Pages - Menu

Khairuddin mahu kekal 'brutal' demi pembangunan Paya Jaras, Sg Buloh

Pilihanraya bagi enam (6) negeri di Malaysia bakal berlangsung pada 12 Ogos 2023, maka rakyat pun bakal keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab untuk mengundi termasuklah Misz ella sendiri.

Bakal mengundi di Sg Buloh, sebuah daerah dalam negeri Selangor yang lokasinya di pinggir bandar Kuala Lumpur. Sg Buloh yang damai dan indah, tenang, tiada pembangunan melampau tetapi tidak terpinggir oleh arus pemodenan. Selama 22 tahun menetap di Sg Buloh, yang ada hanya rasa bahagia. Pernah Misz-ella berhijrah, keluar sekejap dari Sg Buloh tapi tak lama. 

Sg Buloh ku tercinta, sampai kadang Misz-ella terlupa yang saya lahir di Kuala Lumpur. Di Sg Buloh ini Misz-ella mulakan kehidupan bekeluarga, berkerjaya, memulakan karier sebagai blogger hingga menubuhkan syarikat sendiri. Pelbagai perubahan di Sg Buloh telah Misz-ella saksikan.  Dari jalan persekutuan FR 54 yang sempit sehingga ia dinaiktaraf, dari Saujana Utama yang kurang penghuni sehingga ia meriah dikelilingi oleh taman-taman kejiranan lain yang berdekatan, dari tiadanya restoran McDonalds sehingga kini di Sg Buloh telah ada 3 restoran McDonalds, dari hanya Klinik Kesihatan Sg buloh hingga kini ada Hospital Sg Buloh, Putra Medical Centre, Hospital UiTM Sg Buloh dan kini ada Hospital UiTM Puncak Alam (berjiran dengan Sg Buloh) Sejujurnya saya sangat bangga melihat pembangunan dan kemajuan di Sg Buloh.



Baru-baru ini Misz-ella berpeluang berbual dengan Mohd Khairuddin Othman, calon pilihanraya dewan undangan negeri bagi kawasan N38, Paya Jaras, Sg Buloh.



Nama Mohd Khairuddin Othman bukanlah asing buat penduduk Sg Buloh malah dalam keluarga Misz-ella sendiri. Almaklumlah, mama, kakak dan abang Misz-ella juga adalah warga tetap Sg Buloh. Mama sememangnya adalah penyokong tegar Khairuddin, rajin dia turun padang menyertai majlis yang dihadiri Khairuddin berbanding dengan kami semua. Balik dari majlis bertemu Khairudddin, hati terdetik "Beliau ada karisma tersendiri, ada wawasan dan ada arah tujuan dalam memperjuangkan hal-hal berkaitan di Sg Buloh"


Menurut Khairuddin, perjuangan sebagai wakil dewan undangan bukanlah mudah. Perlu ada sensitivity, humanity, emphathy, sympathy malah 'brutality' bagi memastikan suara penduduk Sg Buloh di dengar. Will power is very important. Kalau kita tak da 'brutality', tak kuat semangat dalam perjuangan, bagaimana suara Sg Buloh ini didengari .. kata Khairuddin.

Khairuddin mula terlibat dalam kerja-kerja kebajikan sejak bergelar peguam dimana beliau melibatkan diri dalam kerja-kerja pro bono, mewakili golongan kurang berkemampuan yang memerlukan khidmat guaman secara percuma.




Dari situ terbit rasa mahu memberi dengan lebih lagi maka medan politik adalah platform terbaik. Sepanjang 15 tahun di Sg Buloh (mula bertanding di Sg buloh pada tahun 2008), Khairuddin sangat dekat dengan masyrakat dan telah melalui banyak moment menyentuh hati yang bukan sahaja meninggalkan kenangan indah di kalangan penduduk malah beliau sendiri.

Mengulas tentang perbezaan membela nasib rakyat sebagai peguam dan ahli politik "hak bergaduh dan marah dah tak da kerana sekarang rakyat yang akan marah kita. Bukan itu sahaja, hak bersama keluarga pun dah hilang. Keluarga hanya memiliki jiwa sahaja, badan kita adalah milik rakyat'.

Dari kaca mata Misz-ella sendiri, Sg Buloh tiada masalah besar. Kalau kita sebut soal traffik jem, traffik di Sg Buloh hanya teruk pada waktu puncak. Bukan kerana jalan berlubang atau tidak dilebarkan tetapi kerana kepadatan kapasiti penduduk itu sendiri (ramai yang suka menetap di Sg Buloh, kan). Masalah paling besar pun adalah banjir kilat yang berlaku sekiranya dilanda hujan lebat tanpa henti. Ini disebabkan oleh sistem perparitan disini yang dibina dari zaman British dimana ia tidak mampu menangani masalah limpahan air ketika banjir.

