Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

C88 Premier with Swarovski Gemstones co-branding collaboration

Hello readers ..



Let me tell you this .. I am a fan of Swarovski and when I received an invitation to witness the Official Ingredient Branding Partner signing ceremony between HWL Jewellery Trading Sdn Bhd and Swarovski Gemstone, I was excited. Counting the days and look forward to be part of this meaningful event.







Swarovski is not new to me and among the Malay, some of them even owned a few pieces of tudung with Swarovski finishing and for me I had one piece of crystal Swarovski all the way from UK given by my son, Aiman.

OK let us know more about Swarovski. 

Swarovski, a company whose reputation for innovation, cutting precision, unrivaled quality and service has been at the forefront of the international market was born in year 1895 by Daniel Swarovski, a Bohemian jeweller. 

Pic credit to www.swarovskigroup.com

Swarovski adds sparkle to everyday life with high-quality products and services that exceed customers’ desires. As at todate, Swarovski applies 120 years of technical expertise and creative vitality to a vast and colourful world of inspiring products – from jewellery, watches, eyewear to consumer electronics.
In 1965, Swarovski Gemstones was formed employing only the finest raw materials and the strictest manufacturing standard to conceive genuine gemstones and created stones. They cut and polish exclusively on their own company premises, guaranteeing outstanding results in shape, colour and brilliance, meeting the topmost social and environmental standards.
 

Swarovski’s ultimate aim is to see their product truly shine. Swarovski exclusive package comes with a collection of distinctive labels, offering you the full marketing potential of the Swarovski brand for all of your communication activities : Made with Swarovski Zirconia and Made with Swarovski Gemstones serve both as a symbol of authenticity and a promise of exceptional quality.


On the other side, HWL Jewellery Trading Sdn Bhd, founded in year 1985, a company sourcing of raw materials, designing, manufacturing and wholesaling of gold and silver jewelleries to over 600 jewellery retail shops across Malaysia.

Carrying a brand name C88 Premier, HWL Jewellery owned a jewellery processing plant in Georgetown, Pulau Pinang and are very strict in quality control. They produced a diamond-standard quality stone setting craftsmanship which are commonly found in premium jewelleries, especially diamond jewelleries because of the complexity and the long hours of works involved.

Each and every piece of products are carefully crafted and will feature smooth and polished surface as compared to standard quality techniques which will leave scars and marks which leads to rough and dull surface.

The gaps between each and every stones are identical and the placement of the prongs features parallel and symmetry dimensions.

HWL Jewellery invests on machineries and new technology to ensure continuous improvements and innovations in their product.



In year 2017, HWL Jewellery achieved another milestone by signing a co-branding collaboration with Swarovski Gemstones through C88 Premier.



The collaboration of both parties ~ The combination of the breath-taking outstanding gemstones from Swarovski and HWL Jelwellery Trading Sdn Bhd which produce outstanding craftsmanship is a recipe for perfection. This truly living up to C88 Premier's tagline : Eternal Sparkles.


Mr. Low Soon Tian, Director of HWL Jewellery Trading Sdn Bhd and Mr. Kurt  Zbinden, Vice President Operations, SE Asia of Swarovski during the signing ceremony

This collaboration signals nothing less than pure confidence that an international company such as Swarovski has in the products on HWL Jewellery Trading Sdn Bhd. Through this collaboration products on even higher quality will be made available to the Malaysian market. 

 
Congratulations HWL Jewellery Trading Sdn Bhd and Swarovski Gemstones for the collaboration


Thank you HWL Jewellery Trading Sdn Bhd for having me. I had a good time witnessing the meaningful signing ceremony and I want to say that fell in love by the magnificence of C88 Jewelleries showcased during the event. It is seriously gorgeous and beautiful.

For more info check C88 website at www.c88.my












Speed Dating this Valentine?

Hello lovely readers ..

