Pages - Menu

Aeon perkenalkan koleksi Scarlet X Steven Sunny

Hello pembaca kesayangan,

Siapalah yang tak kenal dengan Aeon, kan .. pusat membeli belah terkenal yang menjual pelbagai barangan am dan rangkaian pasaraya di Malaysia. Misz-ella sendiri adalah pengunjung setia pusat membeli belah Aeon.




Aeon juga memilki jenama fesyen sendiri iaitu Scarlet, rangkaian pakaian harian yang lengkap dari kasual hingga pakaian harian yang selesa.

Aeon telah mengorak langkah ke hadapan menerusi kolaborasi bersama penggaya fesyen tersohor, Steven Sunny untuk jenama silang-generasinya yang popular, Scarlet.


Bertemakan #OwnWhatYouWear, kolaborasi ini menampilkan 10 pilihan koleksi akhir tahun. Diperkenalkan sebagai koleksi peribadi, Scarlet X Steven Sunny memberikan kenyataan tentang pemakainya yang mengutamakan kesejahteraan serta menyayangi diri dalam menyerlahkan citarasa fesyen musim ini.



Selama beberapa musim, pakaian santai berpandukan gaya 'pandemic-stay-home' yang mengutamakan keselesaan dan santai menjadi pilihan ramai dan menguasai trend fesyen di era pandemik. Gaya dan fesyen berubah dengan pantas untuk disesuaikan dengan pilihan gaya hidup selepas pandemik. Permintaan kini menuju ke arah fesyen yang mempunyai nilai-nilai terapeutik.



Koleksi Scarlet X Steven Sunny ini mengutamakan keselesaan dan meningkatkan keyakinan si pemakai serta mendorong rakyat Malaysia untuk menghargai dan menghormati apa yang paling penting dalam hidup ini.


Sunny Setiawan, Steven Sunny dan Low Ngai Yuen

Scarlet X Steven Sunny ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi AEON, Sunny Setiawan dan Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran Low Ngai Yuen di Aeon Mid Valley, baru-baru ini.



Sebanyak 100 pasang pakaian Scarlet X Steven Sunny edisi terhad buatan tangan ini boleh didapati secara dalam talian ataupun di AEON Taman Maluri, Shah Alam dan Bandar Utama pada harga yang berpatutan.

Steven Sunny percaya bahawa setiap dari kita mampu menunjukkan keunikan dalam diri masing-masing. Anda memiliki apa yang anda gayakan kerna anda adalah ediri terhad diri anda sendiri.




Sempena pelancaran koleksi Scarlet X Steven Sunny, pelanggan akan berpeluang untuk memenangi baucar AEON bernilai RM500.00 dengan cara memuatnaik gambar anda di laman Instagram. Pertandingan ini berlangsung sekarang sehingga 31hb Disember 2021.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Instagram AEON di  https://www.instagram.com/aeonretail.my/











Tower Walk 100 - tarikan terbaru di Menara Kuala Lumpur

Hello pembaca kesayangan,

Menara Kuala Lumpur yang merupakan salah sebuah mercu tanda penting di Kuala Lumpur telah mencapai usia 25 tahun pada tahun 2021. Bersempena dengan usia 25 tahun ini, Menara Kuala Lumpur telah memperkenalkan tarikan terbaru iaitu Tower Walk 100  yang telah dibuka kepada orang ramai pada 27 November 2021 yang lalu.



Majlis perasmian Tower Walk 100 telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan Malaysia.




Tower Walk 100 terletak di tingkat T02 tiang menara, di mana para pengunjung berpeluang untuk berjalan pada pusingan 360 darjah mengelilingi pelantar sambil menikmati panorama bandaraya Kuala Lumpur yang menarik dari ketinggian 100 kaki.


Harga tawaran istimewa untuk warganegara Malaysia yang ingin merasai pengalaman berjalan mengelilingi pelantar ini adalah RM35 (My Kad) dan RM25 (My Kid).


Menara Kuala Lumpur juga sedang mengadakan Year End Sale dimana setiap pembelian 1 tiket dewasa akan mendapat 2 tiket untuk kanak-kanak dengan PERCUMA. Promosi ini sedang berlangsung sekarang dan akan berakhir pada 31hb Disember 2021.



