Pages - Menu

Sampahkah entry-entry kita??

Semalam, 25hb Februari 2011, genap setahun usia Dari Jari-jari Halusku. Tarikh yang sama tahun lepas, aku mula menulis. Semalam jugak, masa BW kat blog kawan-kawan, terjumpa 2, 3 blog menyebut perkataan 'sampah'. Buat org yg suka berfikir macam aku, perkataan 'sampah' itu telah membuatkan aku berfikir jauh .. jauh .. dan jauh lagi.

1. Sampahkan entry-entry kita?
2. Kenapa dan utk siapakah kita menulis?
3. Ke mana hala tuju tulisan-tulisan kita?

Sempena setahun usia blog aku ni, aku ingin bermuhasabah blog aku ni berdasarkan kepada 3 soalan di atas. Aku fikir sepanjang malam sebelum tidur. Dan kesimpulan yang aku dapat ialah :-

1. Sampahkan entry-entry aku?
Entry aku bukan sampah tapi adalah catatan perjalanan hidupku yg ingin ku titipkan disini. Tidak pernah aku berharap yang ada org akan suka dan berminat dengan perjalanan hidupku yang biasa-biasa. Tidak ada yg hebat serta istimewanya perjalanan hidupku ini. Hanya seorang ibu, isteri, sahabat dan kekasih buat teman-teman yang menyayangi aku.

2. Kenapa dan utk siapakah kita menulis?
Bukan kerana terikut-ikut atau nak bersaing dengan yang lain. Tak pernah terfikir nak tarik perhatian org, tak pernah target 'income' 5 angka. Tak pernah aku jadikan sesiapa pun Idola tapi aku hormat tiap misi dan matlamat yang blogger lain tetapkan dalam berblogging. Tidak juga untuk popular dan glamer*perlukah*? Apa yg kami miliki sekarang sudah memadai untuk membesarkan seorang anak, berbakti pada bonda tercinta dan menabung untuk bekalan hari tua kami. Dalam usia 38 tahun, sudah ada perniagaan sendiri dan dalam waktu yg sama, masih makan gaji di tempat aku bekerja sekarang. Sudah memiliki rumah, tanah, kereta yang bukan diwarisi tapi hasil titik peluh sendiri. Tidaklah semewah hidup yang kaya dan ternama tapi at least aku dapat apa yang aku hajati. Rezeki Allah S.W.T. Syukur. Alhamdulillah. Dan hakikatnya, aku tak pernah teringin dan berimpian utk hidup bermewahan begitu. So .. apakah jawapannya? Jawapan aku hanya satu ~ "SUKA-SUKA". 

Untuk siapa tulisan2 aku? Untuk tatapan sang anak, buat kenangan teman dan semua kesayangan di kala aku tiada lagi di bumi ini. Aiman anak tunggalku, dia tiada adik beradik lain utk berkongsi kenangan dengan ibunya*sedih .. bergenang airmata*. Satu hari nanti tulisan-tulisan ini bakal menjadi penyambung kasih antara kami. Biar dia tahu ketabahan dan kekuatan ibunya mengharungi susah payah, jerit perih hidup ini dalam membesarkan dia  tanpa mengharapkan bantuan dan belas kasihan orang lain. Ye, aku sangat berdikari.

3. Ke mana hala tuju tulisan-tulisan kita?
Tak da ke mana-mana. Mau dijadikan bahan rujukan? Blog aku ni langsung tak layak. Lebih layak lagi blog masakan Cik Mat Gebu yang dijadikan rujukan oleh mereka-mereka yang mahu ke dapur. Sungguh mulia taraf blog Cik Mat. Yang aku nampak hala tuju tulisan-tulisan aku ini adalah anakku. Hanya dia.

OK. Cukup sudah aku bermuhasabah. Bergenang gak airmata terutama bila sebut 'anak'. Tiba masa utk back to the reality ~ Nak bersiap untuk High Tea yang dianjurkan oleh officemate. May u have a good wiken, my fren. Moga sentiasa berada di bawah lindungan serta kasih sayang Allah S.W.T. Amin.


23 comments:

  1. sedih baca entri kak chik.. ye la.. anak segala-galanya dalam hidup kita ..

    ReplyDelete
  2. not a big deal kc. even if tulisan2 kite xde hala tuju sekalipun, kite ttp menulis utk diri sendiri. da mcm diari blog ni. tmpt luahan isi hati. big point, kc already have aiman. bertuah die ^_^

    ReplyDelete
  3. sedih dan sangat-sangat tersentuh dengan entry kak chik. miza setuju dengan kata-kata kak chik. entry-entry kita bukannay sampah tapi sebagai catatan dan kenangan yang tercoret dalam kehidupan seharian.

    kalau umur panjang boleh baca pada hari tua. setiap hari merupakan hari baru dan kita belajar menulis dengan baik. cuba bandingkan entry-entry lama kita dengan entry hai ini. mesti ada perbezaan kan :)

    ReplyDelete
  4. alahai shadu baca entry kak cik nie.. takut gak klu entry yang kiter tulis nie di anggap sampah kan... hhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  5. @YayaAzura, btl yaya. Aiman lah segala-galanya dlm hidup kc.

    ReplyDelete
  6. azwa_amani, tq sbb brkongsi rasa yg sama. hihi

    ReplyDelete
  7. @Miza, btl tu. thnks for undrstnding me. timakaseh krn brkongsi rasa yg sama dik.

    ReplyDelete
  8. @Isteri Yg Comel, org luar boleh menilai tp hanya kita yg fhm niat dan tujuan, kan.

    ReplyDelete
  9. seronok kalau tulis ada org baca kan....

    ReplyDelete
  10. emm.. kakchik..
    sungguh tersentuh..
    Tk skrg ni pun dh malas nk menulis..
    apa2 pun, TK ttp suka dtg sini..
    ada jiwa.. ada rasa.. ada erti..

    ReplyDelete
  11. touching tulisan kak cik hari ni..itula kadang² sy pon terpikir kenapa sy buat blog..sekadar menulis kisah sendiri..ada ke org nak baca kisah hidup org yg x spesel mcm sy? anyway..sy teringin kak cik kongsi kisah mcm mana kak cik boleh berjaya dlm hidup..ada bisnes sendiri dsb..sy nak jadikan inspirasi..

    ReplyDelete
  12. betul kak cik..saya pun mcm kak chik..niat berblog bukannya sbb nak cari duit.. sebab saya tahu sape la nak baca entry hidup saya..sapalah saya. Tapi itula, blog harian saya diari saya, kenangan utk saya..pd awalnya saya tak kenal pun apa itu nuffnang.

    ReplyDelete
  13. diaorang tak de modal nak tulis apa...huh cantik jugak pic tu

    ReplyDelete
  14. touching plak entry kc ni :(
    personal blog kan, semua org ada hak masing2 nak tulis apa, kalau tak suka tak pyhlah singgah baca, abis citer :)

    ReplyDelete
  15. sedey bace entri nie..
    ye la kak,ank sorg je kan. kita yg taw sakit penat lelah beranakkan dia,besarkan dia.ehee

    mcm la bulan penah kwin.ehee

    ReplyDelete
  16. salam..
    semoga akk teruskan hidup dan teruskan menulis tanpa pnt n jemu..

    ReplyDelete
  17. ulangtahun blog kakchik sama dgn kakak meya lah... kita menulis sendiri dari hati kita.. tak layak org kata entry kita sampah.. kalau tak suka tak payahlah baca

    ReplyDelete
  18. salam kak chik, tahniah utk ulang tahun pertama blog kak chik, N3 kak chik pada mat gebu ialah pengalaman hidup kak chik, kalau orang lain tak suka tak pe, sebab kita tulis dari hati kita kann...tapi tersentuh juga dgn n3 kak chik ni...anda seorang wanita dan ibu yang tabah...

    ReplyDelete
  19. Yg kata 'sampah' tu yg x tau menilai antara 'sampah'ngn bkn 'sampah'

    ReplyDelete
  20. Assalam..

    Istilah sampah itu hanya dicipta oleh mereka2 yg tertentu & bukan ditakrifkan oleh pihak blogger..dlm blog tidak dinyatakan syarat sebagai blog sampah asalkan jgn menyalahi undang2..

    ReplyDelete