Pages - Menu

Berhutang dengan semalam

A dan B. Dua orang yang berbeza. A disenangi .. disayangi .. disukai. Apa-apa hal orang cari A .. besar, kecik sesuatu benda .. orang 'approached' A. Kdg-kdg A jauh hati. Mana taknya .. sikit-sikit dia. Tapi A bijak pujuk diri. Dia percaya .. Selagi orang cari kita, 'susahkan' kita, itu tandanya orang perlukan kita. Itu tandanya orang percaya pada kita. A juga percaya menolong orang walaupun dia susah tapi ianya juga adalah satu ibadah. A rela 'disusahkan' .. bahagia dia. Kenapa ye org tak approach B? B unapproachable kah? B sombongkah? Org tak selesa dgn B kah? Entahlah ..

Dalam situasi di atas .. saya adalah A. Sikit-sikit Ella .. sikit-sikit Kakchik. Tapi tak pe .. tu tandanya orang 'senang' dengan saya. Saya rela dan ikhlas dengan tiap pertolongan dan bantuan yang saya hulurkan. Saya percaya saya seorang yang boleh diharap. Pada siapa sahaja .. apa sahaja .. dan dimana sahaja. I'm someone that u can rely on. Tidaklah membangga diri tapi itulah kenyataannya.

Walau tidak dilahirkan sebagai anak sulung tetapi saya antara anak yang paling bertanggungjawab. Saat keluarga dilanda musibah lebih dari 10 tahun yang lalu .. saya lah anak yang paling banyak bersusah payah. Bayangkan .. dalam umur awal 20an .. bertubuh kecil dan keupayaan yang terbatas, saya gagahkan diri ke sana ke mari, bertemu orang itu dan orang ini .. naik turun teksi  menuju destinasi dan akhirnya berjaya menyelesaikan masalah famili.

Saya tidak ada pilihan. Saya harus kuat, yakin dan berani. Abang sulung di luar negara, abang ke 2 tidak ada keyakinan diri, kakak saya sarat mengandung .. hanya Aishah adik saya sahajalah peneman saya ke sana sini.  Kerana peristiwa itu, saya sangat ber Terima Kasih kepada seseorang sehingga hari ini. Dan kerana itu juga, saya berasa hati dengan seseorang sehingga kini. Bukanlah berdendam tapi kotak memori tak ada butang 'backspace' atau 'delete'. Mana mungkin saya lupa sampai bila-bila. Tiap kejadian dan ciptaan Allah SWT itu indah dan bersebab. Diberi kita memori agar kita sentiasa ingat dan jadikan peristiwa lalu atau semalam sebagai panduan, pedoman dan iktibar. Jangan kita lupa peristiwa "semalam". Saya sangat berterima kasih pada "semalam". "Semalam" mematangkan .. semalam menguatkan. Saya tolak negatif tarik positif kerana "semalam". Saya berubah kerana "semalam". Bila difikirkan kembali .. saya sebenarnya terhutang budi pada semua peristiwa "semalam". Tanpa peristiwa dan kejadian "semalam" .. macamana lah saya hari ini agaknya ye?


Buat anakku Aiman yang sedang demam, mudah-mudahan ada Pengajaran dalam Entry Mengenang Semalam ini. Lama Entry ini aku simpan dalam 'Draft Box' baru hari ini ada kekuatan untuk 'share' dengan readers. OK lah. Got to go. Dah pukul 8:50 pagi, nak kejut Aiman nak bawak ke Klinik pastu nak gi ofis. Selamat Hari Jumaat ye kawan-kawan. Jap-jap lagi kita datang balik ke sini with more and more entry. Bye.



12 comments:

  1. KC saya suka entry ni, saya juga menghargai "semalam" itu..

    ReplyDelete
  2. Bukanlah berdendam tapi kotak memori tak ada butang 'backspace' atau 'delete'

    suka sangat ayat ni, selalu baca kat sini & selalu ingatkan diri sendiri, sebab kekadang perasaan dendam tu byk sangat dlm hati ni =)

    ReplyDelete
  3. mampir sob..nice post..teruslah berkarya dan sukses selalu..jangan lupa kunjungan balik ya..:)

    ReplyDelete
  4. Tak mahu butang backspace tapi mahu butang delete. Itu pun dah memadai. Tapi...

    KC, pengalaman lampau mengajar kita erti hidup. Pengalaman juga bt kita cekal. Mereka yang menyenangkan kita sedikit sebanyak mengajar kita erti menghargai. Mereka yang menyusahkan kita sedikit sebanyak mengajar kita untuk hidup berhati-hati.

    =D

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan :)

    anda seorang yg tabah..saya dapat new lesson dari entry ni.. :)

    ReplyDelete
  6. semoga hari ni kakcik lebih baik dari semalam.. :)

    ReplyDelete
  7. saya pun suka entry ni..

    'semalam' itu sejarah kakchik..
    sama ada manis atau pahit
    indah atau tidak

    sejarah dah terpalit...

    ReplyDelete
  8. luv this n3..
    kalo tak kerana kepahitan semalam takkan kita berdiri sekuat ini pada hari ini...
    saya pun banyak kisah perit & duka hari semalam..
    tp saya akui, kerana itu saya jadi lebih kuat...
    syukur pada Allah yg telah menguji saya seawal umur 5thn lagi...

    ReplyDelete
  9. kakchik..semua org ada kisah "semalam "nya..
    "semalam"lah yg mematangkan kita kan..;)

    ReplyDelete