Pages - Menu

Cinta Non Grata - kisah bagaimana Amelia Henderson kejar hidup mewah

Hello pembaca kesayangan,



TV3 telah mula membawakan kisah Cinta Non Grata melalui slot Drama Sangat pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam bermula dari 20 Mac 2019 yang lalu.

Cinta Non Grata arahan Feroz Kader mengisahkan tentang Darlina (Amelia Henderson) yang sentiasa mengejar populariti di media sosial. Meskipun sering menjadi perhatian lelaki dengan kecantikan yang dimilikinya, Darlina masih belum bertemu lelaki kaya untuk dipergunakan demi memiliki kemewahan hidup.

Berlainan pula dengan Hakim (Raja Afiq), seorang yang optimistik mahu mengubah nasib orang di sekelilingnya sehingga dapat memberi pengajaran dalam hidup mereka.


Hubungan cinta antara Hakim bersama Kartini (Adeline Tsen) yang dahulu telah memberi kesan pada diri Hakim sendiri. Dia tidak mahu mengalami nasib yang sama seperti adiknya, Haikal (Hafiz Bahari) yang kecewa akibat ditinggalkan Darlina. Hakim ingin mengenali Darlina dengan lebih dekat lagi dan membalas dendam atas tindakan Darlina terhadap adiknya itu.

Abdullah (Esma Daniel), bapa Hakim adalah pembantu peribadi kepada Datuk Marzuki (Edika Yusuf). Hakim akan mengambilalih tempat bapanya jika Abdullah tidak dapat bekerja. Datuk Marzuki mempunyai seorang isteri, Datin Jannah (Datin Maria Farida) dan seorang anak perempuan Zatul (Mona Allen). Mereka berdua terlalu sibuk dengan hal sendiri dan tidak pernah memberi perhatian kepada Datuk Marzuki, malah tidak pernah ambil tahu apa yang dilakukan oleh Datuk Marzuki. Yang penting pada mereka berdua hanyalah kemewahan yang diberikan oleh Datuk Marzuki asal mereka dapat duit untuk berbelanja dan hidup mewah.


Datuk Marzuki, adalah seorang yang berkarisma serta memiliki wajah yang tampan dan berkedudukan. Datuk Marzuki yang kesepian, sentiasa mahu mencari gadis yang lebih muda darinya. Apabila bertemu Darlina, Datuk Marzuki tertarik dengan kejelitaan Darlina dan mahu Darlina menjadi isterinya. Darlina menerima tawaran untuk menjadi isteri ke dua Datuk Marzuki dan menyangkakan bahawa hidupnya akan senang lenang namun Datuk Marzuki telah menetapkan syarat iaitu dia hanya akan memiliki harta Datuk Marzuki jika dia tidak meminta cerai dalam masa setahun.


Darlina mulai rimas dengan hidupnya yang sentiasa dipantau oleh Datuk Marzuki. Hakim yang diupah oleh Datuk Marzuki sebagai jurugambar yang mengawasi Darlina menjadi tempat luahan Darlina. Hakim mula mengenali sisi Darlina yang berlainan dengan sangkaannya. Hakim mula goyah dan mempersoalkan hatinya kerana dia cemburu melihat Datuk Marzuki bermesra dengan Darlina.


Adakah Darlina akan terus mengejar impiannya untuk mendapatkan harta Datuk Marzuki walaupun hidupnya bagai dalam sangkar emas? Dan adakah Hakim mula mencintai Darlina?

Menarik, kan jalan cerita Cinta Non Grata ini. Jangan ketinggalan untuk menonton Cinta Non Grata terbitan Orangetree Production pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 9.00 malam dan juga menerusi portal video www.tonton.com.my.  Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram tv3 iaitu @tv3malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Naik beca ke Chinatown, Turtle Alley, Restoran Singgang Budu di Kuala Terengganu

Hello pembaca kesayangan,

Misz-ella baru pulang dari negeri Terengganu mengikuti trip Ekspressi Media 2019 anjuran Tourism Malaysia bersama kawan-kawan.

Terengganu sebenarnya adalah antara negeri yang paling Misz-ella suka sebab arwah Tok Ayah berasal dari Besut, Terengganu dan sampai sekarang rumah Pok Su Yib dan Mama Su masih di sana. Terengganu antara negeri yang paling kaya dengan khazanah alam. Ada sungai, ada hutan, ada air terjun, ada jaluran pantai sepanjang 225km, ada pulau-pulau cantik dan masih terpelihara seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Kapas dan di Terengganu juga ada Tasik Kenyir, tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara tapi kali ni Misz-ella nak kongsikan kisah kami di bandar Kuala Terengganu.



