Pages - Menu

3 Hari di 3 Negeri - Hari Pertama (Bhg 2)

Selepas sarapan, 'Free and Easy' la jawabnya sementara menantikan waktu ke rumah kenduri. Yeay .. boleh rehat. Dapatlah kami melunjurkan kaki, melonggarkan urat-urat yang ketat kerana duduk lama di dalam kereta disebabkan perjalanan yang panjang dari Kuala Lumpur ke Pasir Putih, Kelantan. 

Aiman dan pakcik-pakciknya memilih untuk mandi pantai. Pantai depan chalet je .. so they all walked to the beach diiringi pesanan 'Hati-hati .. Ombak kuat'. Maklumlah, petang sebelumnya Tsunami melanda Negara Jepun. Alhamdulillah .. tempat kita tak kena.

Ada yang meng'qada' tidur, ada yang bersiar-siar di kws berdekatan, manakala aku memilih untuk bersantai bersama 'Kesayangan' ~ Photo taken from Ayah Ngah's FB. Eh .. apasal lawa sgt aku dlm gmbr ni eh? Perasan!! haha ..

Sementara menantikan pukul 1:30 tengahari untuk bertolak ke rumah pengantin, hujan turun dengan lebat membasahi bumi. Bak kata Ayah Ngah .. Hujan ini membahagiakan. Everyone have to take care of each other. Yang muda memayungkan yang tua .. bergilir-gilir dari chalet ke kereta. Bahagia dan harmoni, kan.


Otw ke rmh kenduri. Sempat lagi kami berfotoan di dalam kereta. Hujan masih lebat masa ini. Tiba di rumah kenduri, kami kebingungan .. tak tau nak turun mcmana. Tapi bila melihat Mama yg kereta nya di depan kami turun, menyingsing kain dengan konfiden dan bergaya .. Abah yg tua dan jalannya pun tidak kuat pun boleh juga, kami yang muda ni takkan tak boleh kot?? Apa lagi .. kitorg pun ramai-ramai tunjuk skill mengharung air yang tinggi. Hahaha .. It's fun. Seronok beb. Itu lah uniknya Kelantan, kan. Main dan mengharung air yg naik disebabkan hujan tu perkara biasa sebab hujan yg turun di musim kenduri adalah perkara biasa di sana. Best .. sgt best. Fun beb!! Ayah Ngah, Pok Su, Mama Jah dan Mama lagi 'daring' siap berkaki ayam lagi. Aku tak sanggup ... Hihi ..


Ketibaan pengantin dalam hujan yang masih lebat. Ya Rabbi Kak Ee .. tingginya kain ko dik.  Glamernya kasut kawin ko dik. Hahaha .. Sepatutnya kami mengiringi pengantin tapi sebab hujan lebat, semua jadi kelam kabut. Tak pe lah .. bak kata Ayah Ngah .. Hujan ini membahagiakan .. bukan membebankan. Syukur lah kita kerana ada hujan. Rahmat dan kurniaan Allah SWT kpd kita. Kita tak kemarau .. tak ada krisis air jika hujan 'bahagia' seperti ini.


Majlis diserikan dengan pertunjukan Silat dan Seni mempertahankan diri Tomoi. 1st time watched Tomoi secara "live" ~ Mendebarkan beb .. ada 1 masa tu, diaorg betul-betul naik 'syeh' .. diaorg lawan betul-betul sampai jatuh. Kita yg menonton naik takut. Aduhai .. My Untie Su sampai ajak balik cepat tapi Ayah Ngah enjoy the show. So, tunggu la sampai selesai. Akhirnya, pukul 3:45 petang baru kami bertolak balik. Hujan dah reda sikit masa ni. Fuh .. lega.


Perjalanan hari pertama di 3 Negeri masih belum berakhir. Ada lagi selepas ni. Nak tau apa? Petangnya kita meredah jalan yg sesak dan hujan yg masih belum reda sepenuhnya untuk berjumpaa seseorg. Malamnya kita bersantai dgn org-org. Nak tau sapa? Nanti eh. Nanti kita sambung lagi. 








18 comments:

  1. kesian pengantin.... dah ala2 video klip rakaman dalam hujan jer. pape pun yang penting adalah kebahagiaan merek hingga ke akhir hayat. hujan masa majlis tu boleh jadi kenangan untuk dicerita pada anak cucu cicit. hehehe

    ReplyDelete
  2. wah pengantin..siap senteng kain!

    ReplyDelete
  3. haishhh... punye lah bizi x smpat gak la kite nak date kat klantan ek kak...

    ReplyDelete
  4. hihih pengantun pun angkat kaen gak...

    ReplyDelete
  5. Bersanding dlm hujan??? HUaaa..sejuk tu!!

    ReplyDelete
  6. singgah sini kakchik...
    rindu kakchik jugak ni!
    kembar sihat2...dok main pedang2 tuh~

    wahhh...bukan semua dpt merasa bersanding dalam hujan kan kc...hujan rahmat ni, sama mcm izan kawen 9 tahun lepas...hujan lebat jugak~

    ReplyDelete
  7. klakar je tngok pgntin angkt kain
    heheee
    xpe,ni hujan rahmat kn kak ;)

    ReplyDelete
  8. hujan itu rahmat! especially buat pengantin baru..ecewah!

    ReplyDelete
  9. jadi momen pengantin terindah la ..berarak lam hujan hehe

    nanti raya blk klantan ke kakchik? leh jumpa hug2 face 2 face hehe

    ReplyDelete
  10. bestnya kak chik balik kelate.. saya balik jugak..balik 2 hari je... sampai kul 11 sabtu, ptg ahad dah bertolak balik kl...

    kalo x keberatan, boleh tahu resort pakcik KC kat tok bali tu... bestnya kan family ada chalet sendiri.. time kenduri kendara senang sedara mara nak tumpang berteduh..hehehe...

    ReplyDelete
  11. menarikk dalam hujan tapi kesian pengantin kan???

    ReplyDelete
  12. hujan rahmat tu kakchik ... klu panas terik karang tak selesa pulak dgn peluh2...

    ReplyDelete
  13. Tingginya kain pengantin tu KC...:)

    ReplyDelete
  14. kesiannya,mcm kenduri adik ipar last year.huhu...takper la..hujan rahmat tur..hehe

    kak chik, tak nak remove ker word verification ni..senang sket nak komen

    ReplyDelete
  15. sonoknyee main ujan..kompem2 akn jd kenangan plg tak dpt dilupakan pengantin tuh:)

    ReplyDelete