Pages - Menu

Jangan Kecil Hati

Hello lovely readers ..

I was away a few days ago .. melawat ke negeri Pulau Mutiara. Tanpa disedari dah berakhir percutian singkat 3 hari 2 malam di sana dan tanpa disedari, rupa-rupanya dah dua tahun berturut-turut Misz-ella bercuti ke Pulau Pinang dalam bulan yang sama which is August. August actually is a very special month because for the first time ever in my life, I gave birth to a baby boy and he is 23 years old already. 



Trip ke Penang kali ini sangat best! Banyak perkara baru yang dapat Misz-ella explore. Terima kasih kepada orang-orang di Pulau Mutiara yang sangat membantu dengan penuh kasih sayang dan prihatin.



OK kita letak tepi kisah trip dulu sebab I will prepare a special blog post about that. Misz-ella nak kongsi tentang kisah yang berlaku baru-baru ini. Kisah Kecil Hati.

Sebagai manusia, kita ni kadang-kadang terlalu sensitif pada diri sendiri, perasaan sendiri tanpa fikirkan orang lain. Kita beremosi dan terlalu ikut emosi .. rasional atau tidak sesuatu keputusan, kita letak tepi.

Alahai .. sedih, kan bila terjadi perkara seperti ini. Secara amnya, setiap manusia mempunyai akal, fikiran dan emosi. Yang membezakan adalah cara kita mengawalnya.

This reminded me during my younger days ... paling susah nak kawal emosi. Gaduh sikit dengan boyfriend (masa tu boyfriend la, kan) terbawak-bawak perasaan marah dan merajuk tu sampai seminggu. Bila fikirkan balik .. aduhai ..mana la akal kau masa tu? Emosi menjadi raja, mengawal diri kita .. agaknya keluar tanduk 'setan' kat kepala masa tu kot *hehehe*

As times goes by, I aged and get matured. Alhamdulillah bersyukur dapat jadi tua *i dah almost 50, ok*

Bila dah sampai ke umur ni, nampaklah perbezaan mengawal emosi sampai kadang kala, rasa macam tak normal .. tak da marah, tak da benci. Kecil hati masih ada lagi tapi bila rasa tu datang, seboleh2nya nak buang rasa tu cepat-cepat. Fikirkan yang lain .. yang baik tentang sesuatu perkara tu .. tiap perkara ada pro & con dia, kan. 





Sebenarnya, Misz-ella malas nak bebankan kepala dengan benda-benda macam tu - kecik hati, marah, benci .. it's all negatives, anyway. Why should we keep it in our heart and get burdened with all those feelings? At the end, it will only hurt us more, not others. I cepat-cepat buang perasaan tu jauh-jauh and move forward to another chapter of my life. Banyak lagi benda lain nak buat dari layan perasaan-perasaan macam tu, kan.

Life is short and full of colours *macam warna payung kat atas tu* I have too many things to do, to explore and I want to cherish every moment of my life. I decided to ignore the negativity and only welcome positivity. No hate. No drama. No bad words or fight. Kalau keadaan dah tak terkawal, just walk away with pride.











Mari kita jadi Cantik Persis Selebriti

Hello pembaca kesayangan,



Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang majlis pelancaran cawangan ke dua (2) salun CPS Skin Love di Persiaran Bangi, Seksyen 9, Bangi yang Misz-ella hadiri pada 17hb Ogos yang lalu.



Ellyn Jamyn


Pembukaan cawangan ke dua (2) salun CPS Skin Love telah dirasmikan oleh Ellyn Jamyn iaitu pengasas dan pemilik syarikat Airellyn Beauty Care yang mengeluarkan produk kecantikan berjenama CPS Skin Love.


Kalau you all nak tau, salun kecantikan CPS Skin Love yang pertama dibuka pada tahun 2010 di Shah Alam Selangor dan pembukaan cawangan ke dua merupakan salah satu dari usaha Ellyn untuk mengembangkan perniagaan beliau. Bangi diplilih kerana terdapat permintaan yang tinggi dari orang ramai berdasarkan daripada iklan FB Ads yang dijalankan. Rata-rata wanita mahukan CPS Skin Love dibuka di Bangi dan impian mereka direalisasikan oleh Ellyn dengan pembukaan salun ini.


