Pages - Menu

Hadiah Harijadi ke 39

Bagaikan terlupa yang 3.7.1973 ialah hari ulangtahun kelahiran ku. Macamana lah nak ingat, walau nampak tenang fikiran serabut sebenarnya fikirkan Aiman. Selagi tiada kata putus tentang "Cerebral Angiogram", hati  ada banyak Tanda Tanya. Tapi SMS dari kawan-kawan kesayangan, famili dan adik beradik menyedarkan .. Hari ni Harijadi Aku ..

Aiman cakap .. Ma .. Hepi Birthday. Sian Mama kat Hospital masa Birthday. Nanti Aiman dah ok kita celebrate best-best eh*sambil keluarkan Kad Ucapan* .. Abah tolong belikan tadi. Owhhh .. Tq Aiman. Soon, more n more birthday wishes received on my handphone. TQ all. 

Pukul 10 pagi Dr. Lee and The Team datang tengok Aiman. Puan, .. Today by 2pm Professor Dr. Sobri will make a review on your son's condition. Berdegup jantung ~ Ya Allah Ya Tuhanku, bagilah aku kekuatan untuk menempuh saat ini. Zikir dan doa tanpa henti . Jiwa kacau walau nampak tenang. Ya lah .. dalam keadaan ini yang hanya mampu dibuat hanya lah doa dan zikir banyak-banyak. Mohon ketenangan .. mohon keredhaan .. mohon ketabahan dengan apa jua berita. 

Selepas pukul 3 petang, Dr. Tan datang ke Katil Aiman. Aiman masa ni tengah tidur. Puan, Encik, Professor Dr. Sobri has just called us. He said no need to do operation. Its just a malformation of vain. Cuma perlu scan sekali lagi dalam tempoh 6 bulan dari sekarang. Ya Allah .. Syukur Alhamdulillah. Rasa nak menitis airmata waktu tu jugak tapi entah kenapa .. airmata susah sangat nak gugur depan orang. Orang pertama yang i SMS untuk sampaikan khabar gembira itu ialah my sister KY. Pastu adikku Aishah. Pastu kawan-kawan rapat. Dan bagaikan ada magnet, tiba-tiba bertalu SMS bertanyakan khabar Aiman. Alhamdulillah .. Sokongan dan dorongan dari kawan-kawan buatkan kita lebih kuat dan bersemangat, kan.

Petang 3.7.2012 ~ Katil 8 Wad 7B, Hospital Sungai Buloh. KY, Aishah and Mama datang melawat with small birthday cake for me. Alaaa .. malulah .. Ishhh korang ni .. susah2 je. Pastu diaorang nak nyanyi .. Alaaaa .. takmo arr .. nanti ganggu yang lain-lain. Tak pe .. kita nyanyi bisik-bisik ~ kata Aishah.

Me, Aiman and Aishah. It's my birthday but i told everyone ~ Doakan Aiman. Kerana anak adalah anugerah paling berharga yang pernah me terima sepanjang menjadi Hamba di bumi Tuhan ini. Dan berita gembira yang dikhabarkan Dr. Tan sebentar tadi adalah hadiah harijadi paling bermakna pernah ku terima sepanjang 39 tahun ini. Ya Allah Ya Tuhanku .. Hanya Engkau tempat kami berserah .. tempat kami meminta. Allah SWT sayang kita ~ Diduga dengan kepahitan dan diberi ganjaran kemanisan. Syukur Alhamdulillah. 

Seharian di Hospital .. lepas pukul 8 malam i drive home, leaving Aiman with his Abah. Memang biasanya macam tu .. tiap-tiap hari siang Aiman dijaga Mama .. malam Abah yang meneman. Received SMS dari Kak Zana .. Ella dah balik? OTW kak. Sampai SU tak terus balik .. pegi kedai beli barang .. esok nak masak untuk Aiman. Sampai rumah letak barang-barang .. ambek gunting nak ambek daun limau purut luar pagar .. tekan autogate dan keluar .. tiba-tiba ada dua orang wanita manis kesayangan. Eh .. laaaa .. bila sampai? Masuklah.  Kak ella niii ...  sambut kitorang tak macam sambut tetamu pun .. siap bawak gunting lagi ~ Kata Yanti si Bedak Sejuk sambil ketawa dengan Kak Zana. Memang la .. Kak Ella nak gi ambek daun .. bukan nak sambut orang .. tu yang keluar bawak gunting ni .. tak tau pun Yanti dan Kak Zana ada kat luar .. Masuklah. Camtu la kita cakap dengan dia orang berdua *sambil gelak-gelak*


Kak Zana, Yanti, Terima Kasih banyak-banyak bersusah payah datang ke rumah membawa kek for me. Betul-betul terkejut .. tak sangka dengan kejutan ini. Kita cerita-cerita .. gelak-gelak .. dan tiba-tiba terfikir .. Ya Allah .. dah lama aku tak gelak besar macamni. Betul-betul gembira dan gelak aku harini. Alhamdulillah .. diduga dengan berita yang mencemaskan selama 7 hari ini dan diberi ganjaran kemanisan hari ini. Alhamdulillah. Setiap inchi Ujian yang kita hadapi adalah sentuhan kasih sayang dari Allah. Alhamdulillah.

Frens .. TQVM for all Doa untuk aiman. TQVM for the Birthday Wish.
Appreciate sangat-sangat.
Sayang korang ketat-ketat.
*Hugs*





35 comments:

  1. Alhamdulillah ya kak...

    Happy belated birthday untuk kakchik dan di doakan semoga Aiman boleh cepat keluar wad. Berita yang doc tu bawa memang rasanya hadiah paling menggembirakan akak kan...

