Pages - Menu

MONEY MATTERS 2023 : Peluang Baharu, Permulaan Baharu!

 Hai pembaca kesayangan,


Masih ingat lagi akan rancangan MONEY MATTERS? Mulai dari 21hb Januari 2023 yang lalu, rancangan bualbicara kewangan dan ekonomi MONEY MATTERS kembali ke kaca TV anda dengan membincangkan topik-topik menarik bersama empat hos berpengalaman iaitu Zahir Kelvin Ong Abdullah, Azaria Tagaya, Muhammed Ahmad Hamdan dan Anita Woo.



MONEY MATTERS musim baharu ini lebih memberi fokus kepada jangkaan kelembapan dalam ekonomi dan perniagaan global. Sudahkah Malaysia bersedia untuk ini?

Selain dari itu, MONEY MATTERS juga akan membincangkan tentang topik pembentangan semula Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada 24hb Februari ini. MONEY MATTERS akan turut membincangkan isu-isu yang memerlukan perhatian daripada kerajaan perpaduan kerana Perdana Menteri kita ingin merealisasikannya mengikut reformasi beliau.

Rancangan yang diterbitkan oleh Josephine Dass ini akan terus menampilkan tokoh-tokoh korporat berprofail tinggi bagi membincangkan isu-isu kewangan serta ekonomi bersama.

MONEY MATTERS boleh distrim secara langsung di www.tonton.com.my dan dapatkan perkembangan terkini program di akaun rasmi Twitter @MoneymattersTV3. Bagi perkembangan lanjut dan perkembangan program baharu TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman social media rasmi Facebook, Twitter dan Instagram di @TV3Malaysia.



Famili Duo - "Siti Sisters" pecah rekod! Kekal juara dua minggu berturut-turut


Hai pembaca kesayangan,

Musim kedua Famili Duo telah bersiaran sejak dari 16 Disember 2022 yang lalu. Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan bertanding merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 pada pusingan akhir dengan konsep pemarkahan 80% ditentukan oleh Juri tetap manakala 20% lagi melalui undian atas talian (penonton)

Antara pasangan Keluarga selebriti yang menyertai Famili Duo kali ini adalah :

Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu)

Ayda Jebat & Fyna Jebat (adik-beradik)

Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu)

Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (adik-beradik)

Sissy Imann & Naim Daniel (sepupu)

Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik)

Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik)



Pasangan adik-beradik Siti Saida & Siti Sairah telah berjaya memecah rekod dengan menggenggam gelaran juara mingguan Famili Duo untuk dua minggu berturut-turut menerusi episod 5 (tema Dangdut/ Hindustan/ Nusantra) dan episod 6 (Irama Tradisional). ‘Siti Sisters’ yang membawakan lagu Pantun Budi (nyanyian asal Tan Sri Dato’ S.M Salim) dan Kurik Kundi (nyanyi asal Dato’ Sri Siti Nurhaliza). Mereka juga turut mencipta sejarah dalam pemarkahan apabila mendapat markah mingguan tertinggi sebanyak 72.8%, termasuk dengan pemarkahan daripada juri tetap sebanyak 9%. 



Menurut Siti Sairah mereka "sangat terkejut dan tak sangkat jadi juara untuk kali ke 2. Ini semua berkat doa mak yang tiap-tiap hari akan telefon kami untuk beri semangat. Perasaan gementar tiap kali di pentas sentiasa ada kerana saingan hebat-hebat belaka".

Manakala Saidah juga terharu kerana mendapat sokongan daripada penonton. “Mula-mula memang sedih dan tertanya-tanya pada diri sendiri apa lagi yang perlu dibuat untuk menang. Adik saya Siti Sairah memang minat menyanyi dan dah lakukan yang terbaik setiap minggu. Keadaannya yang kini hamil tak langsung mengganggunya dan ini membuatkan saya nekad untuk memberikan persembahan terbaik dan hilangkan perasaan gementar.” 


Sementara itu, pasangan sepupu Sissy Imann dan Naim Daniel gagal menambat hati Ajai dan Mas Idayu apabila nyanyian dan persembahan lagu Jampi (nyanyian asal Hael Husaini) yang ditukarkan kepada genre keroncong mendapat kritikan daripada Mas Idayu. Kritikan pedas itu buatkan Sissy Imann sebak hingga mengalirkan air mata di atas pentas.

Rentetan daripada itu, Mas Idayu dikecam hebat oleh netizen apabila memberi markah 4/10 dan Ajai pula memberi markah sebanyak 5/10. Tak apalah Sissy dan Naim, cuba lagi minggu hadapan, ok. Buat pasangan "siti sisters" TAHNIAH!


Program realiti Famili Duo disiar secara langsung di TV3 setiap Ahad, jam 9 malam secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Jangan lupa saksikan, k.


Selamat Tahun Baru 2023 dari Menara KL

 

Tahun 2022 dah labuhkan tirainya. Dalam seribu kepayahan, dalam suka bersulam duka, sampai jugak kita ke tahun 2023, kan. Misz-ella sambut kedatangan tahun 2023 di Menara KL, menara ke 7 tertinggi di dunia.


Menara KL adalah menara telekomunikasi yang tertinggi di Asia Tenggara. Lokasinya yang terletak di tengah-tengah pusat bandar dan dalam hutan simpan Bukit Nanas. Sangat strategik! Sehingga ia bukan sahaja menjadi tarikah pelancong asing malah juga menjadi tarikan penduduk tempata.

Cantik pemandangan bandar Kuala Lumpur dari sky deck.


Bersempena dengan kedatangan tahun baru yang lalu, Menara KL telah mengadakan sambutan menjelang tahun baru bertemakan A NIGHT IN THE SKY di sky deck di mana pengunjung berpeluang melihat pemandangan cantik bandar Kuala Lumpur di malam hari yang dilimpahi cahaya dari pelbagai sudut dan arah.



Pengunjung juga tidak melepaskan peluang mengambil gambar di sky box. 



Misz-ella pun tak lepas kan peluang, turut bergambar di Sky box. Cantik sungguh bandar Kuala Lumpur dari Menara KL ni. Bangga!


Ada yang menjamu selera di Sky cafe! Bayangkan, minum kopi di malam hari bersama pemandangan lampu-lampu indah dari pelbagai arah. Meriah! Hanya ada di Menara KL!


Selain dari itu, ada juga persembahan tarian dan LIVE Band untuk menghiburkan tetamu yang datang meraikan ketibaan tahun baru di Menara KL.


Selamat Tahun Baru 2023 dari Menara KL. Meriah sambutan tahun baru di Menara KL haritu bersama rakan-rakan dan tetamu yang lain. Tahun depan boleh datang lagi. Sebarang maklumat untuk Menara KL sila layari www.menarakl.com.my








Kenapa Ketika Cinta Itu Ada best?

Secara tak langsung, Misz-ella telah tertonton drama bersiri Kerana Cinta Itu Ada, walaupun tak tonton tepat jam 7:30 malam .. 

Walau baru tonton beberapa siri, Misz-ella rasa drama ni best sebab :- 

1) plot cerita sangat kuat & kemas. Kejadian serta peristiwa yang dipersembahkan adalah cerita yang nyata, yang benar-benar terjadi atau pernah jadi di alam realiti. Babak demi babak disusun rapi .. serta mudah difahami dan buat penonton “addictive” - tak sabar nak tunggu episode seterusnya, kan

2) skrip yang sangat bersahaja, tapi tepat (spot on), dan menusuk ke kalbu sehingga kita bisa tersenyum sendiri merasai kemanisan cinta Aisy dan Bella tanpa perlu babak berpelukan, bersentuhan atau manja mengada-ngada yang over

