Pages - Menu

Kita tak selamanya di atas

Hidup ini bagai roda yang berputar.

Ada masanya roda itu di atas, dalam sekelip mata roda itu berada di bawah. Begitu jugalah dengan hidup kita. Tak selamanya kita akan berada di atas. 

Bila kita dilimpahi dengan kemewahan atau segala keseronokan dunia, jangan kita leka kerana ianya juga adalah UJIAN

dan 

ketika kita ditimpa musibah atau kecelakaan, jangan kita sedih kerana ianya juga adalah UJIAN dari Allah.

Dalam ertikata yang lebih mudah.

SUSAH, SEDIH itu adalah ujian.

SENANG, GEMBIRA juga adalah ujian.

TAKDA DUIT itu adalah ujian.

BANYAK DUIT juga adalah ujian.

Trust ALLAH SWT. Bersabar dan redha lah kerana setiap ujian itu datang dengan hikmah dan nikmat yang tidak kita duga.




Beli produk dari negara Timur Tengah di Arabian Village

 Hello pembaca kesayangan,

Kalau you all nak tau, Misz-ella adalah peminat barangan dari Timur Tengah. Pada pendapat Misz-ella, produk-produk dari Timur Tengah sangat menarik samada rempah ratusnya, produk-produk berasaskan kesihatan, perhiasan dan juga wangian.



Baru-baru ini Misz-ella telah ke Arabian Village, sebuah pasaraya yang menjual pelbagai barangan dari Timur Tengah. Arabian Village terletak di No. 95-G KL Traders Square, 289 Jalan Gombak, Kuala Lumpur.



Bila sebut negara Arab atau Timur Tengah, kurma merupakan produk pertama yang kita akan fikirkan .. betul tak? Di Arabian Village, terdapat berbagai jenis kurma. Ada kurma Ajwa, Safawi, kurma Palestine dan bermacam-macam lagi.


Di sini kita boleh pilih samada mahu beli kurma secara timbang atau beli yang sudah siap di pack cantik seperti ini .. sesuai untuk dijadikan buah tangan, kan.



Berbagai jenis kismis dan 'jajan' juga ada di Arabian Village.


Ohh yang ini favourite Misz-ella. Biasanya Misz-ella akan campur bermacam jenis snacks atau 'jajan' ni dan timbang. Bawak balik letak dalam bekas dan hidang pada tetamu ..


Pelbagai jenis kekacang dan kismis yang telah di 'pack' cantik .. sesuai untuk dijadikan cenderahati atau buah tangan ketika ziarah, kan ..



Macam-macam jenis kekacang dan snacks yang buat kita rambang mata melihatnya. Rasa nak beli semua.



Kismis, dried cranberry, dried apricot, badam, gajus dan lain-lain .. sooo yummy!





Di Arabian Village juga kita boleh beli berbagai jenis roti yang sangat sedap dan 'fresh'



My favourite Baklava pun ada jual di Arabian Village. I bought a few and fell in love with it. Kalau ke Arabian Village lagi, surely I will repeat!



Pelbagai jenis madu ada dijual di Arabian Village. Malah madu yang diiktiraf terbaik di dunia juga ada di Arabian Village.


Madu lagi ..



Dan lagi .. cuba tengok harga dia, tak mahal, kan.


Olive atau buah zaitun yang telah dijerukkan. RM13 sahaja untuk 700gm. Murah, kan.


Ada bermacam jenis rupanya ..


Cheese spread



Halawa, sejenis manisan atau pemanis mulut dari Timur Tengah juga boleh didapati di sini. Misz-ella suka makan Halawa. Biasanya Misz-ella akan potong kecil dan jadikan pemanis mulut selepas makan. Durra Halawa is always my favourite brand. Harga di Arabian Village lebih murah berbanding dengan kedai-kedai lain.



Sos Cili Rana, satu jenama yang popular  Timur Tengah juga ada dijual di sini pada harga yang sangat rendah berbanding dengan kedai-kedai on-line yang lain. Di Arabian Village, sos cili Rana (100ml) boleh didapati pada harga RM1.60 sahaja.


Selain dari itu, Arabian Village turut ada produk sendiri. Yang ini adalah Pati buah kurma keluaran Arabian Village.


Extra virgin Palestine Olive Oil ..


Produk keluaran Yusuf Taiyoob juga ada 



Selain dari itu, di Arabian Village juga kita boleh dapati rangkaian minyak wangi buatan Arab. Misz-ella memang penggemar minyak wangi dari Timur Tengah. Bau minyak wangi keluaran Timur Tengah ni ... MasyaAllah!! Wangi! 



