Pages - Menu

Aku nikah kan dikau ..

Maka bermulalah 1 ikatan yang dibina antara dua insan atas nama cinta. Maka menitislah airmata sang ibu dan ayah yg merasakan selesailah sudah tanggungjawab mendidik dan menjaga seorg anak dari tapak kakinya sebesar ibu jari sehinggalah dia sudah boleh lebih dari berlari. Maka berkumpul lah saudara mara dan handai taulan utk turut menyaksikan penyatuan dua jiwa antara dua insan.

Maka berpesta lah kita utk meraikan sang mempelai di Hari paling bermakna dalam hidup mereka.  Aik??  Sungguh la bkn karakter aku bila buat mukadimah n3 spt ini. Hehe ..


Anak Uncle Din, my uncle
Comel kan kad dia? Different than others ...

Fren and relative

21hb kat Kuang.
27hb kat Chenderong Balai, Teluk Intan dan Dewan Bahasa & Pustaka, KL.
5hb kat Sunway Kayangan dan De Palma Hotel, Shah Alam

Berderet jemputan. Ada yg sampai 2 invitation in a day. Seperti mahu ku belah dua badanku ini. Hehe .. 

Selamat Pengantin Baru ye bakal-bakal pengantin. Pasni satu katil dah kena share dua org, tak blh bermewah-mewah 'space' lagi. Pasni tidur mlm korang akan bertemankan dengkuran indah dari sang suami atau isteri. Just take the sound spt alunan muzik dari Kitaro yg indah dan mengasyikkan. Haha .. Paling penting - 'Selamat Berkomitmen'. Menjaga org lain adalah sgt berbeza dgn menjaga diri sendiri. Berubah hidup korang weih!! Hehe ..

Buat famili-famili yang sedang mengatur persiapan di saat-saat ini .. dnt stress-stress. Jgn penat sgt tau. Tuan rmh pun kena berseri gak. Hehe ..









9 comments:

  1. wahh.. suke tengok kad die.. komfem bajet pun besar.. hihih ;)

    ReplyDelete
  2. MOG...kad itu sungguh cute...hmm..nk buat camtu lah....nanti!!

    ReplyDelete
  3. Dah lama adik tak gi kenduri kawen..teringin nak mkn nasi minyak.huwaaa

    ReplyDelete
  4. akak!..dekat bebeno ngn umah ein tu..
    wah..kalo la aku pon dapat join..hehe

    ReplyDelete
  5. kad dia cantikla.. x penah jumpa lg kad segorjes itu..
    nnti zaman anak saya dh mcm mana pulak rupa kad jemputannya nanti :)

    ReplyDelete
  6. cantik kad tue..kalo byk budjet blh buat kad cntk2 n mjls kahwin grand2..huhu

    ReplyDelete