Hari Sabtu camni kan, korang rilek je .. kita kerja. Tak da istilah bangun lambat untuk Misz-Ella di hari Sabtu ni. Payah dapat Boss kuat kerja ni. Boss yang pentingkan Kuantiti .. bukan Kualiti. Dia nak no. of working days banyak .. dia nak staff kerja lebih masa walaupun tah apa-apa kerja dibuatnya.
Hmmm .. berbeza masa kita kerja dengan Multinasional company dulu, Boss pandang tinggi Staff yang buat kerja 'on time' .. bukan Staff yang suka 'over time'. Boss di Multinasional company dulu akan anggap Staff yang selalu 'over time' adalah staff yang tidak produktif, tidak cekap, tidak perform kerana gagal siapkan kerja pada waktu yang disiapkan. Staff yang siap kerja 'on time' akan dilabel cemerlang. Dan disebabkan Boss kat sini suka orang yang kerja lebih masa, maka ramailah mereka-mereka yang suka 'create' kerja. Pukul 4 baru nak ketuk 'keyboard' pastu perkataan 'Banyak kerja' memang mainan diaorang kat sini. Sebab diaorang tau Boss suka perkataan tu so Drama lebih la diaorang ni. Hipokrit. Duniawi sangat. Hmmm .. biarlah diaorang dgn lakonan diaorang tu kan. For me, that's not my game. Tak dapat perhatian Boss, tak dapat naik gaji 3, 4 kali setahun pun tak pe. Rezeki Allah SWT bagi bermacam cara. Fikiran yang tenang, kawan yang baik, masa yang cukup .. semua tu nikmat Allah SWT bagi pada hambaNya. After all .. how much is your overtime dan banyak ke kerja kau bukan soalan kubur pun.
Pastu kan, kat sini Boss memang 'particular' bab bayar gaji. U kerja sebulan dulu then I pay your one month salary. Konsep dia .. You deliver .. i pay you. Untung lah orang kerja Gomen dan bank .. tak cukup sebulan kerja dah dibayar sebulan gaji. Kami? Hmmmm .. kalau sebulan ada 40 hari, hari ke 41 baru kami dapat Gaji. Phewwwwww .. mental kena kuat beb kerja kat sini. Staff perempuan tak pe la .. ada Encik Asben tolong cover instalment rumah, kereta, kredit kad semua .. staff lelaki? Tiap-tiap bulan bayar bunga bank gamaknya. Sian, kan.
Tapi dalam banyak kepincangan company ni pun, kita dah 17 tahun keja kat sini. Dari baru kahwin sampai Aiman dah bujang pun. 'Tough' betul mental Misz-Ella, kan. Hehehe.
American Breakfast ~ Sarapan pagi Sabtu dengan Geng Makan.
I donno how's my life without my Makan Geng. Tiap-tiap hari jumpa Kak Senah, jumpa Fiza, jumpa Lin. Rindu sangat kalau lama tak jumpa. Tiap-tiap hari makan sama-sama. Borak, gelak, nangis sama-sama. Kalau haritu tak da 'mood' nak kerja pun boleh melompat turun katil bila teringatkan diaorang. 17 tahun berkawan baik .. bukan senang nak 'maintain' friendship macam ni. Weih korang .. pencen sok kita duk berjiran nak? Boleh la u take care of me .. i take care of you. Kan kita dah janji nak kawan sampai mati. Hihihi.
Hmmmm .. tengah fikir-fikir ~ Antara Halalfest dan Popular BookStore .. yang mana satu? Aiman kata Halalfest .. Misz-Ella kata Kedai Buku. Keliru. Memang keliru. By the way .. Have a Good Weekend korang. Jaga diri eh. Bye.
Salam hari Sabtu, Ella. :)
ReplyDeleteHappy weekend sis..suka baca entry ni..
ReplyDeleteSalam...kalau saya...saya pilih popular bookstore..hehehe
ReplyDeletesemoga kakchik tabah menghadapi dugaan kat tempat kerja tu:)
ReplyDeleteamerican bfast camni mmg feveret saya
ReplyDeleteTentu ada sebab kuat yang buat Ella boleh bertahan sampai 17 tahun, kan? Well, cukup untuk diri sendiri tahu dan yakin dengan sebab itu. Itu yang penting.
ReplyDeleteKak Azie pun terfikir nak pegi HalalFest tu, tapi banyak sangat kerja rumah nak buat.
wah lamenye..sangat best bile dapat kawan yang dapat share semuanya..
ReplyDeletehappy saturday kak!
Itu lah bezanya mentaliti org Barat dgn Asian kan...Kerja di MNC mmg pentingkan quality..kerja mesti siap, no dilly dally lengahkan kerja semata mata nak kaut untung buat OT..
ReplyDeletepia ikut mr hubby blk kg,dah rindu KL hihi
ReplyDeletesalam sabtu kakchik.. nampak mknn tu buat deno terliur... dah 9 hari deno kat hosp ni... semua tawar2... doc ckp lambat lagi deno boleh balik... hwaaaa.... nak balik!!! nak mkn bestt.....
ReplyDelete`hepi weekend` KC..untung KC ada kawan2 yg sekepala..
ReplyDeleteSalam kak Chik suka baca entry ni......macam tulah kehidupan wanita berkerjaya...Orang kerja swasta dengan masalah sendiri yang kerja Gomenpun ada masalah masing-masing. Apa yang penting komitmen dan kesungguhan yang nak kita tunjukkan...
ReplyDeleteyup..masa saya keje dengan bos jepun. tiada istilah OT. masuk wajib 5 minit awal utk kemaskan workstation masing2 sbb kami takde cleaner/tukang kemas/tukang cuci etc. tapi best sgt walau takde upah tukang buat semua tu tmpt kerja sentiasa kemas & bersih. toilet pun tak pernah kotor walau takde cleaner. staf dlm 200++.
ReplyDeletetepat kul 5 masing2 WAJIB balik. jgn nak mengada stay ofis melainkan arahan ketua (tapi jarang sgt la). yg bestnye ada elaun kedatangan (tak pernah lambat, tak pernah cuti) dalam bulan tu. memang meriah dah ofis walau baru kul 7.00-7.30am =)
sekarang bos melayu. dia prefer kuantiti drpd kualiti. dah la saya paling tak suka buat kerja cincai. grrrr....