This Valentine's Day, there's no such thing as running out of ideas. Sunway Putra is organising Speed Dating for singles and couples. You can have a fun evening out with someone you know or you don't ðŸ˜‰







Speed dating almost always is conducted the same way, with a few variations on the placement of the daters, the time limit and so forth. In most cases, the women sit and remain seated for the duration of the speed-dating event. When a bell or other noise sounds, the men each sit across from a woman of their choice. The couples then have a set amount of time to converse with each other. True to its name, speed dating usually only allows about three to five minutes per "date," so that everyone in the room is allowed an opportunity to mingle. When the bell sounds again, the men get up and move to their right to start a new "date

Interested to meet someone new? Well .. it could be fun or who knows this is the opportunity to meet your future Mr. or Mrs. Right *ehemmm .. dont forget to tell me if this happen*

For more information, contact Azkia at +6016-717 2683 or email niksaaz@sunwayhotels.com 

MENTOR MILENIA 2017 - bermula 5hb Februari 2017, 9 malam di TV3

Hello peminat-peminat hiburan tanahair,


Mulai dari 5hb Februari 2017 ini, kita bakal berpeluang menonton Mentor Milenia, program pencarian bakat baru dalam bidang nyanyian khusus buat golongan muda berusia antara 17 hingga 21 tahun.

Tomok, Mentor baru buat tahun ini

Mengekalkan format yang sama seperti tahun yang lepas, Mentor Milenia 2017 menampilkan empat penyanyi popular tanah air sebagai barisan mentor yang bakal menggilap bakat-bakat protégé nya. Tahun ini Mentor Milenia menampilkan kelainan dengan kehadiran Tomok disamping mengekalkan Black, Hazama dan Akim. Tomok dipilih untuk bersaing dengan ketiga-tiga mentor sedia ada berdasarkan kepada pencapaian dan pengalaman beliau sendiri yang pernah menjuarai tiga program berbeza iaitu One In A Million, Versus dan Pop Krew.

Sessi uji bakat mencari peserta telah berlangsung selama lima minggu di Horizon Hotel Kota Kinabalu, Sabah (10 Disember 2016) dan Theatrette Sri Pentas, Bandar Utama (17 & 18 Disember 2016 - Tomok, 24 & 25 Disember 2016 - Black, 31 Disember 2016 & 1 Januari 2017 - Akim, 7 & 8 Januari 2017 - Hazama). Lebih seribu orang peserta telah menghadiri sessi Uji bakat tersebut tetapi hanya 12 orang yang terbaik sahaja terpilih untuk ke pusingan seterusnya.


Mentor Milenia pertama akan ke udara pada 5hb Februari ini dari pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam dan akan dihoskan oleh Issy Fazlisham dan Marsha Milan Londoh.



Tiga bakal protege kepada Tomok, Akim, Black dan Hazama akan membuat persembahan solo mereka di konsert pengenalan pada 12 Februari  - Akim & Hazama


Manakala pada 19 Februari pula adalah giliran bagi 3 orang bakal protege Black & Tomok. Dari tiga orang peserta ini, hanya dua bakal dipilih oleh mentor masing-masing untuk mara ke peringkat seterusnya di pentas Mentor Milenia 2017.

Selepas itu, lapan protege terpilih ini akan bertanding dalam 9 konsert mingguan bermula 26 Februari yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral bagi melayakkan diri ke pentas akhir.


Berbeza dengan musim lepas, Mentor Milenia 2017 menampilkan Datuk Hattan sebagai Juri tetap dan seorang juri professional jemputan setiap minggu. Penasihat Mentor Milenia 2017 pula adalah Azmeer  manakala Sazlan Mat Adnan dilantik sebagai Koreografer dan Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok-U pula sebagai Pengarah Muzik

Para protege akan diberi markah oleh Juri Professional dan Juri Tetap sebanyak 50% , 30% lagi adalah menerusi undian di laman web rasmi Mentor Milenia dan baki 20% lagi daripada juri awam di Studio.

Protege yang gagal meraih jumlah markah tinggi akan disingkir dan Juara Mentor Milenia bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.00.



Mentor Milenia 2017 ini dibawakan khas oleh Neffos, Telefon pintar generasi Milenia selaku penaja utama manakala tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan ZIP sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio. Menariknya kali ini, TV3 akan bekerjasama dengan Smule, applikasi karaoke popular. Jangan lepaskan peluang untuk menyanyi bersama mentor pilihan anda bermula pada bulan Mac ini menerusi applikasi tersebut. Wahhh .. best, kan. Berpeluang berkaraoke dengan Akim, Tomok, Hazama atau Black melalui Smule. Kaki karaoke apa lagi .. Jom !