YB Dato' Sri Hajah Nancy turut menyempurnakan acara memotong kek ulangtahun Menara Kuala Lumpur yang ke 25. Bersempena dengan sambutan ulang tahun Menara Kuala Lumpur yang ke 25, 250 topi Snapback edisi terhad yang dijual pada harga RM190.00 serta setem edisi khas berharga RM35.00 turut diperkenalkan.


So, pembaca-pembaca kesayangan, jangan lepaskan peluang mencabar diri berjalan mengelilingi Menara Kuala Lumpur dengan mengunjungi Tower Walk 100.




Pemandangan Kuala Lumpur sangat cantik dan mengasyikkan dari Menara Kuala Lumpur. Check it out, k.


Untuk maklumat lanjut, sila layari :
FB :
Instagram :
https://www.instagram.com/menarakl/

Mylea lancarkan set percubaan jeragat oleh duta Mylea Rozita Che Wan (CheTa)

Hello pembaca kesayangan,


Baru-baru ini, misz-ella.blogspot.com telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran set percubaan jeragat (daily essential kit) oleh duta Mylea iaitu selebriti tersohor Rozita Che Wan (Che Ta).




Majlis pelancaran yang diadakan secara virtual menggunakan zoom meeting dihadiri oleh ahli jemaah Mylea (ejen-ejen dan pemimpin Mylea) serta pengguna setia Mylea. Turut hadir adalah pengasas Mylea iaitu Puan Amylia Farhana.




Produk Mylea telah berada di pasaran sejak dari tahun 2015 lagi dan amat dikenali dengan kelebihannya bagi menyelesaikan masalah kulit berjeragat, kulit kering dan kulit kusam. Dalam ayat yang lebih mudah, pemakaian produk Mylea secara konsisten, boleh menjadikan kulit kita lebih sihat, berseri dan awet muda.

Produk Mylea mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Health Science Authority (HSA Singapore), Ministry of Health Brunei Darussalam, kelulusan SIRIM da telah meraih beberapa anugerah seperti Asia Pacific Super Health Brand, SME 100 Award Fast Moving Company (2020) 100 Top Young CEO (2021) dan lain-lain lagi.




Set percubaan jeragat 4 dalam  ini mengandungi Mylea freckles serum, Mylea freckles bar, Mylea Exfoliate mask dan beg travel dengan harga RM99.00 sahaja. Diformulasi dari bahan terbaik dunia seperti Centella Asiatica (Korea), Canadian Willowherb (Canada), Moist 24 Essence (US) dan Skinmoon (Bionap,Italy), produk ini sesuai bagi golongan wanita berusia 28 yahun ke atas. Ia tidak mengandungi bahan kimia merbahaya dan amat 'mesra kulit' dan kesan dapat dilihat dalam tempoh 7 hari sahaja.

Menurut Puan Amylia, idea untuk mengeluarkan set percubaan ini adalah dari Che Ta sendiri kerana beliau sentiasa travel dan memerlukan set yang lebih kecil, lebih handy agar ianya mudah dibawa kemana-mana. 

Bersempena dengan pelancaran set percubaan jeragat ini, Mylea turut mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai jemaah Mylea dengan bayaran penyertaan sebanyak RM10 sahaja. 

Misz-ella sangat berbesar hati untuk kongsikan dengan pembaca semua tentang bagaimana produk Mylea telah mencapai jualan sebanyak  RM21 juta pada tahun 2020, iaitu meningkat sebanyak 3 atau 4 kali ganda hanya dengan meggunakan platform online.


So, pembaca-pembaca kesayangan, mari kita cantik bersama Mylea dan buat mereka yang ingin menambah pendapatan, sila layari :

Website
IG
FB 

atau
hubungi 016-5826227 dan 010-2192719






Al-Hamra sekolah agama swasta bertaraf antarabangsa

Assalamualaikum pembaca kesayangan,

Salah satu cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa zaman sekarang adalah untuk memilih sekolah yang sesuai untuk anak-anak tambahan pula di zaman yang serba mencabar ini. 

