Pages - Menu

Doa utk ayah ...


3 hari berturut2 - dari 7/8 - 9/8 aku spend masa kt Hospital Taiping.  My Father in law (FIL) was admitted kt ICU. Sejak dari tahun 2007 lagi dia dah mula sakit2.  Keluar masuk hospital tu perkara biasa.  Tapi Bulan Julai ni yang paling kerap skali.  Sampai 3 kali dia masuk wad.

Brmula dari hari Rabu, ayah dah mula sesak nafas.  Mula2 ayah masuk wad biasa - Dktor cakap 'lung infection'.  Memang dia ada masalah paru2 berair.  Friday morning, his condition getting worse.  Dia dah tak boleh brnafas dengan sempurna lagi.  Masalah bendalir di paru2 ayah menyebabkan blockage dan mnyebabkan pernafasan dia tersekat2.  Paru2 dia dah tak boleh mnampung oksigen.  Oksigen level dlm badan drop to 20%.  No choice ... transfer to wad ICU.  Have to put him on life support machine.  That Friday nite .. Inlaw family was called to the hospital.  Dktor suruh brsedia utk sebarang kemungkinan.  Kata Dktor his condition not improving at all.

Aku dan Aiman masih lagi di KL ..  Abah Aiman dh balik dgn adik dia dari hari Rabu lagi. Dari siang tadi lagi aku dah mula menangis ..  tak trdaya aku menahan sebak, bila ditambah pulak dgn berita yang kuterima pada lewat mlm Jumaat tu ..aku semakin brtambah risau.  Hanya mampu brdoa.  Aku bgitau Aiman .. brsiap .. esok kita balik kampung .. Wan sakit kuat.

Pagi 7/8 - Aku dn Aiman brtolak ke Hentian Duta.  We went back by bus.  Sume tak stuju aku drive sorang2.   Tak pe .. aku faham keperihatinan diaorg.  Smpai di Hospital Taiping, ramai saudara mara dh brkumpul.  Keluarga Pak Lang dari KL, Pak Andak dari Melaka, Pak Anjang dari Perlis  sume dh sampai.  Hancur luluh hati melihat keadaan ayah yang kritikal.  Awal pagi Sabtu tu .. dktor berjaya keluarkan cecair dari paru2 ayah.  Tpi ayah tak cukup kekuatan utk menghadapi keadaan tersebut.  Degupan jantung ayah jadi tak stabil .. walaupn dia diberi ubat tidur ... tapi degupan jantungnya umpama org berlari.  Ayah tak sedar ..  he's on life support machine.  

Saat-saat mcmni ..  bila tgk tubuh ayah yg tak bermaya .. aku sebak sgt2.  Teringat kan ayah yang masa sihatnya, sgt sayang pada aku dn Aiman.  Bila2 kami pulang ke kampung, ayah la org yg paling sibuk sekali.  Mcm2 dia beli utk mnjamu kami sekeluarga.  Ayah adalah seorg yg sgt2 penyayang ..Kasih syg dan layanan ayah pada aku tak brbeza dari anak2 nya yang lain, walaupun aku cuma menantu.  

Ayah la org yang paling gembira bila kami pulang ke kampung.  Bila2 dia brjumpa dgn org kampung ..dia akan brcerita dengan bangga  ..  'Kak Long balik .. menantu aku dari KL balik'.  Ayah tak pernah brkira mengeluarkan wang ringgit utk kami sekeluarga .. walaupn hakikatnya Ayah tak lagi bekerja.   Aiman tu sedari kecil kalau aku pulang ke kampung .. mmg takkan lekang dari dokongan dia.  Dia akan  bawa Aiman dengan motornya keliling kampung .. ke kedai kopi.  Smpai besar ni pun Aiman masih manja dan manja dengan Wannya.  

Masa ayah sehat ...  rmh aku adalah rmh yang paling dia suka pergi. Cuma sejak dia mula tak sehat ni, dia dah tak kemana2 lagi. Masa aku selamat melahirkan Aiman, dia la yang paling kelam kabut skali.  Mak Mertua aku di hantar utk jaga aku dlm pantang.  Dia rela ditinggalkan sebulan di rumah demi aku dan Aiman.  Bila habis pantang, ayah jugak yang berkeras agar kenduri cukur jambul Aiman dibuat di rmhnya .. mnggunakan duit ayah sndiri.  Walaupun berat, kami turutkan jugak hajat ayah ..  Maklumlah Aiman cucu lelaki dari anak dia yang pertama.

Isnin petang .. aku dan aiman bertolak pulang ke KL.  Mskipun hati berat meninggalkan ayah, tapi kami tak ada pilihan.  Sblm aku brtolak ke Stesen bas, aku sempat tgk Ayah di wad ICU.  Aku tatap muka ayah lama2 smpai Abah Aiman ajak aku keluar pun aku tak nak.  Aku cakap 'Saya nak tgk muka ayah puas2 ..  aku sebak ..  sgt2sebak melihat ayah dlm keadaan mcmtu.  Aku tahan kesedihan aku ..  Aku tahan airmata aku dr keluar, terutama di depan famili mertua ku. Tak mahu menambah kesedihan mereka ..

Walaupun jauh .. doa ku dan Aiman tetap brsama Ayah.  Semoga ayah diberi kekuatan utk mnghadapi saat-saat getir ini.  Amin ...

  

1 comment: