Pages - Menu

Terkenang-kenang Arwah Abah

Dah selesai Kenduri Tahlil 3 malam buat Arwah Abah dan esok 28/11, genap 7 hari Arwah Abah meninggalkan kami.  

Alhamdulilah ... Segala urusan buat Arwah Abah dipermudahkan dengan izin Allah SWT.  Bermula dari pengesahan pemergian Abah oleh Doktor .. semua 'procedure' Hospital sehinggalah urusan pengebumian berjalan lancar.  Jenazah Abah dimandi dan dikapankan sendiri oleh anak-anak lelaki dan menantu-menantu lelaki abah. Alhamdulillah. Cuaca hari Jumaat tu agak mendung tapi hujan tak turun.  Saudara mara, adik beradik Abah di Kelantan semua turun ziarah.  Saudara mara Mama, jiran tetangga .. ramai yang datang.  Alhamdulillah. Rezeki Abah.

Masih terbayang perbincangan kami adik beradik hari Selasa malam tentang rancangan untuk memindahkan Abah dari Hospital Segamat.  Masih teringat keesokan harinya kami pulang menziarah Abah dan Doktor khabarkan berita gembira yang petang ini atau esok pagi Abah dah boleh 'discharge'.

Tapi takdir Tuhan kita tak boleh lawan.  Menjelang pagi Khamis,  Arwah Abah mula serba tak kena.  Bagai ada sesuatu yang mengganggu .. dan jam 6 pagi, Mama dipanggil ke Hospital.  Mama dimaklumkan oleh pihak Doktor yang Abah kena serangan jantung sekitar jam 5:30 pagi.  Sebaik kami dimaklumkan, kami berangkat pulang lagi ke kg halaman dan terus ke Hospital. Saat kami sampai, Abah sudah 'under sedative' dan diberi bantuan pernafasan. Pihak Doktor menyatakan yang mereka sudah buat sehabis baik untuk Abah dan kami harus pasrah. Ya Allah Ya Tuhan Kami .. Permudahkanlah semua urusan buat Abah. Kami mula membaca Yassin.

Selepas jam 7 malam kami pulang. Az, Iju, Ika dan Fairos ditugaskan menunggu Abah di Hospital. Sekitar jam 10, Ika sms KY meminta kami datang ke Hospital dengan segera kerana Arwah semakin tenat. Aku, KY, Adik, Mama dan Abg Pai bergegas ke Hospital. Mek Kak, sepupuku dari Kerteh dah sampai. 

Sampai di Hospital sekitar jam 10:30, Doktor khabarkan Abah makin lemah. Tekanan darah abah dah tak boleh dibaca lagi. Mama bisikkan kalimah Syahadah di telinga Abah. Kami tau kami harus pasrah dan redha melihat Abah pergi. Denyutan jantung Abah semakin lemah. Bila bacaan denyutan jantung bertukar '0' dan bunyi 'beep' kedengaran, Adik segera panggil Doktor. Sekumpulan Doktor datang periksa Abah. Doktor pegang lengan abah .. check mata Abah. Lepas tu Doktor cakap .. We let you spend some time with your Dad before we proceed with the Hospital Procedure. Inalillahi Wainalillahi Raji'un. Aku tau yang Abah dah tiada tapi betapa degilnya aku .. betapa susahnya aku mahu menerima kenyataan .. dengan suara terketar-ketar aku tanya ~ Doktor .. How is my father? Your father dah tak ada.

Maha suci Allah. Betapa besarnya kuasa Allah SWT. Baru hari Selasa kami merancang untuk memindahkan Abah ke Hospital Pantai Melaka .. hari Rabu semalam kami menyuap abah bubur. Baru semalam Doktor cakap Abah dah boleh 'discharge' .. tapi dihari Khamis jam 11:05 malam ni Abah dah tak ada. Redha. Ikhlas kan pemergian Abah. Dah sampai masa Abah pergi. Az, kalau sayang Abah jangan nangis ~ kata Mama pada Adikku Az. 

Segala 'procedure' Hospital berjalan lancar. Surat Perakuan Kematian, Permit Mengubur, Urusan Van Jenazah .. segalanya lancar. Alhamdulillah .. rezeki Abah. Sebaik jenazah Abah sampai, kami mulakan Bacaan Yassin beramai-ramai. Lepas tu kami bergilir-gilir membaca Quran sampai ke pagi. 

Menjelang Subuh, Aboh dan Mama Mah sampai dari Besut. Ayah Su dan Su Dah adik abah sampai dari Jerteh. Menjelang siang .. jiran tetangga dan saudara mara mula memenuhi ruang rumah. Jenazah Arwah Abah dimandi dan dikapankan sendiri oleh anak-anak dan menantu lelakinya. Masa ni airmata aku menitis-nitis .. dalam hati berbicara dengan Abah. Abah .. Abah dah tak ada dengan kami lagi. Kakchik sayang Abah sampai bila-bila. Kakchik doakan semoga Abah bahagia 'disana'. Kakchik doakan moga Abah ditempatkan dikalangan orang beriman. Kami semua sayang abah.

