz-ella gembira lihat dia bahagia, tumpang bangga bila dia memilih untuk berubah. My friend is having a better life now. Kalau dulu berantakan, asyik bergaduh, sekarang dah aman.  Kalau dulu selalu berbalah, sekarang mereka dah saling bermuafakat dan bertoleransi bersama. Kawan saya hidup dengan lebih baik sekarang. Segalanya bagai diatur cantik buat dia.  Segalanya bagai dipermudahkan buat dia. Alhamdulillah.

Orang kata, yang baik kita jadikan pengajaran. Segala perubahan itu menyuntik semangat pada diri Misz-ella untuk hidup lebih baik. Kalau dia boleh, mesti yang lain-lain pun boleh, kan.  

Saya bangga dengan dia sebab berjaya merubah kehidupan ke arah yang lebih baik and as a friend, i pray for more and more good things happen to your life.  In Sha Allah. Amin.








Kinabalu Pines Resort

Kinabalu Pines Resort, the most popular resort in Kundasang, 7km dari Taman Kinabalu.  Since trip ke Kota Kinabalu ni tempat tinggal Misz-ella yang incharge so setelah di tapis dan 'screen' berulang kali, makanya Kinabalu Pines Resort pilihan hati. So lets chekidaut the Resort with me.


Pokok-pokok 'pine' ditanam di sepanjang jalan masuk ke Kinabalu Pines Resort.  This resort has a beautiful landscape. The scenery is Superb!

The trees are well maintained.

Bersih, tenang dan selesa. Sejuk mata memandang, kan.

Tempat ini dikhaskan untuk penginap-penginap yang mahu melihat Gunung Kinabalu tapi biliknya bukan 'mountain view'.  So they have to come here to enjoy the view tapi kena kongsi dengan yang lain-lain la ye.

Kinabalu Pines Resort adalah resort yang mana biliknya berkonsepkan 'cabin'.  Bukan semua bilik has a mountain view so kena pandai pilih lah.  Blok P dan R juga mengadap Gunung Kinabalu.  Look at the landscape .. cantik, kan.

Di sini ada Rabbit House, Orchid Garden but i didn't go and see.

Segala-galanya adalah B.E.A.U.T.I.F.U.L.

We stayed at Block S - Bilik yang paling besar di resort ini.  Kalau datang dengan famili, memang sesuai sangat duduk disini.  Block S (bilik Super Deluxe) ada katil King dan boleh muat 2 extra mattress.  Every rooms ada Water heater dan Hair dryer.  The best part is, Cabin di blok S betul-betul mengadap Gunung Kinabalu.


Suhu malam di Kundasang mencecah 13°C. Sila pakai baju 3 lapis macam i kalau takmau kesejukan tapi sebenarnya, even dah 3 lapis camni pun, sejuknya tetap terasa.

Bilik Super Deluxe sangat luas dan selesa.


Petang-petang berehat di verandah sambil menghayati kedinginan alam di sini.

Aiman and cousins.  

Gunung Kinabalu from our room's balcony.  

Bukak pintu bilik nampak gunung. Cantik, kan.

Bilik Superior Deluxe yang kami duduk berharga RM250 semalam.  Kalau mau ambil Pakej yang berserta Breakfast dan Dinner it will be RM300.  We didn't take the package sebab kita mau pergi ke luar untuk 'explore' apa yang ada disini.  All in, all in .. its a very nice place to stay.  Sapa nak duduk sini sila book awal-awal kerana bilik disini sentiasa penuh terutamanya yang 'mountain view'.  Ok dah.  Sekian perkongsian Misz-ella tentang Kinabalu Pines Resort.  Tq baca. Bye.





Day 2 - Desa Cattle Farm, Jambatan Tamparuli, Pasar Makan Belakang Pasar Philipine, Tanjung Aru

Bangun pagi tengok gunung .. itula Agenda utama kitorang hari ke 2 ni. Tapi disebabkan cuaca sangat sejuk dan kabus tebal, pukul 5, 6 pagi gunung tak nampak-nampak lagi. Lepas dah puashati sebab dapat tengok gunung, kami pergi sarapan.  Kami malas nak drive ke Pekan Ranau so kami makan je di satu gerai di sebelah kiri jalan sebaik sahaja turun dari resort. Lepas sarapan, we dediced to pack and go. Next destination is Desa Cattle Farm di Mensilau Foothill.  Jalan nak ke sini memang agak mengelirukan sikit sebab dari 'main road' memang tak ada signboard langsung.  Kitorang sendiri tanya direction masa beli buah kat Pekan Kundasang.