Ramai tanya kenapa Misz-ella sukakan minyak wangi Arab keluaran negara Timur Tengah. Hummmm .. pertama sekali adalah kerana bau minyak wangi buatan negara Arab ini sememangnya lain dari yang lain ~ the smell give you a good feeling, enhanced your mood and when your mood is good, it also enhanced your confident level. Arabian perfumes offer various kind of smells ~ oud, musk, flowery .. bila pakai terus fefeeling macam Puteri Arab gitu *Chewah*


Oh dear .. look at the perfumes *berbunga-bunga rasa hati tengok berbagai jenis perfume ni .. terus teringat kat kekasih lamaku  *yang orang Arab tu .. hehe*



Minyak wangi Arab juga lebih tahan lama. Sekali sembur, baunya tahan berjam-jam. Paling penting ianya bebas alkohol dan boleh digunakan semasa solat tanpa ragu-ragu dan was-was. Well, kalau ada yang Halal, kenapa perlu beli yang lain, betul tak? Selain dari tu, I also love the packaging. Arab's perfume are pack in a nice bottle.



Misz-ella juga suka mewangikan rumah cara orang Arab. Kalau you all nak tau, orang Arab tak guna pewangi rumah seperti Ambi Purr atau apa-apa spray yang lain. Orang Arab mewangikan rumah dengan cara membakar Bakhoor ataupun membakar kayu gaharu (oud) yang telah direndam dengan pewangi. Membakar Bakhoor dan membakar kayu gaharu merupakan amalan Rasulullah SAW. Kalau you all amalkan bakhoor ni, seluruh rumah akan berbau wangi malah bau wangi ini lama kelamaan meresap ke dalam perabut menjadikan rumah kita sentiasa wangi dan segar.


All in .. all in .. I had a great time spending a few hours shopping at Arabian Village. Whatever products that you are looking for .. termasuk lah rempah memasak Nasi Arab, Nasi Mandy dan lain-lain lagi .. juga ada di sini. I went back home with my Oud A-Khanger, Ajwa dates, Marai honey, Bint Hooran perfume and baklva (no picture cos it's finished too fast .. LOL)

So my lovely readers, kalau you all sedang mencari pasaraya yang menjual produk dari Timur Tengah, jangan ragu-ragu, silalah ke Arabian Village. The supermarket is spacious and clean, friendly staff and the price is so wallet-friendly.

Kalau tiada masa untuk pergi ke kedai, tiada masalah kerana you all boleh shopping online dengan cara :-

kunjungi website Visit Arabian Village di https://www.arabianvillage.my/.
ikuti Instagram Arabian Village di https://www.instagram.com/arabianvillagemy/

Arabian Village
95-G KL Traders Square
289 Jalan Gombak
Kuala Lumpur
No. tel : 011-1111 9585















Cadar Hotel Mewah 7 in 1

Hello pembaca kesayangan,

Tidur malam yang lena adalah impian setiap orang, betul tak. Nak dapat tidur yang lena, banyak faktor tau. Selain dari fikiran kena tenang, tempat tidur yang selesa pun turut main peranan.

Kali ini Misz-ella nak kongsi dengan you all tentang set cadar hotel mewah 7 dalam 1 yang kualiti bahannya sangat selesa, kainnya sejuk dan boleh buat kita tidur dengan sangat lena.



CADAR HOTEL 7 DALAM 1

1 Cadar (Fitted)
4 Sarung Bantal
1 Sarung Bantal Peluk
1 Comforter

Material : Cotton
Threadcount : 1000


Ada dua (2) saiz iaitu Queen & King


Ada banyak warna. Antaranya biru lembut.
Kod no. BYFZ-8513



Coklat Muda
Kod no. BYFZ-8514



Turquoise
Kod No. BYFZ-9526



Biru Terang
No Kod. BYFZ-8510



Orange
Kod warna : BYFZ-8512



Biru gelap
Kod warna : BYFZ-8511


Pink
Kod warna : BYFZ-8323



Merah
Kod No. BYFZ-8495

Dan semestinya lah 'champion' untuk semua warna iaitu Merah yang sangat menawan dan warna kegemaran Misz-ella

Set cadar hotel mewah 7 dalam 1 ini hanya berharga RM120 (saiz Queen) dan  RM130 (saiz King). Berpatutan kan. Sebab kita bukan sahaja dapat cadar dan sarung bantal tetapi juga dapat comforter atau boleh juga kita panggil 'Toto'. Kalau tetamu datang rumah, tak ada tilam dah selamat, kan.

Untuk penghantaran melalui pos sekitar Lembah Klang, sila tambah RM10 (untuk 1 set cadar) atau RM25 (untuk 2-3 set cadar).

