Pages - Menu

Ayam Tomato Sambal Berserai + Masak Air Sawi Putih


Harini kita masak. Chewahhh .. macam gempak sangat la kau. Hahaha. 3, 4 kali seminggu je kita  tak 'miss' masuk dapur tapi kalau penyakit M menyerang .... HaiHaiHai .. bungkuih je la ye.


Ayam Sambal Berserai. Kali ni lebih special sebab tambah tomato so kita tukar nama dia ke Ayam Tomato Sambal Berserai. Dah macam rupa Rendang, kan. Tu la akibatnya kalau tumis sambal terlebih garing .. cili merah dah nampak macam cili kering!! OK Meh kita kongsi cara-cara membuatnya. Ambik setengah ekor ayam, goreng ayam tu separuh masak dulu. Cili masak 4-5 biji (yang panjang dan sehat lagi segar), buah tomato 2 biji, serai 2 batang (dihiris), bawang besar 1 biji. Kisar sume ni sampai hancur. Tumis bahan-bahan ni sampai cili garing .. kalau nak lebih aroma dan rasa serai .. masukkan 2 batang serai yang dititik .. buh air sikit .. masukkan sekeping asam keping. Masak sampai betul-betul kering .. buh garam dan gula. Rasa-rasa pastu angkat dan hidang. Aiman cakap ... "Ya Allah ma sedapnya .. tapi pedas gila" .. Rilek arr Man  .. pedas pun makan jer .. baru la macho  ~ giteww la kita pujuk dia.   

Sawi Putih is alwaysss favorite. Ni buat Tumis Air jer .. tak yah resepi la ye. Senang sangat-sangat. Pejam mata dah siap. WaWaWa .. dah la murah, mudah .. baik utk kesihatan lak tu. Ce ko makan ni ari-ari Ella .. idok le jarum penimbang tu sokmo naik. Tapi tu la .. kaki makan cam Misz-Ella ni udah malas mahu diet seperti dolu-dolu. Kalau diet pun dua hari setengah jer. So, redho je la kalau berat badan idaman tak kau dapat ye. Hehehe. OK lah. Got to go. Mahu berfikir Menu esok ari. Mekaseh baca. Bye.


19 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Chik:)
    Lama tak singgah komen sini.Sihat ke?
    Yummy tengokkk menu tu.Part sayur tu,rasa nak hirup je kuah dia:)
    Kakchik,apa beza ayam tomato dengan ayam masak merah? Terkompius lak.Hihi~~

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu sawi putih tu selalu encik suami, beli. tapi xsuke. pastu biar je smpai kecut dlm peti ais...eekekekekek

    ReplyDelete
  3. lazatnya menu kc.
    kalau ginilah lauk depan mata sy tak daya nak sekat mkn hehe

    ReplyDelete
  4. Fav MQ la ayam merah ni... Sedapnya.... Nak sikit boleh KC ?

    ReplyDelete
  5. sedap la sawi tu kc,sejuk perut ;)

    ReplyDelete
  6. wahhh...menu ayam tomato sambal berserai tak pernah cuba lagi tuh. lain kali nak suruh wife cuba masakkan jugak ler.....

    ReplyDelete
  7. Mak ai. Menu menawan sukma nihhh.

    Tu kalu ada keropok ker, telur masin ker... phiew memang 3 pinggan!

    ReplyDelete
  8. sawi putih tumis air ni mmg feveret anak2 saya

    ReplyDelete
  9. sedap bangat sih hehehe
    nak bw mangkuk tingkat terjah umah kc lah hehehe

    ReplyDelete
  10. wah bestnya tgk ayam msk serai tue..terliur den tgk..

    ReplyDelete
  11. wah nampak best lakk....terliur tengok ayam tuhh..

    ReplyDelete
  12. saya pun suka sawi putih ni..tapi husband tak suka sangat..dia suka bahagian daun je..saya dgn anak2 pulak suka bahagian batangnya sbb juicy..hehehe...

    ReplyDelete
  13. krup krap cik ina tengok juadah kak chik malam ni. terus nak bukak tudung saji.

    ReplyDelete