Sebenarnya, Misz-ella sendiri teruja nak saksikan gelagat para mentor ini dan protege mereka. So peminat-peminat hiburan tanahair, jangan lupa melekat di depan TV anda bermula dari 5 Februari ini pada jam 9 malam untuk saksikan Mentor Milenia 2017. Ambik remote TV tekan no. 3 .. jangan tekan saluran lain ok. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.tv3.com.my/mentormilenia dan ikut juga laman social Facebook TV3, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 dan jom kita sama-sama gunakan hashtag #MentorMilenia bagi menghangatkan perbualan tentang program ini di laman media sosial. Mentor Milenia 2017 juga boleh ditonton melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my


Misz-ella bersama team Unit Perhubungan Awam TV3

Akhir kata, Terima Kasih TV3 kerana menjemput misz-ella.blogspot.com ke Majlis Sidang Akhbar Mentor Milenia 2017 dapat lah Misz-ella kongsikan berita ini dengan you all semua, kan. Meh nak pantun sikit .. Terima Kasih Daun Keladi. Esok-esok Jemput lah lagi. OKBye.





Fazura ikat kontrak pengurusan 360 dengan Universal Music Malaysia

Hello pembaca budiman,

Kali ini Misz-ella nak cerita tentang Fazura, aktres kesayangan rakyat Malaysia termasuklah Misz-ella.


Kalau kerana Fazura, Misz-ella yang jarang tonton Filem Melayu ini dengan rela hati serah diri ke panggung semata-mata kerana nak tengok lakonan beliau. Selain dari itu, Misz-ella hafal lagu duet Fazura bersama kumpulan Estranged ~ Hancur Hancur Aku dan jangan tak tau, Fazura turut berduet dengan Ridho Rhoma dalam lagu Bulan Terbelah di Langit Amerika, OST dari filem tersebut.

Seperti tersusun cantik dan tidak mahu menoleh ke belakang, Fazura yang sebelum ini tidak pernah mempertaruhkan karier seninya di bawah pengurusan sebuah syarikat telah mengambil langkah berani apabila kini secara rasmi mengikat kontrak bersama syarikat rakaman gergasi Universal Music.


Sidang Media yang diadakan 2 Februari 2017, menyaksikan kontrak yang ditandatangani bukan sahaja melibatkan kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi, sebaliknya, Fazura memberi kepercayaan penuh terhadap Universal Music untuk menguruskan segala urusan karier seninya termasuk kontrak sebagai duta dan hal berkaitan.

Keputusan tersebut diambil bukan sekadar untuk memastikan kerjayanya dalam bidang seni lebih kukuh, tetapi Fazura mahu memastikan impak yang besar dan lebih positif terjadi kepada karier seninya.

 

"Pihak kami telah lama mengikuti perkembangan karier Fazura. Sebagai anak seni, beliau memiliki perjalanan karier yang baik dan memberi pengaruh besar terhadap banyak peminatnya.

"Apabila melihat kepada perjalanan kariernya yang positif dan semangat beliau untuk terus berkembang maju, Universal Music tidak teragak-agak mengikat kontrak dengan Fazura dan mengambil tanggungjawab besar serta memainkan peranan untuk mencorakkan kerjaya seninya daripada segenap segi.
  
"Besar harapan kami, agar kerjasama yang dijalinkan ini akan memancarkan lagi pesona Fazura dalam dunia hiburan," ujar Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapura, Encik Kenny Ong.



Sehubungan itu, Universal Music dengan bangganya mempersembahkan single kolaborasi Fazura bersama pemenang The Voice Filipina musim ke-2, Jason Dy.

Menepati janji mereka, single tersebut menyaksikan Fazura tidak duduk dalam zon selesa negara sendiri apabila beliau menjalin kolaborasi bersama Jason Dy untuk lagu berjudul "Nothing Like Pag Ibig".

Kolaborasi itu sekali gus menyaksikan Fazura bakal menakluk pasaran muzik Filipina, sama seperti beliau sukses memikat hati peminat di Indonesia dengan bakat lakonannya.

 

"Untuk 'salam perkenalan' pesona Fazura, pihak kami berbangga mempersembahkan kolaborasi beliau bersama Jason Dy, seorang penyanyi di Filipina.

"Kolaborasi ini secara tidak langsung membuktikan Universal Music begitu komited dan serius untuk memberi anjakan besar terhadap karier nyanyian Fazura.

"Seperti yang kita sedia maklum, beliau sudah berjaya menawan hati peminat Indonesia dengan lakonannya, saya percaya menerusi single duet Nothing Like Pag Ibig, peminat Filipina akan terpesona pula dengan bakat nyanyiannya," ujar Kenny lagi.


