Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

"Dating Rindu"

Oh My .. I am so tired.  Baru balik dari Kampung halaman di Kelantan .. menguruskan hal keluarga .. dan bayangkan trip 2H/1M dari Sungai Buloh ke Kelantan .. penat ke tidak?  Penat tapi bersemangat.  Penat tapi hepi .. tiada kata paling indah boleh digambarkan perasaan Misz-ella selain dari penat, gembira dan bersemangat.  Nanti kita cerita panjang lebar tentang perjalanan singkat pulang ke kampung halaman ni ye .. at the moment nak dedicate this special Entry for my beloved darlings yang i tersangatlah rindu gila di dalam hati.

One fine Thursday morning sekembalinya dari Trengganu dan Kelantan .. i bertemujanji dengan dorang berempat even badan masih terasa penat. Lokasi :- Pantry Tingkat 1 ofis lama.  Ya Ampun .. riuh rendah pantry yang kini suram sepi dan sunyi sejak pemergian me and Kak Senah setahun yang lalu. Betullah apa yang dorang cakap ... sejak kitorang tak da tempat tu suram dan sepi.  Memang kami berdua penyeri di sini.  Walau patah tumbuh hilang berganti .. yang ganti tu tak best .. tak gila-gila dan 'happening' macam kami .. so tempat tu pun terus hilang seri.  Rosnah, Fiza, Lin dan Sarina .. Sumpah rindu kat dorang-dorang ni.  Dorang lah penghibur  .. dorang lah penyeri hidup Misz-ella untuk tempoh 17 tahun yang lalu.  Makan bersama, menangis dan gelak ketawa .. Hanya Tuhan yang tau betapa aku rindu akan semua kenangan-kenangan indah bersama mereka.  Percaya tak mula-mula Misz-ella resign dari company yang sudah 18 tahun Misz-ella menjadi pekerjanya .. Misz-ella hari-hari menangis kerana rindu .. Rindukan Kak Senah .. satu-satunya sahabat yang juga penyeri. Rindu segala-gala yang indah tentang dia.  Buat kerja sama-sama .. makan minum sama-sama .. menangis ketawa sama-sama .. she took care of me and i took care of her .. and last .. we resigned together.  And now .. both of us enjoying our life begin at forty .. me with my newly set business and Kak Senah happy with her life as housewife.  Alhamdulillah .. Moga Allah SWT terus memberkati persahabatan kami berlima.  

Dalam ramai-ramai ni .. Misz-ella lah yang paling muda.  Alahaiii ... muda-muda i pun i dah 41 tapi my frens tak la tua mana .. semuanya mid 40's sahaja.. but thats not important cos the most important is we are very happy together.

Mari kita Selfieeeeee ... jenuh menunggu Si Fiza meng on timer camera nya untuk photoshoot ni .. akhirnya ..  handphone Samsung Sarina jugak yang berjaya menselfiekan kami berlima. Bukan Camera 360 ye korang .. bestfren in ni sume memang cantik semulajadi.  Dari pukul 12 hingga 3 petang, hati tersangat berat mahu berpisah but i still have  money matters things to be done so harus pulanglah walau kalau boleh mahu sambung sembanglah.  At last, bukan dorang ber empat je, sempat jugak jumpa Kak Zue, Emie, Al, Mala dan Ms Hau.  Tempat jatuh lagi dikenang .. inikan pulak teman sama-sama duduk berdiri menangis ketawa selama 17 tahun lamanya.  Imagine ... i worked there since i got married, Aiman pun tak da lagi ... and i left when Aiman was 17. Lama kan i kerja kat situ? Semua terkejut. Semua tak sangka yang Misz-ella akan berhenti kerja dan Kak Ros akan follow sama. Tu la kan .. selalu suka berprasangka. Akhirnya ???

17 tahun .. Bayangkan persahabatan kitorang camana .. bayangkan betapa bahagia nya saya dikelilingi kesayangan-kesayangan ni semua .. menangis gembira kami .. dah lama tak ketawa kuat sampai keluar airmata camni.

I am so happy to have them in my life.  I am so blessed with my family, my surroundings and others in my life.  Walau tak kaya, tapi bahagia.  Walau tak ramai tapi tak kesepian. Alhamdulillah ... rahmat Tuhan datang dengan berbagai cara. Syukur.

Pulang kami dengan rasa yang amat gembira dengan akad .. Nanti kita jumpa lagi di Hi-Tea. Oke .. just wait for me to come back from my overseas trip.  Misz-ella akan terbang tinggi-tinggi selama hampir 10 hari. I'm hoping for Spring tapi khabarnya Spring delay in that place .. still winter .. temperature is around 11-3 darjah Celcius. Huhuhu .. sejuknyaaa kat sana. Balik nanti .. i have a lot to catch up.  Meanwhile .. nak wish Thank you to my English cotton buyers .. Sambutan hebat sangat menggalakkan .. 1000 pcs hampir dijual dalam 10 hari.  Kain cantik, harga pun ok .. customer i hepi, i pun puas hati.  OK sudah.  Sekian sebuah entry yang indah .. seindah perasaan Misz-ella semasa menaipnya.  Bye korang. Thank you baca.

2 comments:

PCL said...

all the best for yr biz KC ; tak sangka kita sebaya... :)

Unknown said...

kakchik dagu comey...heheh