Salam korang. Pejam celik .. pejam celik ... esok dah nak puasa balik. Cepat betul masa berlalu, kn. Ramadhan sememangnya bulan yang dinanti.
Samada memang kerana kita ingin mengambil peluang di atas ganjaran ibadah yang melimpah di bulan yang penuh berkat ini .. atau kerana kita tidak sabar2 menantikan kedatangan hari raya, atau buat sesetengah orang Ramadhan adalah bulan yang dinanti untuk mngawal diet dan seterusnya menurunkan berat badan. Apa pun tujuan dan matlamat kita yang pastinya Ramadhan bulan yang ditunggu2.
Istimewa dan meriah sungguh Ramadhan kerana ini lah bulannya di mana umat Islam di seluruh dunia akan menikmati hidangan makan malam pada waktu yang sama, iaitu sebaik sahaja berlagunya laungan Azan Maghrib. Jalan-jalan raya akan sesak dengan org ramai yang berpusu-pusu untuk pulang ke rumah. Semua anggota keluarga akan makan bersama. Indah dan manis, kn.
Istimewa juga Ramadhan kerana Masjid2 dan Surau2 akan dipenuhi dengan umat Islam yang ingin mngerjakan ibadah Tarawikh. Tambah manis bila sekeluarga akan berkereta brsama atau jalan beriringan untuk menunaikan ibadah Tarawikh tersebut. Selepas Tarawikh, ikatan silaturrahim dipanjangkan lagi dengan 'jamuan more' ...
Ramadhan juga dinanti kerana kedatangannya membuka pintu-pintu rezeki bagi peniaga2 kecil. Pasar Juadah, Bazaar Ramadhan serta Suri-suri di rumah yg mengambil tempahan menjahit dan menjual juadah hari raya. Inilah bulannya di mana umat Islam akan berbelanja .. mnukar perkakas rumah dan baju2 baru buat diri sendiri dan keluarga sebagai meraikan kedatangan Syawal yang menyusul selepas Ramadhan. Secara tk langsung, Syawal telah menyumbang kepada kemeriahan Ramadhan. Betul tak korang ?
Buat readers yg membaca Entry ini .. Selamat Menjalani Ibadah Ramadhan. Dengan rendah diri .. saya menyusun sepuluh jari sekiranya ada tulisan2 di dalam Blog ini yang mengguris hati dan perasaan orang lain. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lalu ... Amin.
No comments:
Post a Comment