Dari hotel Paya Bunga tempat kami menginap, kami jelajah bandar Kuala Terengganu dengan menaiki beca. Beca, kenderaan beroda tiga yang berasal dari lanca ini dikatakan mula popular di Malaysia selepas tahun 1920an. Pada zaman serba moden ini di mana ada pelbagai kenderaan awam, beca semakin kurang digunakan melainkan di tempat-tempat yang mempunyai tarikan pelancong.

Seronok sebenarnya bersiar-siar menaiki beca kerana kita bisa melihat keadaan sesuatu tempat itu dari perspektif yang berbeza. Perjalanan mengelilingi bandar Kuala Terengganu melalui tempat-tempat tarikan popular seperti Pasar Payang, Masjid Abidin atau juga dikenali sebagai Masjid Putih dan bermacam lagi. Sambil naik beca, sambil dengar cerita pakcik tentang perkhidmatan sewa beca disini .. sangat berpatutan harganya. Kalau you all berada di Kuala Terengganu, jangan lupa naik beca, k .. seronok!


Beca berhentikan kami di Kampung Cina yang lokasinya terletak betul-betul di tengah bandar Kuala Terengganu. Wow ... Baru kali ini Misz-ella tau yang terdapat Chinatown di sini. Kampung Cina di sini merupakan antara penempatan orang cina terawal di Tanah Melayu. Pada abad ke 15, Kampung Cina ini adalah perkampungan buat pedagang-pedagang dari Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu. Dulu mereka panggil Terengganu ni 'Teng Ya Nu' .. 


Dsini terdapat deretan bangunan-bangunan lama yang dibina dari zaman sebelum merdeka. Ramai tak tau *termasuklah Misz-ella* yang pelabuhan Terengganu satu ketika dahulu adalah sebuah pelabuhan perdagangan antarabangsa yang hebat dan penting*sebelum kemunculan pelabuhan Melaka* 

Walaupun berada di Chinatown, ada juga restoran atau kedai-kedai makan yang menjual makanan masyarakat Terengganu seperti di Kedai Payang Cafe ini. Komuniti Cina di Terengganu agak unik kerana mereka lebih selesa bertutur dalam dialek tempatan. Ye pembaca kesayangan .. komuniti Cina di sini dah biasa bertutur dalam loghat Terengganu, bukan bahasa Melayu KL tau, malah ada sesetengah kelompok yang langsung tak faham dan tidak boleh berbahasa Cina. Dikatakan pelayar terkenal Munshi Abdullah pernah mencatatkan yang pedagang-pedagang dari negara China telah mula bertutur dalam dialek Terengganu pada abad ke 19 lagi.


Ada banyak lorong-lorong kenangan yang mencatatkan sejarah awal pendudukan masyarakat Cina di sini.



Dan ada banyak bangunan bersenibina Cina yang sangat insta-worthy. Seronok datang sini .. sambil menyelami gaya hidup masyarakat Cina di sini, sambil posing-posing 

Di Chinatown juga ada Turtle Alley, mari kita check it out ..

Walaupun lorongnya kecil tetapi padat dengan informasi-informasi tentang penyu yang sangat sinonim dengan Terengganu. Dulu-dulu, Misz-ella selalu pergi ke Terengganu kerana nak tengok penyu bertelur tapi sekarang tak pergi lagi dah .. *tak sampai hati*

Ada 4 spesis penyu yang mendarat di Terengganu iaitu Penyu Karah, penyu agar, penyu belimbing dan penyu lipas. Penyu suka mendarat dan bertelur di Terengganu kerana kedudukan pinggir pantai yang baik dan adanya lerengan curam dan mendalam yang sesuai bagi pendaratan sang penyu. Walaubagaimanapun, semakin kurang penyu mendarat di Terengganu kerana dikatakan 'merajuk' dan tak mahu mendarat di Terengganu lagi.


Penyu sebenarnya adalah haiwan yang sangat peka dan sensitif. Lepas bertelur, ibu penyu akan meninggalkan telur-telurnya dengan doa dan harapan semoga kau selamat, anakku *echewah .. menghayati la sangat, kan*. Apa yang menarik, anak penyu dikatakan akan pulang ke pantai yang sama kira-kira 20-30 tahun akan datang selepas menetas tapi hanya penyu betina sahaja yang pulang ke tempat asal itu ye .. penyu jantan merayau entah ke mana ..