Antara faktor-faktor yang perlu diambil kira adalah persekitaran yang bersih dan selamat, silibus pendidikan yang diiktiraf negara dan antarabangsa serta lokasi sekolah yang strategik.


Baru-baru ini Misz-ella.blogspot.com telah berpeluang mengunjungi Al-Hamra Integrated School (Al-Hamra) yang terletak di Kota Damansara, Selangor. Al-Hamra adalah sekolah agama swasta bertaraf antarabangsa yang menggunakan gabungan silibus pendidikan Cambridge Assessment International Education (CAIE), silibus pendidikan kebangsaan, Quranic Generation Development Program (QGDP), dan berkonsepkan Integrated Holistic Education System (IHES).

Misi utamaAl-Hamra ialah mahu menjadi institusi pendidikan Islam yang melahirkan pemimpin masa depan dan memberi inspirasi selain mewujudkan budaya Khairu Ummah sambil memfokuskan kecemerlangan pendidikan dalam bimbingan prinsip-prinsip Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Dalam ertikata lain, Al-Hamra bukan sahaja mahu melahirkan generasi berpendidikan dan pengetahuan, malah juga generasi yang 'kaya jiwa' di mana generasi ini dilengkapkan untuk menghadapi cabaran dunia dengan yakin dan memberikan penyelesaian yang berpandukan pandangan dunia Islam.

Al-Hamra memulakan operasi pada tahun 2019, dimiliki oleh Awqaf Holdings Berhad kini mempunyai 145 orang pelajar dari pelbagai peringkat iaitu pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.



Berpeluang menjejakkan kaki ke Al-Hamra merupakan satu pengalaman yang amat membuka minda tentang bagaimana institusi pendidikan berteraskan Islam boleh bergerak ke hadapan seiring dengan pendidikan moden yang diiktiraf dunia.

Sebaik melangkah masuk ke Al-Hamra, saya terpaku dengan suasana pembelajaran yang tenang, persekitaran yang bersih, pencahayaan serta warna-warna ceria yang menyegarkan perasaan. 


Setiap tingkat diberi sentuhan warna berlainan bagi merangsang minda anak-anak kecil agar mereka menjadi peka dengan keadaan semasa dengan memaksimakan semua pancaindera.


Walaupun menekankan pendidikan agama, Al Hamra turut menitikberatkan pendidikan sains moden. Al-Hamra dilengkapi dengan fasiliti bertaraf antarabangsa seperti makmal sains, makmal IT, pusat sumber dan mini auditorium.


Al-Hamra turut menitikberatkan aktiviti riadah dan ko-kurikullum. Di Al-Hamra, aktiviti ko-kurikulum berorientasikan sunnah seperti berenang (tahun 1-3), memanah dan seni pertahanan diri (silat) turut disediakan tanpa meminggirkan aktiviti ko-kurikullum berasaskan STEAM : Sains, teknologi, engineering, arts & mathematics seperti kelas memasak, robotik, pengaturcaraan (coding) dan pelbagai lagi.


CARA PEMBELAJARAN NORMA BARU
Bersesuaian dengan keadaan semasa yang masih berada di dalam era pandemik, pihak pengurusan Al-Hamra telah melakukan pengubahsuaian berikut :



  • pelajar diberi peluang samada mahu hadir ke kelas atau belajar secara dalam talian (online)
  • jumlah pelajar di setiap kelas dihadkan
  • makanan dihantar ke setiap kelas bagi mengurangkan pergerakan pelajar
  • bagi mengawal penularan penyakit covid 19, setiap orang murid, guru serta kakitangan di Al-Hamra dikehendaki menjalani ujian Covid 19 setiap minggu

Dengan lokasi yang strategik, silibus pendidikan yang seimbang serta diiktiraf kerajaan Malaysia serta antarabangsa, fasiliti serba moden,serta yuran pengajian yang lebih kompetitif berbanding institusi pendidikan bertaraf antarbangsa yang lain (diantara RM900 hingga RM1900 sebulan mengikut peringkat pendidikan), Al-Hamra merupakan pilihan terbaik buat ibu bapa yang sedang mencari institusi pendidikan pelbagai peringkat umur buat anak-anak.


