Pages - Menu

Birdnest Facial Radiance by PNA buat kulit berseri dan tawar peluang untuk jana pendapatan

 Hello pembaca kesayangan,

Baru-baru ini Misz-ella telah berpeluang untuk menghadiri majlis pelancaran Birdnest Facial Radiance by PNA.


Majlis pelancaran bertemakan Glamorous Fairytale itu penuh meriah itu telah diadakan di Grand ballroom Hotel Concorde Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh 220 orang tetamu yang terdiri dari Queen of bird, titan, leader, master stokis, stokis dan juga agent yang telah banyak memberi sokongan terhadap produk ini sehingga ianya telah terjual sebanyak 450 ribu unit meskipun ia baru sahaja dilancarkan.



Produk pencuci muka ini dihasilkan oleh Puan Nadia Abdullah melalui syarikatnya PNA Legacy Sdn Bhd. Produk unik yang berasaskan sarang burung ini bertindak 2 dalam 1 iaitu sebagai Pencuci muka dan penghapus make up (make up remover).


BNFR by PNA bukan sebarang pencuci muka malah ia juga berkesan untuk mencegah dan mengatasi masalah jerawat, mengurangkan jeragat, menghaluskan kulit, mencerahkan wajah, mengurangkan radang kulit dan membuang sel-sel mati pada kulit. Ia juga bertindak sebagai antiseptik yang boleh meningkatkan daya penyembuhan kulit.

Menurut pengasas produk, Puan Nadya Abdullah BNFR adalah produk penjagaan kulit yang selamat dan tidak membahayakan kesihatan kulit. Ianya dibuat khas bagi menangani semua masalah kulit. BNFR adalah produk kedua keluaran PNA Legacy Sdn Bhd dan telah mendapat kelulusan KKM. Produk yang direka didalam bentuk tiub ini amat mudah dibawa ke mana-mana serta boleh digunakan pada bila-bila masa dan harganya adalah sangat berpatutan iaitu RM20.00 sahaja.

Selain dari itu, PNA turut membuka peluang kepada orang ramai terutamanya suri rumah untuk menjana pendapatan sendiri dengan menyertai #SquadPNA dengan modal serendah RM75.00 sahaja.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan produk BNFR by PNA ini, you all boleh kunjungi Instagram puannadyaabdullah_94 atau hubungi no telefon 010-9706854.




Kulit tak kusam lagi dengan Go Glo

Hello pembaca kesayangan,

Gambar dari google

Kebanyakan dari kita mengalami masalah kulit yang berbeza. Ada yang mempunyai masalah kulit tidak sihat seperti berjerawat, warna kulit tidak sekata malah ada yang mempunyai masalah kulit kering dan kusam.

Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah kulit. Antaranya faktor-faktornya adalah :-

  • Stress/tekanan
  • Hormon tidak seimbang
  • Diet tidak sihat
  • Pendedahan terhadap sinar UV yang berlebihan
  • Kekurangan vitamin yang diperlukan untuk kesihatan kulit
  • Pengunaan produk kecantikan atau kosmetik yang tidak sesuai


Kali ini Misz-ella nak kongsikan dengan pembaca semua tentang produk Go glo Instant glow face lotion, lotion kecantikan yang dilancarkan baru-baru ini bagi mengatasi masalah kulit.


Go glo Instant Glow face lotion keluaran Galmour Cosmetics ini adalah lotion kecantikan berasaskan air yang dibuat khusus untuk menyerikan dan menangani masalah kulit. Ianya tidak menyebabkan lebihan minyak pada kulit dan dibuat dari bahan-bahan terpilih seperti vitamin C, E dan Glutathione serta dilengkapi dengan SPF 30 yang terbukti berkesan untuk melindungi kulit dari sinaran matahari.


Vitamin C yang terdapat di dalam Go glo Instant Glow face lotion bukan sahaja mampu mencantikkan kulit supaya ia menjadi lebih berseri malah ia juga mampu merawat masalah kulit seperti pigmentasi. Vitamin C juga merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan colagen yang sangat diperlukan oleh kulit. Penggunaan vitamin C yang berterusan boleh menjadikan kita awet muda!


Selain dari itu, Go glo Instant Glo face lotion ini juga dilengkapi dengan SPF 30 bagi melindungi kulit kita dari sinaran UV yang boleh merosakkan kesihatan kulit. Ini menjadikan Go glo instant Glow face lotion  produk kecantikan yang bukan sahaja boleh menyihatkan serta merawat masalah kulit malah Go glo Instant Glow face lotion ini turut melindungi kulit kita dari sebarang masalah kulit yang lain. Pelbagai kebaikan boleh didapati di dalam satu tiub lotion seberat 30ml ini. Bagus, kan!

Misz-ella nak kongsikan pengalaman menggunakan Go glo Instant Glow face lotion ini. Ianya berwarna putih, teksturnya halus dan lembut, tidak berminyak dan berbau sedikit wangi *bau oren la you alls ...*


Sapukan pada seluruh muka ... dan Wow! Kulit nampak lebih cerah dan berseri dengan serta merta! Ianya tidak berminyak dan tidak melekit. Rasa ringan je pada kulit kita.

Paling best ialah Go glo Instant Glow face lotion ini telah mendapat kelulusan KKM. Ianya terbukti selamat maka kita boleh lah gunakan ia tanpa sebarang keraguan.



Go glo Instant Glow face lotion 30ml ini hanya berharga RM59 sahaja! Banyak kebaikan yang dapat kita perolehi dengan memakai lotion ini. Kulit lebih lembab *goodbye moisturiser* dan instantly glowing *wahhh .. kulit jadi lebih sihat dann berseri* siapalah tak nak, kan. Oopss bukan itu sahaja, buat mereka yang mempunyai masalah kulit seperti pigmentasi atau pun jeragat, gunalah Go glo Instant Glow face lotion secara konsisten dan berterusan, kandungan vitamin C, E dan Glutathione yang ada di dalam lotion ini mampu merawat masalah pigmentasi, asalkan you all rajin dan berdisiplin. Tak perlu juga bersusah payah menggunakan sun block atau sebagainya kerana ianya sudah dilengkapi dengan SPF 30. Pastikan Go glo Instat Glow lotion sentiasa ada dalam handbag kalau you all mahu ber aktiviti luar ye .. 2-3 jam sekali sapulah lotion ini untuk perlindungan yang optimum!


OK pembaca kesayangan, Misz-ella dah habis berkongsi tentang kebaikan Go glo Instant Glow face lotion dengan you all semua. Untuk maklumat lanjut mahupun pembelian lotion yang memberikan kesan glowing dengan serta merta ini, jangan lupa ikuti Instagram Go glo Instant Glow face lotion di di sini ye