Di lorong penyu ini diselitkan juga pesanan-pesanan buat kita semua - pelihara dan puliharalah khazanah alam kerana ianya adalah anugerah Allah SWT kepada kita semua.

OK dah habis melihat apa yang ada di Chinatown ini, kami pun menaiki beca untuk makan tengahari. 

Restoran Singgang Budu di Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu tempat kami makan tengahari. Sedap ke tidak singgang di sini? Jom kita check it out ..

Teruja bila nampak lauk Singgang dan budu maka marilah kita berfotoan bersama kedua-duanya buat kenangan hari tua. Misz-ella memang peminat lauk Singgang dan budu tetapi sangat jarang berpeluang untuk makan dua makanan berkhasiat ini di rumah sendiri. Kalau makan pun sorang-sorang je tak da geng, tak syok la kan. Sesekali balik rumah mama dan kalau dia masak singgang .... hummmm .. yummy!




Buat yang tak makan singgang atau tak suka budu, jangan bimbang kerana banyak pilihan makanan lain di Restoran ini.


Nak tau apa komen Misz-ella pasal singgang di sini? Sedap tapi bila ditambah dengan budu, berganda-ganda kesedapannya.


So pembaca-pembaca kesayangan, Misz-ella dah habis berkongsi cerita tentang pengalaman sehari di Kuala Terengganu bersama rakan-rakan. Banyak lagi nak cerita dengan you all semua ni. Jangan lupa datang ziarah blog Dari Jari-Jari Halusku ini lagi, k. OK Bye. Terima Kasih baca.

Citarasa Warisan Buffet Ramadan @ PWTC

Hello pembaca kesayangan,


Kalau nampak gambar ketupat, lemang itu tandanya Raya dah dekat, kan

Tapi cik Kurma kata, Haipppp .. kena lah puasa dulu, baru boleh berhari raya.



Bermula dari 8hb Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019, Restoran Riverside @ PWTC akan membawakan Buffet Ramadan Citarasa Warisan. Lebih dari 250 jenis juadah disediakan menanti tetamu untuk berbuka puasa di sini. Antaranya adalah Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang dan Daun Salam, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak dengan Timun Tua, Ayam Brastagi, Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Terlunjuk, Siput Seduk Masak Lemak Kuning, Pegaga dan Daun Kaduk serta Daging dan Paru Kari Kawah.

Kari Kepala Ikan pun ada

 Sup tulang pun ada juga

Enak dimakan bersama roti ni .. *hummm .. yummy*

Di 'Carving Station' disediakan kambing panggang, dinikmati bersama sos lada hitam dan sos cendawan *gambar dari blogger Nehyra .. Tq Nehyra*

Dan ada Sate kegemaran rakyat Malaysia juga ..




Selain dari itu, ada kaunter khas yang menyediakan 13 jenis ulam-ulaman, 6 jenis keropok, 7 jenis ikan masin, 14 jenis sambal dan dressing, 13 jenis kerabu dan hidangan panas seperti kambing goreng berempah, fried crab salted egg and otas dan pelbagai lagi.





Manakala kaunter buffet pemanis mulut pula menyediakan 8 jenis kuih muih Melayu, 5 jenis kek, 4 jenis pie, aneka jelly, mousse & puding, bubur manis, aneka biskut Melayu dan bermacam lagi.

Buka puasa di Restoran Riverside @ PWTC hanya berharga RM88.00 seorang (Dewasa), RM45.00  seorang (Kanak-Kanak dari 7-12 tahun) dan RM75.00 seorang (Warga Tua berumur 60 tahun ke atas).

Untuk lebih menjimatkan poket anda, beli voucher 'Early Bird' sebelum 5hb Mei 2019 dan dapatkan harga Buffet Ramadan istimewa iaitu RM75.00 sahaja. Voucher ini sah digunakan sehingga 3hb Jun 2019. 

Kemudahan lain seperti surau untuk solat Maghrib, Isyak dan Tarawrikh secara berjemaah bersama Imam turut disediakan di Aras 3, PWTC.

Selain dari itu, pihak PWTC turut menyediakan Pakej Berbuka Puasa persendirian dan korporat dengan harga bermula dari RM98.00 seorang (tempahan minima 100 orang). Antara yang menarik di dalam pakej ini adalah dewan khas untuk berbuka puasa disediakan, hidangan buffet, sistem audio, ruang solat khas serta kadar parkir tetap bernilai hanya RM5.00 bermula dari jam 6 petang.

