Pages - Menu

Dengan ini saya isytiharkan perang ..

Setelah hampir dua bulan membiarkan lemak bermaharajela dalam badan dengan cara melayan perut dan selera, maka dengan ini saya isytiharkan perang ke atas lemak-lemak tersebut menggunakan kaedah-kaedah berikut :-

Siapkan diri untuk aktiviti gedik-gedik seperti ini dan ini

Gantikan buah-buahan sebagai kudapan. Lebih berkhasiat dan menyihatkan dibandingkan dengan kueh raya yang lemak berkrim dan disukai ramai. Buat yang selalu kena kejang otot di waktu malam, Doktor kata, rajin-rajin la makan "plum" ye.

Take cereal bar for breakfast ~ delicious

Take 'sayur-sayuran' for lunch

Jadikan air tak berwarna tapi berkhasiat ni sebagai 'bestfriend' ~ Alternatif tambahan untuk mencuci lebihan toksin di dalam badan yang subur selepas  dibaja dengan ber jug-jug Sirap Bandung Ais Krim Soda di bulan puasa.


Hi Biskut Jacob ~ See you during my 'Tea time'

Saat jemu dengan Cik Jacob, Oat le pengganti

Makan halia untuk buang lebihan angin dalam badan. Ajaran songsang!! Jangan pollo eh kawan-kawan .. Takda maknanya kalau makan halwa halia mcm ni. Gi rebus halia muda + sedikit gula dan minum suam. Best!! Tak caya gi cuba .. 

Selepas penat 'exercise fizikal' bergegas pulak untuk 'exercise mental' berebut parking waktu menjemput Tuan Bodigad balik dari Tution. Dan disebabkan bosan menunggu, penyakit 'sawan kamera' menyerang semula. Sila buat-buat tak nampak muka berlemuih tanpa mekap kita tu ye. Hihi.

Sekian Entry Startegi Memerangi Lemak Badan Edisi Lepas Raya 2011 dari saya, Misz-Ella. Bye bye. Sudah lebih 12 malam, mahu menyahut seruan bantal dan tilam. Tidur lambat sebab temankan anak kita buat homework. 



10 comments:

  1. salam K.Chik..selamat hari raya aidil fitri.mana ada badan k.chik naik..maintain jer tgk...

    ReplyDelete
  2. hebat perang tu..rasa cam kena buat gak la..tapi tak abis beraya lagi ni..

    ReplyDelete
  3. pergh...!!! saya nk perang gak kak.., tp nafsu menguasai diri..ahahaha


    perut berlemak kaw-kaw dah ni..=(

    ReplyDelete
  4. samalah kita kak~ mari kita jadi sebelum ni~ hehehe

    2 bulan ni keje makan yg berlemak je haa

    ReplyDelete
  5. Salam KCE - waahh tau tau ajelah.. banyak open house nak kena singgah.. bolehlah ciluk idea@ kakchik ni

    ReplyDelete
  6. Ok.. Tips yang baik dan akan diikut..ntahlah..boleh kot

    ReplyDelete
  7. saya punya perang tak menjadi, akhirnya tewas sebelum berjuang. hihihihihi

    ReplyDelete
  8. dah srat dah ke KC? awai lagi la...hehehehe

    ReplyDelete
  9. kc, nur pun nak perang jugak tapi tak bleh laa...camana? huhu

    ReplyDelete