Al-Hamra terletak di Encorp Strand Garden Office, Blok A, A-GF,No. 12 Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Tel : 03-26308010


Waktu pembelajaran :-
8 pagi hingga 4 petang

Maklumat lanjut mengenai Al-Hamra boleh didapati di:
Laman web :

MFMF lahirkan Rindu buat mereka yang cinta nya belum berbalas

Hai pembaca kesayangan,

MFMF telah menghasilkan sebuah lagi lagu yang sedang hangat bermain-main di hati peminat R&B tanahair iaitu Rindu.

MFMF yang dianggotai oleh Brendan Lim, Justin Seow dan Wee Zhen Yong bukanlah asing di bidang muzik tanahair kerana sebelum ini mereka telah melahirkan beberapa karya hebat buat Yuna, Hael Husaini malah lagu Peluang Kedua yang dipersembahkan oleh Nabila Razali adalah lagu karya MFMF bersama Hael Husaini.

Gambar dari IG MFMF

Rindu telah disampaikan oleh MFMF  secara trilogi iaitu dalam bahasa Korea,  Mandarin dan bahasa Melayu. Rindu yang sangat membuai perasaan adalah luahan perasaan tertekan kerana cinta yang belum berbalas. Rindu bahagian 3 dalam bahasa Melayu menggabungkan MFMF bersama Airliftz dan Alex Ungku adalah lagu taruhan pertama mereka di dalam industri muzik arus perdana.



Bertempat di Co-Labs, The Starling Mall pada 8 Disember 2021, MFMF telah megadakan majlis ramah mesra bersama media bagi berkongsi tentang keunikan Rindu.


Gambar dari IG MFMF

Bersempena dengan kelahiran Rindu, MFMF telah berkolaborasi dengan myBurgerLab bagi menghasilkan menu burger edisi khas untuk setiap variasi bahasa Rindu. 3 bahasa, 3 menu berbeza, 3 rasa berbeza! Untuk Rindu bahagian 3, myBurgerLab telah memperkenalkan burger daging citarasa Melayu iaitu 'Percik Power'. 'Percik Power' telah berada di semua cawangan myBurgerLab (kecuali cawangan My Town mulai dari 29 November 2021 yang lalu. Promosi burger edisi khas ini akan berada di cawangan myBurgerLab selama 14 hari (so you guys better check it out fast, k)


Gambar dari IG MFMF

Selain dari itu MFMF turut mempromosikan Rindu di sebuah billboard di Bangsaria, Jalan Maarof, Kuala Lumpur. So kalau you all sedang meredah traffik di sekitar Jalan Maarof dan ternampak MFMF sedang menyanyikan Rindu, enjoy .. k!

MFMF juga akan melancarkan sebuah kempen khas buat penyokong muzik MFMF tidak lama lagi. Syabas MFMF di atas segala usaha yang telah dirangka. Semoga dengan usaha yang pelbagai ini akan membawa nama MFMF sebagai komposer yang mengharumkan nama negara.

Buat Misz-ella sendiri, saya dah jumpa dengan tiga orang anak muda yang bukan sahaja berbakat besar malah menjiwai bahasa Melayu secara mendalam, maka hati pun tersentuh apabila mendengar Rindu. All the best MFMF!

Alam Flora sediakan '3R ON WHEELS' untuk mudahkan masyarakat kitar semula

 Hai pembaca kesayangan,


Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) telah menganjurkan program Recycle Fest bersama Malakat Mall pada 8 Disember 2021 lalu bagi meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang betapa kita perlu menguruskan sisa atau bahan buangan bagi mengurangkan impak kepada alam sekitar.

Bahan buangan atau sampah kini lebih dikenali sebagai sisa pepejal. Dengan kepadatan penduduk yang saban hari semakin meningkat, begitu jugalah meningkatnya pembuangan sisa dari pelbagai sudut, baik dari kawasan perumahan dan juga industri. 




Salah satu cara yang boleh kita gunakan untuk mengurangkan sisa adalah dengan cara mengitar semula bahan buangan seperti plastik, kertas dan juga minyak masak.

