Pages - Menu

5 Mei Saya Mengundi

Dah terjawab semua teka teki.  Walaupun muka Dato' Najib terkulat-kulat tak nampak hepi masa Sidang Akhbar announcing his party victory, yang menang tetap menang.  Selamat Bekerja Keras para YB.  We choose you because we trust you.  Rakyats are watching and monitoring.  If your performance good, we will definitely give you another chance in 5 years time.  If not, Goodbye.  Tak sabar nak tengok perlaksanaan Janji Ditepati. Harga kereta turun eh??? Yeayyy .. excited nih *sambil senyum kelip mata bayangkan kereta idaman* The only thing i want to say .. Please provide us a fishing rod, instead of feeding us with fish.   Fish rod last forever, fish one time eat finish oredi maaa .. Tehehehe.

Antara papantanda kreatif yang sempat dicapture


Mari semak di Kaunter sebab ada percanggahan dalam rekod Misz-ella pada permulaannya. First chek bulan Februari, nama ada kawasan mengundi empty. Then i submitted my current address, hoping i can pen down my vote at the place i stay.  Lagi 4 hari sebelum PRU i chek online. My change of address tidak diterima oleh SPR. Walaweihhh ... dah 56 tahun merdeka, awatnya sistem kita masih lembap tahap melampauuu? I updated online, direct to the system few months before PRU but its not updated till the last day. Sistem online apa SPR pakai? Kecewa .. tapi saya tetap mahu pangkah calon feveret saya. So San Peng Flat, ini hari 5hb otai pulang untuk memangkah. Cehhhh ..  otai la sangat daku disitu. Hahaha.

Pada tanggal 5hb Mei, sapa yg tak berjari biru adalah sangat tak cool and trendy ok. Gi mana-mana skodeng jari orang. Hahaha.

Pastu gi lunch ramai-ramai kat Balifeel, Bangsar Southcity. Satu hari den merayap meninjau suasana pilihanraya. Sehari sebelum tu, kami ke Klang, Setia Alam, Shah Alam dan Meru meninjau saat-saat akhir kempen parti-parti bertanding. Bunyikan Hon sebagai tanda sokongan. 20 tahun bawak kereta, rasanya ini kali pertama Misz-ella paling banyak main hon. Kawe pun nak take part gak weih. Hahaha!!

Masih biru even sudah bersabun. Ada yang senang tanggal but not mine. I terfikir ..RM5 million spend for this special mixture ink, yang halal dibawa Solat. RM5 juta? Hmmmm .. banyak tu. Kita baru je mula, Indonesia jiran kita dah mula lama dah. Di Indonesia, this is called "mencontreng".


Lepas Bangsar, we went to Tmn Impian Indah. I took photo of this Amoi with PAS's flag. Adoi la feeling ... nak nangis ke nak gelak? Bila ditanya, Amoi ni cakap PAS For All.  Yang lahir Islam pun belum tentu sanggup kibar bendera tu. Malu tak kita bila yang bukan Islam pun boleh terima tapi yang sedia Islam menolaknya.  Haihhh .. susah nak cakap, kan. Even produk Bank Islam pun yang ramai support orang dia, bukan Melayu kita. Orang kita lebih suka support bank yang mengenakan riba. Againnnn ... susah nak cakap benda-benda camni, kan.

Pilihanraya dah settle, rakyat pulak dok kata mengata.  Isu perkauman dibangkitkan. Haiyoyo .. sila la buka minda.  Saya sayang Malaysia yang berbilang bangsa. Walau abah orang Kelantan mama pulak dari Perak, saya lahir di Hospital Leela Ratos, Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Sekolah menengah di Pudu English Secondary School, Jalan Foss yang majoritinya adalah Chinese.  Alhamdulillah, tak pernah saya rasa dipinggir oleh mereka.  Kakak jual nasi lemak kat Segambut cakap kaum Cina paling ramai support bisnes dia.  I dont see any problems with multi racial people staying together. So apa masalah diaorang sampai nak bangkitkan isu perkauman? I love all my friends doesnt matter what their race.  Kekalkanlah Malaysia yang aman harmoni.  Jangan la takut-takutkan rakyat dengan isu perkauman ni. Dah tak sayang Malaysia ye? Misz-ella tak sukalah tengok orang bertelagah ... lebih baik kita hidup berkasih sayang, aman damai dan harmoni, kann.

All in .. all in this is my best pilihanraya so far, macam-macam kami buat termasuk la cabut bendera tepi jalan *ahahaha .. noti giler*, meronda Selangor dan Kuala Lumpur.  Sesekali bikin gila-gila apa la salahnya, kan.  Afterall kepala Misz-ella memang best punn .. happening ok i ni, sokmo meriah dengan macam-macam hal. Sebelum kawin dulu pun best, satu famili jalan ramai-ramai pegi mengundi, bertembung pulak dengan Geng Makcik gelang besar perayu undi BN. Adoi la .. jenuh kena tarbiyah dengan makcik-makcik tu .. baiklah makcik, ok makcik jawab saya. Dalam hati 'undi saya rahsia' hihihi.

Lagi lima tahun, anak saya pun dah boleh mengundi. Yeayyy .. lagi meriah la hari mengundi kami nampaknya ~ 'korumn' dah bertambah babe. 



4 comments:

  1. enjoy betul kc g mengundi hehe

    ReplyDelete
  2. sistem online kat Bolehland ni mmg lembab..hahaha..Kita edit/update data, mmg kalau boleh better gi terus kat pejabat...

    KC boleh kecek kelate tak? :P

    ReplyDelete
  3. Setahu Aina ambik masa 6 bulan kalau tukar alamat. SPR kena umum nama kot2 ada bantahan dari mana2 pihak atas pertukaran alamat kita, rasanya cam tulah.

    ReplyDelete
  4. oppss....
    jari2 halus tu acik tak heran laa..dah memang haluih kan...kikiki...tp yg kat balifeel tu...addehhhh...rasa mcm nk g sana jekkk makan....banjer kite?????

    ReplyDelete