Pages - Menu

AnTam Hotel, District 1, Benh Tanh

Kita 'pause' lagi cerita Jalan-Jalan di Ho Chi Minh City dulu ye. Kita bagi laluan kat Entry Hotel pulak supaya boleh dijadikan panduan pada mereka-mereka yang tengah pening kepala google sini sana tak tau nak duduk hotel mana *macam ai aritu* Hehehe.

Hotel kat HCMC ni, walaupun cuma 2 bintang .. bersih. Tersangat lah bersih. When they do business, they do will very well. Hotel 2 star macam AnTam Hotel ni pun dah lengkap dengan kemudahan asas macam 'Hair Dryer', Peti Sejuk, Cerek, sabun mandi, shampoo dan sebagainya. Tapi bukan semua hotellah nak kena pandai pilih jugak. As for me, i always look for a few factor when choosing a hotel ~ Pertama .. nak hotel baru. Kedua .. nak yang selesa. Ketiga .. lokasi. Pas 'google' sana sini and consult my friend Shema .. finally AnTam is my choice. Girlfriends ai ni sume ok .. dia orang Ala-Ala Mem .. follow je dan saya yang menurut perintah lah tukang buat kerja. Tehehehe. 

Kat Hotel Lobby ada disediakan Komputer dengan "Free Wi-Fi" yang tersangatlah laju macam F1. Ismayanti Si Bedak Sejuk sekejap-sekejap menghilangkan diri. Tak pe la dik ko hilangkan diri .. jangan hilang ingatan sudah. Tehehehe.

Lobi Hotel kecik je .. Nampak tak penimbang depan Lift? Sangat perihatin kan Tuan punya hotel ni. Dia siapkan penimbang so that tetamu boleh timbang berat beg sebelum sambung shopping. Lepas timbang, buleh la 'standby' duit untuk lebih muatan ke .. tak la kesusahan di Check In Counter nanti.

Ini bilik Deluxe ... bilik terbesar kat Hotel ni. Kalau nak tau, hanya ada 3 bilik setiap tingkat. Privacy la sangat *konon* Hehehe. Dan hanya bilik ini yang ada tingkap. Lagi 2 bilik kat tengah-tengah tu no window. Hotel 2 bintang pun siap ada "Wall Paper."  Kelassss dan yang penting, hotel ni masih baru.

Tengok tu .. Besarkan bilik Deluxe ni 40USD = RM120 boleh tido 5 orang tapi lagi 2 orang ada extra caj 10USD seorang. So, kami bayar RM180 satu malam kongsi 5 orang. Lengkap dengan LCD TV, Peti Ais, Cerek Elektrik.


Semua ada. Tapi tak kuasa la nak pakai Colgate dan Berus Gigi buatan Vietnam, kan. So, 2 benda ni harusss bawak sendiri. Tuala mandi ada .. so tak perlu kita memberatkan beg bawak towel gebu naik kapal terbang ye, kawan-kawan.

Ada Coffee House di Tingkat 1 ~ Sarapan pagi dah 'included' dalam Harga Bilik. Tapi limited lah ~ Hanya Roti, Telur, Buah-buahan, Kopi and Tea. Eleee .. kalau hidang beria-ia pun kita tak boleh makan, kan.

Kecik je jalan depan Hotel. Hotel AnTam betul-betul depan Tan Hai Long Hotel tu. Pastu bangunan kuning tu lah Benh Tanh Market .. tempat rakyat Malaysia mengempiskan dompet termasuklah ai. Hehehe. Jalan depan Benh Tanh tu ditutup dari jam 7 malam sebab kat situ ada Pasar Malam. Belakang Benh Tanh pun ada pasar malam jugak. Interesting tau Pasar Malam diaorang. Diaorang betul-betul ikut undang-undang . takkan bukak khemah sebelum pukul 7 malam. Peniaga-peniaga akan 'standby' ramai-ramai pegang kaki khemah tu sambil borak-borak menunggu 'countdown' jam 7 malam. Teruja kitorang tengok budaya kerja mereka yang ikut undang-undang dan menepati masa mereka. Happening sangat.

Kedai Hajah Basiroh depan Hotel AnTam je. Kitorang tak makan kat sini so ai no komen la sedap ke tidak

 Sebelah Hotel AnTam ada kedai jual baju kurung. Nampak sangat orang Malaysia suka duduk kawasan ni, kan. Pastu ada kedai jual beg, tailor, spa pun ada.

Selang 2 pintu dari Hotel AnTam ialah Hotel Saigon Pink 2 dan banyak hotel lain lagi. Orang putih dan Orang Melayu adalah majoriti disini ... Dont worry, u wont feel lost here. Nak cari makan, nak beli itu ini .. senang ... jalan kaki je. Very strategic location. Keluar pintu hotel kalau ke kiri pastu lintas jalan dah sampai Benh Tanh Market. Kalau tak lintas jalan tapi kiri lagi adalah jalan ke Dong Koi Street dan Saigon Square. Kalau keluar hotel pastu ke kanan pulak dah boleh pegi ke Restaurant VN Halal Saigon (depan New World Hotel) dan ke Restoran Vietnam Delights di Le Lai Street. Senang. Memang senang. Eh. OK lah. Panjang dah 'i story u'.  Ai bukan apa .. saja nak kongsi cerita .. kan ramai sekarang ni tengah merancang mahu ke HCMC ... i hope this entry help. 



11 comments:

  1. very informative - iols suker...

    baca dua entry sekali harung ni....

    ReplyDelete
  2. nice info..leh jdkan guideline nti kalo dpt g sn ahaks

    ReplyDelete
  3. yes, boleh dijadikan reference kalau nak HCMC nanti. tq for info.

    ReplyDelete
  4. teringin nak ajak en. abah pegi sana

    ReplyDelete
  5. bestnye dapat travel..teringin nak travel gak~

    ReplyDelete
  6. Ella, pandai u citer tau! walaupun i dh g ngan u ke sana, baca entry still exciting! well done!

    ReplyDelete
  7. tak sangka hotel dua bintang.cantik cam taraf 4 bintang kalau kat malaysia.

    ReplyDelete
  8. Wah bestnya... ari tu ktorg pergi pon tido situ gak... Murah dan berbaloi.... serius x puas pergi. rasa cam nak pergi lagi. hehehee

    ReplyDelete
  9. terima kasih banyak2 atas perkongsian mengenai vietnam....ia amat berguna bagi saya yang akan ke HCM City 3/7/2012 nnt.. dah nak smp masa dah book tiket dr bln 12 guna AA..
    Ditambah lagi saya pun CONFIDENT nak terjah jer.. tp dah hampir setahun search pasal vietnam.. THHX A ALOT..

    ReplyDelete
  10. Thanks for your info....interesting sangat....memang nak g HCMC lagi....nak shopping....siap jahit lagi...upah pun murah....hehehe...

    ReplyDelete