Salah satu inisiatif pihak Alam Flora adalah melalui program "3R ON WHEELS", kenderaan yg dibentuk khas untuk pergi ke mall-mall mahupun lokasi lain yang dikenalpasti seperti sekolah, organisasi kerajaan dan swasata serta kawasan awam yang terletak di kawasan konsesi Alam Flora iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang bagi mengutip sisa untuk dikitar semula. 

Sebanyak 121,000 kg sisa berjaya diselamatkan dari dibuang di pusat pelupusan sampah sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2019.


Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Dato' Mohd Zain Hassan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Dato' Mohd Zain Hassan kutipan barangan kitar semula melalui program '3R ON WHEELS' sememangnya diwujudkan sebagai alternatif untuk memudahkan orang ramai menghantar barangan kitar semula tanpa perlu lagi mencari pusat kitar semula. "Walaubagaimanapun keadaan agak perlahan berikutan Perintah Kawalan Keselamatan yang dikuatkuasakan pada Mac 2020 sehingga pertengahan tahun ini dan apabila sekatan itu dilonggarkan, pihak Alam Flora memulakan semula program '3R ON WHEELS' dan Malakat Mall, Cyberjaya adalah salah satu mall yang berkolaborasi dengan Alam Flora untuk menjayakan program ini. Alam Flora mengalu-alukan mana-mana syarikat yang berminat untuk bekerjasama dalam program 'Recycle Fest' ini di masa akan datang.

Misz-ella nak kongsikan sedikit dengan pembaca semua tentang apakah 3R atau boleh juga dikira sebagai 5R ini, iaitu :


Refuse
beli barang yang perlu sahaja

Reduce
kurangkan pembelian

Reuse
guna semula produk tersebut

Recycle
 kitar semula produk tersebut dan gunakan di dalam rumah anda

Recover
 hantar barang anda ke pusat kitar semula Alam Flora. Dengan cara ini ia tidak menjadi bahan buangan yang akan dilupuskan dan kita dapat membantu mengurangkan impak kepada alam sekitar.


Antara aktifivi lain yang turut diadakan bagi memeriahkan program '3R ON WHEELS' di Malakat Mall adalah pertandingan mewarna dan kuiz yang berkonsepkan alam sekitar.


So, pembaca kesayangan marilah kita sama-sama mengitar semula barangan sisa di dalam rumah kita. Jangan buang walaupun ia hanya minyak masak terpakai. Kalau terjumpa kenderaan '3R ON WHEELS' di mana-mana, sila hantar barang buangan atau sisa anda ke sini. Alam Flora akan beli semula barangan tersebut dari anda bagi mengelakkan ianya dihantar ke pusat pelupusan bagi membantu mengurangkan impak ke atas alam sekitar.



Maklumat lanjut tentang jadual kutipan serta harga barangan yang boleh dihantar ke  '3R ON WHEELS' akan dimuatnaik di platform media sosial Alam Flora iaitu :

Instagram
https://www.instagram.com/alamflorasdnbhd/
Facebook
https://www.facebook.com/alamflorasdnbhd
Twitter
 https://twitter.com/alamflorasdnbhd

Jangan lupa check it out, k!

Bukan mudah

Bukan mudah nak didik hati kita supaya kekal tenang, supaya sabar .. tambahan lagi kalau yang melukai itu adalah orang yang paling dekat di hati.

Tapi ada kalanya kita memang perlu ketepikan semua perasaan tu .. bukan sebab kita hebat tapi sebab kita nak jaga hati kita dari terus terluka.

We can't stop people reaction but we can control ours. Buang semua rasa marah, kecil hati, terasa hati dari hati. Bersihkan hati so that you can protect yourself from further hurt. SET YOUR HEART FREE.

Biar jadi kenangan

 

Sesetengah perkara yang terjadi dalam hidup kita, tak ingin kita ulang lagi.
Simpan sahaja dalam kotak memori.
Biar peristiwa pahit itu kekal dalam kotak memori sampai bila-bila.


