Nak sambung cerita Pengalaman Kerja ~ Kalau haritu Tuan Lawyer, kali ni Sales Manager. Ofisnya besar .. ramai pekerja tapi suasana tetap sama ~ kelam kabut. Haihhh .. sokmo dapat Boss macam tu. Dah la kelam kabut .. panas baran pulak tu .. kerja dia tak da lain .. menjerit je. Dah la jerit macam Tarzan, satu ofis dengar .. buat malu je. Bila tahap malu tu dah melampau .. kita balas balik dengan jeritan Ala-Ala "Jane". Ambek kau. Satu ofis dengar. Pastu diaorang cakap "Ng gaduh dengan Secretary dia la tu". Hehehe. Biasa.
Double sebal bila tengah-tengah gaduh tu dia tanya "Ella .. Can U Stay With me Tonight?". Anoyying .. Menyampah gila kita dengar. Geramnyaaaa ... Jap. Jangan salah faham ye. Cerita belum habis lagi.
Alkisahnya, this big Multinational Company ialah Hospital Equipment Supplier. Bukan mesin kecik-kecik tapi mesin besar macam 'MRI machine, X-Ray, CT Scan machine'. Pengeluar Machine kat German so bila masuk tender, harga tender akan dapat dikenalpasti hanya di saat akhir sebab nak 'apply exchange rate the day the tender close'. Pastu Boss kita ni ada masanya pendirian tak tetap. Jap-jap dia nak quote machine ni .. jap-jap machine tu. Senangnya kau .. yang susahnya daku .. Secretary kau ni ha. Satu tender kena hantar 7 salinan, A3 saiz. Salah satu, sume kena buat balik, sain balik. Terkedek-kedek kita call Tan Sri mintak datang dan 'sign' Tender tu lagi sekali. Sib baik Tan Sri tu ok. Kalau dia terpaksa sign borang kosong, paling kuat pun dia cakap "Tak pe Ella, You jangan tulis I Owe U dah". Baik kau .. baik sungguh Tan Sri tu. Cakap lemah lembut .. tinggi budi bahasa pulak tu*Terkenang budi bahasa dia sampai sekarang*
Lagi 2, 3 hari nak tutup tender, masa ni lah akan terkeluar kata-kata ~ Ella, can u stay with me tonight? We got to finish this fast. We are running out of time*sambil buat muka kesian*. Ya Rabbiiii Menyampah nya bila Ng buat muka camtu. Tapi apa kan daya .. Sedar diri bahawa "Saya Yang Menurut Perintah" .. haruslah kerja sampai tengah malam walau tak dibayar 'Overtime". Ada sekali tu Bulan Puasa .. amboi kauuu .. boleh pulak dia terlupa belikan makanan. Bila tengok kita buka puasa makan Biskut Lemak cicah Milo .. dia buat muka 'innocent' sambil cakap .. Eh .. Buka puasa time already ah? Aiyoo i forgot to order food lah. Tak payah la Ng .. i dah makan*dlm hati bengang* Dah la puasa .. staff dah ramai balik .. aircond ofis 'centralised' tak boleh 'adjust' .. umur baru 21-22 tahun masa tu .. terbayang bukak puasa kat rumah ramai-ramai .. masakan sedap Mama. Bengang. Sebal. Triple sebal kat Ng masa ni. Esoknya bila kena stay lagi dia tak lupa dah. Dapatlah kita berbuka lah dengan KFC dan bukan Milo lagi*hepi*
OK. Tu satu cerita. Sales Department ni kan, skop kerja dia termasuklah arrange After Sales Service. Bila Tender berjaya, kena liase dengan Technical Dept .. kena hantar Radiographer gi Kursus kat Germany. Tu sume termasuk dalam skop kerja kita. Internet tak da ,, telefon je. Kena lah lagi daku kerja sampai malam .. nak tepon orang Jerman bukan boleh siang-siang. Aduhaiii .. berat 40kg masa tu ada masanya susut sampai 38kg. Tiang letrik tu lagi seksi dari aku. Hehehe.
