Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Mabuk Cotton Hujung Minggu

Hai readers .. caner wiken? Ohhh wiken Misz-ella very tiring and busy .. tapi hepi.

Betul kan orang cakap .. Do things that make you happy .. In Sha Allah you will enjoy doing it. Even penat tetap bersemangat.

As you know, my thousands pieces of cotton has just arrive on Monday.  Isnin lepas baru sampai .. agak lama jugak sangkut di Port Klang.  Sampai siang hari Isnin, Misz-ella hanya sekadar memandang ... tak da mood nak bukak 8 bungkusan yang tiap satu beratnya hampir 60kg.

English cotton i ready stock ye.  Misz-ella tak kumpul duit orang and rolling untuk bayar 'supplier' .. saya tak buat camtu. Saya import direct dari pembekal, bayar transportation dan cukai kastam guna duit sendiri.  You all tinggal whatsapp/mesej me dan tunggu reply je.  Malam Isnin tu, baru Misz-ella bukak semua bungkusan dan susun satu persatu.  Selasa, Rabu busy doing something. Khamis drove vvrommmm ke Kedah untuk hantar 150 pasang cotton ke sana.  Terima kasih beli ye.

Dan esoknya, hari Jumaat baru Misz-ella berkesempatan menjawab email dan Whatsapp.  Malamnya Zeeta & family yang ada 2 butik di Sg Petani singgah rumah.  Esoknya Sabtu, Ida dari Muar dan Raihan dari Bangi datang borong English Cotton di rumah saya.  Kata Ida, malam semalam saya dah survey kat Jln Tuanku kak .. you angkat 10 ka .. 100 ka .. harga tetap satu pasang 45. Amboiiii .. ketatnya la hai ayat.  So Ida pulang ke Muar dengan 50 pasang English cotton diborong dengan Misz-ella dan Raihan ambik 11.  Alhamdulillah. My repeat customer order-order seterusnya saya bagi diskaun ye.

Petangnya, malamnya Misz-ella masih mabuk cotton lagi.  Best korang .. ralit, leka melayan, mengusap cotton-cotton yang sejuk dan lembut ni dengan jari jari halus Misz-ella ni.  I just in love with my beautiful cotton lah.




Seronok tak korang berpeluang memilih dari ribuan pasang cotton sedia ada ini? Nak 50 je tapi berpeluang memilih dari ribuan pasang sedia ada. Best, kan.  Puashati, kan. Sebagai pemborong, Misz-ella sangat faham apa yang penjual rasa sebab Misz-ella pun bermula sebagai penjual jugak. Masa tu muda, umo awal 30an, ada duit poket lebih sikit pun gigih nak berniaga. Sanggup meredah jalan sesak, berpanas berpenat lelah sebab minat meniaga.  Bermula lah dengan kecil-kecilan than we can grow bigger. Mudah-mudahan, kan.  In Sha Allah .. niat yang baik In Sha Allah akan diperkenan Allah swt.

Ini Raihan .. my blog reader yang datang dengan familinya termasuk la si 'baby' yang baru 2 bulan.  Maaf Ida, Raihan kalau tak berlayan. Almaklumlah .. Misz-ella sorang je .. belum ada pekerja.  Bila tengok Raihan, Misz-ella rasa kagum kat dia. Walau beranak kecil, walaupun 11 pasang sahaja tapi dia tetap gigih berusaha.  Kakchik doakan Raihan berjaya ye.  Tengok si Ida pulak, teringat saat merayap cari stok jualan di Jalan Tuanku dan kami berkenalan masa tu.  That was many many years ago.  Masa tu Aiman pun kecik lagi .. sekarang dia dah masuk Kolej tinggal lah mama sorang kat rumah. Tu la kauuuu .. lenkali beranak la setengah dozen. Hehehe.

English Cotton Misz-ella masih ada lagi.  Walau bukan lagi ribuan tapi masih ratusan. So friends .. lets get started. Jom borong dan mula berjualan.  Ingat cotton .. ingat i ok sebab dorang kata kulit i halus macam kapas. Tahun depan nak tanam pokok kapas lah .. pastu nak produce kain cotton sendiri. Ehhhh .. tetiba berangan!! Hahaha.

OK.  Sedikit info tentang English Cotton yang dijual oleh Grand Cotton Enterprise ye:-

Kain siap dipotong berukuran 3.5 metre. 
Bidang 60". Cukup untuk buat Jubah, gaun, baju kurung Pahang dan sebagainya.  Bidang besar 60" ni senang, Tailor pun suka sebab tak perlu potong tengah sambung 2 helai kain kalau kita berbadan besar.
Kain nya sejuk, tak mengecut dan senang nak iron.
Warna tidak luntur walau dibasuh berulang kali
Setiap design ada banyak helai so if korang nak beli sedondon untuk satu famili tak da masalah ye kawan-kawan.
Harga borong bermula dari RM3x.00 bergantung pada kuantiti.

10 pasang English Cotton pilihan my blog reader dari Bentong, Pahang.  To be honest, kos pengeposan Cotton memang mahal .. lebih kurang RM8 sehelai. Bayangkan 10 helai, tentu lebih mahal, kan.  Dan Misz-ella faham orang nak meniaga, kalau boleh lagi nak jimat nak pulak kos-kos pengeposan camtu so Misz-ella akan cuba sebaik mungkin untuk fikirkan/cari syarikat penghantaran yang lebih murah supaya korang boleh jimat sikit.  Sebenarnya untuk Klang Valley, Misz-ella boleh usahakan delivery upon full payment received. Means kita deliver sendiri to your door step at a minimum charges. Yang penting korang Whatsapp 016-6223138, pilih mana yang berkenan .. get a quotation from us, pay and we deliver to you.  Lagi puashati hantar sendiri, kan .. hepi apa dapat jumpa Blog reader.  Untuk tempat-tempat lain, if kebetulan Misz-ella berada di sana, In Sha Allah akan kami usahakan.  Jangan segan jangan malu .. just message and ask, ok.








8 comments:

Irfa said...

wow kali ke 16
geram tgk stok kchik yang lawa2 itu
rasa nak golek2 atas timbunan kain sambil kira $$

Unknown said...

menariknya kc ella...teruja tengok cotton banyak2.. dah nak dekat musim raya ni sure lagi hangat kan..

hmm..hmm..rasa cam teringin gak.. hahaha..

Izwa Kamaruddin said...

amikkoooo..dah mcm kedai!

Unknown said...

kakchik berniaga kain dah ke??wah...makin kaya la nanti..:)

Anonymous said...

wah cantik2 tu, moga tersu maju jaya yer kc!

Kniedaz said...

KC tak jual satu-satu ke? geram plak tengok huhu

PCL said...

salam kakcik ; bagusnya dah ada borobg kain cotton ni kalau my mrs tgk mesti dia sukaaa..

Chekgu Azrine said...

Ala..terlmbt ke bkk k.cik ela punya blog ni..skg kak cik buat bisnes cotton ye..wow..semoga sukses kak cik!