Tahu lembut masak sos tiram

 


Misz-ella memang jarang sarapan yang 'heavy' sebab kalau dah makan yang berat-berat pada waktu pagi, takut nanti tengahari tak lapar. Kadang sampai boring tak tau nak sarapan apa. Biasanya sarapan pagi Misz-ella ialah omelette atau telur dadar. Ada satu hari tu, bukak peti ais, jumpa Tahu lembut (yang petak 4 segi tu) Jom kita jadikan dia ni sarapan.

Bahan-bahan :

Tahu lembut
Isi ayam - cincang halus
Daun bawang
Bawang goreng
Sos tiram
Bawang putih - cincang halus
Carrot - potong dadu kecik2
Cili api - hiris kecil2 (kalau nak pedas)

Cara-cara memasaknya :

Panaskan kuali.
Bila dah panas, masukkan tahu. Masak sehingga lembut.
Bila dah lembut, masukkan bawang putih dan sos tiram.
Sambil masak tu, curah-curahkan sos tiram ke atas tahu agar rasanya jadi sebati.
Lepas tu masukkan isi ayam dan carrot.
Bila isi ayam dan carrot dah masak, tutup api.
Masa nak hidang tabur bawang goreng dan daun bawang.
Makan panas2. Sedap!!

Nasi Goreng Udang dan Cendawan

Hai pembaca kesayangan,

Dalam kita sibuk-sibuk dengan tugas harian, pastikan kita tak skip makan. Tubuh badan kita ini dicipta Allah SWT dengan sangat sempurna .. tiba masa badan perlukan makanan supaya setiap anggota badan kita dapat befungsi dengan baik.

Bila organ-organ badan kita berfungsi dengan baik, perjalanan darah lancar, sistem metabolisma badan jadi sempurna, oksigen dalam badan cukup, kita pun lebih sihat dan bertenaga, kan.

Cara paling mudah untuk jimatkan masa dan tak perlu masuk dapur 2, 3 kali sehari (sebab proses memasak, mengemas ambik masa dan memenatkan) .. marilah kita belajar 'short cut'! Kita 'work smart' instead of 'work hard'




Disebabkan jadual Misz-ella yang sentiasa sibuk, saya perlu pandai bahagi masa. Sebelum buat apa-apa aktiviti, saya minum 2 gelas air suam dulu. Lepas setengah jam minum kopi dengan apa-apa yang ada .. kalau ada makanan segera seperti karipap atau kuih2 lain, saya goreng je karipap tu. Kalau tak ada kita makan biskut cicah kopi. Sambil-sambil tu keluarkan apa yang patut dalam peti ais. 

Ada udang, cendawan, telur, ulam-ulaman dan nasi lebihan semalam. Kalau masak lauk dah tentu kena 2,3 proses - masak lauk lepas tu kena masak sayur lagi. Hummmmm .. apa kata kita sekalikan semua?Jimat masa dan tenaga, kan! Jom masak nasi goreng udang dan cendawan.


CARA-CARA MEMBUATNYA :

Panaskan api.
Goreng telur nipis2.
Bila dah siap, potong kecil (guna gunting je)
Panaskan api lagi.
Goreng udang. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.
Goreng cendawan. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.
Panaskan api lagi.
Tumis pes cili (sebab saya suka pedas)
Bila cili dah garing (sambil terbersin i kat dapur you ..) masukkan garam.
Kacau-kacau lepas tu masukkan nasi.
Bila nasi dah garing, tutup api.

Tapi belum lapar lagi (sebab baru lepas sarapan) OK tak pe. Kita biarkan nasi dalam kuali (sila tutup)



Pukul 12:30 tengahari ~ ok lapar. Makan time!


Sendukkan nasi dalam pinggan. Susun udang, cendawan, telur dan ulam-ulaman.
Nasi goreng udang dan cendawan dah siap! Yeayyy! Sekali masuk dapur, kita buat saparan dan makan tengahari terus. Jimat masa. Jimat tenaga.

.

MK K Clique bersama Wolfy dalam "SAPU RATA" untuk PUBG MOBILE

 Hello peminat gamers !



