Ada satu hari tu .. kita keluar dengan kawan. Dalam bercerita terkeluarlah cerita tentang bagaimana suami dia sayang gila kat dia. Tiap-tiap tahun adakan Majlis Harijadi besar-besaran untuk dia. Sebut je berapa kosnya .. Abang tak kesah .. yang penting Ayang gembira dan bahagia. Kat mana dan berapa sahaja .. Abang rela yang penting Hari Istimewa Ayang ini mesti diraikan. Wahwahwah .. sampai begitu sekali. Tak cukup dengan tu diberinya Kad Kredit bertaraf Platinum .. Ayang 'sign' aje .. Abang tak kesah berapa .. Abang nak Ayang hepi. Wahwahwah .. mewah!! Bestnya daku kalau dimanja sebegitu*sambil kedip mata berangan yang best-best*
Tetapi .. bahagia itu kan datang dengan berbagai cara. Andai kasih sayang dan bahagia itu diukur dengan kemewahan .. maka bahagia lah sahabatku itu.
Pada pendapat i lah .. kesanggupan Sang Suami yang rela berhempas pulas mencari rezeki dan kemudiannya sanggup mengempiskan dompet demi untuk membahagiakan Si Isteri adalah pelengkap bagi sebuah perasaan bergelar "Kasih Sayang." Sebab kalau Si Suami itu sekadar baik tapi membiarkan Si Isteri terkial-kial keseorangan dan tidak perihatin akan perasaan Si Isteri .. gembirakah dia .. bahagiakah dia .. Apalah ertinya Kasih Sayang itu, kan?
Hmmmm .. Terlalu luas Definasi perkataan "Kasih Sayang." Jom kita check diri kita .. lengkap kah? Masih perlu di 'top up' kah? Kita mungkin tidak boleh menjadi Terlalu Sempurna di mata dia tetapi kita boleh menghampiri Garis Sempadan kesempurnaan itu demi cinta dan kasih sayang kita. Betul, kan?

tu kira syg tahap dewa tu....hehehhe ada ke lg laki mcm tu??? =P
ReplyDeleteLbh kurang sama cam entry erti bahagia yg mak kupas baru2 nih.
ReplyDeleteBahagia bukan terletak pd nilai atau material sbnrnya.
Tapi penimbang tu terletak dlm hati
kebahgiaan tidak boleh diukur dgn wang ringgit. Adakah si isteri benar2 bahagia dgn keadaan tu atau hanya pura2 bahagia kerana wang ringgit. Pada saya wang bukan segala2nya, banyak faktor lain lagi membuatkan kita bahagia
ReplyDeleteWah....itu namanya tuah kwn KC. Kasih syg tu subjektif kan? Lelagi pd pemikiran lelaki. Ade yg pk simple smpi membosankan. Hahahahah!
ReplyDeleteKalau kasih sayang diukur dengan wang, kakcik akan merasakan bahawa kakcik tidak disayangi suami kerana dia bukan orang yang berwang. Tapi kakcik tahu sejauh mana kasihnya pada kakcik setakat ini. Alhamdulillah. :)
ReplyDeleteBagi yang banyak wang boleh lah nak dilayan begitu bagi kita yang berwang sedikit mungkin ada cara lain untuk membuatkan kita rasa bahagia. Apapun saya bahagia bila suami tetap menjaga hati dan perasaan isteri walaupun kekadang dia makan hati...hahaha...
ReplyDeleteLain org,, lain kasih sayg yg ditunju.kn....hehe :)
ReplyDeletebagi saya kak, spt akak cakap kasih sayang boleh dibuktikan dgn pelbagai cara. apa yg kini en kanda sy bg, dah terlebih cukup.tak perlula wang ringgit smp en kanda kempis. cukupla memadai dgn bersederhana.
ReplyDeletesayang boleh diekspresikan dgn pelbagai cara. kalau mampu cara sebegitu... takde salahnya. tapi kalau kami yg taraf biasa2 ni, saling melengkapi satu sama lain pun dah cukup seronok rasanya...
ReplyDelete