Menurut Ellyn, CPS Skin Love adalah singkatan kepada Cantik Persis Selebriti kerana kebanyakan wanita sering terpikat dengan kecantikan selebriti dan menjadikan mereka sebagai idola, mahu cantik persis selebriti, kan. 

CPS Skin Love menawarkan kira-kira 56 jenis rawatan kecantikan bagi memenuhi kepelbagaian permintaan pelanggan. Pelbagai rawatan ada dan sesuai untuk semua peringkat umur baik untuk remaja hinggalah kepada mereka yang lebih dewasa. 

Meskipun harga perkhidmatan yang ditawarkan adalah mampu milik (bermula dari RM78), kualiti perkhidmatan di CPS SKin Love sangat dititikberatkan. Selain menggunakan produk semulajadi yang diimport, CPS SKin Love juga menggunakan mesin terkini yang berteknologi tinggi. Antara rawatan yang popular adalah Spa Coklat, Detox Spirulina, High-intensity Focused Ultrasound (HIFU) dan Sulam Bedak.




Ellyn turut berkongsi kisah suka duka bagaimana beliau memulakan perniagaan salun kecantikan. Ellyn berpengalaman dalam bidang kecantikan sejak dari umur 18 tahun lagi. Menariknya ialah wanita cantik ini mempunyai jatidiri yang sangat tinggi kerana kesungguhan dan minat beliau mengatasi segala-galanya. Bukan sedikit cabaran yang terpaksa beliau hadapi. 

Berikutan dari kekangan modal, Ellyn membuka spa secara kecil-kecilan dengan menyewa ruang kecil di sebuah rumah kedai yang terletak berhampiran dengan sebuah pusat pengajian tinggi di Shah Alam dan menjadikan pelajar wanita di pusat tersebut sebagai sasaran pelanggan beliau. Selain dari terpaksa 'menyusup' masuk ke asrama pelajar wanita untuk mempromosi produk yang ditawarkan, beliau turut turun padang mengedarkan risalah perniagaan di mana sahaja.

Usaha beliau berjaya dan mula mendapat pendapatan sekitar RM200 hingga RM300 sehari dan promosi tersebut diteruskan. Dengan pendapatan tersebut, Ellyn mengumpul modal bagi memasang papan tanda perniagaan dan membeli peralatan untuk melengkapkan lagi salun beliau. Semangat juang yang tinggi untuk terus berjaya dalam bidang yang dicintainya memaksa beliau menjual kereta Perodua Kelisa miliknya bagi menjana modal yang lebih besar.

Hampir dua tahun saya terpaksa meminta bantuan rakan untuk ke sini sana sehinggalah saya berjaya mengumpul modal dan membeli kereta secara tunai ~ kata Ellyn.





Misz-ella tertarik dengan suasana di dalam salun CPS Skin Love yang sangat sweet, tenang dan mendamaikan. Ruang menunggu sangat luas dan selesa.

Bilik rawatan juga bersih dan selesa ~ Ada bilik untuk yang datang berpasangan.

Dan ada juga bilik perseorangan bagi pelanggan yang mahukan lebih privacy. Misz-ella berpeluang mencuba rawatan Sulam Bedak yang sedang semakin popular sekarang ini.


Sulam bedak adalah rawatan kecantikan dimana sejenis serum khas dimasukkan ke dalam kulit dan menjadikan kulit kita lebih glowing dan berseri tanpa cela, ibarat memakai bedak meskipun kita tidak memakai apa-apa.


Terima Kasih Ellyn. Berseri-seri Kak Ella balik petang tu. Tahniah diatas pembukaan salun CPS Skin Love yang ke dua dan Selamat Maju Jaya!

So buat you all yang berada di Bangi dan kawasan sekitarnya, jangan lupa ke salun CPS Skin Love. Jom kita jumpa Ellyn untuk jadi Cantik Persis Selebriti!