Ada berita baik untuk anda semua. Bermula dari bulan Mei yang lalu, rapper popular Malaysia, MK K-Clique atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin Hamdan kini adalah duta jenama utuk PUBG MOBILE di Malaysia.

Berikutan dengan perlantikan itu, MK K-Clique kini muncul dengan lagu terbaru berjudul "SAPU RATA" kolaborasi bersama Wolfy yang merupakan lagu tema untuk permainan PUBG  Mobile.

"SAPU RATA" telah dilancarkan pada 12 November yang lalu, dicipta oleh MK dan Wolfy manakala lirik ditulis oleh MK bersama SaintDNL. Lagu tema PUBG Mobile ini boleh didengari di dalam permainan PUBG Mobile oleh para pemain game tersebut. Lagu "SAPU RATA" bakal menjadi lagu kegemaran para pemain PUBG Mobile. 


Selain dari itu, video muzik "SAPU RATA" arahan Bernard Ting dan Delcan Chu dari IO Esports menampilkan MK sendiri dan juga pemain-pemain handalan PUBG Mobile Malaysia seperti HB Daddyhood, AC Soloz, R2K XK Penjahat, R2 Agusrianzz, SMG Ziso, HB Nukk dan Evos Yakuza turut dilancarkan.

"SAPU RATA" kini didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox, Apple Music dan juga di dalam permainan video  PUBG MOBILE. Manakala video muzik rasmi "SAPU RATA" juga sudah boleh ditonton di saluran Youtube PUBG MOBILE.

Kepada semua peminat-peminat dan pemain PUBG MOBILE, Misz-ella dah dapat jumpa MK untuk sampaikan ucapan tahniah di atas perlantikan beliau sebagai duta PUBG Mobile. Semoga you all semua terhibur dengan lagu khas "SAPU RATA" ini ye.






Peluang untuk serlahkan bakat seni dengan The Audition 2021

 Hello pembaca kesayangan,

Peserta The Audition 2021

Bertempat di hotel Hilton Kuala Lumpur pada 17hb Oktober 2021, Misz-ella berpeluang menyaksikan proses ujibakat The Audition 2021 yang dihadiri  seramai 120 peserta. Dalam hati sudah terfikir Apakah The Audition 2021? The Audition 2021 adalah  pertandingan mencari bakat baru dalam bidang lakonan, tarian, nyanyian dan lawak di Malaysia yang diterbitkan oleh Armani Entertainment Group (AEG).


Datuk KK Chua

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Datuk KK Chua, The Audition 2021 berbeza dari pertandingan cari bakat yang lain kerana peserta yang memenangi The Audition 2021  akan mendapat laluan ekspress untuk terus bersinar dalam bidang seni melalui platform yang disediakan oleh AEG. AEG memiliki syarikat produksi yang menghasilkan filem dan drama, syarikat rakaman muzik dan juga syarikat pengurusan artis.


Antara peserta The Audition 2021

The Audition 2021 bermula dengan uji bakat dalam talian di Instagram dan peserta yang videonya disenarai pendek akan dipanggil untuk menjalani uji bakat secara langsung di hadapan juri professional.


Juri professional The Audition 2021

Sistem penjurian The Audition 2021 adalah 100% menggunakan kuasa juri dimana juri professional The Audition 2021 adalah Michael Ang, Nabila Razali, Datuk Rosyam Nor, Rozita Che Wan, Wany Hasrita, Sufian Suhaimi, Amira Othman, Izzue Islam, Dynas dan MK of K Clique.

Pemenang The Audition 2021 akan menerima kontrak dari AEG bernilai RM50,000 dan diberi bimbingan kelas vokal serta lakonan bernilai RM10,000. Juara pertandingan The Audition 2021 bakal merakamkan single ciptaan komposer terkenal berserta dengan muzik video lagu tersebut.

Bagi mereka yang berbakat dalam bidang lakonan, mereka akan mendapat tawaran berlakon dalam drama terbitan dan arahan Michael Ang.

