Ingin tau bagaimana seronoknya menjadi selebriti? Diberi layanan 5 bintang dengan bayaran 3 bintang?? Jom follow me di sini. Pagi Ahad, lepas uruskan hal-hal 'domestic' dalam rumah, bersiapan aku untuk ke Celebrity Fitness. Nak bagi badan lebih kuat dan sehat. Baru lah boleh jadi ibu, isteri, anak, kawan dan pekerja yang baik. Kan ... Hihi ..
Panaskan badan dulu ~ 10 minit je. Aku lebih suka berjalan kaki dengan kecerunan 8.0 selama 10 minit dari berlari. Berlari buat aku stress .. berjalan kaki menenangkan minda dan fikiran.
Mesin ni untuk kuatkan kaki dan tangan
30 kali kaki kiri .. 30 kali kaki kanan. Buat 2 set. So tiap kali datang aku kena buat ni 120 kali.
Threadmill - mesin untuk berjalan kaki, berlari dan mendaki bukit. Satu mesin RM20,000 ~ Mahal betul. Entah bila la aku mampu nak ada studio sendiri kalo camni. Ahad pagi paling best sebab orang tak ramai .. Boleh pilih mesin mana kita nak. Kalo hari biasa .. jgn harap. Pakai je mana yang ada. Stepper, Cross Trainer, Bicycle pun ada disini. Pilih saja yg mana kita mau ..
90% dari mesin kat sini aku dah penah guna. Pintu kaca tu adalah Studio Yoga.
Mcm penyu erkkk?? Hihihi .. This is Leg Curl machine. Kaki saya menanggung beban sebanyak 33 paun dan akan bertambah hari demi hari bersesuaian dengan peningkatan stamina. Pastu everytime bouce, besi control berat kat sebelah kanan tu jangan sampai berlaga .. so kena kontrol menggunakan otot kaki. Wah .. pasni kaki saya mesti lebih kuat. Seronoknya ... Hihi ..
Hip abduction machine. Mesin ni datang berpasangan. Hip abduction dan hip adduction. Untuk kuatkan otot peha luar dan peha dalam. Tiap2 kali datang aku kena buat 180 kali dengan beban sebanyak 33 paun dan akan bertambah hari demi hari. Ada berani??
Walaupun 'fully equipped with fully computerised auto machine', training dijalankan dengan dua cara ~ Manual dan menggunakan machine. Sumpah penat u olls. Sejam training pagi Ahad tu, cuma sempat buat lower body je. Nak kuatkan otot perut dan tangan tak sempat. Pastu training yang manual turut melibatkan alat-alat sokongan seperti bola, step board, tali dan macam-macam lagi lah. Coach saya bekas Ahli Sukan, dia dulu 'training' kat stadium. So, dia pandai manfaatkan setiap sudut di dalam Fitness Centre ini.
This is the person who take care of me. Cik Shu ~ My Coach yg muda dan cantek. Baru 25 tahun dah jadi Qualified Professional Trainer. Hebat, kan. Dulu dia mewakili negara dlm acara Lari Berganti-ganti tapi itu bukan tiket utk jadi Rapid Result Coach di sini sebab Celebrity Fitness ada guideline dia sendiri .. so kena kursus, ambik exam, kena lulus Ujian Stamina, kena belajar dan tau tentang semua mesin-mesin di sini. Nama pun international company, bukan mudah nak dapat taraf 'Coach/Instructor' kat sini. Dia bagus .. dia bagi aku layanan 5 bintang. Sehari sebelum 'training' di akan hantar reminder dgn pesanan .. Kak jgn lupa makan, nanti tak da stamina. Orangnya lembut, sopan tapi tegas.
Alahai .. minggu depan mesti rindu kat dia sebab dia pergi misi mendaki Gunung Kinabalu untuk kali yang ke berapa entah. Respek arr dengan dia .. Org lain nak mendaki gunung siap gi training berbulan-bulan. Dia dah cukup fit sampai tak perlu training langsung. Bila aku tanya dia 'Tak pergi training ke? Dia boleh jawab 'Buat apa?'. Saya tak da masa kak. Saya sibuk 'train' orang je. Caya lah Shu. Hihi ..
Muka penat merehatkan diri di 'Changing Room' lepas burn hampir 1000 calories. Ingatkan nak masuk Sauna Room sekejap*disediakan percuma disini* tapi disebabkan saya keluar dengan pesanan "Ma, balik cepat tau dari Tuan Bodigad", maka hasrat tu saya pendamkan sahaja. Jadi mak camtu la, kan .. Mana-mana pergi mesti ingat anak. Apa-apa pun mesti anak dulu. Harta kita dunia akhirat tu. Kalo kita dah tak da esok, dia je la yg kita harapankan kirim pahala kat kita. So, keutamaan memang untuk dia. So, lupakan sahaja lah impian nak masuk "Sauna Room" tu. Hihi ..
