Pages - Menu

Isnin Kita dan Budaya Kerja Orang Cina

Isnin kita arini. Tak banyak beza dengan Isnin yang lalu. Pagi ni diserang virus "malas" sebab celik mata je terbayang trafik jem kat jalanraya. Tapi semangat kuat beb .. ku singkirkan perasaan malas angkara Syaiton yang direjam iteww. Yeayy .. menang!! Bangun and get ready - Kerja. OTW, entah kenapa, tetiba rasa macam kerja kat Seremban. Nak habiskan 25km terasa jauh dan lamaaaaa sangat. Apakah masalah kau wahai Ella? 


Pastu terjadi sesuatu ~ Entry Pass tetiba "shut off". No signal. Nothing. Menung 2, 3 minit depan tu tunggu orang bukak pintu. Hmm .. Selagi belum pukul 9 jangan harap ada "staff on standby". Kita kan ikut cara kerja masyarakat Cina ~ Menepati masa. Ohhh .. masa kita melawat Kilang Mark & Spencer kat China dulu, kita kagum dengan budaya kerja mereka. Diaorang buat kerja sungguh-sungguh. Diam. Tunduk. Tekun. 100% concentrate on work sahaja. Tepat pukul 1, loceng bunyi tanda dah masuk waktu rehat, baru la masing-masing angkat muka. Wah .. wah .. terus riuh rendah sapa orang sebelah. Banyak benda nak borak la tu .. lama dah simpan .. time kerja langsung tak bercakap so nak tanya atau borak apa-apa .. TUNGGU. Orang kita? Sambil kerja .. sambil gossiping mengata. Kahkahkah. Sungguh tak senonoh suka jaga tepi kain orang, kan.

By 10 am dah hepi sebab dapat "New card w/out charge". Ye la .. kad tu rosak sendiri .. len la kalau kita rosakkan atau hilangkan then baru di charge. Tak sabar nak "tap" "tap" sume pintu dalam opis ni. Hahaha .. buat la perangai jakun tak senonoh wahai Ella .. mcm tak penah jumpa. Hihihi. OK. Things goes well today sampailah Boss Anak Tan Sri masuk. Alaaa .. dia ni memang tau. Ahad semalam kan, kita main masak-masak sambil berSMS dengan dia*macam arini tak jumpa* Rindu kat aku kot dia ni? Hahaha. Bengang!! Tapi bengang bengang pun i like. Dia baik. Dia berhemah. He treated me very well. 16 tahun kerja dengan dia, tinggi suara kat kita langsung tak ada. Boss orang lain? Yang macam Tarzan hobi jerit sini sana pun ada. Apa daaa .. 

Apa pun .. hari ni memang macam-macam. Pagi bestfriend ku Ms Wong bagi sebungkus Biskut manis feveret*hepi* Se mug Nescafe tak abis-abis dari pagi sampai petang which is not me yang "Hantu Kopi".  Tak pe. It's ok. Malam ni nak tido senyum sebab Assistant ku Kak Senah janji sok nak masakkan Sup Ayam feveret ku. Yeayy!! tapi sebelum tido, haruslah penatkan badan ber 'aerodance'. Bila penat .. baru berbaloi rehat. Betul tak? Betul kan. Eh .. cakap betul cepat. If not ..tak nak kawan. Hihi. OK. Sekian sahaja Entry orang sewel di satu hari Isnin yang tah apa-apa. TQ baca ye.





8 comments:

  1. akak pun seronok tgk ramai org melayu yang dah bawak keta mahal kat jalanraya..bangga rasa hati.

    kalau camtulah budaya kerja orang kita dah tentu negara malaysia maju jaya.

    gossip menggosip tu kan amalan kita

    ReplyDelete
  2. heheh. complete!

    mungkin badan kite bagi reaksi automatik kot kalau dah terlebih kafein, tu yg hantu kopi pun boleh tak habiskan kopi dia.

    ReplyDelete
  3. betul betul
    sambil laju2 cheqna angguk kepala =)

    ReplyDelete
  4. Orang kita di tempat kerja, selain gossiping, juga boleh lagi FB atau update blog. Masa kerja dah berbagi dgn banyak xtvt peribadi yang lain.

    Budaya orang Cina, memang fokus pada kerja. Sebab tu bos Cina, “pandai” tengok orang. Dia tau sapa rajin sapa tak.

    ReplyDelete
  5. Bab godip tu yg tak blh blah kak chik. Tak sukanya......

    ReplyDelete
  6. Salam Kakchik,

    EEEmmm.....memang betoi sangat tu....he.he.he....

    ReplyDelete
  7. entry ini sungguh istimewa bagi ku

    ReplyDelete