Pages - Menu

Badan Sehat. Rasa Hebat.

Misz-ella kalau sihat walafiat, tak pening, tak pusing, In Sha Allah akan sentiasa pegang rutin senaman seminggu 3 kali. Cukup lah 3 kali, tak perlu berlebih nanti 'overdose' susah pulak, kan.

Siap-siap nak gi Class. Perasan cun la konon tetiba ditegur .. 'merah sangat la bibir tu'. OK lah .. sok ai pakai Lipstick Ijo. Hahaha.

Comelnya uuuu .. comel? Adakah perkataan comel masih relevan buat Wanita 40an seperti ai? Hahaha .. watever.  Tiap kutukan dan pujian kita terima je .. jangan pulak bila dipuji ke main suka .. bila dikutuk tak boleh terima. Terima je la Ella .. hati orang lain-lain .. penerimaan dia, dia dan dia tak sama. Kannn . 


Break in between the session - Yeahhh .. peluh sehat badan kuat.  Hahaha .. kuat sangat la konon .. jangan percaya.  Misz-ella takkan angkat benda berat,  takkan buat aktiviti extreme sebab saya sebenarnya teramat lah manja.

With my Darling Ummi ... Ummi yang 'cathcy', Umi yang fun, Umi yang Misz-ella suka sangat tengok gaya dan aksi dia - ringkas dan menawan. Umi yang akan kol bertanya khabar kalau kelibat Misz-ella dah lama tak kelihatan di Lantai Tari, Umi yang gila-gila dan ceria.  Gonna miss Umi cos she will be away to Europe for 2 months and her another single exhibition will take place on July.  All the best Umi .. dont get stress with your tonnes of work ya .. senyum sokmo deh.  Ingat satu je ....... kerja kuat masa muda buat bekalan di hari tua. Huwwaaaaa .. bakal sepi tariku tanpa kau di samping ku, Adik.

Si Merah Jambu dari Meru.  Ahad pagi, Taman Rekreasi Setia Alam kami serbu.  Thanks followers .. followersnya lebih ramai dari kami. Yeayyy!!

Antara barang kesayangan dalam rumah - Portable Music Machine yang ku angkut ke mana-mana dengan SUV saya.  Malam kita charge sampai full sok pagi dia berjasa mengeluarkan bunyi kepada kami and thanks to my beloved SUV.  Dengan bonet yang anak den pun boleh bersila dalam tu, macam-macam boleh ku bawa bersama.  Cayang En. SUV ketat-ketatlah.  Jangan buat hal ye.  Nanti i nangis U.















4 comments: