Pages - Menu

Salmon Grill with Butter & Garlic

Hello pembaca kesayangan,




Baru-baru ini, Misz-ella cuba resepi Salmon Grill with Butter & Garlic yang dijumpai di internet dan ternyata .. sedap sangat rasa dia. Paling penting, senang sangat cara-cara membuatnya *saya tak suka berlamaan dan yang susah-susah*

Mula-mula cairkan butter. Bila butter dah cair, masukkan bawang putih yang telah dicincang halus berserta rempah ratus seperti daun thyme *wangi sangat bau dia masa ni*. Sejukkan. Lumur salmon dengan sedikit garam dan sedikit bay leaves dan peraplah selama 5-10 minit bersama campuran butter yang telah sejuk tadi. Lepas tu bakarlah salmon tu pada api sederhana *saya guna kuali leper* Bila dah siap, hidanglah bersama salad atau apa-sapa sahaja sayuran yang anda suka. Nak tau rasa dia? Sedap! Serius sangat sedap.

Ok Misz-ella dah habis berkongsi resepi you all jangan lupa cuba, ok. Terima Kasih baca. Bye.

Buang bulu-bulu yang tak diingini secara kekal di Hairy Mary

Hello pembaca kesayangan,

Antara masalah yang sesetengah kita hadapi adalah lebihan bulu-bulu halus di anggota badan yang ada kalanya boleh menimbulkan rasa tidak selesa ataupun memalukan .. nak pulak untuk kaum perempuan. Kalaulah lebihan bulu itu tumbuh di atas bibir .. aduhai .. *terus rasa malu dan rendah diri*


Baru-baru ini Misz-ella telah diundang ke majlis perasmian cawangan ke tiga Hairy Mary, iaitu pusat menanggal/membuang bulu-bulu yang menggunakan teknologi laser terkini dari Korea.



Menariknya, cawangan Hairy Mary ke tiga yang lokasinya di A4-1-6 Solaris Dutamas, Publika ini dimiliki bersama oleh pelakon Ardell Aryana bersama sepupunya Dr. Por Yang Sheng yang juga merupakan seorang pakar Aesthetic.





Hairy Mary menggunakan teknologi yang dipanggil Thor Light Hair Removal yang berasal dari Korea dimana proses menanggalkan bulu-bulu halus dijalankan secara laser. Ianya lebih mudah, cepat, jimat dan lebih effektif.



Dengan adanya teknologi Thor Light Hair Removal yang moden dan canggih ini, kita tak perlu lagi membuang bulu-bulu dengan menggunakan cara lama iaitu bercukur.

Menurut Ardell, beliau telah sendiri telah terlebih dahulu mencuba teknologi tersebut dan berpuashati dengan hasilnya.




Saya telah merujuk kepada Ustaz dan mereka yang lebih arif dalam bidang agama sebelum membuat keputusan untuk membuang bulu-bulu tersebut. Islam itu sendiri mementingkan kebersihan. Tidak salah jika kita membuang bulu jika ia memudaratkan atau mendatangkan masalah-masalah lain. Contohnya, jika ada lebihan bulu di muka dan dahi kita, ia sedikit sebanyak menyukarkan untuk kita sujud dengan betul ketika bersolat .. kata Ardell lagi.


Sementara itu, menurut Dr. Por, teknologi canggih yang digunakan di Hairy Mary membuatkan proses menanggalkan bulu tidak sakit, lebih cepat, lebih efektif serta bersifat kekal. Premis perniagaan Hairy Mary memberi keutamaan kepada pelanggan wanita tetapi pelanggan lelaki juga boleh mendapatkan perkhidmatan merapi atau menanggalkan bulu di bahagian tertentu seperti muka atau jambang.



Misz-ella sempat menjenguk bilik-bilik rawatan yang disediakan buat pelanggan-pelanggan di sini. Biliknya kemas, selesa dan paling penting, sangat 'privacy'.



Hairy Mary dibuka setiap hari dari jam 10pagi hingga 7 malam. Buat pelanggan-pelanggan yang berhasrat untuk mencuba teknologi menanggal/membuang bulu yang moden dan canggih ini, sila lah telefon 0170452 3288 dan buat temujanji terlebih awal dahulu. Untuk maklumat lanjut, you all boleh layari www.hairymary.com.my. atau ikuti Instagram Hairy Mary di sini




Ma'ahad Tahfiz Ismail Kindergarden (MTIK) di Sungai Penchala, Kuala Lumpur

Hello pembaca kesayangan ..



Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang Ma'ahad Tahfiz Ismail Kindergarden (MTIK), sebuah Tadika islam yang terletak di Sg. Penchala, Kuala Lumpur.




Misz-ella ke MTIK kerana dijemput oleh Pengarah Urusan Tadika tersebut, Puan Nur Natasha Binti Tan Sri Rozali Ismail untuk menghadiri Majlis Graduasi anak-anak sekolah tersebut. Terima Kasih Natasha, dapat saya tambah ilmu hari ini dan boleh saya kongsi dengan pembaca semua.





MTIK diasaskan oleh Y Bhg Tan Sri Rozali Ismail yang terlebih dahulu telah membuka Ma'ahad Tahfiz Ismail buat anak-anak di peringkat menengah yang terletak di Puncak Alam, Selangor. 

MTIK terletak di Lot 2746, Jalan Sri Penchala 2, Off Jalan Damansara, Sungai Penchala, Kuala Lumpur, sebuah kawasan pinggir bandar yang bersempadan dengan kejiranan elit seperti Taman Tun Dr. Ismail, Bandar Utama, Damansara dan pelbagai lagi.

Lokasi Sungai Penchala adalah sangat strategik dan boleh dihubungi melalui pelbagai lebuhraya-lebuhraya utama seperti Lebuhraya Damansara Puchong, Lebuhraya SPRINT, Lebuhraya DUKE dan juga NKVE.

Menariknya, MTIK dikelilingi oleh persekitaran hijau berbukit bukau yang membuatkan sejuk mata kita memandangnya. 



Sebaik tiba, Misz-ella teruja dengan warna-warna ceria yang menyambut kedatangan tetamu di majlis itu *terserlah aura positif tadika ini*



Sementara itu tetamu turut disambut dengan kehijauan persekitaran halaman tadika ini. Besar, selesa, bersih dan selamat untuk anak-anak beriadah. MTIK memulakan operasi pada awal tahun 2019 dan menerima anak-anak dari usia 3 tahun hingga ke 6 tahun.







Misi utama MTIK adalah untuk menerapkan pendidikan Islam di kalangan anak-anak kecil dengan cara menyediakan konsep pembelajaran yang lebih moden,  mudah dan ceria. Anak-anak di sini diberi pendidikan pra-sekolah dengan penekanan asas pendidikan Islam. Mereka dididik agar boleh membaca, memahami bahasa Arab, menghafal Al-Quran dan mengamalkan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. 

Dalam erti kata yang lebih mudah, anak-anak ini diberi pendedahan bahawa Islam itu adalah ad-din ataupun peraturan hidup (way of life), maka di sini, anak-anak dididik agar mengamalkan cara hidup sebagai seorang Islam sedari kecil lagi. 








Walaupun berasaskan pendidikan Islam, MTIK turut menitikberatkan pengisian pendidikan yang lain di mana anak-anak disini turut diberi pendedahan ilmu Sains, Bahasa Melayu dan Matematik. Aktiviti-aktiviti berkumpulan di dalam kelas dijalankan secara interaktif bagi membolehkan anak-anak ini ber-reaksi dan berkomunikasi antara satu sama lain. 

Misz-ella tertarik dengan susunatur dan hiasan dalaman bilik-bilik darjah dan bilik aktiviti di MTIK ini. Sentuhan 'ceria' warna-warna terang serta lukisan-lukisan kreatif di dinding digunakan bagi membangkitkan semangat belajar dan suasana pembelajaran yang 'sihat' di kalangan anak-anak di sini.

Gambar dari laman web MTIK

Anak-anak kecil di sini dididik oleh "Murabbi" (cikgu) yang terlatih dan berkelayakan. Di MTIK, anak-anak memulakan pembelajaran seawal jam 8:30 pagi dan mereka dibenarkan berada di tadika berkenaan sehingga jam 5:30 petang di bawah pengawasan rapi oleh "Murabbi" mereka. Apa yang menarik ialah sessi pembelajaran anak-anak ini dibahagikan kepada beberapa sessi bagi membolehkan mereka kekal aktif, ceria dan bersemangat sepanjang berada di sini.  




Selain dari itu, pelbagai kemudahan lain turut disediakan di MTIK seperti kelas belajar berenang di bawah pengawasan jurulatih renang bertauliah, aktiviti berkebun, aktiviti riadah di taman permainan, aktiviti berkuda yang dijalankan di Felda Bukit Cherakah dan bermacam lagi. 

So, buat pembaca kesayangan, sekiranya anda sedang mencari Tadika Islam yang berkualiti dan seimbang dalam memberi pendidikan Islam dan pendidikan moden yang lengkap dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat untuk anak anda seperti mengaji Al-Quran, kelas berenang dan lain-lain lagi, boleh lah you all consider Ma'ahad Tahfiz Ismail Kindergarden ni. Dari pagi sampai ke petang anak you all berada di sini menuntut ilmu sambil dijaga rapi oleh "Murabbi" berpengalaman, boleh la mak-mak semua bekerja dengan senang hati, kan.

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan dengan MTIK, you all boleh layari laman web MTIK dengan menekan link ini atau hubungi nombor telefon 03-7733 2598 dan 019-354 4836.

Kepada pihak pengurusan MTIK, Tahniah Misz-ella.blogspot.com ucapkan di atas usaha murni ini. Nasib baik i tak da anak kecik, kan ..

OK pembaca kesayangan .. Misz-ella dah habis kongsikan tentang Ma'ahad Tahfiz Ismail Kindergarden ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Terima Kasih baca. Bye.

Lempeng Kelapa dan Sambal Bilis Cik Ella


Hello pembaca kesayangan ..



Siapa suka makan Lempeng? Saya! Yes! Saya peminat lempeng tapi suka yang berkelapa. Lempeng kosong saya tak suka ..

Baru-baru ni, teringin nak makan Lempeng kelapa. Hummmm .. memandangkan saya tinggal di kawasan kejiranan yang Melayu adalah minoriti dan yang ramai hanyalah Ex-patriate di sini, maka haruslah Lempeng itu dibuat sendiri.

Nasib baik Jaya Grocer di sini ada jual kelapa parut. Yes! Yes! *Berseri muka sebab Lempeng yang diidam-idamkan hampir pasti akan berada di meja makan ku petang ini.

Cara-cara membuatnya :-
2 cawan Tepung gandum
1 cawan kelapa parut
4 sudu besar gula
Garam secukupnya
2 1/2 cawan air






Bancuh semua hingga rata dan boleh lah mula panaskan kuali leper dan mula menggoreng Lempeng kelapa tu ..

Sementara kuali sebelah lagi masak Sambal tumis ikan bilis untuk digandingkan bersama lempeng tadi *hashtags #byebyediet #nodiet activated*




Ye .. itu dia Lempeng Kelapa dah siap. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim .. Jom kita makan panas-panas .. Ya Allah sedapnya! *Hilang dietku entah ke mana*. Selamat Mencuba ye you alls ..


Belajarlah REDHA. Dan REDHA lah dengan ujian



Hello pembaca kesayangan,

Assalamualaikum. Lama sungguh Misz-ella tinggalkan blog ini. Sebab utamanya adalah kerana Misz-ella memang sibuk dengan urusan-urusan duniawi .. tambahan lagi kerana Misz-ella baru pulang dari menunaikan Umrah lebih kurang seminggu yang lalu.



Terlalu banyak cerita nak dikongsikan dengan pembaca semua, terutamanya tentang perasaan, tentang pengalaman dan pengajaran yang Misz-ella dapat sepanjang hampir dua minggu di sana.

Yang pasti, ketika beramai-ramai di Tanah Suci, antara pelajaran paling berharga Misz-ella dapat, ketika melihat rakan-rakan jemaah menghadapi ujian kehidupan adalah tentang REDHA. 

Pengertian dan maksud REDHA itu sendiri adalah terlalu mendalam. Ramai menyebut "REDHA je lah ... " tapi hakikatnya tidak ramai yang mengetahui maksud REDHA.

REDHA bermaksud menerima dengan lapang dada (ikhlas/rasa senang) dengan apa yang diberikan Allah SWT baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah SWT

Sebenarnya nak sampai ke peringkat REDHA itu bukanlah semudah menyebut perkataannya kerana natijahnya manusia itu dijadikan dengan pelbagai rasa - marah, geram, irihati, cemburu dan berprasangka. Nak capai peringkat REDHA, seseorang itu perlu melalui ujian yang sangat hebat yang bisa membuatkan beliau merasa tertekan, tetapi, jika dia faham yang ujian itu didatangkan kepada beliau kerana Allah, maka beliau akan REDHA ataupun IKHLASKAN hati beliau dengan ujian tersebut. Beliau akan yakin dan percaya yang ujian itu didatangkan kepada beliau kerana Allah tau apa yang terbaik untuk beliau. Bila kita IKHLAS, kita serah jiwa dan raga kepada Dia. Maka kita tidak lagi berbunyi, tidak mengeluh atau memilih untuk bercerita/mengadu kepada manusia kerana jiwa dan raga telah kita serahkan kepada Dia. Jika kita boleh sampai ke peringkat ini .. *antara kita dan Allah, tiada yang ketiga* In Sha Allah kita akan berada di dalam satu keadaan yang sangat indah dan tenang meskipun badai sedang melanda hidup kita.

Bermula dari REDHA, kita akan mula pasrah dan berserah pada Allah SWT. Ya Allah, nak sampai peringkat ini bukanlah mudah kerana hati kita harus ikhlas seikhlasnya .. dan yakin seyakin-yakinnya akan kasih sayang Allah SWT kepada kita. Tetapi pembaca kesayangan, percayalah yang jika kita boleh sampai ke peringkat ini, kita akan rasa bagaimana hidup kita bagai dibimbing dan dipimpin oleh Allah SWT dengan penuh kasih sayang.

Salah satu Doa Misz-ella semasa di Tanah Suci adalah ..

Ya Allah yang Maha Penyayang. Aku telah merasa kasih sayangmu. Aku telah merasa bagaimana Kau pimpin tanganku di saat kesukaranku dan aku masih mahu dikasihi oleh Mu. Teruslah pimpin tangan ku Ya Allah. Amin.

Sesungguhnya, belajarlah erti  REDHA dan REDHA lah dengan setiap ujian Allah SWT.