Ladang lembu ala-ala New Zealand.  Sayangnya masa kami sampai, lembu-lembu sedang duduk selonggok berehat.  Maka tak dapat lah kami ambik gambar lembu-lembu berkeliaran.

Dorang kata sedap .. since icecream is not my favorite so Misz-ella tak heran la, kan.


Suka la anak-anak kita dapat menyusukan anak-anak lembu 'polkadot' ni.

Meh makan Rumput khas ni meh. Comel lo kambing-kambing putih bersih ni.

Anak-anak kambing yang sentiasa lapar. Dah bagi dia nak jugak lagi.  Beringgit-ringgits kami habis to make sure they are no longer hungry. Alololo .. tak kenyang-kenyang dorang ni kauuuu .. pantang hulur dia 'ngap' .. tak hulur rumput dia ngendeng-ngendeng nak jugak.

Comelnyaaaaa .. rasa nak 'kidnap' sekor masuk beg bawak balik. Lepas tu dapat nama baru Ella-Kambing, camna? Hihihi.




Dalam perjalanan ke KK kami singgah di Bandar Tamparuli di Tuaran. The most polular landmark in Tamparuli adalah jambatan gantung Tamparuli maka haruslah kita singgah. Hurmmmm .. jambatan gantung yang femes dengan lagu Kadazandusun yang menghubungkan Pekan Tamparuli dan penduduk kampung. 

Masa kami pergi Jambatan di bawah jambatan gantung yang merupakan laluan keluar masuk kenderaan dari bandar ke kampung runtuh dan terputus sebab hujan tak berhenti-henti turun beberapa hari.  Maka agaknya penduduk kampung kalau nak balik rumah kena park kereta kat pekan lepas tu jalan kaki naik jambatan.  

Lepas dah melihat Jambatan Tamparuli ni, kitorang terus gi Bandar Kota Kinabalu.  Pusing-pusing bandar, lunch kat Kedai Mamak *Bihun Sup dan Mee Goreng sedap gila* terus check in di Marina Court Resort Condominium.  Apartment sangat besar, selesa dan mudah nak ke mana-mana. Yeayyyy!!

Heyyy .. that is Marina CourtResort Condominium, yang warna pink sebelah Hotel Promenade tu.  Senang duduk sini, nak ke mana-mana boleh saja jalan kaki.  Makan minum depan belakang hotel kiri kanan pun ada.  Apartment 3 bilik complete with iron, washing machine dan TV LCD siap ada Channel 393 sekali.  Yeayy i suka.  Pukul 10 mlm remote tv i punya.  Dah. Dah. Dah.  Korang gi makan kuaci sambil main kad ye.  Misz-ella mau tengok Drama Korea. Hihihi.

Petangnya kita jalan-jalan di Waterfront, tengok suasana bandar yang 'happening' dan terus menjengah ke Pasar Malam dan Pasar Makan di sekitar kawasan Pasar Philippine.  Happening gila kauuu pasar malam dan pasar makan dia.  Anak-anak nak makan Kepak Ayam Bakar. Lepas tu ronda-ronda dan tergoda and we decided to have our Dinner here.  Kedai makan pilihan adalah Kedai No. 7 *tapi sume Kedai takda nombor sebenarnya*. Ida si Pemilik Gerai sangat ramah dan friendly.

Ikan Merah 3 Rasa

Sotong Goreng Tepung memang 'favorite'  anak-anak kami.  Kat mana-mana pun mesti order Sotong ni and its very nice i tell you .. memang sedaplah!

Chilli Crab. Sedap ooooo ..

Sotong Bakar. Satu cucuk RM10.  Kalau nak cuba, mintak kat dia nanti dia panaskan balik. Hurmmmmm .. yummy! Misz-ella pergi balik ke Pasar Phillipine on Day 2 semata-mata untuk dapatkan Sotong Bakar ni.  Sedap kauuu .. sekali makan berekor-ekor Misz-ella telan. 

Ketam Bakar

Lobster Bakar.

Yeahhhhhh .. Ini Lobster kita punya.  Seekor lobster besar ni 500gm beratnya.  Tak sabar-sabar nak 'ngap'.

Yaaaaa .. itu dia. Dua ekor 'lobster' besar jadi penyeri 'tummy' kami malam ini.  Kat KL jangan harap nak jumpa kat pasar-pasar. Kat Restoran besar dan mewah je ada, tu pun mahal. Kat sini 1000gm@1 kg siap masak RM180.  Boleh la kita cuba  kan. Kat KL hanya mampu memandang sang lobster sahaja.