Untuk tempahan berbuka puasa di Riverside @ PWTC, sila telefon 03-2614 6701 atau 03-2614 6702. Tempah hari ini dan beli voucher sebelum 5hb Mei 2019 untuk lebih jimat. 

OK pembaca kesayangan, Misz-ella dah habis berkongsi tentang kemeriahan berbuka puasa di Riverside @ PWTC. Terima Kasih baca. Jumpa lagi di lain entry ye. Bye.














Imperial Chakri Palace Ramadan Buffet 2019

Hello lovely readers,

We are just 41 days away before the arrival of Ramadan 2019. With this means, I will be feeding you with useful information about where to buka puasa or break fast this coming Ramadan.



Chakri Palace, the best Thai food restaurant in Kuala Lumpur is delighted to once again hold a buffet of Thai cuisines and local favourite dishes especially for Tantalizing Tastes of Thailand buffet promotion.



Tantalizing Tastes of Thailand Ramadan buffet will be held at Dorsett Hotel Hartamas, Imperial Chakri Palace KLCC and Chakri Palace Pavillion, Kuala Lumpur.





Engage your senses and be amazed with foods presented by the dedicated team of Thai Chefs ever-scrumptious spread of more than 50 modern and authentic Thai & local favorites dishes spread by the with selection of local ulam-ulam and Kerabu, such Thai Mango Salad, Thai Papaya salad, famous thai appetizer with seven ingredients “Mieng Kam”, Samosa, Crispy Thai Spring Rolls, Thai Crispy Fried Noodles and many more.









For the main course, guests may indulge in our Thai cuisine selections such as lamb in Thai green curry, prawn with butter sauce topped with salted egg, stir fried squid with salted egg, Tomyam seafood, and beef with black pepper sauce and fish with sweet & spicy .





To honour this special time of year, Imperial Chakri are introducing a variety of Malaysian favorites, including Rendang Daging Tok, Masak Lemak Gulai Daging, Ayam Kapitan and Nasi Beriani.





Other than that, there are live action stalls for special chicken and Beef Satay, Ikan Bakar and Tom Yam Noodles, Thai Laksa that will definitely leave you craving for more.





Finally, indulge yourself with famous Thai desserts such as Red Ruby water chestnut, Thai mango sticky rice and also our local favorites such as kuih-muih melayu, bubur jagung & pisang and many other delicacies. There are varieties of desserts to satisfy your sweet tooth.

The Imperial Chakri Palace KLCC & Chakri Palace Pavilion “Tantalizing Tastes of Thailand” buffet dinner will be available daily from 9th May 2019. The buffet items are rotated from three different menus specially prepared for the month of Ramadhan and is open from 7.00 p.m. onwards.

Priced at RM128++ (Dorsett Hotel Hartamas) RM108.80++ (KLCC) & RM98.80++ (Pavilion) per person for adults.

 RM64++ (Dorsett Hotel Hartamas) RM54.40++ (KLCC) & RM49.40++ (Pavilion) per child between six and ten years old and also for senior citizen (>60 years old) whilst children under 6 dine for FREE.

 Get your tickets before 9th May to enjoy the 20% Off.


Early Bird Offer
It pays to plan and book early for great sumptuous savings!
(Minimum order 4 persons)
Download our Chakri App at http://bit.ly/20F3M34 on your phone to enjoy early bird purchase of 20% discount before 9th May 2019. 

Prices are RM102.40++ Per Adult (Dorsett Hotel Hartamas) 
RM87++ Per Adult (KLCC) 
RM79++ Per Adult (Pavilion) 
Early birds offer is applicable for a period from 11th March 2019 – 9th May 2019 only. 
Group Bookings BUY 5 FREE 1.

For those of you who want to Buka puasa with an amazing view, do not forget to visit Imperial Chakri Palace, Dorsett Hotel Hartamas

You will be amazed with the 360 degree view of Kuala Lumpur skyline. After buka puasa, boleh berfotoan dengan kesayangan.

For all enquiries and reservation, please call :-
03 26021031 (Dorsett Hotel Hartamas)
 03 23827788 (KLCC) 03 21431141(Pavilion) 
or 016 2277182 
 or visit us online at https://www.chakri.com.my/shop/