Sementara itu, Fazura juga berbesar hati dan cukup teruja untuk melihat perkembangan positif selepas beliau menyerahkan masa depan karier seninya kepada Universal Music.

"Saya mengambil keputusan memberi kepercayaan penuh untuk Universal Music menguruskan karier seni saya kerana portfolio syarikat rakaman ini cukup baik.

"Dari segi nyanyian, banyak penyanyi hebat bernaung dengan Universal termasuk Yuna dan Dato' Siti Nurhaliza yang menyerahkan kerja pengedar album kepada Universal.

"Justeru saya terpanggil untuk duduk di bawah Universal Music agar bukan sahaja kerjaya nyanyian saya dikembangkan dengan lebih baik, tetapi memastikan karier seni saya  lebih terurus dan terjamin. Dan saya percaya bahawa Universal Music akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik," ujar Fazura.

Sepertimana Universal Music, Fazura cukup teruja menantikan respons terhadap kolaborasi perdananya dengan Jason Dy, sementelah ia merupakan kerjasama pertamanya dengan anak seni dari Filipina.


Pihak pengurusan Universal Music juga telah merangka dan menyusun projek istimewa Fazura di luar bidang nyanyian seiring dengan kepercayaan yang diberikan untuk memperkembangkan karier seninya.

Dengan berita baik ini, Misz-ella rasa peminat-peminat setia Fazura mesti makin teruja, kan kerana kita bakal menyaksikan kemunculan Fazura dengan single duet nya berjudul Nothing Like Pag Ibig, dengan penyanyi dari Filipina, Jason Dy. Dan selain dari itu, bermacam lagi projek istimewa Fazura sedang dirancang oleh pihak Universal Music. Wow .. bakal meriahlah arena dunia hiburan 2017 kita dengan kolaborasi bersama Fazura dan Universal Music ini, kan. Jom kita nantikan sama-sama ye.













Cabaran Kurus 15 Hari Dengan Body Dream Coco-S

Hello readers ..

Hari ni jom kita cerita tentang Cabaran Kurus. Well rasanya cabaran untuk menguruskan badan atau menurunkan berat badan adalah antara perkara paling mencabar, kan. Bukan senang nak kurus .. kalau tak kuat disiplin, kalau tak jaga pemakanan dan tak amalkan gaya hidup sihat. Nak pulak duduk di kota besar Kuala Lumpur di mana makanan sedap boleh dinikmati 24 jam sehari. McDonalds, Kedai Mamak .. 24 jam bukak maka supper menjadi amalan sesetengh dari kita, kan .. maka impian nak kurus hanya angan-angan.


Baru-baru ini Misz-ella dijemput ke event Cabaran Kurus 15 Hari dengan Body Dream Coco-S .. teruja nak tau apakah produknya .. 


Dah sampai kita daftar dan isi borang maklumat diri


So ini lah dia Subjek utama kami pada petang itu ~ Body Dream Coco-S. 

Pengenalan produk oleh Puan Sarra Shahrin, pengasas Body Dream Coco-S dan Encik Hafiz.


Bahan-bahan yang terdapat di dalam Body Dream Coco-S. Antaranya ialah Garcinia Cambogia (malabar tamarind) antara bahan paling popular, paling selamat dan paling berkesan dalam penurunan berat badan dan menurunkan kolesterol. Body Dream Coco-S juga mengandungi daun Guarana yang menghasilkan kaffein yang boleh meningkatkan metabolisma badan. Selain dari tu,mengandungi Swiss Coco, Flax Seed dan Grape Seed Extract yang tidak kurang hebatnya dalam membantu penurunan berat badan. Memandangkan bahan-bahannya adalah semulajadi, Body Dream Coco-S juga sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi.



Body Dream Coco-S membantu memberi rasa kenyang dan bertenaga, mengawal selera makan dan menurunkan berat badan



Selain dari itu, Body Dream Coco-S turut menegangkan kulit yang kendur, mengurangkan selulit dan membentuk tubuh badan kita agar lebih sempurna



Menurut Puan Sarra, dengan pegambilan Body Dream Coco-S, kita tak perlu berpantang makan, tidak perlu berdiet ketat malah kita boleh makan seperti biasa. Kita cuma perlu ambil sepeket Body Dream Coco-S sahaja selepas sarapan dan teruskan urusan harian seperti biasa.