Setelah puas dilayan seperti Celebrity di sini, bila pulang ke rumah .. saya tetap ibu, isteri, chef, bibik di rumah sendiri. Back to the reality world. Hihi .. Sila abaikan muka pucat tanpa mekap dan rambut serabai saya ye. Hihi ..
Kalau tak suka aktiviti yang membebankan diri dan mengerah kudrat serta tenaga seperti "Weight Training' yang saya buat tu, boleh la cuba aktiviti yang lebih 'gugurl' di Aerobic Studio, Yoga Studio dan Cycling Studio. Tapi Cycling Studio tu .. Ya Ampun .. belum berani saya nak masuk lagi. Gerun lah tengok training dia. Hihi .. Disini, tiap-tiap hari .. setiap jam ada class .. pilih saja masa yang bersesuaian dengan kita bermula dari jam 6 pagi hingga 12 malam dan setiap Ahad ada Free Yoga Class for Kids. Untung la sapa-sapa ada anak kecik .. dapat belajar Yoga dengan percuma.
Kawan-kawan, kalau ada yang berminat nak join mana-mana gym make sure gym tu ada Instructor ye .. so that kita dapat gunakan mesin tu dengan betul. Kalau salah cara .. silap-silap leper dada kita. Hihi .. Sebab ada sesetengah mesin, cara perempuan dan lelaki tak sama. So, jangan salah buat tau. Bahaya tu. Hihi ..
wah kakcik, banyak kalori burn tuh, hebat betul la..setiap minggu ke pergi sini ni kakchik?
ReplyDeletebestnya KC. berkilo-kilo lemak dibakarkan. bestnya dapat keluarkan peluh. makin bertambah sihat tubuh badan :)
ReplyDeletekalau lah sy byk duit...mesti bdn sy dah macam akak kn...jelesnye...hehe
ReplyDeletebestnya kak chik....teringin nak gi bakar lemak2 yg ada ni
ReplyDeletehai sis..miss u...wah bestnya sis bersenam sakan....eida dah lama xbersenam sis..heheheh...
ReplyDeleteberapa monthly u bayar kat celeb fitness? I join fitness first for passport member kena $185
ReplyDeleteCayalah KC! Bagus gi gym... lepas exercise terasa segar, betul tak?
ReplyDeleteI warm up dengan cycling 7 minit. Dalam 80 kayuhan seminit. Dulu I jog.
I lebih suke menggunakan mesin berbanding free weight. Beban yang biasa I guna ialah 50kg untuk semua bahagian, tapi kalau untuk leg curl/leg extension I guna 30kg jer. Tapi kalau leg press I guna 90kg.
Chin up/lat pull menggunakan body weight sendiri yang sekitar 81kg jugak satu kemestian.
Dari blog encik Ben...salam kenal..
ReplyDeletebestnye kakcik!! pasal tu kakchik cantekkkk...jelesss
ReplyDeletekalau lah adik rajin..pasti adik secantik sis..hihi.gym ada 20 langkah je dr dpn umah.malasnya adik kan?
ReplyDeleteteringin nak join tp mesti mahal kan fees dia..
ReplyDeleteskrg buat aerobik kat umah jer..persiapan utk majlis tahun depan..walaupun tak dpt kurus ..at least pakai baju takde nampak perut..hehe!
dpt TK byg kn..
ReplyDeletebetapa kuatnya urat dan tulang kakchik..
hehe..
KC banyak tak kalori yang burn tu.. wah body KC can anak dara.. jeles tau IEB.. hihhi
ReplyDeletewow..hebat gila kakchik..igtkat ben ashaari jer boleh..=)
ReplyDeletesaya ni pemalas..tu mslah dah boroi ni..=)
CIk lagi ek minah tu..hahahah
=)
fuyooo..syok woo kalu wa dpt join..mesti pewot wa x terrrrboroi cam skg..hikhik
ReplyDeletekemain lagik dia hihi,waaaa nak minta hubby sponsor la tingin nak join :D
ReplyDeletehehee wa macam artis laa KC hehe
ReplyDeletebestnya kakchik.. 1000 kalari burn tu... best ye klu dpt join membership kat fitness tu...