CPS Skin Love
No. 57-1 Jalan Medan Pusat 2D
Seksyen 9 Bandar Baru Bangi
Selangor
No. tel :- 011-51202090
Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi sehingga 8 malam.

Jangan lupa ikuti Instagram CPS di sini untuk update tentang promosi terkini dan layari laman wev www.cpsskinlove.com



Tree Planting in conjunction of ISI World Statistic Congress 2019


Hello lovely readers,

I recently had an opportunity to witness tree planting activity which was held at Forest Research Institute of Malaysia (FRIM), Kepong organised by Department of Statistics Malaysia (DOSM), Central Bank of Malaysia (BNM) and Institute of Statics Malaysia (ISM).
This tree planting activity is part of the Corporate Social Responsibility (CSR) awareness program in conjunction with 62nd ISI World Statistics Congress (ISI WSC) which was hosted in Kuala Lumpur from 18th - 23rd August 2019.

The ISI WSC 2019 is a congress which gathered the statistical community from all over the world to discuss the development, challenges, and innovation in areas related to statistical sciences. This prestigious congress positioned Malaysia at the centre of attention and will propel Malaysia's role in enhancing the development of statistical sciences.



Officiated by YBhg Dato' Sri Mohd Uzir Mahidin, Chief Statistician Malaysia and Chairman of National Organising Committee 62nd ISI World Congress 2019 on 17 August 2019, a total of 40 saplings made up of native Malaysian jungle flora species were planted by the congress participants with the objective of to curb environmental damages as well as to support the Green Malaysia campaign by off-setting part of the carbon footprint caused by rapid development.



This is in line with the 5 P's Sustainable Development Goals (SDGs) to achieve a better and more sustainable future for all. It addresses the global challenges related to prosperity, partnership, peace, planet and people.

Congratulations to the participants and organisers for the noble effort. "See Green, See Life"


Menjamu selera bagaikan di dalam istana di Faroz Cafe

Hello pembaca kesayangan,

Kali ni Misz-ella nak bawak you all jalan-jalan cari makan di Faroz Cafe yang terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. 


Dari luar, cafe tiga tingkat ini kelihatan sangat cantik dan menarik perhatian ramai.

Sebaik kaki melangkah masuk ke dalam Faroz Cafe, Misz-ella rasa kagum dengan suasana hiasan dalaman cafe ini - terasa bagai berada di dunia yang berbeza. Hummm .. bagai berada di dalam istana. Tingkat bawah cafe ini boleh memuatkan 50 orang tetamu dalam satu masa.

Di satu sudut, ada princess seat buat mereka yang mahu menjamu selera dengan lebih selesa. Ini adalah tempat kegemaran Misz-ella kerana kecantikan warnanya (i memang peminat purple) dan keunikkan kerusinya .. Wow sangat!!


Di tengah-tengah cafe ada tangga cantik yang bakal membawa pengunjung ke tingkat atas ..


Sebaik sampai ke tingkat 2 cafe ini, keterujaan Misz-ella menjadi berganda. Setiap sudut cafe ini dihias dengan sangat terperinci .. dari lantai hingga ke siling dan perabot, semuanya dihias dengan teliti berkonsepkan dekorasi klasik Eropah. Kemudahan surat turut disediakan di tingkat 3.

Pemilik Cafe, Puan Sri Faridah Idris


Seronok berbual dengan pemilik Faroz Cafe, Puan Sri Faridah Idris yang sangat peramah. Menurut Puan Sri Faridah, beliau mendapat ilham dekorasi cafe ini hasil dari kunjungan beliau ke negara-negara Eropah. Beliau jatuh cinta dengan senibina Eropah yang penuh kesenian dan ketelitian lalu menterjemahkannya di Faroz Cafe agar dapat dikongsi bersama pengunjung yang datang.

Puan Sri Faridah turut berkongsi tentang antara impian beliau ketika membuka cafe ini adalah untuk mengangkat martabat hidangan Melayu agar ianya boleh didapati di dalam suasana yang mewah, lebih selesa tapi pada harga yang sangat berpatutan agar ianya boleh dinikmati bersama.