Tu belum Ng mengada. Gi appointment kat Hospital nak bawak Secretary. Tengah syok buat kerja ~ Ella .. Follow me. Quick. Aihhhh .. apa la kelam kabut sangat Apek ni*dlm hati* Ada sekali tu kita gi appointment pakai selipar .. tak sempat tukar. Padan muka Ng .. kelam kabut sangat .. tak bagitau awal-awal. Tapi kan, Ng tu sebenarnya garang dengan kita je. Kat rumah dia baik. Tiap-tiap pagi sebelum kerja dia pegi pasar membeli belah untuk Isteri dia dulu. Orang kata kan, Lelaki kalau dia garang kat ofis sebenarnya kat rumah dia takut Isteri. KahKahKah. Betul ke tidak ni? Misz-Ella tak tau. Korang tau?
Saya setuju statement yg last tu..most of men cenggitu..kt tmpt kje garang mcm singa..kt umh..eh..ttba jek turut ckp bini..hrhe..
ReplyDeleteStatement tak boleh blah...kahkahkahhh...
ReplyDeleteTapi selalu cam gitulah. Dia bukan takut bini la KC dia sayangggg...bini....
Eh... macam tu ya?
ReplyDeleteTapi suami kakcik tak pernah takut kat kakcik. Di ofis pun dia tak garang sebab dia ada boss tapi tak ada staff. :)
nak tau takut bini ke tak... tgk time balik. kalau sharp on time menggelupur nk balik.. takut bini letewww.. hihihi!!!
ReplyDeletemacam2 pengalaman KC eh..seronok dengar..mesti tensi je masa mengalaminya tu..
ReplyDeleteeh pelik..husband saya kat opis dia garang (walau pun bukan dia bos pun) kat rumah pun garang.. tapi garang bertempat lah..
dia tension ler dgn bini dia.. tu sbb dia cari pasl kat office.
ReplyDeletetapi papa kita happy je kt rmh ke..dgn staff dia ke..
hehehe....mcm tu ker??? tak tau lah pulak...
ReplyDeletecite KC mmg best!!!
asam garam kehidupan ni..tapi KC dh expert handle mcm2 urusan keje :) suspens mula2 baca tahuk entry hhehehe
ReplyDeleteHubby i kat opis garang.. kat rumah dia tak takut i pun..
ReplyDeletelain orang lain pengalaman...
ReplyDeleteby day way.. ayu suka baca entry ini..
kakcik mmg best
ekekek gitu erkk kak
ReplyDeletehurmmm lelaki kannn , macam2 ... eh same je ngan popuan .. cuma lelaki nie selalu amik mudah dlm banyak hal ;)
ntah..xtau nie..hee
ReplyDeletebetul ke gitu kak? bukan takut kot tapi tanda dia nak tunjuk kasih sayang la tu:)
ReplyDeleteAda x lelaki yg marah klu baca stement KC nih??
ReplyDeleteErr..laki org,mak tatau la tp cik abam kita yg soram tu kan KC,dgn org2 or pekerja2 dia,mmg muka stok seram la org nak tegur. Muka siyes nak arwah..tp yg peliknya, kat umah, mak x seram pun tgk dia. Muahahaha..
@Mak Lagenda .. rasanya lelaki tak perlu marah sbb ni bkn stetment KC. Kan KC sebut situ .. 'Org kata'.. bkn KC yg kata mak. Hehehe.
ReplyDeletekak,ade sorg bos dkt ofc sy ckp-die ckp bini yg tak takut die.hehehehehheeh
ReplyDeletep/s:sy tak leh tido malam bile tgk KC sudi tinggal kan komen dkt blog picisan sy tuh.terharu sy kak.blogger ade name sudi singgah blog sendu sy nih.
hahaa...yer kot, takut bini..sama ngan boss saya,tetiba jom let's go to somewhere2x..suka ati dia jer...tp bini bebel dlm tepon haram sepatah tak jawab...wakakaaa
ReplyDelete