OK pembaca kesayangan, Misz-ella pun dah habis berkongsi dengan you alls semua. Kalau nak beli, sila WhatsApp no telefon 0166223138 ye. Cepat-cepat jangan lambat sebab stok sangat terhad. OkBye.



Allah tak redha

Dalam hidup ni, selain dari usaha dan ikhtiar, redha Allah SWT itu penting.

Kalau Allah tak redha, kau buat lah macamana sekali pun, takkan berhasil. Kun Fa Ya Kun itu milik Dia. Kalau dia kata jadi, maka Jadilah tapi kalau dia tak redha ... 



Birthday Misz-ella lagi

 Hello my lovely readers, Assalamualaikum ..


Misz-ella sambung lagi Al-kisah sambutan hari jadi Misz-ella yang ke 47 dua bulan lepas. 

Kali ini Misz-ella ke Tarbush yang terletak di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur atas jemputan dua orang adik cantik Wirdalina dan Datin Siti Norhajar. Terima Kasih banyak2 di atas jemputan. Alhamdulillah rezeki kita dapat berukhuwah menjalin silaturrahim sesama kita. 

Tarbush, seperti biasa tak pernah menghampakan. Restoran nya cantik, makanan berkhasiat *sebab makanan Arab kebanyakannya kaya dengan rempah ratus, segar dan tidak berminyak* manakala hiasan dalaman restoran ini diberi sentuhan warna warni mewah yang sangat mendamaikan hati *bahagia mata memandangnya*


Tak ramai, hanya kita berlima *termasuk Sharaf dan Khairool* tapi tetap meriah dan indah di jiwa.



Terima Kasih adikku Wir dan Siti kerana raikan hari istimewa Kak Ella. Saya yang bertuah kerana dipilih oleh Allah SWT untuk mengenali adik berdua. Alhamdulillah. 



Kenny Hill Bakers, Desa Parkcity ~ One of the day I was invited for a coffee by my good friend, Elana. I want to celebrate your special day, Kak .. eventhough it's a bit late. 


Both of us love Hot Latte. Yah .. Elana is my coffee partner.


Tq so much my dear friend, Elana. Elana is my blogger friend. Both of us attended many events together, participated in a lot of health and fitness event's together .. she is one of friends who I keep close in my heart. Millions of thanks to you Elana, for being kind and thoughtful. You know I love you, my adik.


Another birthday celebration was held at Hadramawt Kitchen, Ampang which owned by our friend, Mr. Alaa. We shared the same birthday date actually so Alaa gave me an idea to do a joint-birthday celebration hosted by Hadramawt Kitchen.


So begitulah kejadianya ~ Another round of makan-makan and friends get-together


Ukhuwah itu indah. Alhamdulillah. 


Thank You so much Alaa and Happy Birthday to you too. To friends who made their time to celebrate our special day, Thank You so much.


Happy Birthday Kella .. tak sempat saya nak celebrate birthday Kella haritu ~ kata Yana, one of my favorite adik whom I have known many years ago. Yes she called me Kella .. my 'Korean' name cos sebelum pakai tudung dulu, I tak nampak macam Melayu.




Terima Kasih Azliana binti Halim for your time and for the meaningful birthday shout out that really touched my heart. Bukan semua orang kenal Misz-ella, tau kisah suka duka jatuh bangun Misz-ella dan bukan semua kawan pernah menyaksikan titisan airmata Misz-ella. Walau seribu kawan yang datang, Kak Ella tetap takkan lupakan Yana. Tq so much Yana for always have your back for me. Semoga Allah merahmati hidup Yana, lindungi Yana atas semua kebaikan Yana pada Kella selama ini *sobs .. sumpah aku menangis menulis coretan ini*



Satu lagi sambutan hari jadi Misz-ella ialah di Hacienda Hermosa, resort milik kawan baik Misz-ella iaitu Puan Sri Dato' Zainab. Masa tu, Misz-ella organised program A Day to Hacienda Hermosa, program satu hari buat kawan-kawan yang mau explore Hacienda Hermosa. Antara kawan-kawan yang datang adalah Haziqah, Sharaf, Marina, Wawa and family, Balqis and family dan Dr. Laila and family.


Dr. Laila ialah kawan yang Misz-ella kenali melalui grup networking. Antara kawan yang sangat Misz-ella senangi kerana keramahannya .. paling best dia ni orangnya sangat spontan. Sebaik keluar kereta dia cakap, Nah kak .. I brought cake for you. Terima Kasih Dr. Laila susah-susah bawak birthday cake untuk Kak Ella. It's the thought that counts, I really appreciate.

OK dah berakhir bahagian ke 2 sambutan harijadi Misz-ella yang ke 47. Misz-ella titipkan di sini buat kenangan hari tua. Terima Kasih buat yang baca ye. Bye.