Faroz Cafe juga sesuai untuk dijadikan lokasi bagi sebarang majlis keraian seperti sambutan harijadi atau ulangtahun perkahwinan, press conference, pelancaran produk dan sebagainya.

Nak tengok tak antara hidangan yang Misz-ella dah cuba di Faroz Cafe? Jom kita ramai-ramai check it out ..


Nasi Goreng Pedas - RM18
Nasi goreng ala Melayu yang digoreng bersama cili api dan kicap, dihidang bersama ayam goreng, telur goreng dan keropok serta salad. Rasanya pedas dan sedikit manis, betul-betul rasa seperti homemade. Sedap!


Laksa Johor - RM18
Sebenarnya Misz-ella bukanlah peminat Laksa Johor tetapi yang Laksa Johor di Faroz Cafe ini memang sedap. Cukup rasa lemak, sedikit pedas (bila digaul sambal belacan) dan sayur-sayurannya pun segar.

Spagetthi Goreng - RM18
Spagetthi goreng ala 'mamak' bersama seafood .. tengok gambar pun dah boleh boleh agak kesedapannya .. percayalah yang saya makan sampai licin pinggan.

Aglio Olio -RM28
Misz-ella panggil ini Aglio Olio versi Melayu kerana rasanya sedikit pedas. Jangan risau kalau you all bukan pemakan makanan pedas macam Misz-ella kerana kepedasannya adalah ditahap masih boleh diterima .. dihidang bersama seafood segar .. sedap!!

Nasi Kerabu  - RM27
Misz-ella memang peminat Nasi Kerabu. Bila disyorkan agar mencuba Nasi Kerabu Faroz Cafe yang merupakan antara top selling food di sini, Misz-ella terus setuju. Nasi Kerabu dihidang bersama ikan goreng celup tepung, daging bakar, telur masin, serunding kelapa bercampur ikan, ulam-ulaman segar digaul dengan sambal cili dan budu .. sedap tak terkata! No wonder la top selling, kan.


Sup Tulang Merah bersama Mantou - RM38
Misz-ella bukan peminat Sup Tulang Merah tetapi yang ini memang boleh layanlah .. kena dengan selera Melayu saya.



Braised Lamb Shank - RM48
Braised Lamb Shank di sini sangat lembut (walaupun masa makan tu, dah sejuk) tetapi masih tetap lembut. Dihidang dengan kentang putar, jagung dan sayur brocolli dan tomato .. serius sedap! I wont hesitate to repeat this dish!

Nachos - RM18
Nachos sentiasa menjadi pilihan Misz-ella dan keluarga. Istimewanya Nachos di Faroz Cafe adalah kerana segala-galanya adalah dibuat sendiri of Chef di sini. Nachos dibuat dari corn tortila yang dibakar rangup lalu dimakan bersama beef bolognese, mashed avocado, salsa berserta dengan mozarella dan orange cheddar. Sedap tak terkata you alls ..


Tahu Garing - RM10
Buat mereka yang inginkan makanan ringan ataupun snack, berbagai hidangan ada di Faroz Cafe. Antaranya adalah Tahu garing berinti isi ikan yang digoreng rangup dan dinikmati bersama sos cili Thai.


Cekodok Pisang - RM12
Siapalah Melayu tanpa cekodok ataupun cucur, betul tak? Cekodok atau cucur pisang adalah antara makanan ringan paling popular di kalangan masyarakat Melayu tetapi malangnya paling susah didapati di restoran-restoran mewah. Jangan risau you alls .. kalau teringin nak makan Cekodok pisang panas-panas segar dari kuali, ianya ada di Faroz Cafe



Sizzling Brownies with Ice cream - RM20
Buat peminat pemanis mulut, boleh la cuba Sizzling Brownies with Ice cream ni. Brownies moist secukup rasa dimakan bersama aiskrim vanila. You all kena cuba baru tau kesedapannya.



Coffee Art - RM12
Di Faroz Cafe, juga terdapat pelbagai jenis kopi untuk dinikmati oleh peminat-peminat kopi. Paling menarik adalah peminat kopi berpeluang untuk menikmati secawan kopi panas dengan menggunakan wajah sendiri untuk dijadikan Coffee Art pada harga RM12 sahaja. Menarik, kan.


Faroz Cafe dibuka setiap hari (kecuali Ahad dan Cuti umum) dari jam 10:30 pagi hingga 10 malam dengan berbagai jenis pilihan menu baik masakan tempatan mahupun masakan Barat disediakan untuk pengunjung ke sini.


Terima Kasih kepada Puan Sri Faridah kerana menjemput kami ke Faroz Cafe. Makanan di sini memang sedap, suasana sangat mendamaikan, bersih dan selesa malah harga juga sangat berpatutan.


So you all, Misz-ella dah habis kongsikan tentang keistimewaan menjamu selera di Faroz Cafe. Buat sesiapa yang ingin merasai sendiri pengalaman menikmati masakan Melayu dalam suasana yang berbeza silalah ke Faroz Cafe yang terletak di :-

39 Jalan Tun Mohd Fuad 3, 
Taman Tun Dr. Ismail, 
Kuala Lumpur. 
No. tel :- 019-7797608 dan 03-77279068

Jangan lupa ikuti Instagram Faroz Cafe untuk promosi-promosi terkini ye.





































Nisabakri cipta kejayaan sekali lagi

Hello pembaca kesayangan,

Kali ni Misz-ella nak kongsikan kisah kejayaan seorang wanita hebat yang juga merupakan teman baik Misz-ella sendiri.



Beliau ialah Puan Sri Shariffa Nisa atau lebih dikenali sebagai Puan Sri Nisa Bakri, nama yang tidak asing lagi di blog Dari Jari-Jari Halusku ini.




Bertempat di Faroz Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini, Puan Sri Nisa Bakri telah mengadakan pertemuan dengan para media dan bloggers serta sahabat rapat untuk berkongsi kisah kejayaan beliau memenangi Anugerah Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award 2019 anjuran Awen (ASEAN Women Entrepreneur Network). Anugerah ini adalah anugerah berprestij yang memberi pengiktirafan kepada wanita-wanita dari setiap Negara ASEAN yang telah mencipta kejayaan luarbiasa dalam bidang perniagaan samada dari industri perniagaan kecil, sederhana, industri perniagaan besar mahupun perniagaan mikro.


Perjalanan Puan Sri Nisa untuk mendapat anugerah ini bukanlah mudah kerana saingan yang agak sengit. 40 pencalonan diterima dari kalangan ahli perniagaan wanita Malaysia dan hanya sembilan (9) orang pemenang dipilih untuk menerima anugerah tersebut pada malam anugerah yang diadakan pada 21hb Jun 2019 di Hotel JW Marriot, Bangkok, Thailand yang lalu.

Sebenarnya Misz-ella dah banyak berkongsi dengan pembaca semua tentang kesungguhan Puan Sri Nisa Bakri dalam melakukan perkara yang disukainya iaitu memasak - bermula dari suka-suka, akhirnya menjadi kerjaya.

Beliau menulis buku I am Not A Chef sebuah buku masakan yang sangat unik berkonsepkan gaya hidup – Romance, Food and Love yang dilancarkan pada bulan November 2015.

Beliau juga adalah pemilik Serasi Catering dan mempunyai perencah masakan jenama beliau sendiri iaitu nisabakriPada tahun 2015, Puan Sri Nisa Bakri memulakan program ‘Wakaf Ramadan Food Mission’ dimana beliau menyediakan perkhidmatan membekal makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Program ini membolehkan orang ramai mendekati golongan yang kurang bernasib baik melalui masakan Puan Sri Nisa Bakri sendiri. Program ini masih berlangsung sehingga ke hari ini.

Melalui perencah masakan nisabakri, Puan Sri Nisa mendidik masyarakat, wanita khususnya agar sentiasa berada di dapur menyediakan masakan buat keluarga walaupun wanita hari ini sentiasa sibuk dengan jadual harian yang padat. Beliau menjadikan aktiviti memasak di dapur lebih mudah, cepat, berkualiti dan berkhasiat dengan menggunakan perencah masakan nisabakri.