Itu dia .. sudah dimasak 'Butter Milk.  Soooo yummy i tell you. Sedap lah!

Misz-ella bungkus 2 keping Ikan Tuna bakar.  Ikan tuna besar ni cuma RM5 sahaja sekeping.  Rasanya kat KL tak pernah jumpa Ikan tuna mentah jual kat pasar. Yang ada cuma tuna dalam tin untuk buat sandwich je. So sedap tuna bakar ni korang.  Isi dia segar dan manis. Best. Best. Best.  Kata Ida Si Tokey Kedai, saya makan mentah je kak. Potong dadu kecik-kecik, perah limau, gaul dengan mangga, bawang dan cili. Sedap kak.  Omakaihh .. dia punya cerita buat i rasa nak 'try'. Next visit to Kota Kinabalu i cari u lagi ye.

Sotong besar-besar ..

Ikan Bayan.  Rasanya Misz-ella pernah jumpa Ikan Bayan ni kat Melaka sekali je dulu.  Lepas tu tak jumpa dah. So bila jumpa kat sini .. teruja la i sekejap.  Tapi tak ambik pun ikan tu sebab i dont really like it.  

Amboi la anak-anakku .. bizi dengan henfon sorang-sorang.  Whtsapp buah hati la kot tu.  I Iike the idea of bungkus pinggan dengan plastik.  Lepas makan buang plastik tak payah basuh pinggan. Jimat air, kan.

Pasar Makan Pasar Philipine yang dibuka setiap hari dari jam 5 petang. Pasar ni berada betul-betul di belakang Pasar Philippine.  Sebelah Pasar ni pulak ada Pasar Malam yang jual macam-macam makanan. Gila happening tempat ni.  Seronok makan meja berderet macam ni ramai-ramai.  Betul-betul feeling Pelancong lah sebab kat sini memang 'tourist spot'.  Sebelah Misz-ella pelancong Korea, belakang Misz-ella Mat Salleh dan Korea lagi. Orang Korea sebelah kiri Misz-ella makan 3 ekor lobster bakar. Besar gila 'lobster' dorang ambik .. dekat 700-800gm seekor lobster and they ate lobster only.  Seafood lain dorang langsung tak ambik. Enjoy gila tengok diaorang makan 'lobster' tu. Orang kata kalau nak makan kat sini hati-hati sebab kalau salah pilih, mungkin Gerai tu tak bersih takut sakit perut pulak nanti. Tapi kitorang OK. So far 4 hari di Sabah, sume makanan yang kami try sume sedap dan best.  I think for those of you yang ke Kota Kinabalu tak perlu lah masuk restoran besar yang mahal gila tu sebab kualiti dan kesegaran seafood sama je. Kami makan lobster kat sini, dengan sotong, dengan ikan dan ketam baru RM300 untuk 8 orang.  Kalau restoran besar-besar dan terkenal tu mau dekat RM1,000.00 kot.

Next destination is .. Tanjung Aru Beach .. 5-6km sahaja dari Pusat Bandaraya. 

Pantai bersih dan cantik.  Terang di waktu malam.  Ada ramai orang melepak kat sini di malam hari and the beach is very happening. 





Di sini kami melepak, main kejar-kejar dengan ombak, tulis nama atas pasir, tengok movie 3D ramai-ramai 1 panggung kami 'conquer'.  Tak boleh lupa la pengalaman tengok movie 3D dengan dorang ni.  Baris depan anak bujang 3 orang, baris tengah mak-mak dan anak dara kecik tu row belakang bapak-bapak la kan.  Row depan paling 'happening' terutama si Aiman.  Paling diam Misz-ella lah sebab first 3 minutes i tutup mata sebab 'nervous' u. Hahaha .. Memang dasar tak 'adventure' betul la kau Ella oiii ..

Dah betul-betul penat, dah boring dan malam baru lah kami balik. Sampai rumah dah pukul 11 malam maka kami pun 'kebaboooooommm' tidor and again ... i slept like Sleeping Beauty.  Sungguh la lena .. kalau kapal terbang langgar pun i tak perasan gamaknya ye. Hehehe. OK dah.  Berakhir hari ke 2 kami di Kota Kinabalu.  Esok nak gi 'chekidaut' something which is more fun and interesting. Tunggu Entry seterusnya ye. Bye.