Betul kata Kakak Cantek ~ Rahsia hati .. kalau terluah boleh jadi kontroversi. Sebab tu ada kalanya seperti Tak terluah dengan Kata-Kata. Tak mahu terheret Kontroversi yang dicipta sendiri. Lebih selesa duduk diam-diam .. simpan sendiri .. atau dalam bahasa glamernya 'Low Profile'.
Kata Hati .. kita tak boleh ikutkan sangat. Kena timbang-timbang .. fikir banyak-banyak kali. Terlalu ikut hati, boleh 'mati'. Ikut kata akal fikiran yang waras, bernas dan rasional, aman sejahtera la hendaknya. Hihi.
Kalau ikut kata hati, macam-macam mahu dan kehendaknya. Nafsu kontrol hati kot? Jangan layan kehendak hati tu sebelum fikir 10 kali. Untuk orang yg 'slow pick up' macam aku ni .. fikir 20 kali. Hihihi.
Kalau ikut kata hati .. Aku mahu jadi seperti Angelina Jolie. Dia cantek, menawan paling penting dia suka dan enjoy buat kebajikan. Aku mahu jadi seperti Beyonce yang berhati mulia. Aku mahu jadi seperti Kimora Lee yang gigih berusaha. Eh .. awat sample-sample ku sume yang glamorous je ? Haruslah kan .. ambil yang berjaya sebagai sample. Hihi. Tapi aku bukan si Jolie yang punya waktu untuk berkebajikan mengeliling dunia. Aku bukan Beyonce yang punya banyak wang untuk ditabur kepada penduduk kampungnya dan aku bukan lah Kimora yang punya 10, 20 malah berpuluh-puluh orang assistant yang sedia membantu merealisasikan impiannya.
Tapi .. walaupun aku bukan mereka-mereka yang aku 'admire', aku tetap akan berusaha mencapai impian dengan caraku sendiri. Aku bangga menjadi seorang anak, seorang mak, seorang kakak, seorang adik, seorang sahabat, seorang staff. Di rumah aku bangga menjadi seorang driver, bibik dan Chef. Aku SUPERMAK. Aku nak buat tu, aku kena buat ni. Aku kena buat semua bukan macam dorang-dorang yang ku 'admire' tu. Tak pe .. yang penting aku BAHAGIA. Bahagia membahagiakan diriku dan kesayanganku. BAHAGIA itu penting. Kalau kurang bahagia, bahaya. Harap-harap Bahagia kurniaan Allah SWT ini kekal selamanya. Amin.
ikut hati mati..ikut rasa binasa.. =)
ReplyDeletewaa..kc..berwajah baru???miss u laaa...
ReplyDeletewajah baru,, tetap ayu.hati baik selalu, saaaayang u!! hehe.
ReplyDeleteBiarlah apa org kata yang penting kita tau kita berada di jalan yang benar.Masalah akan menjadi tambah masalah kiraya kita tersilap kongsi dengan orang yang sepatutnya.
ReplyDeleteselalu pendam je kata hati, tak terluah sebab org tak paham kehendak hati kita
ReplyDeleteselalu pendam je kata hati, tak terluah sebab org tak paham kehendak hati kita
ReplyDeleteehhh...ella dh potong rambut ke?..so kiut..jgn pendam hati ye ella..curahlan pd kwn yg setia
ReplyDeletesllu luahkan tp org x jugak faham2..xtaulah kenapa..el lak x fhm ngan derang ..:)
ReplyDeletePR pun tak kisah org nak kate PR super power. Tau tu perli name nyer....
ReplyDeletetabik super mak!
ReplyDeletebersyukur apa yang ada sekarang KC.... mmg bangga bila jadi supermak
ReplyDeleteMemiliki segalanya, belum tentu juga bahagia itu milik kita. :)
ReplyDeletenak jadi sekuat dan setabah hati KC
ReplyDeletememiliki segala, namun segalanya hanyalah pinjaman semata2...
ReplyDeleteharus berjiwa besar..tak salah kan?
ReplyDeletecik ina sanjung impian kak chik. dalam hidup kita ni mudah je , jangan aniaya ngan busuk hati ngan orang, bahgialah hidup kita. Paling bagus ada simpan niat nak tolong orang cam kak chik. indahnya hidup ni tanpa sengketakan.
ReplyDeleteMiss u lama tak singgah umah. All of us akan bahagia selama-lamanya dunia & akhirat
ReplyDelete