    Akak bertuah punya teman2 dan orang sekeliling yang sentiasa bersama akak di masa susah dan senang. Semoga akak dan keluarga terus berada di bawah rahmatnya...

    ReplyDelete
  2. hepi besday KC..
    Alhamdulillah aiman da ok..

    ReplyDelete
  3. epi besday dear my beloved KC :) moga terus sukses and happy selalu..amiin

    ReplyDelete
  4. happy belated birthday KC..insya Allah setiap dugaan ada kemanisan...semoga kC terus gembira dan bahagia di samping keluarga...:)

    ReplyDelete
  5. happy burday KC...


    dan doa untuk Aiman jgk... semoga cepat sembuh ya dik...

    ReplyDelete
  6. Semoga kesihatan aiman bertambah baik hendaknya.

    Kepada kak ella, happy birthday! Semoga bertambah yang baik2 dalam kehidupan. amiiiinnn...

    ReplyDelete
  7. happy birthday kak. semoga sentiasa diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia n happy selalu. tumpang gembira bila aiman dah ok, tak perlu buat operation lagi. syukur alhamdullillah

    ReplyDelete
  8. hepi besday kc
    smoga murah rezki
    dipjgkan umo
    bahagia bersama org2 yg tersayang
    ceria2 sllu
    tabah menghadapi dugaan
    dan terbaik lam idup kc

    :)

    ReplyDelete
  9. Happy Birthday to KC :)

    semoga hari2 mendatang memberi kebahagian buat diri KC dan semoga aiman cepat sembuh seperti biasa.

    take care :)

    ReplyDelete
  10. semoga KC sentiasa bahagia ya.. epi belated besday.. hehe sori baru nak wish.. kat fb perasan dah tp dah lambat nau perasan.. cam dah basi huhu

    ReplyDelete
  11. kak, happy bufday! didoakan aiman cepat sembuh! :)

    ReplyDelete
  12. Npsy takde no. fon KC? Heheheh. Gurau je. Selamat hari lahir utk KC. KC yg tabah dan cool. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kekal bahagia bersama keluarga tercinta. Moga2 Aiman makin sembuh, sembuh dan sembuh.

    Muah!

    ReplyDelete
  13. Happy besday KC... Hope aiman will speedy recover.. Kami semua Akan mendoakan... Besday KC semalam, arini besday husband MQ pulak.. Hehehe.

    ReplyDelete
  14. Selamat hari lahir KCE...

    Alhamdulillah segala urusan untuk aiman dipermudahkan..

    ReplyDelete
  15. KC, happy birthday.. dan alhamdulillah aiman da semakin sihat..semoga cepat aiman dapat keluar hospital..

    ReplyDelete
  16. muda lagi nok uols ni...
    dah wish kat fb - but nak wish gak kat sini...

    happy birthday my fren!
    moga sihat walafiat selalu - di panjangkan usia...

    my wish for aiman also ye..
    moga heols cepat sembuh - harap heols sabar dan tabah

    :D

    ReplyDelete
  17. untung akak dpt anak mcm aiman. Sakit2 pun masih ingat birthday mak die....

    ReplyDelete
  18. Salam miss ella..
    Model 80an senyap je.. Dia takde datang melawatkah?

    ReplyDelete
  19. happy berday n hope aiman will be ok... :-)

    ReplyDelete
  20. air suam said:
    opss tkomen kat entry kat bwah plak sbb excited dgn pkmbngan aiman.. da cmment tnpa tgok ruangan entry mna satu td..hu2 cpat sembuh spenuhnya aiman..amin3 ya robb..

    ReplyDelete
  21. Semoga aiman cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  22. HB KC..semoga ceria selalu..alhamdulillah..aiman bertambah sihat..lega tengok pic Aiman senyum tu...

    ReplyDelete
  23. terharu mendengar berita gembira itu. terharu dgn kisah kce terutama dlm menghadapi dugaan ini... n terharu jyga ngan org2 yg menyayanyi kce... happy belated bday, sis

    ReplyDelete
  24. salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
    Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
    ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

    ReplyDelete
  25. KCE muda setahun dari i.. saya 72 born.. Happy birtday.. touching tengok kawan2 KCE yang so thoughtful.

    ReplyDelete
  26. happy belated bday kak ella
    semoga hidup di berkati Allah selalu
    seronok hidup di kelilingi org2 tersayang

    ReplyDelete
  27. hepi belated birthday kc ku syg,may Allah bless u n family

    ReplyDelete
  28. Sorry dear. tak sempat nak ucap...

    semoga hidup lebih berkah. INSYALLAHH

    ReplyDelete
  29. 39? ingatkan dalam 35 gitu...

    happy 'bird' day!

    ReplyDelete
  30. happy belated besday kakchik..dan Alhamdulillah,aiman dah semakin sembuh....semoga dia terus sht....:-)

    ReplyDelete
  31. hepi belated besday kak.. semoga dipanjangkan usia & dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  32. hppy belated to kc.. rupanya bday kc sama dgn abah zte :))

    ReplyDelete
  33. Happy belated birthday kc, alhamdulillah aimanpun dah sihat.

    ReplyDelete
  34. Askm. Singgah sini dari blog kak cik. Tgk Aiman. Alhamdulillah semakin sembuh. Adik perempuan saya yg bongsu pernah accident dan ada pendarahan dlm kepala. Mujur cepat di bawa ke hospital. Tgk keadaan dia icu mmg meronta jiwa. Apa yg boleh dibuat mengaji dan berdoa utk dia. Alhamdulillah dia pulih seperti biasa. Harap Aiman pun mcm tu juga.

    Happy belated birthday. Semoga diberi kesihatan yg baik, murah rezeki dan beroleh keberkatan dlm hidup.

    Suka baca entri2 dlm blog ni.

    ReplyDelete