Puan Sri Nisa sendiri mengamalkan gaya hidup sihat di dalam kehidupan beliau. Disebalik perwatakannya yang lemah lembut dan manja, dia belajar kick boxing, okay *you dont play-play tau .. hehehe* Dia juga akan bersenam pada waktu lapang dan sentiasa mengambil berat akan pemakanan harian beliau. Kesemua perencah masakan nisabakri tidak mengandungi MSG, bahan pengawet atau apa-apa bahan yang boleh membahayakan kesihatan dan melalui perencah masakan nisabakri, beliau mendidik orang ramai agar mengamalkan easy healthy cooking’



Sehingga ke hari ini, tujuh (7) jenis perencah masakan nisabakri boleh didapati di pasaran iaitu Pes Asam Pedas Tuanku, pes Mee Kari, pes Masala Ayam, pes Kari seafood, pes Rendang Ayam Betutu, pes gulai Sayuran dan pes Mee Kari Terangkat Leleh. Nak cuba tak? Sila  dapatkan di 18 cawangan Mydin Hypermarket seluruh Malaysia atau dengan cara hubungi nombor telefon 012-3147094. Tekan-tekan nombor tu, lepas tu perencah masakan nisabakri dah sampai depan rumah, dihantar oleh abang poslaju. Mudah, kan.



Pada tahun 2016, Puan Sri Nisa Bakri muncul di kaca tv tempatan dan antarabangsa untuk mempromosikan masakan tradisional Malaysia di kaca tv tempatan mahupun antarabangsa dengan beberapa siri rancangan masakan beliau dan memasuki pasaran Indonesia pada tahun 2017 dengan memperkenalkan Sambal Rasia dan Sambal Lemak Cili Api. Beliau turut muncul di dalam Metro TV Jakarta pada tahun 2018 dengan membawa nama nisabakri.

Puan Sri Nisa Bakri juga berpeluang menyediakan masakan tradisional Malaysia untuk 40 orang delegasi Malaysia di Spain pada tahun 2017 di sebuah Restoran Spanish di Jaen yang dimiliki oleh Chef Antonio, seorang Chef Michelin bertaraf 3 bintang.

Ingat lagi kisah nisabakri di Kota London yang pernah Misz-ella kongsikan di blog ini? Kalau you all dah lupa, sila tekan link ini ye.


Selepas pulang dari Kota London, Puan Sri Nisa Bakri sekali lagi mencipta sejarah apabila diberi pengiktirafan sebagai Top Outstanding Gourmet Ambassador di World Gourmet Award 2018 dan baru-baru ini telah dilantik sebagai Culinary Advisor oleh World Gourmet Award Association 2019.


Sebenarnya, apa yang buat Misz-ella merasa terinspirasi dengan Puan Sri Nisa  ini adalah kesungguhan beliau dalam melaksanakan perkara yang beliau sukai. Dia suka masak, dia buat sungguh-sungguh. Dia akan cipta satu resepi  baru dan akan olah resepi tu berulangkali sampai dia jumpa formula yang digemari oleh orang ramai. Kalau you all nak tau, Mee kari Puan Sri Nisa Bakri lain dari yang lain tau, Kari Kepala Ikan beliau pun lain, tak sama dengan yang dihidang di restoran kari kepala ikan yang lain. Puan Sri Nisa Bakri juga sangat kreatif dalam penyediaan makanan bila dia mencipta Kerabu Kacang Botol dengan buah delima dicampur buah oren dan bunga kantan .. best .. best .. sangat best! Macam-macam lagi idea Puan Sri Nisa Bakri ni .. dia selalu bersemangat bila bercerita tentang bab penyediaan makanan. 



Puan Sri Nisa membuktikan bahawa kita hanya perlu jadi diri sendiri dan pergi jauh dengan cara tersendiri asalkan ada kemahuan dan kesungguhan. Bermula dari sekadar hobi suka memasak untuk jamu sahabat handai, beliau telah membawa jenama nisabakri hingga ke persada antarabangsa.  Segala penat lelah, usaha gigih tanpa kenal jemu dan komitmen yang beliau berikan melayakkan beliau diberi pengiktirafan sebagai salah seorang dari penerima Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award 2019 di Bangkok baru-baru ini.



