Pages - Menu

Buat laju-Laju dan tak mabuk attention

Tak da pilihan. Kena buat laju-laju jugak sebab masa 'is rushing'. Hihihi. Even the start of the day is very good because laluan ku adalah sangat 'clear', ada agenda peribadi yang terpaksa di batalkan sebab saya buru-buru sangat harini. Kena dulukan yang betul-betul perlu. Yang kurang perlu kita letak tepi dulu, esok-esok kita tengok balik eh.

Ada orang kata kita 'sombong' sebab muka tau nak senyum*Uncle Gedek lagi masam mencuka tapi tak sombong pun*

Ada orang kata susah nak 'approach' kita sebab kita suka buat tak tau je. Hurmm .. tak kenal tak cinta .. kalau dah kenal terjatuh cinta nasib ko le. Hihihi. Actually, kita kurang masa untuk sessi berbual mesra. Serius. If u are new here and your job are not related to me, memang payah ler nak bermesra dengan kita. Tak kuasa kita nak pegi kat dia semata-mata nak tanya duduk kat mana? umur bape? ada boyfriend ke? Eh .. aku bukan Polis Pencen dan bukan Busybody. Sori.

Lagipun, knowing my character, kita ni jenis yang akan ambek tau hal-hal sekeliling kita jer. Kalau duduk rumah, kita duk diam-diam. Tutup pintu tutup tingkap .. senyap. Selalu jiran komplen .. Kereta ada, orangnya macam tak ada. Mungkin stress kerja, stress kat jalanraya buat kita kalau dah sampai rumah, nak rehat je, malas nak bersosial.

But that doesn't mean kita tak mix around, kan. Sekali sekala, minum petang makan 'Cokodok' kat rumah jiran. Selalu gak tukar-tukar hidangan dengan jiran. Setakat berbalas SMS dengan jiran .. eleh .. aku memang Ratu SMS pun.

Lagi muka sombong. 

Sukati korang ler nak cakap apa, nak berprasangka ke. Manusia ni pelik, kan*macam la aku ni 'alien' Haha*

Macam ada sorang tu, selalu kat belakang cakap 'admire' kita, suka tengok kulit kita, suka kalau dapat tips dari kita .. tapi depan-depan dia Ego. Dia ni karakter pelik sikit .. dia takkan puji dan kalau orang puji kita dia mencebik. Paling ketara dia akan jeling sekilas. Motif? Entah. Kita tak mintak dipuji pun tapi heran bila dia sakit hati bila kita dipuji. Pegi la marah orang yang puji tu. Marah dan sakit hati dengan kita buat apa. Apa da ..

Kita tak kemaruk 'attention' dan pujian pun. Apa yang ada semua kejadian atau ciptaan Allah SWT. Kita tak buat apa-apa 'renovation' .. tak da botox .. tak da plastik. Sume ori. Hihihi. Eh .. terlebih lak meluah kat sini. Kang ada lak yang menyampah baca. Jangan menyampah ye. Saya tak berniat menyindir sesiapa. Sekadar sebuah Entry mengenang satu peristiwa di waktu muda untuk kenangan di hari tua nanti. Eh ... muda ke? jangan nak perasan Ella .. kau tu lagi 2 tahun "Life Begins at Forty". Hihihi.

Got to go lah. Tender .. tender .. tender .. Letters .. Site Visit .. tender ..




20 comments:

  1. biar apa org nak kata..asal KC bahagia dgn dunia KC & family :)

    ReplyDelete
  2. nak buat tender memang la tak dapat nak mesra alam sangat..lagi2 nak dekat deadline..masa ni orang lalu kat depan pun tak perasan..kalau tak siap kita jugak yang kena marah..salah masuk harga kita jugak yang kena..

    ReplyDelete
  3. org yang air muka sombong slalunya mula2 kenal je org kata sombong. dah kenal tu tahu lah hati budinya..ye dak?! =)

    ReplyDelete
  4. kita pon selalu kena tegur muka sombong dan garang.. :P

    ReplyDelete
  5. ok, keje...keje gak, jgn stress sgt, nanti garis2 tu sukeerrr je nak dtg bertandang....heheheheh

    ReplyDelete
  6. yup!kita diam tak bermakna kita sombong kan KC tp tu la,saja2 nak pi tanya soklan2 tertentu cam tak sesuai..kena ruang & waktu silap hb kita yg kecoh lebih nnt..hehee

    ReplyDelete
  7. Orang yang mencebik depan, tapi belakang kita sibuk tanya hal kita.. adalah orang yang sombong angkuh.

    Jangan layan perkara sebegitu, nanti muka banyak kedut!

    ReplyDelete
  8. eh...sombong ker? walaupun kita tak mengenali, tapi rasanya akak selalu gak membaca kat blog saya & bertegur sapa kan. bagi saya akak seorang yang peramah juga rasanya....

    ReplyDelete
  9. kc...tender tender tender letters site visit tender quotation! eheheheh
    terselit di situ...mueheheheh

    ReplyDelete
  10. sama la, mar kalau balik rmh pn nak rehat...gossip2 tangga mar tak layan. Derang kata mar sombong atau antisosial mar wat tatau je. yang penting mar jaga anak suami hehe

    ReplyDelete
  11. tak kenal jgn cakap macam2 kan kak cik..

    tak kenal maka tak cinta hehe

    ReplyDelete
  12. Biasalah fren...muka kita semua org kata sombong tapi yang penting hati kita baik kan...aku kenal siapa hang...pompuan peramah tahap gaban...kalau dah kenal lah..

    ReplyDelete
  13. selagi namanya manusia
    memang akan berkata kata
    ada je diorang nak mengata
    tapi selagi tak mengugat kita, buat tak tahu saja lah..
    kalau di layan sama taraf pulak minda kita dgn diaorg nanti kan?

    ReplyDelete
  14. jangan amik kisah sangat KCE.. letih jer amik pusing kata2 orang ni..

    ReplyDelete
  15. Kita pun sibuk gila gak 2-3 menjak ni KC..Huhuhu

    ReplyDelete
  16. saya pun sibuk jugak, skrg baru ada masa nak jalan-jalan. sabtu n ahad relax sikit.

    ReplyDelete
  17. rinduuuuuuuuuu sangat ngan KC...

    my new bos said...wani pendiam sangat :(

    apa pendapat KC? pendiam sangat ke wani ni :(

    ReplyDelete
  18. akak paling meluat org yg suka menyibuk hal akak dgn apa cara pun sampai rasa terbelit-belit....

    pengalaman mengajar kita 'membaca' niat orang...kalau kantoi siaplah...
    sila blah!

    ReplyDelete
  19. lumrah manusia kc ; ada je yg x kene....

    ReplyDelete
  20. suka hatilah orang nak kata apa,yg penting kita happy

    ReplyDelete