Ujibakat The Audition 2021 seterusnya akan diadakan pada tarikh dan lokasiberikut:

24.10.2021 - Kuantan

31.10.2021 - Johor Bahru 

14.11.2021 - Kota Kinabalu 

20.11.2021 - Terengganu

28.11.2021 - Pulau Pinang

12.12.21 - Final


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, sila ikuti Instagram Armani Entertainment di https://www.instagram.com/armanientertainment/

CHARMS COSMETIC SKINCARE lancarkan Morphosis 2021 dan pek baru Hydra Fresh Tinted Moisturiser

Hai pembaca kesayangan,


Baru-baru ini Misz-ella telah dijemput untuk menghadiri pelancaran program Morphosis 2021 oleh pihak CHARMS Cosmetic Skincare. Melalui program Morphosis 2021 Raise you life! ini, CHARMS mengajak orang ramai yang terjejas gara-gara pandemik ini agar meningkatkan taraf hidup masing-masing bersama CHARMS.

Seramai 220 peserta menyertai program yang diadakan secara maya melalui applikasi zoom dan juga Facebook LIVE.  Melalui program selama 30 hari ini, peserta dibimbing oleh 12 jurulatih perniagaan dengan module latihan yang lengkap merangkumi sesi latihan dan pembangunan diri, pelan pemasaran di media social dan pelbagai lagi.



Majlis pelancaran gamat dengan kehadiran pengasas CHARMS Cosmetic Skincare, Mommy Syira yang berkongsi kisah inspirasi susah payah beliau dalam meningkatkan potensi diri seterusnya berjaya menaiktaraf ekonomi keluarga. Perkongsian penuh semangat Mommy Syira menyuntik lagi semangat di kalangan peserta-peserta.

Selain dari itu, Encik Khairul Nazuan Khairuddin, jurulatih serta perunding dalam penutupan jualan turut hadir dan berkongsi pengetahuan tentang ilmu keusahawanan sepanjang majlis ini berlangsung.




Sempena pelancaran Morphosis 2021, CHARMS Cosmetic Skincare turut melancarkan CHARMS Hydra Fresh Tinted Mosturiser Broad Spectrum SPF50, salah satu killer product CHARMS Cosmetic Skincare yang diberi sentuhan saiz baru iaitu 30gm. Dengan saiz baru ini, ianya lebih menjimatkan pengguna sejajar dengan slogannya "Lebih besar, Lebih nilai, Lebih impak"

CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF50  ini telah diuji secara klinikal dan dematologi bagi membuktikan ramuan yang digunakan semuanya terbaik dan selamat digunakan. Formulasi ini juga hasil daripada penyelidikan daripada penyelidik Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). 


Charms Hydra berkesan untuk melembapkan kulit dengan lebih efektif di samping memelihara kulit dari radikal bebas seterusnya membantu memperbaiki keadaan kulit. Penggunaan Charms Hydra secara konsisten menjadikan kulit lebih lembap dan cerah. Ini kerana kandungan bahan-bahannya seperti aloe vera yang bersifat anti-oksidan dan glicerin yang terbukti berkesan dalam penjagaan wajah.


Misz-ella sangat bertuah kerana berpeluang mendekati Mommy Syira, pengasas CHARMS Cosmetic Skincare di majlis tersebut.

CHARMS Cosmetic Skincare telah berada di pasaran sejak tahun 2012 atas minat serta cinta yang mendalam beliau dalam bidang kecantikan. Mommy Syira pernah menjawat jawatan sebagai Pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi dan amat menitikberatkan kualiti produk CHARMS. Produk CHARMS dicipta sesuai dengan kulit wajah masyarakat Asia lebih-lebih lagi di waktu perubahan iklim yang menjadikan keadaan sekarang lebih panas dari biasa.


 
CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser 5G: RM 39.00
CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser 10G: RM 59.00
CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser 30G: RM 99.00


Produk CHARMS boleh didapati melalui CHARMS angels. Jom pembaca sekalian kita jaga dan rawat kulit kita dengan CHARMS cosmetic skincare. Sambil-sambil tu boleh juga tambah pendapatan dengan menyertai ahli keluarga CHARMS .. cantik dapat, duit pun dapat. Siapa lah yang tak nak, kan.

Maklumat lanjut tentang CHARMS cosmetic skincare boleh didapati di :