Dah lama nak buat Entry ni, semenjak Blog Misz-Ella jadi tumpuan dan rujukan mereka-mereka yang mahu ke Ho Chi Minh City. Hampir setiap hari ada sahaja Email pertanyaan dari mereka dan Alhamdulillah .. walaupun jadual Misz-Ella padat Misz-Ella tetap cuba balas semuanya. Alhamdulillah jugak .. Travel Agent dan Restoran di sana juga dapat tempias dari Entry di Blog Misz-Ella ni. Misz-Ella hepi bila Asisah Inbox Misz-Ella dan cakap bulan 11 ni dia fully booked gara-gara Entry di blog Misz-Ella ni. Alhamdulillah sekali lagi.
Jangan lupa makan "Pho" dan minum Kopi Vietnam yang teramatlah sedap kalau ke sana. Makanan Vietnam berkhasiat .. tak macam masakan kita. Orang Vietnam kecik-kecik .. tak da yang terlebih saiz sebab hampir semua makanan diaorang direbus dan diaorang makan banyak sayur. Diaorang makan nasi sikit tapi Ulam atau sayurnya sepinggan. Kita? Nasi sepinggan .. sayur sesudu dua jer. Terbalik dengan diaorang, kan. Hihihi.
Sebenarnya Entry ni Misz-Ella buat khas untuk jawab pertanyaan readers. Kalau mahu ke sana, Sila add Asisah Salam di FB. Mesej dia dan beritahu direkomen oleh blog Misz-Ella ni. Sebab no point Misz-Ella bagi no tel .. ada masanya line telefon kat sana tak cantik, susah nak dapat dia. InsyaAllah Asisah will act as a Travel Agent for you. She will take care of your Itinerary starting from Airport Pick Up (if you want), makan minum dan lain-lain lagi. Nak book hotel sendiri boleh .. nak suruh Asisah book kan pun boleh. Nak ambil full package dgn Asisah boleh atau nak mintak tolong dia bawak jalan-jalan sahaja pun boleh. Jangan risau. Caj Asisah tak mahal. Kalau grup korang setakat 4-5 orang, tak banyak mana pun bayarannya.
Jangan lupa beli Telekung Vietnam, Baju Kurung Manik, Kain Cotton, Jubah Manik dan jangan lupa tempah kasut 'blink-blink' kat Pasar Malam atau pun di Benh Tanh Market. Kasut tu nak bertumit boleh, nak wedges boleh, nak selipar pun boleh. Choose your own beads. Kiranya konsep Mix and Match la ni.
Pastu kalau nak beli Winter Coat, beli kat Saigon Square. Ada satu kedai dekat dengan Escalator, Winter coat dia banyak pilihan dan molek-molek belaka. Harga pun cun, tak mahal.
Pasal Hotel pulak, the perfect location ialah di District 1, Benh Tanh Market. U can just walk anywhere. Restoran Halal pun ada 3 dekat situ. Senang, kan.
Kalau nak tukar duit, ada 3 Money Changer yang Misz-Ella familiar. Satu kat dalam Pasar Benh Tanh, satu kat sebelah Kedai Emas HaTam dan satu lagi kat Saigon Square (dekat pintu masuk, sebelah kiri). The best offer so far ialah yang dekat Saigon Square.
Last sekali .. jangan lupa tawar gila-gila harga offer diaorang eh. Kalau dia letak 600Ribu, korang mintak 300Ribu. Pastu tawarlah sampai jadi. Hmmm .. rasanya dah cerita banyak-banyak dan 'detail' dah ni (Sila rujuk Entry lama untuk ref) tapi kalau masih ada yang mahu ditanya, email la saya. InsyaAllah saya sudi berkongsi info yang ada. Sharing is caring, kan. OK lah. Got to go. Mekaseh baca ye. Bye.
bestnya vietnam..dengar kata kain2 kat sana cantik2 dan murah2.. tapi kena pandai tawar..dan kalau gaya mcm datin range harga lain2.. so kena hati2 jugak la.. pegi sana pakai baju buruk2 je..hihihi..
ReplyDeleteDah pergi sekali terasa nak pergi lagikan... Pergi kalau duit banyak lagi double bestkan KC?
ReplyDeleteBagus entri KC ni...dah tandakan...senang buat rujukan kalau nak ke vietnam..mmg byk kali terbaca, org kata kopi vietnam ni best..
ReplyDeletewah mmmg best ye di vietnam !
ReplyDeletebestnya kc
ReplyDeleteboleh jadikan rujukan ni sb becita2 nak ke sana gak
ReplyDeletebila la nak ke sana ni ek??hehehe
ReplyDeleteWah kakchik ni, jln2 je kejenya. Akak nak gi Bandung tengah bulan nov ni, hrp2 best la.
ReplyDeleteVietnam pun menarik juga ye..
Bgs la info2 ni.....sy nk ke sane 16 nov ni, hrp2 sume ok, main redah jer nie...
ReplyDeletevietnam, tempat menarik untuk shopping terutamanya kaum hawa.
ReplyDeletetq berkongsi maklumat.byk membantu nih!
ReplyDeleteDah lama tingin nak pi Vietnam!
ReplyDeletepi Vietnam lagi? aduhai..jeles mak..
ReplyDeletentah bila dpt pegi ni.tiket tengah murah..jom pegi kakchik!
ReplyDeletenak pegi lagi ;)
ReplyDeleteada gak plan ngan adik nak gi Jan2013
tak pasti jd ke tidak ..