Akhirkata, Misz-ella akhiri blog post khas untuk sahabat baik Misz-ella ini dengan sekeping gambar kenangan kami beramai-ramai meraikan kejayaan Puan Sri Nisa kesayangan kami ini. Tahniah sekali lagi dan semoga terus bersinar membawa nama Malaysia lebih jauh lagi. In sha Allah. Amin. 


#KamiCaring Run 2019 di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur, 17 November ini

Hello pembaca kesayangan,



Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang #KamiCaring Run 2019 anjuran Caring Pharmacy yang akan diadakan di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur pada 17 November 2019 ini.

Dah lama Misz-ella tak cerita pasal 'run .. run and run' ni kan. Dah lama jugak Misz-ella menyepi dari menyeru you all semua agar sentiasalah mengamalkan gaya hidup sihat, kan.




Sebagai salah satu cara untuk menyeru orang ramai agar mengamalkan kehidupan yang lebih sihat, Caring Pharmacy baru-baru ini telah melancarkan #KamiCaring Run 2019 yang akan diadakan di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada 17 November 2019 nanti. #KamiCaring Run 2019 dengan slogan "Hidup Sihat, Hidup Gembira" ini menawarkan dua (2) kategori larian yang boleh kita sertai iaitu 5KM Fun Run dan 12KM Competitive Run.

5KM Fun Run 
Dibuka kepada dewasa (13 tahun ke atas) dan kanak-kanak berumur antara tiga (3) hingga 12 tahun.
Bayaran penyertaaan :-
RM50/seorang (Dewasa)
RM30/seorang (Kanak-kanak)

12KM Competitive Run
Dibuka untuk dewasa sahaja (13 tahun ke atas). Peserta di bawah 13 tahun diwajibkan untuk mendapat kebenaran dari ibu, bapa dan penjaga terlebih dahulu
Bayaran penyertaan adalah RM60/seorang

Hadiah akan diberikan kepada pemenang kategori 12KM Competitive Run ini iaitu :-
Tempat pertama :- Wang tunai RM600 berserta piala
Tempat kedua :- Wang tunai RM400 berserta piala
Tempat ketiga :- Wang tunai RM200 berserta piala
Hadiah saguhati : Baucar tunai RM100 berserta piala (kepada pemenang tempat ke empat hingga ke sepuluh)

Acara Cabutan Bertuah turut disediakan bagi memeriahkan lagi acara #KamiCaring Run 2019 ini. Setiap peserta akan mendapat T-shirt larian, pingat penamat dan beg cenderahati.




#KamiCaring Run 2019 mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila mendapat penyertaaan dari penaja-penaja seperti Abott, Vita-Health and Herbs of Gold, Hello March, Fisol, SalonPas, Flexijoint, L'Oreal, Sunsense, Betadine, Cap Kelapa Laut Afrika, Kao, FitNesse, Milo, Oreo dan Atria Shopping Gallery.

Disamping itu, pihak Milo dan FitNesse akan mengedarkan minuman percuma kepada peserta dan orang ramai yang hadir pada hari tersebut manakala Grab pula menjadi rakan kongsi pengangkutan rasmi #KamiCaring Run 2019 ini dengan menawarkan diskaun sebanyak RM5.00 kepada mereka yang pergi dan balik ke lokasi acara dengan menggunakan perkhidmatan Grab. Terhad kepada 400 orang pengguna yang terawal sahaja.

So buat pembaca sekalian yang berminat untuk menyertai #KamiCaring Run 2019 ini, pendaftaran telahpun dibuka sekarang dimana anda boleh berdaftar di http://bit.ly/KamiCaringRun2019. Sila daftar cepat-cepat kerana buat masa ini, tawaran Early Bird special sedang berlangsung dimana diskaun sebanyak RM5.00  akan diberikan. Pendaftaran akan ditutup pada 9 Oktober 2019.

Sebarang pertanyaan untuk #KamiCaring Run 2019 ini, bolehlah disalurkan kepada  :-

Email ke register@score.my
Telefon nombor berikut iaitu 03 - 7726 4277