Pages - Menu

Buka Puasa Dengan Kawan

Emosi dan Feeling hari ini ~ Penat. Tetiba rasa macam "Separuh Jiwaku Pergi". Ahhh .. mainan jiwa semua tu. Jangan kau layan wahai Ella. Tu tak termasuk tetiba rasa lenguh sana sini. Apakah itu symptom "Bulan?"

By the way .. Ini cerita Minggu lepas .. One of the day .. kita keluar berbuka dengan kawan. Jarang-jarang kita keluar dengan diaorang sebab masing-masing busy .. maka peluang yang ada kami manfaatkan sepenuhnya. Makan .. sembang ... minum .. nyanyi .. dan kami grup terakhir tinggalkan Restoran ini. Dah 10:30 .. tak reti-reti nak balik lagi??? Wahhh kitorang .. kalau dapat keluar terus tak sedar diri. Apa kau fikir kau Cindrella? Mahu pulang saat loceng berdetik jam 12 malam? Elele .. bukan selalu .. sesekali .. Hehe 

Buffet Buka Puasa with Teacher Cantek, anaknya Hanim dan Alin at Casa Putra Restoran, Kelab Saujana Utama, Sungai Buloh. Sambil makan sambil goyang bahu .. sebab Live Band kat situ hiburkan kami dengan Lagu Raya. "Berlalulah sudah Ramadhan .. Sebulan Berpuasa .. Tiba Syawal Kita Rayakan .. Dengan Rasa Gembira .. *sambil tepuk tangan nyanyi ramai-ramai*  Ecewah .. baru 12 Ramadhan masa ni beb!! Hehe.

Yang ni kita punya ~ Bihun & Kueytiaw Goreng, Murtabak, Pergedil, Nasik dan Sup Ayam. Bihun tu sedap. Pergedil tu sedap. Murtabak tu Ohsemmm!! Sup Ayam tu pun ... Opsss .. DahDahDah .. cukup-cukup le tewww .. Hahaha.
Masakan Padang ~ Yg atas tu Teacher Cantek cakap Gulai Urat. Apa tu? Apa tu? Kita tanya dia. Kita jakun sebab tak penah makan pun .. so malam tu kita cuit-cuit Teacher punya. Paru Goreng Garing dan Sambal Kering Daging, Gulai Hati Daging dan Rendang Daging. Ada jugak Masak Lemak Kuning, Sambal Ijo, Jering dimasak dengan Sambal Cili Masak, Ikan Keli ... dan macam-macam lagi ... sedap tapi kita bukanlah peminat Padang .. sesekali layan .. bolehlah.

Masakan Arab ~ Roti Naan, Keema, Kacang Kuda dan Ayam Tandori. Kari Kambing pun adooo.  Kita makan banyak .. sib baik pas makan tak 'embekkkkk  ...' Hehe.

Fuhhhh ... Ini bukan Misz-Ella punya .. Ini Teacher Cantek yang punya. Mak aihhh .. she took Roti Nan and Capati and eat it with Tandoori. Suka dia dapat  berbuka makan Capati.  Kat rumah mana de, kannn ..

Bulan Puasa ni memang best kalau dapat ABC. Pas makan rasa bersalah pada body maka minumlah air putih tanpa rasa dengan banyak untuk sucikan 'tummy'. Seronok keluar dengan diaorang yang sentiasa "riuh rendah" dan "happening" ni. Best. Memang best. Sekianlah sahaja Entry Mengenang Satu Malam di Bulan Ramadhan di mana Misz-Ella berbuka puasa dengan mereka. Mekaseh baca ye. Bye.




15 comments:

  1. bestnya, meriah menu berbuka kc =)

    ReplyDelete
  2. MQ buan puasa paling terliur tgk benda2 ais ni..

    ReplyDelete
  3. meriah..!

    dayah tak pernah makan ABC lagi la takat nih..

    hihi...nak pi carik la nanti..

    :)

    ReplyDelete
  4. KC, saya sgt suka dgn masakan padang tau...nak2 lagi gulai urat dan sambal hijau dorang tu...buat saya terliur je...huhu...

    p/s: KC, nak tanya, berapa harga buffet ramadhan kat situ utk satu kepala?
    really need ur response..

    ReplyDelete
  5. Wahida .. Dewasa RM29.80
    Kanak-kanak RM18.00
    Tel : 03-60381422

    Tepon dulu eh. sbb ada hari-hari yg diaorg tutup. Isnin tak silap KC.

    ReplyDelete
  6. Kak Cik..awesome tak makan kat situ?

    ReplyDelete
  7. berbuka kat rumah je... nak berbuka kat luar.. bajet ciput.... makan nasi putih dengan telur gorang dengan ikan bilis goreng jela.... huhuhuh

    salam rmadhan...

    ReplyDelete
  8. dRagOnfLy,

    nasi putih dengan telur goreng dan ikan bilis goreng??? Fuihhhh.. sedap tu. nak pulak makan dgn nasi panas2. bertambah-tmbah kita makan, kan.

    ReplyDelete
  9. @Arlin Marlini .. Utk Buffet RM29.80, pilihan makanan camtu kira ok tau dik. 1st sbb banyak pilihan. Ke 2 sbb environment dia menenangkan.

    Kita bayar RM29.80 siap ada "Live band" lagi tu dik. Mana nak dapat tempat lain, kan.

    ReplyDelete
  10. murah tuh rega buffet dier. byk pilihan

    ReplyDelete
  11. salam ramadhan, roti arab tu memang menyelerakan

    ReplyDelete
  12. kc ku,cik epal tu dah berbuka kat situ...berjiran ek?hehe

    ReplyDelete