Walaupun begitu, beberapa usaha telah dijalankan seperti mendalamkan Sg Kedondong dan akan disusuli dengan kerja melebar dan mendalamkan Sg Buloh secara sistematik. Kerja-kerja meninggikan tebing Sg Subang dan pelbagai usaha pembaikan dan menaiktaraf juga sedang giat dijalankan.

“Saya juga tidak bercita-cita besar dalam politik. Saya tidak mahu merebut jawatan. Saya hanya mahu terus kekal berkhidmat di Sg Buloh ini. Selagi masalah-masalah di Sg Buloh belum dapat diatasi sepenuhnya, selagi ada orang susah yang masih perlu dibantu, selagi itulah saya masih mahu memberi khidmat disini”



Bakal menentang calon Pas, Professor Datuk Ab. Halim Tamuri dan calon Bebas, Nurhaslinda Basri pada PRN 2023 ini, Khairuddin tidak akan mensia-siakan harapan yang diletakkan ke atas beliau sekiranya mendapat kepercayaan penduduk Sg buloh sekali lagi.



Selamat menunaikan tanggungjawab untuk mengundi buat warga Sg. Buloh. Semoga Sg Buloh terus kekal tenang, damai disebalik arus pemodenan yang tidak melampau. Semoga Khairuddin Othman dapat terus "KEKAL BERKEBAJIKAN"  di Sg Buloh yang indah ini. Jangan lupa undi calon N.38 Khairuddin Othman, k.

50 and happy!

 

Another year has passed.  Alhamdulillah I reached 50, umur yang dinanti-nantikan oleh semua orang iaitu pertengahan usia, tak terlalu tua dan tak muda. Seperti biasa, bulan kelahiran disambut dengan penuh kesyukuran dan dengan penuh kasih sayang. 

Terima Kasih kawan-kawan who made their time for my birthday. Time is the best gift we can give others sebab berharga nya setiap masa itu sehingga it will happen and passed our life hanya sekali sahaja. We can't reverse time. Pukul 12 pada 1/8/2023 hanya akan berlaku seumur hidup kita, takkan ada kali kedua. Betapa berharga nya masa sehingga disebut di dalam Al-Quran "Demi masa, Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian ... 

So kalau orang luangkan masa untuk kita, kita kena appreciate dan berterima kasih kepada dia. Banyak sambutan harijadi tahun ini, and I want to share this moment in this blog first (sambutan yang lain akan menyusul later-later ye)


Terima Kasih Kak Midah atau Datin Hamidah Omar for hosting my beautiful birthday lunch at the newly opened EL&L cafe, Pavillion KL. Masa birthday I, Kak Midah balik London, tengok rumah dan family dia di sana. Kak Midah is my Umrah roommate whom I have known since 2019. Since 2020, Kak Midah tak pernah lupa celebrate birthday Ella.

 Teringat masa buat Umrah dulu, 14 hari di bumi Arab menjadi tetamu Allah kemana-mana kita bersama. Dari bangun pagi, bersiap, ke masjid, sarapan, beramal ibadat, ziarah ke sini sana, tidur malam semuanya sama-sama. Kak Midah jaga Ella, ajar Ella cara-cara pakai tudung (Itu adalah kali pertama dalam hidup I, I pakai tudung selama 14 hari non-stop). Masa tu, I nak cucuk jarum peniti kat tudung pun kekok. Kak Midah yang ajar Ella. Sebenarnya deep inside my heart I was so worried, "aku tak pernah pakai tudung. Jangan la aku sakit kepala masa Umrah nanti" dan hati mula pasang niat "Teringinnya nak pakai tudung (that was the only thing I have not done for myself during that time) dan mula pasang niat "Kalau dalam tempoh 14 hari ni aku tak sakit kepala, balik ni aku nak terus bertudung". Niat yang baik itu Allah makbulkan, maka saya terus dan kekal bertudung sehingga sekarang. Walaupun belum betul-betul sempurna tapi Alhamdulillah, istiqomah.



Kak Midah dah arrange awal-awal untuk aja Azy, Rayme dan Asyraf supaya join lunch tu sekali. Terima Kasih kak Midah jemput wajah-wajah kesayangan saya untuk bersama raikan saya. Sahabat yang baik macam ni la, tak selalu jumpa tapi kita simpan dia dalam hati, tempat paling selamat di dunia ini kerana rahsia hati, Allah saja yang tau.