ReplyDeleteptt la body KC maintain je.ehee ini rahsianye
ReplyDeleteteringinnya dni nak g gym gak KC :D
ReplyDeleteSalam kakchik...waaaaaahh...tu diaaa...amboiii mak...alahaaaiii...hehehe..Terkedu akak tengok..patutlah menten...kalau akak..mengah la dah sekrg ni nak wat sume tuh..badan dh mcm ayam pam..huhuuu
ReplyDeletek'chik..kalu nur masuk gym ni sure pingsan kat situ..tak mo bangun dah..hahaha
ReplyDeletekakchik walaupun rambut serabai...tetap cun la...i loike..
ReplyDeleteperghhh akak chik!seronok gitu.huhuuh..kalau ecah pun rase nk g jugak.tp ongkosnya xdakkk;p
ReplyDeletenana dh bce pg td...heeheh....bile la kakchik nak belikn untk nana 1set gym ni ye..haahaha
ReplyDeleteqemaishak, kc pegi 3 atau 4 kali seminggu. Jom follow. Hihi ..
ReplyDeleteMizaYusof, btl3.
ReplyDeleteBudakDegil, tk perlu byk duit sbb tak mahal dik.
ReplyDeleteMamaYatie, teringin eh?? Jom lah. hihi
ReplyDeletePurPleLicious, not too late to start dear. Jom follow me. hihi
ReplyDeleteDaddyziyad, RM145 pr mth. Category Passport jugak rasanya.
ReplyDeletelogorithm, Wow!! 80 kayuhan/minit x 7 minit = 560 kayuhan for warm up only. hebatlah bro!!
ReplyDeleteyour leg curl weight is 30 kg?? OMG .. I baru half then u. But for sure guys can carry more weight than woman, kan. Seriously, i also prefer guna mesin compare to free weight. more comfortable and supported. less risk of injury, kan bro.
lenloy, salam kenal jugak dr saya utk awak.
ReplyDeleterisa, cantek eh?? mekaceh. hihi
ReplyDeleteLydia, Malas-M is negative. Buang M, gantikan dgn R-Rajin. Gunakan peluang lepas bersalin nnti dik. tu masa yg paling baik.
ReplyDeletemakdaraTerdiva, good job. kc dulu pun brmula dgn aerobik gak .. pastu upgrade sikit demi sikit.
ReplyDeleteToyolkiut, harap2 gitu la ye.
ReplyDeleteIsteri Yg Comel, jgn jeles. Awak pun boleh juga. hihi
ReplyDeleteUjang, mmg dia Cik lagi tp jgn ngada.
ReplyDeletemr. curly, boroi tu muscle, dnt worry. hihihi ..
ReplyDeletePeriPia, Jom lah, murah aje. RM145/31 hari=RM4.67 sehari. murah, kan.
ReplyDeletetelor, kat sini mmg sokmo feeling selebriti. hihi ..
ReplyDeletemunna, mmg best sgt2 dik. hihi
ReplyDeleteBulan, hbs sume rahsia kc kongsi sama korang eh. hihi ..
ReplyDeleteardini, mula2 kc segan2 ,, skrg tak lagi. dn prcayalah ..kc gi sorg2 je. hihi
ReplyDeleteKak Ummi, berisi itu seksi, So, dnt worry. hihi ..
ReplyDeletePrincess nur, hihihi
ReplyDeleteLadyZul, tenkiu. blushing i u. malu!! huhu ..
ReplyDeleteFarhana, kc pun tk mmpu beli utk diri sendiri lgi dik. hihi ..
ReplyDeleteechahmahsuri, sabar .. 1 day yr time will come. asalkan kita rajin dan tak jemu2 mncari rezeki.
ReplyDeletebstnya kc..g gym nie!
ReplyDeleteberapa yuran dia ??
ReplyDeleteIKLAN FREE & Follow Blog Labi-Labi NineMustafa
& JariPlastik
Pendedahan Exclusive : Penyanyi Islam Membidas Mufti
besnyeeeee tapi klu ade coach ni x larat nk folo.. tu je.. ehe^^
ReplyDeletewow bestnya. rs nak join tp sen x cukup lg nih...hu3...
ReplyDeleteAssalam...
ReplyDeleteSenaman mmg aktiviti riadah yg bagus..elok diamalkan selalu
aslkm KC, ganas le kc.. memang hebat. Threadmil dan yang basikal dalam rumah sy masa bulan2 pertama beli tu memang le rajin buat ikut waktunya.. perut pun memang leper le.. hihi..tp bile masuk tahun ke dua.. haha dah bersarang semua tu... .. lawak2.. tgk kc ni jadi bersemangat balik nak buat semula.. :), tq KC!
ReplyDelete