Pages - Menu

Cerita Rabu No. 2 - Pergaduhan sesama kita

Terjadinya sesuatu pergaduhan atau perselisihan antara kita kerana kegagalan kita mengawal tutur kata, perbuatan dan paling penting emosi.

  • Kelancangan mulut kita menegur sesuatu yang tidak enak di mata kita walhal perkara tersebut tidak berkaitan dengan kita malahan tidak ada langsung salah dan silapnya. Orang camni perasan dia bagus kot?  
  • Kegagalan kita untuk berfikir sebelum melakukan sesuatu yang mana perbuatan tersebut akhirnya melukakan perasaan pihak yang satu lagi. Contoh paling nyata ialah "Backstabber" atau "Talam Dua Muka". Hebat gila spesis ni. Depan kita baik belakang dia cucuk kita. Ayoyoooo .. akak takuts orang camni. Tak kawan pun tak pe. Lagi satu contoh ialah bila buat sesuatu tanpa berfikir. Main redah dan akhirnya kita berbalah. Kalau husband & wife pasni bergaduh hari-hari. Minta selisih la benda-benda camni. So, mari gunakan akal fikiran dengan "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang" Eh .. ini bukan Kempen Pilihanraya ye kawan-kawan. Hehe.
  • Kegagalan kita mengawal emosi ketika dilanda krisis atau dilanda konflik. Kembang kuncup bagai dicucuk-cucuk kot hati orang yang sedang 'emo' ini? Dia tidak tau bagaimana untuk bertenang tetapi hatinya bagai ditendang. Ustaz pernah kata, kemenangan hanya akan kita genggam jika kita berjaya menghadapi konflik dengan ketenangan akal dan fikiran. Baiklah kawan-kawan yang saya sayangi, mari kita kawal emosi. Marah jangan tunjuk atau merajuk. Jom kita buat 'cool' or berlakon ala-ala "I tak heran dengan u" padahal dalam hati .. Sabar .. Control .. Cool. Hehehe. Dah cool betul-betul dan tak emo lagi .. mari kita sit and discuss. Baru lah aman, kannnn.
So kesimpulannya ialah Perselisihan atau pergaduhan antara kita boleh dielakkan jika kita menjaga hubungan sesama insan .. means jangan terlalu busybody atau menjadi "bossy", jika kita menggunakan akal dan fikiran dengan sebaiknya dan membuang ciri-ciri "Backstabber" atau "Talam Dua Muka" dalam diri kita*jika ada* dan jika kita sentiasa ingat bahawa kita adalah HambaNya yang dipilih untuk diduga maka kita redha lah dengan Ujian itu, tenang dan tabahlah menghadapinya. InsyaAllah .. Aman dunia. Chewah. Eh ... Pesal entry kau dah macam Pakar Motivasi ni? Perasan sangat lah kau ni Ella. Kahkahkah.

*sekadar berkongsi minda*


10 comments:

  1. camne pulak nak layan org terlebih sensitip..padahal mulut dia lagi la cakap lepas..bye2 je la org camni kan..emo tak tentu pasal..hati dia kena jaga..hati org dia tak fikir pun..

    ReplyDelete
  2. betul, kena sentiasa berhati2 dalam pergaulan

    bossy benda penting okey kot =)

    ReplyDelete
  3. Sy tak suke. Sy mmg elak dgn point2 yg KC bagi tu. Huhuhuhu.....

    ReplyDelete
  4. betul tuh.. wlpun kekadang mama nih jenis takleh nak tahan emo.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. terasa macam baca hasil tulisan pakar motivasi, Dr Ella ! hahaha..

    Bagus tulisan ni..saya setuju...jgn nak terlalu busy body..

    ReplyDelete
  6. bgs ape yg kc post ni,serious :)

    buat pia berfikir

    ReplyDelete
  7. Salam Ella.

    Pendek kata jangan buat kepada seseorang sesuatu yang kita tak suka orang buat pada kita.

    'Talam 2 muka' memang merbahaya.

    ReplyDelete
  8. betul tu kak chik, sebab tu kat opis cik ina jarang sangat nak bercakap, takut tersalah cakap .membebel kat blog jelah. spesis talam dua muka memang menakutkan.

    ReplyDelete
  9. kakchik..
    elakkan berkawan dgn org yg mukanya betalam2.lama tak bergurau dgn kakcik..jgn marah ngan akak..heheh

    ReplyDelete