Pages - Menu

Sopink sikit-sikit

Hari Sabtu hujung minggu. Saya kerja. Masa ni ter jeles sekejap dengan pekerja-pekerja yang sedang bersantai di rumah dan yang sedang libur dengan famili. Eh jap-jap. Tak baik jeles-jeles .. Bisikan Syaiton yg direjam tu. Syooohhh .. syoooh .. pergi kau dari sisi. Hehehe.

Lepas kerja, bawak Bodyguard kesayangan ke Shopping Mall feveret dah semestinya1Utama. Nak redeem rebate voucher .. nak sopink apa yang perlu. Setelah dapat voucher berjumlah RM290 .. barang pertama jadi pilihan ialah "Cabin Luggage." Bakal menggantikan 'cabin luggage' lama yang buat Aiman merungut tak sudah di Kota Singa baru-baru ini. Ai kan mak yang perihatin .. kalau anak berbunyi .. dgn ai-ai sekali tak senang hati. Hehehe.

Kasut aero baru menggantikan kasut lama yang dah mula menggigit kaki. Ai beli yang murah-murah jer .. sesuai dengan kemampuan poket yang tak hebat. Tapi yang ni tak guna Voucher sebab tempat pembelian adalah di RSH .. bukan di Jusco 1Utama. Murah tak pe .. yang penting selesa. Mesti lebih cantik langkah tariku selepas ini. Hehehe.

Tips for u ols yang sedang mencari kasut aerobik ~ Pilih kasut under label "Training", "Running" atau "Studio". Cukup sudah. Make sure tapak tebal sebab dalam aerobik banyak step yang berasaskan hentakan.

Kasut lama yang bermakna dan sangat berharga. Masa ai beli dulu, cuma RM29 di RSH .. last piece katanya. Selepas hampir 3 tahun, kasut ni mula keras dan menggigit jari. Walau hati berat mahu berpisah mengenangkan budi yang kau tabur padaku selama 3 tahun ini .. hati terpaksa walau tak rela. But ai tell u .. ai tak buang. Benda kita sayang .. bukan senang nak buang, kan.

Hadiah buat kaki yang melecet di Kota Singa baru-baru ini. Cik Primavera RM49 sahaja. Cik HP .. since u hurt me .. ai punish u duduk diam-diam tepi pintu. Eh eh .. jap-jap .. Salah Cik HP ke? Yang ko bergaya dengan wedges 3 inchi berjalan kaki berkilo-kilometer di Kota Singa tu kenapa? Hehehe .. Not my fault .. mana la nak jangka Nizam nak bawak berjalan sejauh itu hingga melecet tapak kakiku. Haaaaa .. salah Nizam la ni. Hehhe.

Beg sekolah untuk Aiman. Original Nike RM99 ada discount 10%. Setuju beli yang mahal dengan syarat ~ Make sure Aiman guna dua tahun tau .. baru berbaloi Mama membeli. OKOK. I agree. With the mutual understanding between us, ai setuju beli dengan harapan beg mahal ni takkan koyak seperti beg lama yang dibeli di Uptown tempohari. Elelele .. sapa suruh beli kat Uptown. Mama hang pun kedekuts gak sekali sekala ye. Hihihi.

Dah dapat Cabin Luggage and Nike Bag, voucher masih berlebih RM50. I told Aiman, mari kita habiskan duit ni .. Anything u want? Dok fikir-fikir pastu dia sebut ... Haaaaa .. Boxer. Dah pilih boxer bersama lalu depan rak baju ternampak singlet V-Neck tu. Aiman biasa jer tapi mama dia terjatuh cinta so ai goda Aiman suruh ambik Tshirt tu. Aiman, y not u take the V-Neck Tee .. mesti hensem Aiman pakai nanti. Akhirnya .. V-neck Tee bersaiz M berjaya dibawa pulang sehelai oleh Aiman dannnnnnn ... besar la pulak dahhh. Tak pe .. nanti i help u to gain more weight.

Selesai sudah membeli belah barangan berasaskan keperluan bukan kehendak, we went home feeling happy even total lost today mencecah RM500. Haihh ... dah la semalam bateri kereta kong cheq kena RM170. Duit macam air deras mengalir but what to do .. yang dibeli adalah keperluan bukan kehendak semata-mata lagipun RM290 is voucher so ai guna cash RM210 sahaja. But stillll .. gaji lambat lagi lerrrr. 


4 comments:

  1. ala kc baru rm500... relex aaa...hehehehe...

    ReplyDelete
  2. take pe.. aiman sorang je..layannn.. ai ni ada 5 org ,.. tak terlayanlah KC.

    ReplyDelete
  3. hehehe..
    best lah cerita kak chik..
    ngehngeh..
    memula ingat nak baca gitu-gitu..
    (ngenang sebab sudi jenguk blog saya
    yang tak seberapa tu..)

    tetiba sekarang..

    dah ter follow..

    hehe..

    ReplyDelete
  4. I LUV YOUR STORY MORY...JOM P SINGGAH BLOG I PULAK..fiezabard.blogspot.com

    ReplyDelete