Helloooo readers. Assalammualaikum. Lama gila siot menyepikan diri. Teringat-ingat kat Blog, teringat-ingat kat readers semua tapi apakan daya, 'nature of work' yang dah berubah buatkan Misz-ella terkial-kial mencari masa untuk 'update' blog kecikku ini.
Hari ni kita nak cerita tentang yang manis-manis. Seronok kan dapat keputusan atau pengakhiran yang manis? Tambah seronok bila kesudahan yang tersangatlah manis itu kita kecapi setelah terpaksa menelan yang pahit. Sebab tu orang kata saat diduga jangan merungut, jangan bising, jangan salahkan Takdir. Jangan tanya 'why me?'. Redah dan redha je dengan setiap dugaan. In sha Allah, yang manis-manis lah habuan dan ganjaran.
Ada orang, bila dia tengok orang lain cantik, dia akan cakap macamni ... untungnya dia; cantiknya dia, apasal la aku tak cantik macam dia? Jangan macam tu kawan, sebaiknya kita bersyukur kerana kita juga ciptaan Allah yang sempurna. Bila kita bersyukur rasa manis itu akan sentiasa ada dalam hidup kita.
Dulu ada seorang kawan komen begini .. Ella ... Ella, apasal semua orang suka kau ye Ella?Bagus sangat ke kau ni? Baik sangat ke kau? OK, I senyum je menerima tiap kata-kata dia, takmo jawab apa-apa sambil otak cuba mentafsir maksud serta perasaan si penyampai saat berkata-kata. Tapi, tafsiran otak kita pun tak selalunya betul. So take it this way la, dari kita mencebik bibir sambil cakap .. Elehhh ... jeles kat aku la tu, lagi bagus kalau kita lupakan saja dia. Lantak la dia. Kita tak boleh control perasaan dia tapi kita boleh control hati kita dari sakit dek kata-kata dia. So, senyum je la ye, manis kan bila senyum?
Recently, A cerita pada Misz-ella tentang B. Katanya, B ni dulu terlalu sosial orangnya hingga pernah terlanjur, sebab tu dia sekarang dikawal suami. Ko percaya ke Ella B tu dulu camtu. Misz-ella jawab .. Whatever it is, itu Kisah silam dia. Kalau dulu dia liar, sekarang dia elok bertudung litup berjubah labuh. Kalau dulu dia terumbang ambing tanpa arah, sekarang dia dapat suami Ustaz. Kita manusia biasa yang tak sempurna, apa perlu kita kenang keburukan silam orang sedangkan perubahan positif itu terang-terang depan mata? Afterall, itu cerita lama. Allah Swt sayang dia, dah berikan dia Hidayah. Sudah cantik dan molek hidup dia sekarang. Alhamdulillah. Manis, kan.
Dulu Misz-ella marah orang. Marah keterlaluan yang terlalu menjeruk rasa till i suka cari pasal dengan dia. Sikit hal marah, kecik punya hal jadi besar. Emo sangat lah kau. Tapi logik la kan, if you dont fix the broken hole, dont expect la things will get better. Makin besar damage ada la, kan. Till one day, we talked over the phone. Betul-betul luahan perasaan, jujur ikhlas dari hati. Mula-mula panas, tapi akhirnya dia mula celik hati. Dalam banyak-banyak ayat yang dia lafazkan, terselit sebaris ayat penyejuk hati. Hilang terus amarah yang dah wujud bertahun lamanya. Lega. Teramat lega Misz-ella rasa. Dan sekarang, yang pahit tu Misz-ella dah lupakan. Yang manis-manis sahaja yang ada sekarang. Alhamdulillah.
23/5 haritu Aiman gi Chek-up di Hospital. Oh makaihhhh .. gila masam muka Akak kat Kaunter pendaftaran. From the moment no. dipanggil till we bangun beredar, kami dilayan tanpa sepatah kata. Senyum? No. No. No. Langsung tak ada tapi kitorang buat rilek je. Sepatutnya dia senyum, tapi since mahal sangat senyuman, kita lantak kan la dia. Tapi kan kak, kalau akak senyum kan, akak bukan saja dapat ganjaran gaji tapi juga dapat ganjaran pahala sebab senyum itu sedekah. Tak pe lah, kita lupakan dia. Kita doakan aje lain kali kita datang if kita terjumpa dia lagi, dia dah boleh senyum pada pengunjung di Kaunter, i told Aiman. Pastu gi Klinik Pakar. Dapat no. 1006. Cantik arr no. 6, tak yah tunggu lama. Tup-tup haritu entah kenapa kami terpaksa tunggu satu setengah jam sebelum dipanggil. Cool ok. Jangan hilang mood kerana letih dan stress. Senyum je la even kesejukan, keboringan dan kemengantukan gara-gara tunggu terlalu lama. Tak cun arr tarik muka masam, nanti Anak pun tak syok tengok kita hilang mood kerana urusan dia. So kita cool je haritu. Keputusan Doktor pada hari itu, My son Aiman is fully recovered. Pembuluh darah yang disambung telah pulih dan aliran darah di dalam pembuluh darah itu sudah normal dan sempurna. So we will close his case, there will be no more check up after this. Ya Allah, rasa nak menitis airmata syukur dan terharu dengan berita tu. Manis sungguh dugaan Allah. Terkenang saat dapat berita kemalangan Aiman, teringat pertolongan Cikgu Aiman yang bawak dia ke hospital, yang menjaga Aiman seperti anaknya sendiri sementara menanti kedatangan kami, teringat sokongan dan doa famili, rakan-rakan yang mendorong Misz-ella untuk jadi lebih kuat saat diuji. Syukur Alhamdulillah atas segala ganjaran kemanisan selepas pahit getir kami lalui.
Life is Sweet like Candy if you know how to manage and appreciate it. Tak kira betapa masam, betapa pahit tiap dugaan, bertabahlah. Jangan merungut kerana Allah Swt sedang menguji kita. Jangan terlalu marah, jangan terlalu benci, jangan terlalu sedih tapi kawal lah diri. Kerana disebalik yang masam dan pahit itu, pasti ada manisnya.
Life is Sweet like Candy, remember?