Pages - Menu

Menserabutkan Yang Serabut

Tadi borak dengan kawan.  Tentang keserabutan yang disengajakan.

Hmmm .. dah la tengah serabut, pegi pulak dekat sumber yang tidak membaikkan malah menambahkan kesusutan. Makin banyak 'hormon stress' keluar dan akhirnya .. makin cepat kita tua.

Sebenarnya, punca masalah sediada tak settle ialah sebab kita suka tambah masalah instead of selesaikan masalah.  Kita suka ikut rasa terutamanya rasa ingin tahu.  Kita 'dig' sana sini.  Kita terlalu ikut perasaan hingga lupa keupayaan kita untuk menghadapinya.  Sepatutnya .. tanya lah dulu pada diri sendiri ... bersediakah kita menghadapi realiti yang mungkin tidak berpihak pada diri? Dah muhasabah diri? Dah berdoa mintak Allah SWT 'top up' kekuatan untuk hadapi kenyataan? Dah buat persiapan mental? Kebanyakan kita lupa nak buat benda-benda macam tu. Kita terlalu ikut rasa dan akhirnya .. Kita yang terluka. We hurted ourselves not they hurt us. Salah kita sendiri, kan.

Peringatan buat diri sendiri jugak ~ Fikir Ella. Duduk diam-diam dan fikir banyak kali sebelum bertindak. Jangan akhirnya kita merana kerana sikap kita sendiri.  Fuhhhh  ... sedih.





9 comments:

  1. betul tu...kdg2 diri kite sndiri yg menserabutkan lg masalah...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl tu Nory. Kita salahkan org lain sedangkan kita yg cari pasal sendiri sebenarnya. Phewwww .. padan muka kita. Hihihi.

      Delete
  2. Serabut macam maner pun, move forward, never look back.
    Senang cakap tapi tanggunglah sendiri, memang perit..huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Kena latih diri untuk tidak terlalu fikirkan sangat benda remeh...

    ReplyDelete
  4. harap keserabutan kakchik cepat hilang..:)

    ReplyDelete
  5. tgh serabut gak ni.......... tak tahu nak tahu...dah tahu...

    jom makan tauhu kc...lagi best...!

    ReplyDelete
  6. apapun kemabali pada yg satu! moga dipermudahkan

    ReplyDelete