.

Coffee and cakes are the perfect combination that enlivens our day. Tak lengkap hari kita tanpa kopi, kan.


Thank you again kak Midah for always remember me. Semoga Allah rahmati akak, sayangi akak atas segala kebaikan akak. Thank you Azy kerana selalu buat kita ketawa, such a jovial person. Semoga Allah happy kan Azy jugak kerana buat kita happy. Thank you Rayme sebab selalu buat kak Ella rasa "saya kakak yang ada adik yang baik serta sangat berhemah". Rayme kalau nak tanya apa-apa "Akak ok ke dengar cerita saya ni? Akak free ke untuk kopi-kopi dengan saya?" Anak sapa la yang sangat sopan tu, kan. Thank you Asyraf for coming. I had a good time spending quality time with you all.










Hidangan Nyonya pada harga berpatutan di Hotel Santa Grand Signature

Hai pembaca kesayangan,

Baru-baru ini Misz-ella berpeluang ke Hotel Santa Grand Signature yang bertempat di Jalan Ampang, Kuala Lumpur untuk menikmati makanan citarasa Peranakan. Hotel baru, suasana baru, makanan pun dah semestinya baru. Teruja!



Hotel Santa Grand Signature baru dibuka pada penghujung tahun 2022. Sebaik melangkah masuk ke ruang lobi, "cantiknya hotel ni"... Suasana di lobi sangat menenangkan hati dengan pencahayaan yang terang, lobi yang selesa dan dekorasi moden dengan sentuhan hiasan ala-ala etnik peranakan .. MENARIK!



Di lantai 3 hotel, terdapat Kapitan Kafe yang menawarkan 'all day dining' buat pengunjung-pengunjung menjamu selera. Istimewanya di sini ialah pengunjung bakal menikmati hidangan Peranakan Baba Nyonya. Baru-baru ini Hotel Santa Grand Signature telah memperkenalkan promosi 'Authenthic Nyonya Noodles Hut' di mana pengunjung boleh menikmati hidangan Peranakan Baba Nyonya pada harga RM15.00 sahaja semangkuk.

OK .. mari kita lihat apa kah yang istimewanya di sini ..


Nyonya Laksa

Walaupun namanya Nyonya Laksa tetapi ia menggunakan mee kuning yang dimakan bersama kuah lemak yang sangat sedap. Lepas tu dilengkapi dengan bahan-bahan iringan seperti terung. kacang panjang, tahu kering, fish ball dan udang. Kuah lemak tu punya rasa yang sangat sedap kerana dibuat dari bahan-bahan terpilih seperti buah keras, kunyit hidup, lengkuas, udang kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Dimasak bersama santan pekat dan bersesuaian dengan nama laksa, ia nya ada bunga kantan dan daun kesom. Kali pertama cuba Nyonya Laksa, terus jatuh cinta. Recommended lah


Nyonya Curry Mee

Nyonya Curry Mee ni pun sedap malah sangat istimewa kerana ramuan kuahnya bukan serbuk kari sahaja malah ada juga daun limau purut, lengkuas, serai dan bahan-bahan lain. Special, kan.



Nyonya Assam Laksa

Asam Laksa bukanlah asing dikalangan kita, kan malah rasa asam laksa dah boleh kita jangka.  Bila makan laksa, saya lebih suka meratah bahan-bahan iringan seperti nenas, timun, bawang, daun salad yang telah dihiris berbanding makan laksa itu sendiri. Kalau dua hidangan di atas sudah secukup rasa, untuk Nyonya Assam Laksa ni, saya sarankan kita perah limau kasturi untuk sesiapa yang suka lebih masam.



Promosi "Authenthic Nyonya Noodles Hut' ini berlangsung dari hb Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023. Setiap hidangan berharga RM15.00 sahaja dengan tambahan RM6.00 sahaja untuk segelas Teh Tarik atau Ice Lemon Tea. Selain dari di Kapitan Kafe, hidangan-hidangan ini turut boleh didapati di Sky Lounge dan juga Kopi Bar.






Jangan tunggu lagi. Jom kita beramai-ramai ke Hotel Santa Grand Signature untuk nikmati hidangan Peranakan Nyonya ini bersama-sama, dah tak perlu travel jauh-jauh hingga ke Melaka, kan. Sambil makan, sambil jamu pandangan mata dengan kehijauan hutan simpan Bukit Nenas ni. Cantik, kan.

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi 03-20271969 atau layari www.santagrandhotels.com.my Jangan lupa ikuti Instagram mereka di https://www.instagram.com/sgsklcc/