Lepas itu, kami diberi peluang mencuba Body Dream Coco-S ini. Campurkan serbuk ini ke dalam 3/4 gelas air panas, kacau dan minum. Tekstur nya sangat halus dan senang hancur ..

Dan rasanya sangat sedap .. macam minum Hot Chocolate


Selepas itu adalah sessi perkongsian ~ Terus terang cakap, selepas minum Body Dream Coco-S, Misz-ella rasa kenyang dan haus. Kena minum banyak air. Misz-ella bukanlah seorang yang suka minum Air berperisa coklat .. Milo pun Misz-ella tak suka tapi Body Dream Coco-S rasanya sangat sedap dan Misz-ella boleh terima.


Kerana keterujaan masih berterusan, Misz-ella pun jenguk lah ke Instagram Body Dream Coco-S dan terjumpa testimonial yang sangat menakjubkan.

So selepas diberi penerangan secara lebih terperinci tentang Body Dream Coco-S oleh Puan Sarra dan merasa sendiri kesedapannya, kami pun pulang dengan sekotak Body Dream Coco-S untuk dicuba dan Misz-ella ada berita baik nak kongsi dengan you all semua ~ Aiman telah mencuba Body Dream Coco-S selama enam hari dan berat badan dia dah berkurang sebanyak 2kg! Well .. dah tentulah Mama Aiman tumpang gembira dan teruja bila berat badan Aiman turun dari 71.8kg ke 69.8kg dalam masa enam hari pengambilan Body Dream Coco-S. Tak sabar nak tau jumlah total loss Aiman selepas dia habiskan sekotak (15 sachet) Body Dream Coco-S ini nanti. Ehh .. mama dia pulak lebih-lebih teruja *hehe*




So pembaca-pembaca budiman, kalau nak tau lebih informasi tentang Body Dream Coco-S, boleh lah layari laman web https://bodydreamhq.wordpress.com atau ikuti Instagram mereka di https://www.instagram.com/bodydream.official/

Nasihat ikhlas dari Misz-ella buat mereka yang ingin menurunkan berat badan, CUBA!! Kalau tak cuba kita tak tau, kan. Sekotak Body Dream Coco-S yang mengandungi 15 sachet ini berharga RM95 sahaja. Tidak lah terlalu mahal, betul tak? 


Pinggan buah warna warni

Hello readers ..

Baru-baru ini Misz-ella menerima tetamu. Hummm .. meriah sekejap rumah yang selama ini selalunya sunyi *happy*

Misz-ella masak Grilled Chicken je buat tetamu-tetamu Misz-ella di hari itu. Misz-ella jarang masak nasi kat rumah ni. I usually spent very little time at the kitchen .. lagipun saat berseorangan di rumah di siang hari, kalau nak masak nasi, masak lauk ... hummm macam tak berbaloi sahaja. So I usually opted for Western food ~ Grilled Chicken, Beef Steak or Grilled Fish perhaps .. mudah, cepat dan sangat praktikal, kan.


Juadah pencuci mulut adalah Pinggan Buah Warna Warni

Other than the Grilled Chicken, Misz-ella sertakan jugak Pinggan buah warna warni ni buat tetamu Misz-ella sebagai juadah pencuci mulut.

Seperti biasa, dapur dan makanan adalah tempat buat Misz-ella lahirkan kreativiti. Potong limau, nenas, kiwi hijau dan kiwi kuning .. susun dalam pinggan. Kebetulan dalam peti ais ada Jeruk Madu Pak Ali yang kawan Misz-ella bawa pulang dari Pulau Pinang maka Misz-ella pun hiris nipis Jeruk betik dan Jeruk salak dan campurkan sekali dalam pinggan tu. Ada juga stok Chocolate Chip Granola di dapur so mari kita tabur dan opps .. my last stock of buah delima pun ada .. maka terjadilah hidangan sepinggan buah-buahan berwarna warni bersama granola yang akhirnya safely landed in our tummy. Alhamdulillah.

To those of you who want to buy the delicious granola please visit Simply Hippie Granola Instagram Here or call Sarah at 011-2119 5066. Granola dia sangat sedap lagi berkhasiat. Boleh makan dengan susu, dengan bubur or dengan buah, just like me. Jom kita amalkan gaya hidup yang lebih sihat. Jom!