3) barisan pelakon yang WOW! Edika Yusuf, Datuk Shah Rezza, Dian P. Ramlee, Nabila Razali, Aedy Ashraf, Mas Anizan serta pelakon tambahan  yang lain pun best! Gandingan Nabila Razali dan Aedy Ashraf sangat best di mata Misz-ella. Dua-dua lebih kurang sama muda, lakonan “konon-konon selamba” Aedy Ashraf menjadi manakala lakonan “konon-konon malu!” si Nabila Razali buat hati kita tercuit sama. Ada masa-masa tak rasa macam diaorang tengah berlakon. Lakonan Emylia Rosmila sebagai makcik Lidia yang gedik pun best! Lakonan Dian P. Ramlee sebagai Tok Mi pun buat kita geram je, kan. Anyway, aku suka karakter Bella .. strong and she has her own stand.

4) pemandangan yang sangat cantik

Makin hari, makin best drama ni, kan. Misz-ella pun macam korang jugak .. Teruja nak tengok episod seterusnya.

Setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam hanya di TV3. Jom kita “check it out”

Kerana Cinta Itu Ada @ Akasia di TV3

 Hello pembaca kesayangan,




Mulai 28hb Disember 2022 yang lalu, drama bersiri Kerana Cinta Itu Ada telah mula bersiaran di slot Akasia, TV3 pada jam 7 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Kisah cinta pelakon Nabila Razali yang diadaptasi dari novel Kerana Cinta Itu Ada karya Sophilea ini mengisahkan Nabila Aulia atau Bella yang mengusahakan resort milik keluarganya di kampung, Villa Paksina Chalet selepas berhenti kerja di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. 

Bella berkenalan dengan Tengku Aisy Mateen (Aisy),  anak kepada pemilik hotel tempat beliau bekerja dahulu semasa berebut sejambak bunga lily di sebuah kedai bunga. Sejak dari peristiwa itu, mereka sering berjumpa dan menjadi semakin rapat sejak Aisy berkunjung ke Villa Paksina yang diuruskan oleh Bella.

Zhafran, Pengurus hotel di tempat Bella bekerja sebelum ini mengejar cinta Bella  meninggalkan kekasihnya Dahlia, kawan baik Bella.

Kehadiran Aisy  telah mencuri perhatian Dahlia lalu cuba memikat hati  Aisy tetapi beliau telah terlebih dahulu mencintai Bella dan telahpun melamar Bella untuk menjadi isterinya.

Dahlia yang kecewa cintanya ditolak semakin membenci Bella tetapi masih mengekalkan hubungan baik dengannya demi kepentingan peribadi. Menjelang hari perkahwinan Bella dan Aisy, Dahlia telah memfitnah Bella kononnya dia menjalin hubungan dengan Rayyan. Aisy yang pernah terluka gara-gara bekas tunangnya curang, mempercayai fitnah tersebut.

Bella yang kecewa dengan tindakan Aisy yang mempercayai Dahlia telah merayu agar perkahwinan mereka diteruskan demi menjaga nama baik keluarga. Aisy bersetuju. Sebaik sahaja perkahwinan mereka dilangsungkan, Bella mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

Sekembalinya ke tanah air, Bella mendapati Aisy masih setia menanti dan mereka masih suami isteri yang sah. Walaubagaimanapun, hati Bella yang luka telah membenci Aisy. Apakah kesudahannya? Berjayakan Aish menawan hati Bella semula? Kita sama-sama tunggu dan tonton, k.

Drama terbitan Global Station Sdn. Bhd. sebanyak 28 epsod ini diarahkan oleh Azri Izhar.


Lakonan 
Nabila Razali sebagai Nabila Aulia atau Bella
Aedy Ashraf sebagai Tengku Aisy Marteen
Puteri Khareeza sebagai Dahlia
Shazuwan Hassan sebagai Zafran
Alvin Chong sebagai Rayyan
Emelda Rosmila sebagai Puan Dhia
Dian P. Ramlee sebagai Puan Arifah
Mas Anizan sebagai Puan Alawiyah
sebagai