Sebelum Solat Jumaat, jenazah Arwah Abah selamat dikebumi. Alhamdulillah .. segalanya lancar.

Arwah Abah terlalu istimewa buat kami semua.  Masih terbayang sikap Arwah Abah yang sangat disenangi ramai. Abah yang sentiasa positif.  Abah tak pernah merungut walau apa pun dugaan menimpanya. Abah yang sentiasa ceria, Abah yang sentiasa tak mahu menyusahkan orang-orang yang disayanginya. Abah yang sentiasa menjawab OK walau apa pun keadaannya.  Abah yang sentiasa menitikberatkan ikatan persaudaraan dan kasih sayang antara famili. Kasih sayang Abah menyatukan kami dengan Mama Ida dan 6 orang adik di sana. Kasih sayang Abah membuatkan kami 5 beradik di sini merasa tidak canggung bersama ibu tiri. Semuanya kerana Abah. Kakchik bangga punya Ayah seperti Abah.

AlFatihah buat Arwah Ismail Bin Haji Hamzah. Dilahirkan pada 04/12/1938 dan menemui Penciptanya pada tanggal 22/11/2012. Moga roh Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.


Raya terakhir kami dengan Abah






35 comments:

  1. Alfatihah, moga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Aamiin

    ReplyDelete
  2. al-fatihah.takziah buat KC sekeluarga, moga rohnya aman di sana.

    ReplyDelete
  3. al fatihah kakchik..

    sedih rasanya :(

    ReplyDelete
  4. kita juga pasti menyusul .. entah esok atau lusa.

    ReplyDelete
  5. Takziah ye KC
    Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..al fatihah

    ReplyDelete
  6. alfatihah

    takziah kc, mengalir airmata baca cerita ni, dapat bayangkan kesedihan kc tu

    moga arwah abah kc ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan dipermudahkan segalanya di Sana, amin

    ReplyDelete
  7. semoga rohnya dicucuri rahmat
    amin

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah
    Semoga rohnya dicucuri Rahmat

    ReplyDelete
  9. alfatihah kak chik
    baca dalam sebak

    ReplyDelete
  10. Aku sayang abah. Tak sempat aku ucapkan ketika abah masih ada. Namun aku yakin abah tau aku sayangkan dia.

    ReplyDelete
  11. Salam takziah. Sabarlah ye KC. Kite pun dah merasai pengalaman ni mase elok abes SPM 19 tahun lepas. Moga akak tabah menghadapinya dan jangan lupa sedekahkan doa untuknya tiap hari.
    My latest Entry :)
    JJCM: Nasi Kukus Ayam (Selera Kelantan)

    ReplyDelete
  12. Salam takziah buat KC sekeluarga... Al Fatihah buat buat arwah abah KC. Semoga di tempatkan d kalangan org2 yang beriman..Amin

    ReplyDelete
  13. Alfatihah..Moga roh arwah abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..

    ReplyDelete
  14. Takziah KC. Mogagemulah ditempatkan dikalangan yg beriman.

    ReplyDelete
  15. takziah kakcik..pengalaman hampir sama dgn abah nur 2tahun lepas.. tarikh yg sama dgn harijadi nur..semoga arwah ditempatkan bersama sama org yg soleh..amin..

    ReplyDelete
  16. Ya Kak Azie tahu pasal keluarga yang lagi satu itu. Cukup kagum dengan arwah.

    Bersabar. Dia memang disayang NYA.

    ReplyDelete
  17. al-fatihah utk abah kakcik... bertabahlah, kakakku...

    ReplyDelete
  18. salam takziah..be strong kakcik...dari Allah kita datang,kepada Allah kita kembali...

    ReplyDelete
  19. Takziah untuk Kak Chik dan keluarga. Smeoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman dan ahli syurga

    ReplyDelete
  20. salam kak chik. Takziah utk kak chik & family. Al-Fatihah untuk arwah, moga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

    be strong kak chik...

    ReplyDelete
  21. takziah KC...moga arwah tenang di sana...
    Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  22. semoga arwah tenang di sana, InsyaAllah..

    ReplyDelete
  23. Salam..Maaf atas coretan ini..Sekiranya benar kamu sayang padanya..mudah2an kamu menyahut seruan syiar Islam dg menutup aurat. ini kerana dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat selain ditanggung oleh dirinya sendiri, akan ditanggung sama oleh orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaga dirinya..mereka adalah suaminya, ayahnya, saudara lelakinya dan anak lelakinya.. wallahua'lam..maaf sekali lagi

    ReplyDelete
  24. Takziah untuk keluarga kakchik atas kehilangan ini..semoga roh arwah dicucuri rahmatNya

    ReplyDelete
  25. sebab membaca. Teringatkan arwah abah juga.. Alfatihah sekali lagi!

    ReplyDelete
  26. Tahziah akk sekeluarga smoga arwah ditmptkn brsama2 ngan org2 yg briman..alfatihah

    ReplyDelete
  27. Terima Kasih kawan-kawan atas doa dan ucapan Takziah untuk Arwah Abah.

    ReplyDelete
  28. Anonymous, Terima Kasih. Insya Allah.

    ReplyDelete